BAB 5

Romance Completed 7293

Aqillah berjalan menuju ke bilik diskusi di perpustakaan UIA. Pintu bilik dibuka setelah memilih tempat itu untuk mendapatkan privasi bagi menceritakan masalahnya.

"Assalamualakum, Risa. Sorry, tadi discussion lambat mula," dia menyapa rakan baiknya.

Buku yang dipegang diletakkan ke atas meja dan dia menarik kerusi untuk duduk.

"Waalaikumussalam. Takpa, Risa pun baru je sampai. So, ada cerita baru tak? Risa still tak percaya yang Haikal budak tu! Wah, bestnya!" Arissa memulakan bicara dengan gembira.

"Qilah sendiri pun still tak percaya lagi. Eh, Qilah ada lagi satu berita baru. Yang lagi menyedihkan," dia mengujar dengan muka sayu.

Dan dia memberitahu Arissa mengenai tarikh pertunangan mereka yang telah ditentukan tanpa persetujuannya.

"Apa?? Serius ke Qilah?? Maknanya lagi seminggu je lah tinggal, kan?" reaksi yang sudah dijangka oleh Aqillah. Dia hanya mengangguk.

"Risa tau kan macam mana Qilah tak minat kat dia? Ni kan pula benda ni dah pasti, Risa!"

"Yes, you told me what happened between you two the other day. Tapi gila lah. Secepat ni? Bestnya. Risa mesti pergi!"

"Best? Tak langsung! Risa! Qilah tak nak! Kalau benda ni jadi, memang dah permanentlah dalam konteks ayah! Dan Qilah sangat takut orang lain tau pasal ni," masam mencuka mukanya berkata.

"A'ah kan. Mulut kita, boleh lah kita tutup. Mulut dia mana kita tau, kan? Ala, Qilah jangan risau lah. Dia kan pendiam. Mesti dia tak cakap apa-apa punya."

"Pendiamlah sangat. Ni lagi satu yang Qilah geram. Qilah mati-mati ingat dia nak bangkang masa ayah dia bagitau hari tu, tapi tak. Dia diam je! Dan yang Qilah paling dan sangat tension, Abang Amir, Kak Sara dengan Amin! Boleh dia orang setuju? Padahal dia orang yang cakap kat Qilah yang dia orang akan back up Qilah! Alih-alih macam ni pulak!"

"Well, Qilah sendiri cakap kan yang dia orang akan nilai dulu siapa lelaki tu. Maybe dia orang suka dekat Haikal? Sebab tu dia orang setuju. Betul tak?" kata-kata kawannya itu difikirkan.

Masuk akal jika berdasarkan daripada gaya adik-beradiknya melayan Haikal, dia tahu mereka semua suka akan lelaki itu. Kecuali dirinya. Urgh! Masalah betul.

"Kan? I know it. Everyone will love him once they know him. You will too."

"No way!" pantas dia membangkang. Tidak mungkin dia akan suka Haikal. Hanya kegeraman yang dia ada pada lelaki itu.

"Qilah rasa dia setuju mesti sebab dia tak puas balas dendam lagi. Pasti!"

"Balas dendam? Pasal yang hari tu? Takkanlah. Patutnya Qilah lah yang bengang pasal dekat Kino tu," Arissa tergelak mendengar teorinya.

"Risa tak ingat ke pasal dia cari gaduh masa first time kita orang jumpa tu? Lepas tu, baru-baru ni," dia mula menceritakan kejadian yang berlaku tempoh hari kepada Arissa.

"Serius? Gila kelakar," Arissa ketawa. Geli hati dengan cerita yang dia sampaikan.

"Orang cakap betul lah, Risa! Isy, dia gelak pulak!"

"Best gila owh. Kat u tengok dia tak banyak cakap pun. Tak tau pula dia ada side yang macam tu. Comelnya."

"Comel? Are you crazy, Nurul Arissa binti Abdullah?"

"Yes, a bit. Hehehe. Oh, a'ah! Qilah dah try buat solat istikharah?" persoalan Arissa membuatkan dia terdiam.

Teringat pada mimpi-mimpi yang dialaminya sejak dia mula membuat solat tersebut beberapa minggu yang lalu. Tiap-tiap malam tidak terlepas dia menunaikan solat sunat itu untuk memastikan segala yang ditetapkan-Nya.

"Dah," sepatah dia menjawab.

"Dan?? Berapa kali dah Qilah buat?" Arissa semakin tidak sabar.

"Lepas Qilah pergi jumpa Kak Ati. Dan.." dia diam. Matanya sudah berkaca.

"Allahuakbar. Qilah nampak dia?" Pertanyaan itu dibiarkan berlalu lama. Dia sendiri masih tidak dapat menerima.

"Tapi! Tapi tu mungkin keliru je tu. Kan orang kata mimpi tu mainan syaitan."

"Mm.. memang mimpi tu mainan syaitan."

"Bukan orang cakap kalau solat istikaharah, tak semestinya kita mimpi ke?"

"A'ah. Macam yang kita biasa buatlah, Qilah. Kalau kita ada benda yang tak pasti kan, kita buat solat istikharah sama-sama. Mana ada kita mimpi pun. Kan kita minta urusan kita dipermudahkan kalau benda tu baik untuk kita?"

"Mmm.. tapi! Benda ni tak memudahkan Qilah pun. Setiap kali jumpa, Qilah sakit hati je dengan dia. Petanda tak elok kot pasal ni?"

"Qilah.. tenang tak masa solat?"

"Mm? Tenang? Mana lah Qilah boleh tenang bila fikir pasal dia. Setiap kali teringat je dekat dia, mesti Qilah tension."

"Qilah, Qilah. Manalah nak datang petunjuk tu kalau minta tu tak sungguh-sungguh? Fikiran kena tenang, baru lah kita dapat minta dengan ikhlas. Ni mesti time solat tu ada niat tak elok, kan?"

"Mana ada!"

"Ye lah tu. Mesti doa supaya dia bukan jodoh Qilah, kan? Ha, tu lah yang Allah S.W.T bagi. Dah taknak sangat, dia jauhkan lah dari benda yang mungkin baik untuk Qilah," Arissa menasihatinya panjang lebar.

Dia diam sejenak. Memang setiap kali istikharah dilakukan mesti dia tak tenang. Memikirkan saja mengenai majlis pertunangan yang bakal berlaku membuatkan dia semakin tawar hati untuk terus melakukan solat sunat itu. Punca yang dia sedar datang daripada dirinya sendiri.

"Habis tu... Qilah nak buat macam mana lagi Risa?"

"Hmm, dia ada buat juga tak solat istikharah?"

"Haa? Dia??"

"Ya lah. Takkan Risa pulak."

"Hmm.. Tak tahulah."

"Tanyalah dia. Suruh dia buat juga."

"Taknak lah. Qilah nak cakap dengan dia pun taknak."

"Qilah," nada lembut Arissa membuatkan dia termangu-mangu.

Tahu dia perlu meminta Haikal untuk berbuat perkara yang sama. Bingung dia memikirkan bagaimana dia mahu membangkitkan isu itu pada Haikal.

"It's okay. Kalau Qilah tak mampu, ada lagi masa kan? Qilah try cari peluang cakap benda ni baik-baik dengan dia," Arissa mengusap bahunya. Lama mereka berdiam diri melayani fikiran masing-masing.

Setiap hari dia menunaikan solat sunat istikharah. Dan sejak dua minggu lalu dia mula mendapat mimpi mengenai Haikal. Tetapi seperti kata Arissa, mimpi ni memang mainan tidur. Dia juga tahu kesilapannya menunaikan solat itu dalam keadaan tidak tenteram. Dan dua pihak membuat solat yang sama akan lebih dipermudah urusan dengan bantuan Allah S.W.T.

"Risa."

"Mm?"

"Dia telefon lagi," muka Aqillah berubah serius. Arissa memandang mukanya yang dipandang kembali.

"Oh my god! Fariq? Lagi sekali, Qilah? Bukan Risa dah cakap jangan angkat call dia ke? Qilah save kan nombor dia hari tu?" Arissa memarahinya dan dia cepat-cepat menceritakan kembali apa yang berlaku kepada kawannya. Arissa diam tanpa kata. Hanya memandangnya, tidak percaya.

"Tukar-tukar nombor? Wow," kawannya separa berbisik.

"Risaaaaa. Qilah takut. Dan kalau Risa fikir balik, dia asyik tanya pasal Haikal je. Qilah takut orang lain terlibat!"

"Let's just hope that's not gonna happen. Amin."

"Yes. And I think you should be careful, too."

"Always. Tapi Qilah yang Risa risaukan. Qilah jangan duduk seorang-seorang!"

"Qilah akan cuba. Qilah ingat lepas dia pergi belajar kat luar, dia akan lupa kat Qilah or at least berubah. But nothing's changed. And I'm afraid it's getting worse," dia berkata sayu.

"Berhati-hati buat masa sekarang. Kalau ada apa-apa jadi, bagitahu Risa terus tau? Immediately!"

"Ok."

Selepas menyiapkan semua tugasan, mereka berjalan keluar daripada bilik diskusi yang didiami tadi untuk pulang ke rumah. Tetapi bagai jatuh ditimpa tangga, mereka terserempak dengan Haikal dan kawan-kawannya. Sebaik sahaja terpandang wajah Haikal, Aqillah pantas menundukkan pandangan dan segera untuk berlalu tetapi...

"Fiq, kau ingat tak pasal budak yang rampas buku aku hari tu? Sombong gila budak tu. Dia buat-buat tak nampak aku je dowh," Haikal bersuara.

Aqillah terhenti beberapa tapak melepasi Haikal. Sabar, Qilah.

"Dah lah dia rampas buku aku, lepas tu dia hempap kaki aku dengan buku. Gila kurang ajar, bai," Haikal menambah lagi dengan suara yang lebih kuat.

Aqillah menggenggam tangannya, menahan geram.

"Lepas tu, aku pergi rumah dia hari tu, kau tau dia buat apa? Dia salahkan aku, kau orang tau?" dia semakin berang. Pantas dia melangkah ke arah Haikal tetapi sempat ditahan Arissa.

"Sabar, Qilah."

"Dia siap tahan pintu tak nak bagi aku masuk lagi," Haikal menyemarakkan lagi api kemarahannya.

Bengang, Aqillah melepaskan tangannya daripada genggaman Arissa dan melangkah ke arah Haikal.

"Speak of the devil," Haikal mengujar sambil memandangnya.

"Assalamualaikum. Faham tak maksud mengata tu apa? Bercakap buruk mengenai seseorang di luar pendengaran orang tersebut. Dan memfitnah tu lebih teruk daripada membunuh." dia mengujar dengan muka lurus.

"Waalaikumussalam. Ya ke? Kalau macam tu, perbuatan awak tu lagi teruk daripada membunuh lah? Memandangkan awak yang tuduh saya merampas."

"Apa awak cakap? Awak yang r-"

"Rampas buku saya? Orang kalau dah buta tu, memang tak nampak kesalahan sendiri."

"What? Awak yang tak na-"

"Tak nampak kesalahan sendiri? Saya ada saksi. Awak boleh tanya kawan-kawan saya kat sini," Haikal berkata sambil menuding jari ke arah beberapa orang lelaki yang pernah beberapa kali dilihatnya. Masing-masing kelihatan terkejut dengan apa yang berlaku antaranya dan Haikal.

"Er.. Qilah, orang dah start pandang ni. Jomlah," Arissa cuba menarik tangannya.

Dia pantas memandang sekeliling dan ternyata apa yang dikatakan Arissa benar. Semua mata yang berada di situ sedang memerhatikan mereka dengan muka ingin tahu dan ada sesetengah yang memandang marah. Mana taknya, mereka masih lagi berada di dalam perpustakaan. Tempat yang papan bertulis 'Tolong Senyap' banyak tertampal. Mengakses keadaan tersebut, dia segera menarik tangan Arissa dan berlalu meninggalkan tempat tersebut.

"Dude, what the heck?" Affiq bertanya kepada Haikal setelah Aqillah dan kawannya berlalu pergi. Haikal hanya berjalan meninggalkan kawannya dan pergi ke meja yang menempatkan buku-bukunya.

"Hoi, Asy. Cerita lah, bai. Apesal kau cakap kau pergi rumah dia?" Haqqim pula bertanya, mengekori dirinya ke meja mereka.

"Nothing. Saja nak sakitkan hati dia."

"Oh, yang pasal balas dendam hari tu, eh?" Affiq bertanya kembali. Dia hanya mengangguk.

Gembira hatinya dapat mengenakan Aqillah. Dia masih belum bersedia untuk membongkar perkara antara mereka. Dia mahu mencari tempat yang lebih sesuai. Yang lebih ramai saksi. Dia mula mengemas bukunya. Terlalu gembira untuk belajar. Dia mahu ke litar.

"Aku blah dulu," dia berkata.

"What? Cepatnya?" Affiq bertanya, memandangnya hairan.

"Takda mood," dia berlalu pergi, meninggalkan kawan-kawannya yang masih tertanya-tanya.

Haikal menuju ke tempat keretanya diparkir. Matanya memandang sekeliling mencari kereta dan terhenti apabila menangkap satu susuk tubuh yang kian mengisi ruang mindanya. Perempuan ni lagi. Dia memandang ke arah Aqillah yang sedang bercakap dengan seorang lelaki. Siapa lelaki tu? Ah, lantak kau lah. Dia membuka pintu keretanya.

"Lepaslah!" spontan dia memandang semula ke arah Aqillah saat mendengar jeritan gadis itu.

Dia memandang lelaki tersebut yang sedang memegang lengan Aqillah. Aqillah pula cuba melepaskan diri. What the heck? Takkan nak bermesra tengah-tengah hari rembang ni kot? Tetapi dia terkejut apabila lelaki tersebut menolak Aqillah pada sisi sebuah kereta. Aqillah menundukkan kepala menahan sakit. What the- Hatinya tiba-tiba saja panas. Pantas dia berjalan menuju ke arah dua insan tersebut.

"Apa yang kau buat ni, bai?" dia berkata pada lelaki tersebut yang nyata terkejut apabila dia menyentuh bahu lelaki itu.

Aqillah mengangkat muka memandangnya. Dia terpempan seketika saat melihat riak takut yang amat jelas terpancar pada muka gadis itu.

"Baik kau blah sekarang," dia berkata lagi dan kali ini menggengam erat tangan yang sedang menahan Aqillah. Dia merenung tajam mata lelaki tersebut. Pantas saja lelaki itu melepaskan Aqillah.

"What the-" dia berkata apabila lelaki itu menolaknya dan segera berlalu meninggalkan mereka. Dia kembali memandang Aqillah.

"Siapa lelaki kurang a-" dia menjadi panik apabila melihat Aqillah terduduk di sisi kereta, memeluk tubuh yang kecil.

"Hei, ok tak?" dia bertanya tetapi Aqillah hanya diam memandang bawah.

Aduh, nak buat apa pula ni? Siapa pula lelaki tadi tu? Nak ragut dia ke? Tapi handbag dia ada lagi. Ah, pedulilah.

"Qilah, boleh bangun tak? Mana kunci kereta? I'll drive you home," dia melangkah ke arah gadis itu untuk menolongnya bangun. Tetapi Aqillah menjauhkan diri. Jelas masih trauma.

"Bangun!" dia mengarah. Dan lega apabila Aqillah menurut.

"Mana kereta?" dia bertanya. Aqillah membuka pintu pemandu kereta yang tadi disandar. Segera dia menahan.

"Belah sana!" dia menuding ke arah pintu penumpang.

Gadis itu memandang mukanya dengan reaksi sedikit marah. Dia hanya merenung kembali. Beberapa saat sahaja dan Aqillah akur tanpa bicara. Dia segera masuk ke perut kereta Suzuki Swift milik Aqillah. Enjin dihidupkan dan dia memandu kereta keluar dari petak parkir dan menghala ke arah rumah gadis tersebut.

Perjalanan yang mengambil masa setengah jam itu sunyi. Hanya bunyi radio yang menemani mereka. Dia memandang sekilas ke arah Aqillah yang memandang cermin depan kereta. Muka gadis itu sukar dibaca. Entah dah sampai mana lah budak ni menerawang.

"Siapa orang tu? Dia nak buat apa tadi?" dia bertanya dan spontan hujung bibir Aqillah menghala ke bawah tetapi tiada kata yang dikeluarkan. Gadis itu kekal senyap. Haikal akhirnya mengambil keputusan untuk turut mendiamkan diri dan hanya memberi tumpuan pada pemanduannya.

Sebaik sahaja memarkir kereta di halaman rumah banglo keluarga Aqillah, dia turun mengikuti gadis itu yang berlalu menuju ke pintu rumah. Hadapan badannya sedikit lagi mahu bertemu dengan belakang badan Aqillah apabila gadis itu tiba-tiba berhenti di depan pintu. Segera dia melangkah beberapa tapak ke belakang. Aqillah memusingkan badan menghala ke arahnya tetapi anak mata gadis itu masih memandang lantai. Krik krik krik. Suasana sepi.

"Terima kasih," Aqillah berkata perlahan lantas berlalu masuk ke dalam rumah yang pintunya di tutup kembali. Dia kaku.

Budak tu cakap terima kasih? Wow. Tapi dia tutup pintu kat muka aku? Lepas aku tolong dia? Cis. Tak terhutang budi betul! Kena claim ni.

"Eh, Haikal! Buat apa dekat sini?" dia mendengar suara ibu Aqillah menyapa dari belakang. Shit! Dia beralih memandang wanita itu. Apa cerita aku nak reka ni?

"Assalamualaikum, ibu," dia tunduk menyalami tangan wanita itu.

"Saja je datang nak melawat ibu," dia berkata sambil tersenyum manis.

"Waalaikumussalam. Kenapa Haikal tak bagitahu dulu? Kalau tak, boleh ibu sediakan apa-apa. Eh, mana kereta?"

Shit! Shit!

"Er.. Tak, tadi Haikal tak drive pergi campus. So, Haikal tumpang Qilah datang sini," dia mula bercerita.

"Ooh. Ha, masuklah dulu. Haikal dah makan?" dia mengikut wanita itu masuk ke dalam banglo tersebut. Hatinya lega.

"Assalamualaikum warahmatullah," Aqillah memberi salam bagi menamatkan solat fardhu Asar yang dikerjakan. Tangan kemudian ditadah untuk berdoa kehadrat Ilahi.

"Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku jika aku lupa atau aku melakukan kesalahan. Ya Allah, janganlah Engkau bebani aku dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelumku. Ya Allah, janganlah Engkau pikulkan kepadaku apa yang tidak sanggup aku memikulnya. Maafkan aku, ampunilah diriku, dan rahmatilah aku. Engkaulah pelindungku, maka lindungilah aku. Amin ya Rabbal 'alamin," Aqillah berdoa di dalam hati doa yang diambil daripada keratan surah al-Baqarah, ayat 286. Menitis air matanya meminta kekuatan dari yang Maha Kuasa.

Setelah itu, seperti kebiasaannya, al-Quran diambil untuk dibaca. Mendayu-dayu suaranya melafazkan ayat-ayat daripada kitab suci itu agar tenang hati yang tidak tenteram dan gundah-gulana.

Usai mengaji, Aqillah menghidupkan komputer ribanya untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar. Namun baru beberapa saat membuat kerja, fikirannya kembali melayang mengimbas kejadian yang baru berlaku tadi. Walaupun hatinya sakit hati dengan perangai Haikal, dia tetap berterima kasih kerana lelaki itu telah menyelamatkan dirinya daripada Fariq. Badannya menggigil. Terkejut bukan kepalang dirinya apabila Fariq muncul di belakangnya ketika dia sedang membuka pintu kereta. Dia tidak sedar bila lelaki itu mula mengikutinya. Dan! Dia sepatutnya segera masuk ke dalam kereta dan mengunci diri, tetapi dia sebaliknya hanya kaku berdiri membiarkan lelaki itu mendekatinya. Dia tak tahu nak buat apa! Mendengar suara lelaki itu saja sudah membuatkan dia tak tentu arah. Apatah lagi mahu memikirkan cara untuk melarikan diri. Dia bagai mahu pengsan ketika lelaki itu menyentuhnya hanya kerana dia tidak mahu mengikut ketika lelaki itu meminta. Kuat genggaman lelaki it- Kepalanya segera digelengkan untuk membuang kejadian itu jauh dari mindanya. Diseka peluh sejuk yang muncul di dahi.

Nak fikir apa ni? Ok, Haikal. Kurang asam betul budak tu. Selamba je dia cakap dekat kawan dia pasal datang rumah aku tu. Cis! Minta-mintalah kawan dia tak dapat tangkap sebab tadi tengok muka kawan dia pun tak faham je apa yang budak tu merepek. Tapi.. Dia dah tolong aku tadi. Aku tak dapat nak bengang kat dia sangat dah. Sebab terlalu terhutang budi. Ni yang aku tak suka ni. Aku kena tanya dia macam mana nak balas budi dia. Ok beres. Pasal yang lagi satu tu pula, aku memang kena ikut cakap Risa. Aku tak boleh duduk seorang-seorang lagi dah. Sentiasa kena ada teman. So, tak bolehlah aku drive lepas ni. Kena suruh Abang Hisyam hantarlah start esok. Tok tok tok. Ibunya menguak pintu kamar dari luar.

"Qilah tengah buat apa?"

"Kerja sikit, bu. Kenapa?"

"Ni, tolong hantar Haikal balik. Tadikan dia tumpang Qilah. Ya?"

"Hantar Haikal?" Haikal? Erk. Dia masih belum bersedia untuk berdepan dengan lelaki itu.

"Kenapa tak suruh Abang Hisyam hantar, bu?"

"Abang Hisyam kan pergi ambil ayah kamu balik kerja."

"Oh, a'ah. Er..." Nak bagi alasan apa ni? Ah, sudah!

"Tolonglah hantar kejap, sayang. Ok?"

"Er... ok," dia terpaksa beralah. Permintaan ibunya tidak pernah ditolak sebelum ini.

"Thank you, dear. Ibu tunggu dekat bawah. Dah siap nanti Qilah turun, ya," ibunya berkata sebelum berlalu pergi.

Aduh. Lantaklah. Alang-alang aku nak tanya dia pasal balas budi tu, tanya je lah sekarang. Lagi cepat cakap, lagi cepat selesai.

Aqillah turun ke ruang tamu setelah bersiap. Dilihatnya tiada sesiapa di ruang tamu. Dia menjenguk ke dapur. Juga tiada orang. Mana dia orang ni? Tadi ibu cakap kat bawah.

"Cari siapa, Qilah?" pertanyaan Kak Hani memeranjatkannya.

"Kak Hani nii. Terkejut Qilah!" dia mengurut dada sambil beristighfar berkali-kali.

"Sorry. Qilah cari siapa? Kalau ibu Qilah dengan Haikal, dia orang ada dekat luar," Kak Hani menjawab soalan yang ingin di tanya.

"Thanks. Eh, Kak Hani ikut sekali kan pergi hantar Haikal?"

"A'ah. Kejap akak nak pergi pakai tudung."

"Ok. Qilah pergi luar dulu tau," dia berkata dan terus berlalu ke luar rumah. Dilihat ibu dan Haikal sedang berborak di taman.

"Assalamualaikum," dia menyapa.

"Waalaikumussalam. Ha, dah turun pun kamu, Qilah. Dah, pergi hantar Haikal. Nak maghrib dah ni," ibunya membalas.

"Ok," dia bersetuju dan terus mendapatkan kereta.

"I'll drive," Haikal berkata tiba-tiba.

"Hah? Kenapa?"

"Well, awak tak tau kan rumah saya kat mana? So, let me drive and you can memorize the road for the way back, okay?"

"Up to you," dia berkata dan menaiki tempat duduk penumpang.

Sekali lagi perjalanan mereka sunyi. Kak Hani yang berada di tempat duduk belakang sedang memandang ke luar tingkap. Dia memandang sekilas ke arah Haikal. Tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara.

Apa aku nak cakap ni? Saya terhutang budi kat awak? Eei, taknaklah. Pelik sangat. Nak start macam mana, eh? Dia menggaru-garu kepala yang tak gatal.

"Cakap je lah," Haikal mematikan lamunannya.

"Hah?"

"You have something to say, right? Spill."

"Oh. Aaa.. Pasal.. Tadi tu.."

"Terima kasih? Ya, awak dah cakap dah. You have something else on mind."

"Emmm.. Hai. Er.." Dia teragak-agak. Macam mana nak cakap ni? Malu lah. Alah!! Cakap je lah cepat-cepat. Apa susah. Ok. Mula!

"Sayanaktanyayangawakadabendayangawaknaktaksayataknakterhutangbudikatawaksokalauawaknaksayabuatapa-apabagitaujelah," dia berkata dalam satu nafas. Oksigen segera dihirup supaya tidak sesak nafas. Haikal tidak berkata apa-apa. Dia memandang lelaki itu dari ekor matanya. Dia gelak? Gelak? Kurang asam punya lelaki. Aku nak tarik balik!!!

"Kalau awak tak nak ap-"

"I'll tell you when I want something."

"Oh. Aa.. Okay, then," dia bersetuju.

Aduhai. Apa yang dia nak? Alaa, rugi aku cakap. Menyesal lah pulok. Minta-minta lah dia tak nak benda yang bukan-bukan. Takut pulak aku. Tapi.. kalau dia betul-betul suruh aku buat benda yang bukan-bukan macam mana? Ya Allah! Kalau dia suruh aku bagitau satu kampus pasal kita orang macam mana?? Aaarghh!! Kenapalah aku tak terfikir tadi? Aqillah!! Lembaplah ka-

"Saudari!!"

"Ya Allah!" terkejut beruk dia dibuatnya.

"Awak panggil elok-elok sikit tak boleh ke?? Tak per-"

"Saudari, kita sudah pun sampai di rumah saya. Adakah saudari ingin terus berangan ataupun ingin masuk dulu?" Haikal bertanya sambil tersenyum sinis.

"Suka hati saya lah nak berangan pun. Awak susah ke? Dah lah saya nak balik!" dia membalas. Geram dengan sikap lelaki itu yang suka mempermainkannya.

"Saudari tak nak jumpa mama dulu ke?"

"Oh, ya." Dia teringat buah tangan yang dikirim ibu untuk diberikan kepada Auntie Ros.

"Qilah, akak tunggu dalam kereta je lah."

"Hah? Kenapa tak nak turun sekali?" dia runsing. Kalau boleh, dia tidak mahu berdua-duaan dengan Haikal.

"Takpa lah. Akak tunggu sini je, ya?"

"Err, ok," dia terpaksa menerima.

Dia keluar daripada kereta mengikuti Haikal yang sudah menghampiri tangga rumah. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke rumah lelaki itu. Sebelum ini, ada saja hal yang menyebabkan dia tidak pernah berpeluang untuk melawat rumah itu. Udara petang yang segar dihirupnya. Apa yang dapat dilihatnya sebaik sahaja melangkah keluar ialah anak tangga yang menuju ke sebuah pintu gerbang. Kesenian Islam yang terukir indah pada pintu kayu itu mengkagumkannya. Anak tangga seramik berwarna putih tampak suci pada matanya. Kepala yang didongakkan mendapati banglo itu menpunyai tiga aras dengan reka bentuk yang unik. Bulat matanya melihat kebesaran rumah tersebut. Kawasan sekelilingnya diamati. MasyaAllah. Dia menggenyeh matanya. Tidak percaya dengan apa yang terbentang di depan mata. Begitu indah sekali ciptaan-Nya. Pohon-pohon rimbun mengelilingi kawasan rumah tersebut. Terdapat sebuah pancuran yang besar di tengah-tengah laman banglo itu. Bendera Malaysia megah tergantung pada tiang di pusat pancuran itu. Dia tersenyum kecil.

Di sekeliling kolam itu adalah jalan berturap yang menghubungkan depan rumah dengan pintu pagar yang baru disedarinya. Belah kanan halaman tersebut terdapat deretan kotak parkir berbumbung. Kereta-kereta yang terparkir tidak dapat dikenalpasti jenisnya memandangkan dia tidak meminati kereta. Dia teringatkan kereta lelaki itu. Sekali lagi dirinya runsing menyusahkan Haikal.

"Eh, kereta awak macam mana?"

"Already taken home. There," Haikal menuding ke arah sebuah kereta yang turut terparkir di situ. Selamat.

Dia mengalihkan pandangan kepada laman kiri rumah. Terdapat laluan pejalan kaki berbumbung di sepanjang pagar rumah. Dari pagar utama dan hilang di tepi rumah. Apa yang menarik perhatiannya ialah bumbung yang dihiasi dengan pokok bunga seri pagi yang menjalar. Sangat indah di matanya. Dia kagum seorang diri. Tidak disangka rumah seindah itu wujud di Malaysia. Selalunya hanya dilihat melalui drama yang pernah ditonton. Gila kaya budak ni. Patutlah poyo semacam. Dia menggumam sendiri.

Bunyi pintu dibuka membuatkan dia kembali beralih ke belakang. Dua orang perempuan memakai baju kurung yang sama muncul. Pembantu rumah? Boleh tahan.

"Assalamualaikum. Selamat pulang, Haikal. Selamat datang, Cik Aqillah," terkejut dirinya apabila salah seorang daripada mereka menyebut namanya.

Sejak bila pula dia orang tau nama aku? Rasa macam tak pernah jumpa pun. Musykil, musykil.

"Ëveryone here already knew you," Haikal berkata perlahan padanya. Dia memandang kosong pada lelaki itu, lambat memahami maksud ayat tersebut.

"Waalaikumussalam. Where's mama and abah?" lelaki itu mengujar sambil menyerahkan beg yang dipegang kepada pembantu yang berbicara tadi. Dia memerhatikan tingkah laku Haikal dengan mata yang bulat. Beg pun orang tolong letakkan? Manja betul.

"Their job," Haikal menjawab pertanyaan yang tidak diluahkan. Dia hanya membuat muka. Sudah masak dengan cara pemikirannya yang sedia tertulis di dalam otak lelaki itu.

"They're in the backyard."

"Okay, thanks, Ann. Qilah, jom. Abah dengan mama kat belakang rumah," Haikal mengajaknya.

Dia mengangkat kaki mengikuti lelaki itu yang bergerak menuju ke arah jalan kecil beratap yang dikaguminya sebentar tadi. Bau wangi bunga seri pagi menyapa deria baunya. Dia tersenyum. Mensyukuri nikmat Ilahi. Di hujung jalan tersebut, taman bunga yang indah menantinya. Dia menarik nafas dengan pantas sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam taman itu. Bunga kertas, matahari, ros, orkid, melur dan bermacam-macam lagi jenis bunga memenuhi ruang taman itu. Gabungan tersebut menghasilkan satu aroma yang eksotik, memukau sesiapa sahaja yang menghidunya. Tangannya leka bermain dengan bunga-bunga yang kembang. Amat disukainya.

"You love it, don't you?" pertanyaan Haikal lebih kepada meminta kepastian.

Dia hanya mengangguk sambil tersenyum pada bunga yang dipegang. Matanya yang diangkat menangkap sebuah pasu yang tersangat besar di tengah-tengah taman tersebut. Pokoknya dibentuk menjadi sekuntum bunga matahari. Dia memandang takjub.

"Not just that. Look at the corners," Haikal memakluminya.

Kekaguman sekali lagi mengisi dirinya apabila pokok di empat penjuru taman itu dipotong menjadi karakter kartun. Mickey Mouse, Donald Duck, serta Upin dan Ipin.

"Comelnya," matanya bersinar.

"Mama awak punya taman lagi cantik. Kenapa dia puji taman ibu?"

"Well, mama guna tukang kebun tapi ibu tanam sendiri. She admired the talent."

"Oh,"dia mengerti.

Matanya kembali mengamati kawasan sekeliling. Masih tidak puas. Sungguh, dia amat terpukau. Jadi, hatinya sedikit sedih apabila Haikal meneruskan perjalanan untuk ke belakang rumah.

Nak tak nak, terpaksalah dia melangkah mengikuti lelaki itu. Tetapi dirinya kembali riang tatkala melalui sebuah jambatan kecil di atas sebuah kolam ikan. Ikan emas penuh mengisi kolam itu ditemani dengan beberapa kuntum bunga teratai pada permukaan air. Sekuntum senyuman menghiasi bibirnya lagi. Perjalanan seterusnya menemukan pula dirinya dengan batas-batas yang ditanami dengan pelbagai sayuran. Merah menyala cili-cili yang segar di tangkai serta menghijau rumpun-rumpun bayam.

"Kebun sendiri?" dia memandang Haikal dengan muka tidak percaya. Lelaki itu mengiyakan.

"Wah, bestnya. That's my dream."

"Owning a garden?" Haikal bertanya.

"Dalam halaman rumah. Lebih kurang." Haikal mengangkat kening memandangnya.

"No artificial? Sayur segar?" dia memberi pandangan. Lelaki itu mengangguk-angguk sambil tersenyum kecil.

"There they are," Haikal mengangguk dari jauh ke arah dua bentuk badan yang sedang berehat di bawah sebuah pohon rimbun. Lambaian yang diterima daripada orang yang tidak dapat dikenalpasti itu dibalas.

"Auntie and uncle?"

"You should start calling them mama and abah, you know? Mama's kind of sad that you won't call her mama yet."

"Saya tau tapi..." berkerut mukanya memikirkan masalah itu.

Dia masih lagi tidak dapat menyebut perkataan itu. Paling dekat dia boleh sampai pun 'mama awak'. Itu saja. Dia memerlukan masa yang lebih lama.

"Well, it's okay if you can't. Just don't make it too long, alright? Let's go meet them," Haikal menenangkannya dan berlalu mendapatkan suami isteri itu.

Dia mula menapak setapak demi setapak mendekati mereka ketika matanya terpandangkan sesuatu. Jantungnya berdegup pantas dan matanya bersinar-sinar memandang benda berkilau-kilau yang bergantungan di pokok di hadapannya. Keinginan dan harapan jelas terpancar di mukanya. Haikal yang sudah menghampirinya hanya disedari ketika lelaki itu bersuara.

"Do you..?" pertanyaan tergantung lelaki itu diangguk dengan pantas. Matanya masih tidak lekang memandang kilauan tersebut.

"Wow. Humor me," lelaki itu tergelak kecil, seakan tidak percaya.

"Apa? Awak pun.." kata-katanya juga tergantung.

"My most anticipated fruit every year, yes. Manggis."

"Kan? Kan? Sedap kan buah ni? Sedap gila! Manis dia tu... Isy, sedaplah!" begitu gembira sekali dia meluahkan. Senyuman lebar terhias pada mukanya.

Dia sangat gembira apabila terpandangkan buah kegemarannya itu. Manggis adalah buah yang paling digemarinya. Setiap tahun, apabila musim buah tiba sahaja pasti dia akan mula merengek pada ayahnya untuk membelikannya buah itu. Habis sahaja yang dibeli, akan diminta lagi sampai dirinya puas. Lamunannya terhenti tatkala gelak tawa lelaki itu memasuki gegendang telinganya. Tetapi pandangan serongnya terhenti apabila mendengar ungkapan seterusnya yang keluar dari mulut itu.

"Saya panggil awak bila buah dah masak nanti. It's nicer with more people to share it with."

"Qilah, mari duduk," Auntie Ros memanggilnya. Segera dia berjalan menyalami wanita tersebut. Membuang rasa janggal akibat ungkapan Haikal.

"Assalamualaikum, Auntie, Uncle."

"Waalaikumussalam. Terima kasihlah sebab tolong hantar si Haikal ni. Susah-susah je," Auntie Ros berbasa-basi. Dia hanya tersenyum.

"Ah, ni ibu suruh bagi Auntie. Kuih ibu buat tadi." dia menghulurkan bekas kuih kaswi yang dipegang.

"Sedap kuih ibu, ma. Tak puas Haikal makan tadi. Hehehe," Haikal berkata sambil memeluk dan mencium kedua-dua belah pipi mamanya.

"Kamu ni, kalau bab makan, macam dinasour," Auntie Ros bertutur pada Haikal yang sudah tersengih-sengih. Kemesraan antara dua beranak itu melahirkan satu ketenangan dalam jiwanya. Erk! Apa kejadah?

"Minum, Qilah. Makan kuih popia ni. Mama kamu buat tadi," Uncle Hairi mempelawanya.

Air teh di atas meja dihirup. Baru dia sedar betapa dahaganya dia ketika itu. Habis satu cawan diminum, dia teringat yang dia tidak menjamah apa-apa pun sejak pulang dari kampus tadi. Patutlah. Dia mengambil sebiji popia. Habis yang itu, diambilnya lagi satu. Sedap la pulok. Sebiji lagi dijamah.

"Qilah pun dinasour juga, ma," kata-kata Haikal itu membuatkan dia tersedak. Keluar air matanya menahan pedih. Dia menepuk-nepuk dadanya.

"Haikal! Isy, kamu ni. Minum air ni, Qilah," air yang dihulur Auntie Ros diambil dan segera diminum. Kurang sedikit pedih di tekak.

Cis, babun betul budak ni. Sakit tekak aku. Dia memandang geram pada Haikal yang sudah tersengih-sengih padanya. Huh! Macam kerang busuk!

"Kamu ok tak, Qilah?" Uncle Hairi bertanya, meminta kepastian. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Ni, nanti bagitau ibu kamu. Rabu ni baju siap," Auntie Ros berkata padanya.

"Baju apa, Auntie?"

"Lah, baju kamu lah yang tempah hari tu. Untuk Sabtu ni." Erk!

"Oh, ok," dia janggal.

"Err, oklah, Auntie, Uncle. Qilah balik dulu. Dah maghrib dah ni."

"Hmm, baguslah tu. Tak elok balik lambat-lambat. Haikal, pergi hantar Qilah dekat kereta."

"Eh, takpalah, Auntie. Qilah bo-"

"Ok," Haikal memintas percakapannya. Isy, lelaki ni kan!! Ah, sudahlah. Malas nak layan. Dia bangkit dan bersalam dengan Auntie Ros.

"Assalamualaikum Auntie, Uncle. Terima kasih. Kuih popia Auntie sedap! Double sedap!!" dia tersenyum manis sambil menunjukkan tanda bagus dengan kedua-dua belah tangannya. Auntie Ros hanya tergelak kecil.

Dia berjalan laju mengejar Haikal yang sudah agak jauh meninggalkannya. Kali ini, mereka ke halaman depan mengikut laluan di sebelah rumah yang belum dilalui. Yang terdapat disitu ialah sebuah kolam renang yang sudah dapat diagaknya. Pokok-pokok palma yang mencantikkan kawasan sekeliling kolam itu menarik perhatiannya. Namun, kaki yang sedang melangkah tetap terhenti.

"Haikal! Tu......" matanya terbeliak memandang sesuatu di kolam tersebut.

Aku ni dah rabun sangat ke? Takkanlah sampai ada benda ni kat rumah orang kot?

"Water slide? A'ah."

"Hah?? Betul-betul??"

"Takkanlah mainan punya pula. Dah, jom."

Tidak berkelip dia memandang tiub besar di tepi kolam. Kat mana tempat dia orang naik...? Oh, kat situ! Wah, gila best! Mukanya penuh minat. Gila betul rumah budak ni. Dah tak payah pergi mandi kolam kat hotel dah. Kat hotel pun belum tentu lagi ada. Bukit merah ada lah.

"Do you want to go back home or swimming?" kata-kata sinis lelaki itu menusuk jantungnya. Pantas matanya beralih merenung tajam. Tetapi Haikal sudah mula jauh meninggalkannya. Ah, sudah. Dia bergerak pantas kembali mengejar lelaki itu.

Pintu kereta yang hendak ditutup ditahan. Dia mendongak ke arah muka Haikal. Masam mencuka mukanya. Masih geram.

"Bawa kereta baik-baik, tau? Jangan asyik nak berangan je. Assalamualaikum," Haikal mengingatkan dirinya.

"Saya tau lah! Waalaikumussalam." Pintu kereta segera ditutup dan dia meluncur pergi.

"Assalamualaikum," Aqillah menjawab telefon bimbitnya yang tidak henti-henti berbunyi. Pukul berapa sekarang ni? Dia memandang jam di meja yang menunjukkan pukul tiga pagi. Siapa lah yang telefon pagi-pagi buta ni. Dia merungut.

"Qilah?? Risa ni!!"

"Risa? Kenapa ni? Apesal macam kelam-kabut je ni??" segar terus matanya apabila mendengar suara cemas Arissa.

"Qilah, Fariq ada kacau Qilah tak? Bagitau Risa!"

"Risa, kenapa ni? Dia ada kacau Risa ke??"

"Dia datang jumpa Risa tadi. Dia tanya pasal Haikal!"

"Na'uzubillah. Dia ada jumpa Qilah kat kampus tengah hari tadi. Dia paksa Qilah pergi mana entah dengan dia. Bila Qilah tak nak, dia marah. Tapi nasib baik Haikal nampak. Dia yang tolong Qilah. You don't know how much I owe him. Dia ada sentuh Risa tak?"

"Astaghfirullah. Dia betul-betul buat macam tu? Tak, dia tak kacau Risa. Dia just tanya je and Risa cakap Risa taktau so dia pergi."

"Alhamdulillah. Risa memang kena hati-hati betullah lepas ni. Qilah takut dia buat macam apa yang dia buat dekat Qilah tadi je. Tau? Qilah tak tau nak buat apa lah, Risa," dia mengeluh berat. Dalam hatinya berkali-kali dia berdoa meminta perlindungan Yang Maha Kuasa.

"Lepas ni Qilah jangan duduk seorang-seorang tau?"

"Tu Qilah dah settlekan. Mulai esok, Abang Hisyam yang hantar dan ambil Qilah. Risa macam mana?"

"I'm still okay. Kalau ada benda buruk jadi, Risa akan suruh ibu hantarlah kot."

"Bukan kot! Mesti! Qilah takut sangat kalau ada benda yang lagi teruk jadi."

"Tulah. Hmm, oklah, Qilah. Tu je Risa nak tanya. Sorry Risa kejut Qilah tidur. Dah. Pergi sambung tidur. Risa pun nak tidur dah ni. Selamat malam. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience