BAB 9

Romance Completed 7293

Sudah seminggu berlalu sejak percutian mereka ke Pulau Sipadan tetapi Aqillah masih belum berpeluang untuk menyatakan kata maaf pada Haikal atas kesilapannya menilai lelaki itu. Dia berjalan malas ke dewan kuliahnya untuk kelas terakhirnya bagi semester akhirnya buat tahun akhirnya sebelum peperiksaan akhir bermula.

Dia menarik nafas dalam-dalam, membuang semua yang mengganggu fikirannya dan masuk ke dalam dewan kuliah. Dia ingin memasukkan sebanyak mungkin ilmu yang mampu untuk persediaan akhir bersama pensyarahnya. Dia berjalan menuju ke tempat kebiasaannya namun ada seseorang yang sudah terlebih dahulu mengisi kerusi kegemarannya itu. Dia yang dari tadi memandang lantai terkejut besar melihat Haikal merenung tepat padanya. Apa Haikal buat pagi-pagi kat kelas aku? Itu perkara pertama yang difikirkannya.

"Apa awak buat dekat sini?"

"Assalamualaikum. I'm attending class, what else?" kata-kata Haikal membuatkan dia memandang sekeliling.

Aku salah kelas ke? Tetapi semua muka di situ adalah muka yang dia cam sebagai rakan sekelasnya. Dia mengalih semula pandangan pada Haikal. Mukanya penuh tanda tanya. Berkerut memikirkan sebab yang munasabah.

"Waalaikumussalam. Awak tak salah kelas ke?"

"Nope," Haikal menjawab lalu bangun menuruni tangga dan menuju ke podium. Dia yang masih bingung hanya mengikuti dengan mata arah Haikal berjalan.

"Assalamualaikum and good morning, everyone. As you all know, today I'll be replacing Bro K on a certain reason. Hope you'll give me full cooperation," membulat mata Aqillah mendengarkan itu sementara yang lain hanya menjawab salam yang Haikal berikan.

"Qilah, duduklah," kawan sekelasnya, Irina membawa dia ke realiti.

Segera dia duduk di tempat Haikal duduki tadi. Dia mendekatkan diri ke arah Irina yang selang satu kerusi daripadanya.

"Irina, betul ke apa Haikal cakap? Kenapa Qilah taktau pun pasal ni?" dia berbisik.

"A'ah. Irina pun baru tahu tadi, Qilah. Dapat mesej Bro K yang orang forward."

"Bro K mana? Kenapa dia yang kena ganti? Bukan lecturer lain?" dia masih tidak puas hati. Irina ingin berkata sesuatu tetapi tidak kesampaian.

"Student Aqillah there, is something wrong?" pertanyaan Haikal boleh meluruhkan jantungnya.

"N-no. Sorry," tergagap dia menjawab.

Babun punya Haikal. Mengenakan aku je kerja dia. Aqillah mengomel dalam hati.

"Okay, we'll start our class. Please look at the handout I gave you. These are some examples of the exam questions that are frequently asked in the previous semester."

Selepas itu, kelas berjalan seperti biasa cuma berlainan pengajar. Dia tidak sangka yang dia akan sukakan cara ajaran Haikal. Baginya, cara Haikal mengajar lebih santai dan mudah difahami berbanding Bro K. Sorry, Bro K. Dia meminta maaf di dalam hati. Haikal dilihat begitu yakin dalam pengajarannya.

Buat seketika, dia begitu khusyuk belajar sehingga tidak sedar yang Haikal sudah berada di sisinya. Tersandar dia pada kerusi saat terpandang wajah Haikal yang agak hampir dengannya. Terasa darah kering meninggalkan mukanya. Gelakan daripada rakan-rakan sekelas membuatkan darah kembali ke mukanya dan kali ini untuk menghangatkan muka yang sudah merah padam.

"I guess you didn't hearmy question just now," Haikal berkata padanya.

"I'm s- sorry," mukanya berubah kepada bersalah.

"It's okay. Should I repeat the question, class?" pertanyaan Haikal disambut dengan 'You should' dari semua arah. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia menyerongkan matanya memandang Haikal. "Well, I guess I shou-"

"NO! Stop! Haikal! What are you doing?" suara nyaring Tisya bergema satu dewan. Gadis itu dilihat menghampiri mereka berdua.

"We're in class now. You should be teaching us!" Tisya berkata lagi.

"Yeah, we should. Okay, class. Let's continue our lesson." Haikal kembali ke podium dan Tisya turut kembali ke tempat duduk.

Walaupun dia tidak tahu apa soalan tersebut, dia tetap berasa kasihan dan juga sedikit berterima kasih pada Tisya.

Aqillah mengemas bukunya secepat yang boleh. Hasratnya untuk menghabiskan sebanyak mungkin masa bersama pensyarah terbatal kerana Haikal. Namun, impiannya hancur apabila Haikal menghampirinya.

"Jom. Saya hantar awak balik," Haikal berkata dan mengambil beg bukunya. Dia dengan pantas menarik kembali begnya.

"Terima kasih. Tapi saya dah suruh Abang Hisyam datang ambil saya."

"Mulai hari ni, saya yang akan tolong ambil dan hantar awak balik. Saya tak nak awak tunggu seorang-seorang. Anything can happen within that short time," Haikal berkata tegas, menekankan tentang Fariq.

"Berdua? Tak nak saya."

"Your friend, Arissa said that she will be with us."

"Ha, saya balik berdua dengan Arissa je lah."

"He's a man. You two are girls and both of you have been touched and traumatized by this.. lowlife. Do you think I can let you two by yourselves?"

"Macam mana awak tahu?"

"I'm not the only one who's afraid for you."

"Kalau macam tu, sa- saya tak nak balik lagi! Mungkin saya balik lambat hari ni. Saya nak ulang kaji dulu. Awak pergilah balik dulu," dia cuba mencari alasan lain.

"Prevention is better than cure, Aqillah. Dan awak boleh belajar dekat rumah. Jangan bahayakan diri awak sendiri," Haikal dilihat menahan sabar.

Tetapi dirinya juga sedang menahan sabar kerana disuruh itu dan ini walaupun dia tahu semua untuk kebaikannya.

"Nanti saya suruh Abang Hisyam ambil."

"Janji dengan saya yang awak tunggu dia sampai baru awak keluar."

"Saya janji."

"Awak janji apa?"

"Saya janji saya tunggu abang Hisyam sampai dulu baru saya keluar!" dia bertegas dan pantas berlalu.

Lega dia rasakan apabila tiada balasan dari Haikal. Namun, beberapa saat kemudian dia berasa menyesal. Tadi adalah peluang terbaiknya untuk meminta maaf pada Haikal tetapi dia mensia-siakan peluang tersebut dengan barannya. Nanti je lah.

Aqillah terjaga tatkala mendengar bunyi pensil terjatuh. Dia memandang keliling untuk melihat dia masih berada di makmal komputer tempat dia belajar sebentar tadi. Matanya melirik pada jam tangan yang dipakai.

"Na'uzubillah," terkejut dirinya melihat jarum jam yang sudah menunjukkan pukul sebelas malam.

Dia segera mengemas buku yang berserakan di atas meja. Pintu makmal dikunci dan dia pantas menuruni tangga menuju ke lobi bangunan lima tingkat itu. Kawasan kuliahnya sudah lengang tanpa penghuni. Telefon bimbit dikeluarkan dan terkejut dirinya apabila mendapat banyak panggilan daripada Abang Hisyam yang tidak dijawab. Segera dia menghubungi Abang Hisyam tetapi hampa kerana panggilan tidak diangkat. Dia cuba mendail lagi.

Mana Abang Hisyam ni? Selalunya cepat je jawab. Dah ada dekat pondok depan kot.

Kakinya laju melangkah ke arah pondok tetapi kembali perlahan apabila melihat seseorang sedang menuju ke arahnya. Mereka yang hanya dipisahkan dengan jarak beberapa meter saling berpandangan. Saat mengenali wajah itu, badannya mula menghasilkan peluh sejuk. Dia segera berpatah balik. Begnya diselongkar untuk mencari penyembur lada hitam yang disediakan untuk kecemasan. Dalam masa yang sama, tidak henti-henti dia berdoa meminta pertolongan dari Yang Maha Kuasa. Otaknya ligat berfikir ke mana mahu melarikan diri. Jalannya terhenti ketika begnya dipegang. Dia kaku. Hanya jantungnya yang berdegup dengan kencang.

"Qilah, awak nak pergi mana?" dia duduk terjelepok tatkala suara Haikal memecah pendengarannya. Mulutnya tidak berhenti mensyukuri pertolongan-Nya.

"Qilah, are you okay?" suara Haikal cemas. Lelaki itu sudah duduk di hadapannya. Dia hanya diam seribu bahasa.

"Kenapa awak menangis ni?" dia meraba pipinya dan sah pipi itu basah. Segera dia mengelap air matanya dan memandang Haikal.

"Tak ada ap-"

"Dia lagi, kan? Apa dia buat? Bagitahu saya," Haikal berkata dan dia pantas menggeleng.

"Buka-"

"Bullshit. Saya tau muka awak ni. Sebab orang tak guna tu je yang boleh buat awak takut sampai macam ni."

"S- saya m- min ma- maaf," tersekat-sekat suaranya.

Haikal bangun dan dia kembali tunduk memandang lantai. Dari pendengarannya, Haikal sedang membeli air dari mesin air tin yang berdekatan. Lelaki itu kembali menghampirinya.

"Nah. Minum ni. Bangun duduk kat kerusi tu," Haikal menghulurkan air tin yang suam ditangannya itu.

Mereka duduk dalam kesunyian. Dia dapat mendengar bunyi kereta yang kadang-kadang lalu di depan kuliahnya. Teringatkan Fariq, dia segera memandang tempat terakhir dia nampak lelaki itu berdiri tetapi kosong. Tempat itu digantikan dengan kereta Satria Neo milik Haikal. Dia kembali teringat malam di Pulau Sipadan.

"Awak.." mereka serentak berkata.

"Ladies first," Haikal menyuruhnya membuka bicara.

"Emm, mana awak tau saya ada dekat sini?" lain yang ingin dicakap, lain yang keluar. Dia memarahi diri sendiri.

"Oh, saya call Abang Hisyam dan dia cakap awak tak balik lagi. Dia bagitau awak dekat mana."

"Oh," pendek dia menjawab.

"You broke your promise." Dia memandang Haikal dengan tanda tanya.

"Abang Hisyam tak sampai lagi, awak dah tunggu dekat luar. Tengok apa jadi dekat awak sekarang." Dia teringat pada janjinya siang tadi. Itulah padah mungkir janji. Dia geram pada dirinya sendiri.

"Saya minta maaf."

"That's okay."

"Dan.. terima kasih," perlahan dia berkata.

"Untuk?"

"Awak tolong saya lagi. Dan sebab itu, saya sangat berterima kasih," dia menjawab. Selang beberapa ketika, dia berkata lagi.

"Dan saya nak minta maaf lagi sekali. Sebab tuduh awak hari tu."

"Tuduh?"

"Masa dekat restoran tu. Saya dah tau awak kerja. Awak patut beritahu saya masa tu. Taklah saya cakap benda yang teruk sangat dekat awak," dia menarik nafas lega setelah berjaya meminta maaf.

"Bukan benda besar pun," Haikal ketawa kecil.

"Besar bagi saya. Sebab saya dah melulu tuduh awak. That is really unforgivable," dia betul-betul menyesali tuduhan yang dibuat.

"I'll forgive you as long as you grant me another wish."

"Apa? Mana aci!"

"Aci kat India."

"Ha ha. Lawaknya," dia membuat muka. Haikal mentertawakannya dan dia mencebikkan bibir. Geram dengan lelaki itu.

"I'm gl-" dia tidak sempat mengetahui apa yang ingin dikatakan Haikal kerana telefon bimbit lelaki itu tiba-tiba berbunyi.

"Hello?"

"Waalaikumussalam," Haikal menjawab salam orang dihujung talian.

"APA??" suara terkejut Haikal membuatkan dia tertanya-tanya.

Muka Haikal yang tadi tersenyum sudah berubah terkejut kemudian pucat. Dahi lelaki itu sudah berkerut-kerut.

"Ok, ma. Haikal datang sekarang," Haikal berkata dan mematikan talian. Dia bingung melihat Haikal bingkas bangun meninggalkannya.

"Haikal."

"Oh, I'm so sorry, Qilah. Jom, cepat!" dia yang masih keliru terkocoh-kocoh mengekori Haikal yang pantas berjalan ke kereta.

Pemanduan Haikal yang laju membuatkan dia semakin syak ada sesuatu yang sudah berlaku. Pertama kali dia melihat Haikal tidak keruan. Tangan Haikal seperti mahu memecahkan stereng kerana genggaman yang terlalu kuat. Urat pada tangan dan muka lelaki itu sudah menunjukkan rupa. Wajah Haikal berkerut dan risau sepanjang perjalanan. Dia semakin lemas berada dalam kegelapan, geram kerana tidak mengetahui apa-apa.

"Haikal! Kenapa ni?" lelaki itu sedikit terkejut dengan pertanyaannya yang agak tiba-tiba.

"Abah. Dia masuk hospital. Mama cakap kena heart attack. Ya Allah," kini dia pula yang terkejut mendengar berita itu.

"Na'uzubillah. Habis, abah ok tak sekarang?" dia mula cemas.

"Tak tau lagi. Abah dekat emergency room sekarang."

Sekali lagi Aqillah berterusan berdoa meminta pertolongan Yang Maha Pengasih tetapi atas sebab yang berbeza.

Mereka bergegas mendapatkan keluarga mereka sebaik sahaja tiba di hospital. Aqillah mendapati ibu dan ayahnya, abangnya, serta mama Haikal sudah berasa di situ. Memandangkan cuti sudah habis, yang lain sudah pulang ke kampus dan sekolah masing-masing. Mereka yang sedang menunggu di luar bilik kecemasan mempunyai reaksi yang sama. Takut, risau, sedih, dan mengharap. Hatinya terasa pilu melihat Haikal yang duduk di lantai memeluk lutut dengan muka tunduk memandang bawah.

Dia mendekati Haikal dan duduk di sebelah lelaki itu. Tidak pasti sama ada Haikal mendengar ataupun tidak, dia hanya berbisik.

"Haikal, sabar. Banyakkan do'a," dia cuba mententeramkan Haikal.

Haikal yang masih menyandarkan kepala pada lutut, merenung matanya. Dia serba salah. Takut dia sudah berkata sesuatu yang mungkin menyinggung perasaan Haikal. Tetapi bibir Haikal sedikit terangkat, menunjukkan senyuman kecil yang ikhlas. Dia mula hendak bangun apabila Haikal tidak berhenti merenungnya.

"Please!" Haikal berkata, "Duduk."

Dia tidak jadi bangun. Turut meniru gaya Haikal yang memeluk lutut, pandangannya dialihkan pada ahli keluarga yang lain. Abangnya duduk bersama ayahnya di kerusi yang tersedia. Ibunya pula menemani mama Haikal yang terhinjut-hinjut menangis di satu sudut lain. Dia rasa hiba yang teramat. Ingin menangis melihat mama Haikal yang kelihatan terlalu gundah, dia kembali mengalihkan mata ke arah Haikal yang sudah memejamkan mata. Tetapi garis-garis risau di dahi masih tidak surut. Dia mengeluh berat. Dalam hati, tidak sudah-sudah dia berdoa meminta rezeki kesihatan buat abah Haikal dan juga buat orang-orang yang disayanginya.

Setelah lebih tiga jam menanti di situ, pintu bilik kecemasan terbuka. Haikal dan mamanya merupakan orang pertama yang meluru ke arah doktor yang keluar sambil membuka topeng mulut yang dipakai. Dia turut bangun berdiri.

"Doktor, macam mana...?" mama Haikal bertanya.

"Keadaan dia dah stabil. Dia akan dibawa ke ICU. Apa hubungan kamu dengan pesakit?"

"Dia suami saya dan ini anak saya," mama Haikal menjawab dan doktor mengarahkan mereka untuk mengikutinya.

Keluarganya hanya menanti di luar sementara Haikal dan mamanya masuk melawat abah Haikal. Dia ke sisi ibunya yang kelihatan letih.

"Minta-mintalah abah kamu ok, Qilah," ibunya berkata perlahan dan dia mengangguk.

"Ibu baliklah dulu. Qilah tengok ibu dah penat sangat ni," Aqillah menyuruh ibunya.

"Tunggulah sekejap. Ibu nak tahu macam mana keadaan abah kamu tu."

"Qilah! Qilah! Bangun," Aqillah yang terasa badannya digoncang, terjaga.

Dia tidak sedar sejak bila dia terlelap. Kawasan menunggu pesakit sudah kosong dan muka Abang Amir dipandang.

"Pukul berapa sekarang, bang?" dia bertanya sambil menggenyeh matanya.

"Dah pukul enam pagi dah. Jom balik. Abang hantar. Nanti tak sempat Qilah solat subuh."

"Abah macam mana, bang?" dia bingkas bangun apabila teringat pada orang tua Haikal.

"Abah dah sedar tadi. Tapi dia sambung tidur balik lepas nurse masukkan ubat. Dah, jom, jom," abangnya menjawab. Dia segera mengikuti abangnya pulang ke rumah.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia melihat kereta abahnya masih tiada di tempat parkir. Di dalam juga lengang. Hanya nampak Kak Hani yang sedang membuat kerja di dapur.

"Ibu dengan ayah mana?"

"Dia orang kat hospital lagi."

"Hah? Ibu tak balik-balik dari semalam ke? Tak nampak pun ibu tadi," risau timbul di hatinya.

"Dia orang pergi solat dekat surau hospital. Kamu ada kelas, kan? Sebab tu ibu suruh hantar kamu balik."

"Qilah dah habis kelas lah, bang. Sekarang tengah study week. Abang bawa ibu baliklah, bang. Biar Qilah teman dekat sana. Risau lah ibu tak rehat-rehat lagi."

"Abang dah suruh tadi tapi ibu tak nak dengar. Dia nak teman mama. Takpa lah. Qilah pergi mandi siap-siap semua. Kejap lagi kita pergi sana. Suruh ibu dengan ayah balik," kata-kata Abang Amir di sambut dengan anggukan.

Dia segera naik ke bilik. Badannya terasa lenguh kerana tidur dalam keadaan tidak selesa. Dia mengurut-urut bahunya yang terasa sengal.

Perlahan dan berhati-hati Aqillah menolak daun pintu ke wad Encik Adib. Abah Haikal sudah dipindahkan ke wad biasa sewaktu dia berada di rumah memandangkan keadaan abah Haikal yang sudah stabil. Badan lemah abah Haikal diperhatikan terbaring lesu di atas katil. Muka abah Haikal yang pucat membuatkan dia kembali hiba. Duduk di sofa yang tersedia, dia mengeluarkan Al-Quran yang di bawa dari beg dan mula mengaji perlahan-lahan. Berharap supaya Allah S.W.T. mendengar do'anya dan menyembuhkan abah Haikal.

"Dan apabila aku sakit, Dia-lah yang menyembuhkan aku." (As-Shu'ara : 80)

Selang beberapa ketika, pergerakan abah Haikal membuatkan dia menghentikan pembacaan. Al-Quran diletak tepi, dia bangun merapati katil. Risau jika abah Haikal menginginkan apa-apa.

"Assalamualaikum, abah. Abah macam mana?" sopan dia bertanya pada lelaki setengah abad yang sedang memerhatikannya sambil tersenyum itu.

"Waalaikumussalam, Qilah. Abah dah ok sikit," abah Haikal berkata padanya sebelum cuba mengangkat badan untuk duduk. Dia rasa serba salah kerana teragak-agak untuk menolong abah Haikal. Tetapi abah Haikal hanya tersenyum.

"Tak apa, Qilah. Duduklah."

"Abah nak apa-apa ke? Qilah tolong ambilkan? Air ke? Oh, ni Qilah ada bawa bubur dari rumah. Abah nak makan?" macam-macam dia bertanya kerana tidak tahu bagaimana ingin melayan pesakit. Abah Haikal ketawa kecil melihatnya. Dia tertunduk malu.

"It's okay. Abah pun first time jadi pesakit. Tak tau macam mana nak buli orang yang jaga," kata-kata itu membuatkan dia tersenyum.

Dari sini rupanya Haikal dapat perangai dia.

"Haikal mana?"

"Qilah pun tak pasti. Masa Qilah sampai tadi, tak ada siapa pun dekat sini," dia menjawab jujur.

Semasa dia tiba di hospital, dia hanya nampak ibu, bapanya, serta mama Haikal sahaja. Itu pun mereka sudah pulang.

"Panjang umur budak tu," abah Haikal berkata dan dia berpaling untuk melihat Haikal masuk ke wad dengan baju yang dipakai semalam.

Wajah Haikal kelihatan sugul. Lelaki itu sedikit terkejut melihat dirinya dan dia hanya tersenyum hambar sambil mengangkat bahu.

"Abah dah ok?" Haikal bertanya sambil mendekati orang tuanya. Aqillah hanya diam melihat dua beranak itu berbalas kata.

"Abah dah ok, Kal. Abah kan kuat," abah Haikal berseloroh tetapi tidak disambut baik oleh Haikal yang masih kelihatan risau dan marah.

"Tu lah. Kal dah cakap jangan ambil klien tu, banyak songeh. Tapi abah tak nak dengar. Nak handle jugak, jugak! Kan dah jadi macam ni. Kalau benda lagi teruk jadi macam mana? Tak fikir ke mama menangis macam mana abah masuk emergency semalam? Cancel tender dengan company tu!" panjang lebar Haikal berleter pada abahnya yang sudah tersengih-sengih. Aqillah agak terkejut melihat Haikal yang kelihatan betul-betul marah.

"Sorry lah, Kal. Abah salah."

"You said it. I'm going to cancel that tender. They are such an asshole!"

"Don't be mad at them. I'm the wrong one here. I'll be careful nex-"

"I don't care," Haikal memintas dan abah Haikal hanya mengangkat kedua-dua belah tangan tanda menyerah.

"It'll be yours, anyway."

"Abah dah makan ke belum? Ubat?"

"Belum. Abah baru je terjaga. Lepas tu terus kena leter dengan bos."

Haikal tidak membalas aduan itu. Lelaki itu terus membuka termos berisi bubur nasi yang dibawanya dari rumah untuk abah Haikal. Selepas dikenal pasti isi di dalam, lelaki itu terus mencedok bubur nasi itu ke dalam mangkuk. Setelah itu, Haikal menyuapkan bubur itu pada abahnya.

"Ala, Kal. Abah boleh makan sendiri lah."

"Betul, boleh?"

"Ya."

"Ok."

Aqillah hanya diam di sisi mereka. Dia tidak tahu yang mereka berdua begitu rapat. Mungkin kerana dia belum pernah berada dalam situasi seperti ini. Betul kata Kak Nina. Haikal seorang yang penyayang. Muka Haikal malam semalam diingatinya kembali. Mata lelaki itu merah menahan tangis sewaktu menunggu di luar wad kecemasan. Pertama kali lelaki itu kelihatan begitu lain. Sugul dan sedih yang teramat sangat. Aqillah keluar daripada lamunannya apabila abah Haikal berkata sesuatu kepada mereka berdua.

"Abah nak cakap sikit memandangkan kamu berdua dah ada dekat sini."

"Berdua? Si- Oh," Haikal berkata apabila terpandang dirinya. Dia tidak percaya yang Haikal boleh lupa padanya. Dia sedikit sedih. Isy, apa ni? Pergi, pergi!

"Sebelum tu, Kal, abah tak tahu berapa lama abah akan duduk dekat hospital. Boleh tak kalau Kal singgah dekat pejabat kejap? Ambil dokumen-dokumen abah. Abah dah ba-"

"Haikal dah uruskan semua tu. I won't let you near work unless you get better," suara Haikal tegas berkata.

"But it's too much for you."

"And it's not for you? I'm the boss, remember?"

"Oh, I forgot. I'll leave it to you, then."

"Qilah, mari sini dekat sikit," abah Haikal berkata dan dia yang sudah bergerak ke belakang sebentar tadi kembali merapati katil.

"Qilah, abah harap Qilah dapat jaga Haikal baik-baik." Dia memandang sepintas lalu pada Haikal. Tidak begitu pasti maksud kata-kata itu, dia hanya diam tanpa bicara.

"I have a request from both of you. And I really hope that you can make it happen for me. Qilah, Haikal akan waris syarikat abah tak lama lagi dan abah tahu Haikal akan sibuk dengan kerja. I know it is selfish of me but I need to see him with someone who can best take care of him if I g-"

"Abah! No!" Haikal membantah pada sesuatu yang diperkatakan abahnya.

Aqillah masih kebingungan kerana tidak faham bagaimana dia boleh menjaga Haikal. Bukan selama ni dia elok je ke duduk dekat rumah dia? Nak jaga apanya? Aku bukan tinggal sekali dengan dia pun. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Haikal, please. Let me finish."

"No, you are not going anywhere."

"I said if, Kal. Let me finish first."

"No!"

"Asyraf Haikal!" dengan kata-kata itu, Haikal membuang pandangan ke luar tingkap sambil mengetap gigi. Dia hanya memerhatikan tingkah mereka berdua.

"Good. Qilah, setakat ni, abah nampak yang Qilah seorang je yang dapat kawal budak ni."

"Kawal?" dia pelik. Sejak bila pulak lah aku kawal dia?

"Yes. There are certain things about him that do not come out after he met you. And also certain things that he did after. So, I do feel that our decision is right. I believe you can take care of him best. Qilah, Haikal.." abah Haikal memanggil lembut, cuba memujuk Haikal yang lambat-lambat memandang semula.

"Abah harap.. kamu berdua dapat bernikah secepat mungkin," abah Haikal menamatkan bicara dengan permintaan yang tidak diduga Aqillah.

Reaksi terkejut menghiasi wajahnya tetapi Haikal kelihatan tenang seperti sudah mengetahui permintaan itu. Mereka berdua diam seribu bahasa. Bermacam-macam yang bermain di mindanya ketika itu. Menikah? Kahwin? Aaaarghh! Mahu sahaja dia lari dari wad saat itu. Tetapi dia bertahan.

"Qilah, I know it is very selfish of me to put you into this. Tapi, abah harap sangat-sangat kamu berdua nikah sebelum abah pergi. Please?" permintaan itu bagaikan beban di bahunya.

Terasa mahu menangis dirinya saat itu. Air mata yang ingin muncul cuba ditahan. Dia memandang Haikal tetapi lelaki itu hanya memandangnya kembali dengan riak tenang, menunggu dirinya untuk memberikan kata putus. Dia keliru apabila diletakkan dalam situasi yang bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Untuk mengangguk, fikirannya memberontak walapun hatinya tidak punya banyak bicara. Untuk menggeleng pula, dia rasa bersalah melihatkan keadaan abah Haikal yang masih lesu. Setelah lama berdiam diri, dia akhirnya mengangguk lemah. Lantai dipandang sayu. Wajah Haikal tidak mahu dipandangnya. Dia tiba-tiba berasa marah teramat tetapi dia menghalakan marah itu pada dirinya sendiri kerana tidak mampu menolak permintaan orang tua Haikal.

"Alhamdulillah. Terima kasih, Qilah. Nanti abah bagitahu mama kamu," nada ceria abah Haikal dibalas dengan senyum yang sedaya upaya diikhlaskan.

Aqillah menengadah langit. Dia duduk bersandar pada kerusi di taman hospital. Selepas mama Haikal tiba, dia segera melarikan diri daripada wad abah Haikal. Matanya dipejam rapat dan dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

Apa lah nasib kau ni, Qilah. Kena kacau dengan stalker. Kena kahwin dengan Haikal. FYP belum siap. Minggu depan dah start exam final. Baik kau start belajar sekarang. Tak lepas kang, naya je nak kena ulang sem. Tapi.. takda mood nak belajar.

Dengan semua benda yang jadi sekarang ni, nak tengok buku pun tak lalu. Kejadian malam tadi dengan Fariq tiba-tiba mengetuk mindanya yang sedang kusut. Dia berdo'a agar Fariq tidak mengacaunya lagi. Sudah cukup masalah yang dihadapinya sekarang. Dia meletakkan lengan di dahi.

"Kenapa awak setuju?" tegak badan Aqillah saat mendengar suara Haikal. Lelaki itu duduk di sebelahnya.

"Saya... tak sampai hati nak tolak."

"Awak cuma perlu geleng kepala awak je."

"Awak cakap senang lah. Lagipun, bukannya kita terus kahwin ke apa," Aqillah memuncungkan bibir.

"Awak tau kan maksud abah secepat mungkin tu?" kata-kata Haikal membuatkan dia memandang lelaki itu sepantas kilat, tertanya-tanya dan berdebar-debar.

"Well, you're not his children I guess. Hmm, it can be this week or the next. Paling lambat, bulan depan," terbeliak matanya mendengarkan itu.

Dia ingat, awal sebulan, dua dari tarikh yang telah ditetapkan. Bukan sepantas ini. Mukanya terus berubah kelat.

"Qilah, Qilah," Haikal berkata dan mengeluarkan ketawa kecil. Dia memandang serong lelaki itu.

"Apa? Saya gelak pun tak boleh?"

"Tak! Sebab awak suka gelakkan saya!" makin kuat Haikal gelak selepas itu.

Dia memandang ke arah lain. Geram dengan sikap Haikal yang tidak habis-habis mentertawakan dirinya. Lelaki macam ni yang aku kena kahwin? Ah, sudah!

"Qilah, awak rasa awak boleh ke?"

"Kenapa pulak tak boleh?" dia yang masih radang, lantang menyoal.

"Think about it. Kita akan kahwin. Bukan bertunang lagi. Duduk serumah, tidur sebilik. Do you think you can handle all that?" pertanyaan serius dari Haikal membuatkan dia diam.

Menelan air liur yang terasa pahit. Matanya dipejamkan, hatinya ditenangkan, dan fikirannya dikosongkan. Dia memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku pada masa akan datang. Keluarga Haikal terutama sekali abah lelaki itu. Keluarganya. Fariq. Dia juga mengingati semula perkara-perkara yang terjadi selama perkenalan keluarga mereka dan pahit manis sepanjang perkenalan mereka berdua. Hati budi keluarga Haikal. Dan hati budi Haikal sendiri. Lama dia mendiamkan diri sebelum kembali membuka mata.

"Sebelum tu, boleh saya tanya awak satu benda?"

"Hmm?"

"Awak buat ke? Solat sunat?"

"Istikharah? I tried as much as I can."

"Dan??"

"Dan? Apa yang dan? I do the prayer, is all."

"Awak tak dapat apa-apa petunjuk?"

"Mimpi? Nope. But, like you said, dreams are not always right. So, I wasn't expecting it. I'm just going to put my trust in Him," Haikal menjawab dan dia diam sejenak. Memikirkan kata-kata Haikal.

"Mungkin.. pilihan ibu dengan ayah.. betul," dia berkata perlahan. Wajah Haikal diperhatikan. Lelaki itu mempunyai pandangan yang jauh di mata.

"Boleh awak janji saya satu benda?" dengan pertanyaannya itu, Haikal kembali melirikkan mata ke arahnya dan dia segera tunduk.

"Instead of honeymoon, boleh tak kalau.. kalau.."

"Apa dia?"

"Aaa.. kita pergi haji?" dia meluahkan permintaannya. Lama dia menunggu jawapan daripada Haikal.

"The cost?" jawapan dengan pertanyaan Haikal itu tidak disangkanya.

"Aaa.. Saya ada terfikir yang jadikan dia...." Aqillah bermain dengan masa. Takut terlalu tinggi jika dijadikan duit hantaran.

"Duit hantaran ke?" Haikal menduga dan dia mengangguk sedikit.

"Good idea. Okay," hatinya berbunga riang mendengar persetujuan Haikal.

Tidak sangka Haikal akan bersetuju semudah itu. Ada juga satu benda yang terjadi seperti dipinta.

"Betul ni? Awak janji??"

"Ya, saya janji."

"Awak tak boleh tarik balik janji awak. Kalau tak.. kalau tak.."

"Kalau tak, apa?"

"Awak bukan lelaki!!" dia menjawab laju-laju. Dia memekakkan telinga daripada mendengar tawa Haikal.

"Qilah, meh sini. Try baju ni. Kalau ada yang tak kena, boleh alter balik," ibu Aqillah menyuruhnya mencuba gaun putih yang akan dipakai waktu walimatul urus nanti. Aqillah berjalan malas mendekati ibunya dengan muka toya.

"Tengok tu. Buat muka lagi. Tak baik tau. Benda baik macam ni, Qilah patutnya bersyukur. Ibu tahulah kita memang tak buat majlis sanding, tapi pakai lah baju cantik sikit," ibunya mula membebel.

Dia hanya membiarkan berlalu leteran orang tua kesayangannya itu. Salah dia juga. Dia yang menerima untuk dirinya dinikahi walaupun diluar kerelaan hatinya. Tetapi mana mungkin untuk dia menolak permintaan abah Haikal.

Memang nasib kau, Qilah. Selamatlah ibu tak nak anak dia bersanding bagai. Kalau tak, memang nahas je lah kau. Free je tayang muka dekat orang. Omelnya sendiri.

Dia mengambil baju yang dihulur ibunya dan beredar ke kamar mandi untuk menukar baju. Beberapa minit kemudian, dia keluar semula dengan siap memakai gaun putih itu. Ibunya dan mama Haikal tersenyum manis sambil mengangguk-angguk memandangnya.

"Cantik," mama Haikal memuji. Dia tersipu malu.

"Cuba Qilah pusing sikit," dia hanya menurut suruhan ibunya.

"Ibu, tak boleh longgar sikit ke? Qilah rasa macam ketat sikitlah," dia memberikan pendapatnya. Gaun yang menunjukkan sedikit bentuk badannya itu membuatkan dia tidak selesa.

"Qilah rasa ketat? Ibu tengok ok je." Dia segera membuat muka kesian pada ibunya.

"Ok, ok. Nanti ibu suruh dia longgarkan sikit. Ni, try baju kurung ni pula," dia mengambil baju kurung untuk majlis pernikahannya pula.

Kembali ke bilik air, dia menukar ke baju kurung itu pula. Baju itu yang lebih longgar berbanding gaun tadi mendapat persetujuannya. Dia menunjukkan pada kedua-dua wanita itu dan mereka memberi reaksi yang sama seperti tadi. Mama Haikal juga mengungkap perkataan yang sama.

"Cantik."

"Tak macam longgar sangat ke, Ros?" ibunya memulakan lagi.

"Ibu..," dia berkata malas.

"Ok, ok. Cantik," ibunya membalas. Dia menggelengkan kepala dan mama Haikal hanya ketawa kecil.

"Ina, kita kena pergi uruskan pasal dewan tu," mama Haikal mengingatkan ibunya.

"Oh, a'ah. Ina lupa pula. Jom lah kita pergi sekarang," ibunya berkata kepada mama Haikal sebelum berpaling memandangnya.

"Simpan baju tu elok-elok. Pergi belajar. Esok last paper, kan? Assalamualaikum," ibunya berkata sambil menyalami tangannya dan mereka meninggalkan biliknya setelah itu.

Dia mengeluh sebaik sahaja kelibat mereka hilang. Dia duduk di meja cermin. Memandang dirinya di dalam cermin, dia berkata sendiri,

"Kau dah bersedia ke, Qilah? Kau yakin dengan benda ni?"

"Kau kenalah bersedia. Kau yang terima!" terkejut bukan kepalang dirinya apabila Aqillah yang berada di dalam cermin membalas.

"Tapi kau yakin ke ni keputusan yang betul? Kalau salah macam mana?"

"Serahkan semua pada Allah S.W.T. macam Haikal."

"Tapi..."

"Allah Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Kau dah berusaha minta petunjuk, mesti dia balas sebab dia Maha Pengasih. Yakin, Qilah, yakin! Tenang dan urusan nanti dipermudahkan Allah S.W.T.." Aqillah membuka buku. Dia harus bersiap sedia menghadapi peperiksaan esok hari. Masalah lain bukan alasan untuknya tidak mengulangkaji pelajaran. Dia harus mengetepikan semua perkara yang mengganggu mindanya. Aqillah cuba khusyuk dalam pengajian. Dia membuat latihan dan nota kecil. Dia menghafal formula serta membaca nota-nota penting. Lama kelamaan, dia hanyut bersama pelajarannya. Segala kesulitan sedikit demi sedikit meninggalkan mindanya dan digantikan dengan istilah-istilah bahasa teknologi. Ketukan di pintu membuatkan dia terlompat setengah dunia. Dia beristighfar di dalam hati.

"Siapa? Masuklah."

Muka Arissa, sahabat baiknya itu terjengul di muka pintu. Arissa mendapatkan dirinya dengan muka simpati. Dia hanya tersenyum tawar. Arissa mengeluarkan sesuatu dari kocek seluar yang dipakai. Mukanya yang tadi muram terus berubah ceria.

"Risaa!!" dia berteriak gembira sambil mengambil coklat di tangan Arissa. Lantas dia memeluk sahabatnya itu seerat mungkin.

"Qilah! Cukup, cukup. Qilah nak cekik Risa ke?" dia tergelak kecil melihat Arissa yang sudah terbatuk-batuk.

"Sorry lah, Risa. Qilah tengah tension sangat sekarang," mukanya kembali masam. Dia memerhatikan wajah rakan karibnya itu.

"Eh, Risa. Kenapa muka Risa?" dia memegang pipi kawannya yang sedikit lebam. Arissa segera menolak tangannya. "T- takda apa-apa, Qilah. Risa.. Risa terlanggar pintu bilik semalam," kata-kata Arissa tidak dipercayainya. Dia memandang serong kawannya itu.

"Baik Risa bagitahu cepat kalau taknak Qilah mengamuk."

"B- betul lah, Qilah," Arissa gelak janggal dan dia merenung tepat mata rakannya itu.

"Risa tak pandang Qilah. Ada benda Risa tak bagitahu," caranya untuk menyuruh kawannya itu membuka mulut.

"Risa, Risa..," dan selepas itu kawannya menceritakan segala yang terjadi.

"Apa?? Fariq pukul Risa?? Ya Allah. Ni memang dah melampau!" dia bingkas berdiri walaupun tidak tahu arah tujunya. Akhirnya, dia mundar-mandir di dalam bilik.

"Bila benda ni? Kenapa Risa tak bagitahu terus kat Qilah? Bukan Risa dah janji ke?" soalan demi soalan ditujukan kepada rakannya itu.

Dia tahu Arissa rasa bersalah tetapi dia tetap geram kerana kawannya ingin menyembunyikan perkara penting itu daripadanya.

"Minggu lepas. Time ayah Haikal masuk hospital. Sebab tu Risa tak nak bagitahu Qilah. Qilah pun dah ada banyak masalah," mendengarkan itu, dia terdiam.

Menyesal kerana menyebabkan kawannya takut untuk menceritakan masalah sendiri atas sebab masalah yang dihadapinya.

"Sorry, Risa. Sebab Qilah, Risa tak berani nak cerita semua tu. Lepas ni, kalau ada apa-apa, Risa cerita je. Jangan simpan-simpan. Tau?"

"Ok."

"So, apa kita nak buat sekarang, Risa? Repot polis nak?"

"Jangan, Qilah!" sepantas kilat Arissa menolak. Cepat dia memandang wajah takut Arissa.

"Aa- err.. Fa- Fariq, dia cakap jangan. Kalau tak, d-"

"Dia ugut Risa?? Ni tak boleh jadi ni. Tak mungkinlah Qilah nak biar macam ni je. Dia cakap kalau tak, dia nak buat apa??" bengang dirinya memikirkan lelaki itu.

Takutnya pada Fariq pudar sedikit apabila lelaki itu bukan sahaja memukul, malah mengugut rakan kesayangannya.

"Dia c- cakap, d- dia b- bu- bunuh h- Haikal."

Aqillah terpempan. Jawapan Arissa tidak disangka olehnya. Dia tidak percaya yang lelaki itu akan membabitkan orang lain kerana dirinya. Tangannya sudah menggenggam erat. Hatinya panas dan pedih menahan berang.

"Teruk," satu perkataan keluar daripada bibirnya.

"Qilah, sabar," Arissa sudah menyedari kemarahan meruap-ruap yang datang darinya.

Gadis itu mula menghampirinya dan mengusap-usap belakang badannya. Dia tergelak sinis. Tidak faham bagaimana rakannya itu masih boleh mententeramkan dirinya.

"Risa tau tak apa yang jadi sekarang ni? Dia ugut Risa! Dan dia nak babitkan Haikal yang takda kena mengena langsung dalam hal ni! Risa boleh tenteramkan Qilah lagi? Dia dah lebih, Risa!"

"Sabar, Qilah. Dia t- tumbuk Risa je," kata-kata Arissa tidak mampu diterimanya.

"Risa! Dia tumbuk Risa, ok? Tumbuk! Kalau sekarang dia dah berani tumbuk, esok, luas? Fikir, Risa. Fikir! Risa tau tak apa yang Qilah rasa sekarang? Bersalah sangat-sangat kat Risa, tau tak? Kalau Qilah yang dia tumbuk, takpa. Tapi, ni Risa! Bukan Qilah! Astaghfirullah. Allahuakbar. Na'uzubillah," dia mengurut-urut dada. Cuba menenangkan jiwanya.

"Ni, dah lambat dah ni. Jom, Qilah hantar Risa balik," dia mengajak rakannya.

"Takpa lah, Qilah. Rumah Risa dekat sebelah je. Bukan jauh pun! Hisy."

"Qilah tak peduli. Buatnya dia tunggu dekat luar rumah, apa nak buat? Dah, jom, jom," dia menarik lengan rakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience