BAB 7

Romance Completed 7293

"Okay, guys. That's all for today. Remember to hand in your assignment the day after tomorrow before 5 p.m**. **and the one I just assigned you, two weeks from now**,"* pensyarah Aqillah, Brother Kamil atau lebih dikenali dengan panggilan Bro K berkata.

Bro K mengajarnya Bahasa Inggeris, jadi kelasnya terdiri daripada pelajar pelbagai jurusan. Aqillah mengeluh berat. Tugasan yang perlu dihantar masih tidak siap, dia sudah diarahkan untuk membuat tugasan baru. Memang betul kata orang, tahun terakhir ialah tahun yang paling sibuk dan memenatkan.

"Hey, bro."

Tangannya yang masih menyalin nota di papan putih terhenti. Suara yang semakin dikenalinya itu membulatkan matanya. Haikal? Apa dia buat dekat dewan kuliah aku? Ke aku salah dengar.. Dia perlahan-lahan mendongak dan nyata tekaannya tepat. Haikal dilihat menghampiri Bro K. Mereka bersalaman sambil diperhatikan oleh semua mata yang masih berada di dewan itu termasuk juga dirinya. Masing-masing dengan muka tanda tanya. Apa pelajar jurusan bisnes itu buat di kelas mereka?

"What's up, Haikal?" Bro K bertanya.

"Nothing. Just want to see someone."

"Oh, yeah. I forgot," Bro K berkata lantas memandang keliling dan berhenti apabila ternampak dirinya. Yang lain turut mengikut arah pandangan pensyarahnya itu. Dia terus menundukkan muka. Pantas tangannya sambung menulis nota yang masih berbaki.

Bunyi tapak kaki semakin menghampiri tempat dirinya duduk. Hatinya semakin berdebar-debar. Minta-mintalah dia pergi dekat orang lain. Bismillahirrahmanirrahim. Bismillahirrahmanirrahim. Bismillahirrahmanirrahim. Dan permintaannya seperti didengari apabila lelaki itu melintasi tempat dia duduk. Alhamdu-

"Tak habis salin lagi, Qilah?" bagai mahu tercabut jantungnya apabila Haikal bertanya.

Dia buat tidak dengar. Tangannya terus-terusan menyalin nota di papan putih. Dia berharap supaya lelaki itu pergi apabila dia tidak melayan. Tetapi jangkaannya meleset sama sekali. Haikal kembali menghampirinya dan duduk di kerusi di hadapannya. Dia mula tidak keruan. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia memarahi Haikal saat itu. Belum pun hilang penat dia menjawab soalan-soalan rakan sekelasnya yang menjadi saksi adegan beberapa hari lalu, sudah datang masalah baru. Bersama saksi-saksi baru. Grrr.

"Nak saya tolong sa-"

"Haikal! What are you doing here?" Tisya, rakan sekelasnya memintas kata-kata Haikal.

Gadis itu pantas menghampiri lelaki yang duduk di hadapannya itu. Dia dapat melihat reaksi Haikal yang sedikit terkejut dengan teguran Tisya.

"Awak nak jumpa saya ke? Saya kat depan lah tadi dengan dia orang semua ramai-ramai sebab tu lah awak tak nampak saya tadi kot. Kenapa awak nak jumpa saya?" gadis itu berkata lagi sambil ketawa yang dibuat-buat.

Dia menarik muka toya walaupun agak berterima kasih pada Tisya. Dilihat semua mata tertumpu pada mereka berdua pula. Dia segera mengambil peluang keemasan itu untuk berkemas dan beredar secepat mungkin. Selamatlah kau ni gedik-gedik pun berguna, Tisya. Dia tersenyum di dalam hati. Dia yang mula beredar dari tempat duduknya terhenti apabila begnya tidak turut sama bergerak. Dia cuba menarik kuat tetapi tidak berjaya.

Ah, sudah! Takkan beg aku tersangkut kat kerusi lagi kot. Masa ni jugak lah dia nak buat hal.

Dia berpaling untuk mengurai sangkutan tetapi jangkaannya sekali lagi tidak tepat kerana begnya tidak tersangkut di mana-mana, sebaliknya tangan yang dilihat memegang kuat pada begnya. Dia mendongak dan Haikal memandang malas ke arahnya. "Shall we leave together, my fiancée?" mukanya terasa panas ketika kata-kata Haikal difahami mindanya. Dia cuba buat muka tidak faham.

"Let's go, then," Haikal berkata sambil menarik begnya yang masih digalas menyebabkan dia terpaksa mengikuti lelaki itu. Dia menyumpah Haikal di dalam hati kerana tersangat malu ditarik begitu.

"Haikal! Tunggu! Apa yang you cakap ni?" Tisya menahan Haikal secara tiba-tiba dan selepas itu semuanya berlaku secara pantas dan serentak.

Haikal terhenti mengejut dan mukanya menunggu masa untuk tiba ke lantai. Matanya dipejam rapat saat dia tersadung kaki sendiri ketika menuruni tangga antara baris-baris kerusi dewan kuliah itu. Tangan yang memegang beg galasnya menyelamatkan dia daripada tergolek menuruni tangga. Haikal menarik kuat sehingga dia selamat duduk di tangga itu. Matanya berkelip sekali. Dua kali. Aku tak jatuh? Aku tak jatuh!! Alhamdulillah, Ya Allah.

"What the fuck do you think you are doing??" suara lantang Haikal memeranjatkannya.

Ni dah lebih ni. Dia yang buatkan aku nak jatuh, sekarang dia nak marah aku pulak. Aqillah berang. Dia mendongak memandang wajah Haikal yang marah berbaur cemas dan membuka mulut untuk berkata sesuatu.

"I'm s- sorry. I t- tak sen-"

"The fuck you're sorry. Now, you go and apologize to her," Haikal memintas kata-kata Tisya dengan nada yang lebih perlahan tetapi tegas.

Baru dia sedar yang lelaki itu memarahi Tisya dan bukan dirinya. Budak ni suka sangat mencarut. Gumamnya sendiri. Dia cuba untuk berdiri tetapi sakit yang teramat sangat di kaki membuatkan dia terduduk semula. Ah, sudah! Terseliuh lah pula kaki aku. Masalah betul. Mungkin perbuatannya itu sempat ditangkap Haikal kerana dalam sekelip mata sahaja lelaki itu sudah berada di sisinya.

"Are you okay, Qilah? Did you- awak terseliuh ke? Shit. I'm so sorry. Aaa, tunggu kejap!"

"Tak....." dia tidak sempat untuk berkata apa-apa kerana lelaki itu sudah jauh meninggalkannya.

Ah, biarlah. Dia memegang buku lalinya dan terasa sakit apabila ditekan. Dia cuba bangun sekali lagi tetapi masih tidak berupaya kerana kepedihan yang terlampau. Keluhan kecil terlepas daripada bibirnya. Apa lah nasib kau ni, Qilah. Nak aman sikit pun tak dapat. Dia mengurut-urut kakinya.

Beberapa minit mengurut baru dia tersedar yang keadaan hening. Dahinya terasa berpeluh. Perlahan dia mendongak dan ternyata semua mata tertumpu kembali padanya. Ah, sudah! Mana pulak budak ni pergi? Nak panggil kawannya pun, semua keluar awal kerana ada kelas. Yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar jurusan lain yang tidak dikenalinya.

"Apa hubungan you dengan Haikal?" pertanyaan tiba-tiba Tisya tidak dijangka olehnya. Teringat kembali dirinya pada gadis itu.

"Maaf tapi saya tiada sebab nak beritahu awak," dia menjawab sesopan mungkin.

"Mestilah ada!! Baik you tell me now!" nada Tisya yang semakin meninggi itu mencabar kesabarannya.

Ei, perempuan ni. Aku cakap elok-elok, dia nak tinggi suara pulak. Memang nak kasi aku angin betul. Hai, tak faham aku dengan budak ni.

"Guys, you better get going now. I thought I said lecture is over," Bro K menyelamatkannya daripada Tisya.

Semua yang dari tadi berdiri kaku memandangnya mula bergerak meninggalkan dewan kuliah. Lega hatinya melihat keadaan itu.

"You tak dengar ke I tanya ni??" suara nyaring Tisya memecah gegendang telinganya.

Dia memandang geram ke arah gadis itu tetapi terkejut melihat muka merah padam menahan marah Tisya. Ai, aku yang sakit, dia pulak yang marah.

"Saya dengar. Tapi lecturer kata kelas dah habis. Bukan awak ada kelas ke lepas ni?" dia menjawab dengan pertanyaan.

"You tak jawab soalan I!!!"

"You can ask Haikal if it's really important to you. He's the one who can decide, not me," dia menjawab jujur.

"I tan-"

"Tisya, don't you hear what I said just now?" Bro K bertanya.

"But-"

"No but. You hear me. And if I'm not mistaken, you have class now. Don't you think that you're already late for class?"

"Bro K!!"

"Tisya."

Dengan arahan terakhir Bro K, Tisya berlalu meninggalkan dewan kuliah bersama muka masam mencuka dan hentakan kaki. Dia menarik nafas lega. Malas ingin melayan kerenah perempuan itu yang pertanyaannya hanya pasal Haikal, Haikal, dan Haikal. Naik muak dia mendengar nama itu. Apa lah malang sangat nasib dia hari ni. Dah lah Haikal umum satu kelas yang dia orang bertunang, depan Tisya pula tu. Dah lah si Tisya tu gila kat dia. Memang cari nahas betul lelaki ni.

"Kaki kamu ok tak, Qilah?" dia yang sudah lupa akan Bro K terperanjat apabila pensyarahnya itu bertanya.

"Tak sangat la-"

Bulat matanya memandang Bro K. Pertama, untuk kesekian kalinya dia mendengar pensyarahnya itu berbahasa Melayu dan yang kedua apabila dia dipanggil 'Qilah' oleh pensyarahnya itu. Tidak ada seorang pun tenaga pengajarnya yang memanggilnya dengan gelaran 'Qilah'.

"Kenapa?" muka hairan pensyarahnya itu dipandang.

"Oh, nothing. Cuma tak pernah lagi ada pensyarah yang panggil saya Qilah dan first time dengar Bro K cakap Melayu," dia tersenyum.

"Kelas dah habis, jadi saya tak perlu speaking. And for the Qilah part,I'm Haikal's older cousin actually." Bulat matanya mendengar pengetahuan baru itu.

"Ya ke??"

"Yeah. Dan saya tak pergi majlis tunang kamu dengan Haikal hari Sabtu lepas sebab saya ada kelas. Sorry," Bro K berkata lagi. Maklumat baru ini diakses mindanya.

"Congrats, anyway. Haikal seems really happy that you two are now engaged," kata-kata Bro K dibalas dengan senyuman pahit.

"And I do hear from your side that you're not really happy about all this." Dia hanya berdiam diri memandang tangga.

"I guess as much. But hey, give him a chance. Maybe you'll see something good out of him. Like he do about you," ungkapan tersebut membuatkan matanya secara automatik melirik ke arah Bro K.

"He loves to tease you, you know. He said that you're really patient and that you're cute when you're angry. It's the first time he ever said anything about a girl."

"Haikal..."

"Yes?"

"Dia.. er, tak pernah co- coup-" Aqillah menelan liur yang terasa pahit. Susah untuknya mengungkapkan perkataan 'couple'.

"It's okay. Just ask."

"Ah? Hmm.... Diatakpernahsukasesiapakesebelumni?" senafas dia mengeluarkan ayat itu.

Merah padam mukanya apabila Bro K ketawa. Sama je sepupu. Suka gelakkan orang. Dia menyesal bertanya.

"Nope. His girlfriend is his Red."

"Hah? Kiranya dia ada girlfriend lah? Kalau macam tu, kenapa dia still nak bertunang dengan saya? Takkan dia tak suka girlfriend dia kot?"

"And Red is his Ferrari," jawapan Bro K masih tidak difahaminya.

"Kereta lumba dia. He named it Red."

"Oh."

Jadi, kiranya dia tak pernah ada girlfriend lah? Tak mungkin. Takkan lah dia takda suka dekat siapa-siapa kot. Budak tu dah la bukan main ramai lagi peminat. Mustahil. Mustahil. Tapi takkan Bro K nak tipu kot? Ataupun Bro K salah. Dia tak tau kot girlfriend Haikal. Boleh jadi. Boleh jadi. Ketawa Bro K membuatkan dia terpinga-pinga.

"Kenapa?"dia bertanya.

"He's right about you. You're a day-r," panas mukanya mendengar ungkapan Bro K itu. Babun punya Haikal. Boleh dia pergi cerita dekat orang lain pasal tu. Cis.

"Qilah, I'm sorry but I can't accompany you anymore. I have class right now. Are you okay alone? Maybe Haikal will come back soon."

"It's okay. I can wait alone. Thanks," dia senyum pada pensyarahnya itu.

"You really do have a nice smile. Just like Haikal told me. Anyway, see you around," dia yang terpinga-pinga dengan percakapan Bro K hanya memandang belakang lelaki itu yang sudah mula meninggalkan dewan.

Dia terfikir kata-kata Bro K. Banyak jugak si Haikal tu bercerita mengenainya pada orang lain. Tidak pernah dia menyangka yang Haikal berkata baik mengenainya. Persepsinya terhadap lelaki itu sedikit berubah. Dia melirik jam di tangan. Sudah menunjukkan pukul 3.30 petang, bermakna sudah setengah jam dia menunggu. Telefon bimbit dikeluarkan untuk menelefon Risa tetapi hampa apabila alat elektronik itu kehabisan bateri. Dia cuba berdiri tetapi kesakitan itu kembali menyengat.

"Aaww!! Sakitnya! Huh!" dia marah sendiri.

"Qilah, I'm so sorry that I'm so late," dia terkejut melihat Haikal yang berpeluh-peluh menaiki tangga ke arahnya. Tidak sedar bila lelaki itu sampai.

"I'm so sorry. Farmasi tutup. Bongok betul," Haikal berkata sambil duduk di kerusi berdekatannya. Lelaki itu mengeluarkan plaster melegakan seliuh daripada plastik yang baru dia perasan.

"Lekat dekat tempat seliuh tu," kata Haikal sambil menghulurkan plaster itu kepadanya. Tetapi dia hanya membatu apabila Haikal kekal memerhatikannya.

"Kenapa?" lelaki itu bertanya.

"Emm, boleh awak pandang tempat lain?"

"Hah? Nak malu apanya dengan saya?"

"Aurat?"

"Oh, a'ah."

Dia segera melekatkan plaster itu pada buku lalinya saat Haikal mengalihkan pandangan. Terasa lega sedikit apabila plaster itu mula memberikan kesan.

"Awak dah solat Zohor ke belum?" Haikal bertanya.

"Dah."

"Good. Kamil said that the next class here starts at five. So, just stay for a while until you're able to walk. Then, we can go home."

Mereka hanya berdiam diri selepas itu. Aqillah memandang plaster di sebalik stoking kaki. Terharu dengan ketelitian Haikal. Tidak menyangka yang lelaki itu berlari keluar sebentar tadi untuk membelikan plaster buat dirinya. Baik juga awak ni, Haikal. Ah, lupa nak cakap terima kasih.

"Ter-" dia terhenti apabila melihat Haikal yang sudah bersandar pada kerusi dengan mata terpejam. Rasa bersalah meninjau ruang hatinya ketika itu. Pasti Haikal penat kerana pergi mencari plaster untuknya sebentar tadi. Dia tersenyum sendiri. Lirikannya ke arah Haikal yang masih bersandar membuatkan dia terfikir. Budak ni tidur ke?

"Haikal!" dia menjerit separa berbisik tetapi tiada reaksi daripada lelaki itu. Memang sah dah tidur.

Dia memerhatikan Haikal. Kedua-dua kaki sudah diletakkan di kerusi hadapan. Kepala pula dibantal oleh dua lengan. Wajah Haikal nampak tegang walaupun lelaki itu sedang berehat. Muka Haikal yang tadi berpeluh sudah mula mengering. Hensem juga dia ni. Bulu mata lentik macam perempuan. Kalah aku. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Dia teringat yang dia tidak sempat menjamah apa-apa ketika rehat tengah hari tadi gara-gara menyiapkan tugasan yang perlu dihantar waktu itu juga. Jadual yang padat setelah itu hanya membolehkan dirinya untuk bersolat sahaja. Dia mengusap perut.

"Kesian kau, perut. Nasib tak baik tak sempat makan tengah hari tadi. Takpa, kejap lagi kita pergi makan, eh? Cakap je apa nak, semua aku bagi. Ok? Nasib baik Haikal tidur, kalau tak malu je ka-" dia terpaku ketika mendengar seseorang ketawa.

Lantas dia memandang Haikal dan memang sah lelaki itu yang ketawa walaupun mata masih terpejam. Dia menutup mukanya menahan malu. Apa aku buat tadi?? Bukan dia tidur ke?? Malunya!!!

"I'm sorry. I didn't mean to. Ah, that reminds me of the reason I came to find you. Saya nak ajak awak pergi makan sebenarnya tadi dan terus hantar awak balik rumah. Dia orang semua keluar, so no one can fetch you. Can you walk?" Haikal yang sudah memandangnya bertanya. Dia cuba berdiri tetapi masih hasil yang sama. Melihatkan itu, Haikal mempelawa untuk membelikan makanan untuknya.

"Mmm, nak bubur nasi dekat mahallah Aminah boleh?"

"Mahallah perempuan tu?" dia mengangguk dengan muka penuh harapan.

Dia amat sukakan bubur nasi di situ yang dirasakan paling sedap yang pernah dimakan. Dia tahu Haikal akan membelikan untuknya memandangkan lelaki yang sedang mengeluh kecil itu sudah mula menuruni tangga.

"Tunggu kejap saya pergi beli."

"Terima kasih!" dia berkata kuat pada Haikal yang semakin menjauh.

"Thanks for saying thank you," Haikal yang melirik ke arahnya berkata. Dia menundukkan wajah.

Lima belas minit kemudian, Haikal tiba membawa plastik makanan. Hatinya berbunga riang memandang makanan yang di bawa. Begitulah laparnya dia. Dia hanya melihat Haikal mengeluarkan mangkuk polisterin dan menuang bubur ke dalam mangkuk itu. Diambil pula sudu, garfu serta air mineral dari dalam plastik.

"Boleh bangun duduk atas kerusi tak?" Haikal bertanya dan dia mencuba. Haikal meletakkan mangkuk dan air mineral di atas meja di hadapannya.

"Awak tak makan ke?" dia bertanya apabila lelaki itu hanya memerhatikannya.

Haikal tidak berkata apa-apa dan berjalan menuju ke tempat duduk disebelahnya dengan tangga sebagai pemisah antara mereka lalu mengeluarkan lagi satu bekas makanan. Dengan lafaz basmallah, lelaki itu makan dan dia turut serta menjamu selera.

"You must be falling for me now," tersedak dia mendengar ayat yang dikeluarkan lelaki itu. Terasa amat pedih tekaknya kerana bubur yang dimakan agak pedas. Dia sudah terbatuk-batuk dan matanya sudah mula berair.

"Are you okay,Qilah? Tu la, makan tu slow sikit. Gelojoh sangat," dia merenung tajam Haikal yang sudah membukakan botol air mineralnya.

"Minum ni cepat."

Habis setengah botol air itu diteguknya. Terasa lega sedikit tekaknya walaupun tidak seratus peratus. Tetapi geramnya pada lelaki itu masih penuh.

"Awak la ni! Cakap bukan-bukan!" dia memarahi Haikal tetapi hanya digelakkan lelaki itu.

"Apa gelak-gelak? Awak ingat semua orang akan suka kat awak kalau awak buat baik sikit ke?" dia menambah lagi tetapi makin galak Haikal ketawa. Dia merengus geram.

"Why? Bukan betul ke? Semua orang suka dekat saya. Termasuk awak, kan?"

"Jangan perasan lah. Kalau awak ramai sangat peminat, kenapa awak pilih kereta jadi girlfriend awak?" kini giliran Haikal pula yang tersedak. Dia yang terkejut dengan kejadian itu segera membukakan botol air Haikal dan diberikan kepada lelaki itu.

"Sorry, sorry. Saya tak sengaja," dia berkata dengan perasaan yang amat bersalah. Tidak menyangka yang kata-katanya itu boleh membuatkan lelaki itu pula yang tersedak. Namun dia tergelak tatkala melihat muka Haikal yang kelakar menahan pedih. Haikal yang mengelap air mata membuatkan dirinya semakin kuat gelak.

"Muka awak, muka awak. Aduh, sakit perut saya gelak," dia memegang perutnya yang pedih kerana gelak yang terlalu banyak. Dia yang sudah mahu berhenti tergelak semula apabila mengingati muka lelaki itu sebentar tadi.

"You do love me, you know that?" pertanyaan Haikal membuatkan ketawanya terhenti sama sekali.

**"Bro, dapat tak yang aku minta tu?" Haikal bertanya pada Haqqim sebaik sahaja membuka pintu bilik rakannya.

"Kau, salam takda, apa takda, terus tanya pasal tu, kan?"

"Assalamualaikum, brader."

"Ha, waalaikumussalam, kawanku," Haqqim menjawab salamnya. Nada sinis itu dibiarkan berlalu.

"Amacam?" dia bertanya lagi sambil duduk di sebelah rakannya.

"Tengok tangan siapalah, weyh," Haqqim megah berkata.

"Ya, memang kau paling mantap! Aku memang respek habis dekat kau, bai."

"Bagus. Ni ha, hasil kepakaran aku," Haqqim menunjukkan repot projek milik Aqillah yang dimuat turun kepadanya. Senyuman kecil muncul di bibirnya ketika meneliti skrin komputer riba di atas meja.

"Kau nak buat apa dengan benda ni?" Haqqim mengangkat kening memandangnya. Dia diam sebentar.

"Aku dah tau lah, weyh. Baik kau cerita," Haikal bingung mendengar kata-kata rakannya itu.

"Pasal kau dengan Aqillah tu lah," kata-kata itu membuatkan air mukanya sedikit berubah. What the heck? Apa budak tu simpan dalam laptop dia?

"Awat ni?" Syifaq, seorang lagi rakannya yang dari tadi diam membaca majalah mula memberi perhatian. Haqqim dilihat memandangnya tanpa kelip, setia menunggu jawapan yang harus diberikan.

"Kalau aku tak cakap, tak dapatlah aku repot ni?"

"You know me well."

Dia mengeluh mendengar jawapan itu. Tahu yang dia terpaksa membuka mulut mengenai perkara yang disimpan daripada rakan-rakannya. Namun, belumpun sempat dia bermuqadimah, pintu bilik rakannya itu terbuka dan muncul wajah Affiq dengan mulut tercungap-cungap mendapatkan oksigen.

"Lu pehal, brader? Nampak hantu apa?"

"Weyh, Asy! Kau.. kau.. Sumpah weyh, betul ke kau dah bertunang dengan Aqillah budak komputer tu?"

"Haa??? Hang biaq betui, Fiq? Asy? Bertunang? Mana hang dengaq cerita mengarut ni?" Syifaq sudah tegak duduk daripada pembaringan sebentar tadi.

"Ada budak kelas aku bagitau. Betul ke, weyh?"

"Mengarutlah, weyh. Asy bertunang? Hang pandai sikit nak percaya gosip orang pun."

"Weyh, Asy. Asal kau diam?? Sumpah benda ni tak betul??" Affiq tidak menghiraukan Syifaq. Dari pangkal matanya, dia melihat Haqqim sudah tersenyum mengerti. Pasti rakannya itu sudah mengungkai rahsia tersebut daripada gosip Affiq dan benda yang ada di dalam laptop gadis itu. Apa la yang budak tu simpan dalam laptop dia.

"Kau tau ke pasal ni, Qim?"

"Siapa yang bagitau hang, Qim? Aku still tak dapat terima dia ni bertunang. Hang tak rasa budak tu salah info ka?"

"Kalau ikut apa yang ada dalam laptop budak tu, betul lah kot," tajam matanya melirik ke arah Haqqim. Dia mengangkat kening pada rakannya itu.

"Gambar. Proof," Haqqim menjawab persoalan dimindanya. Dia meminta kepastian dengan matanya dan rakannya itu mengangguk.

"What the?? Kau.." Affiq berkata sambil menuding jari padanya.

"Hang ambik Aqillah aku!!!" Shifaq menyambung ayat tergantung Affiq. Haqqim sudah tergelak disisinya dan dia sudah membuat muka pada rakan-rakannya itu. Tetapi dia tidak percaya yang Aqillah ada menyimpan gambar mengenai mereka. Hujung bibirnya terangkat sedikit.

"Biaq betui, Asy? Hang bertunang tak bagitau kami pun. Aku nak tengok gambaq tu, weyh!!"

"Aku tak save lah gambar tu. Nak tengok, kena hack balik lah."

"Pedulilah, aku nak tengok gak! Hang kena hack balik pun hacklah. Tak puas hati aku Asy tak khabaq kat kita."

"Apa kau nak bagi dekat aku?" Haqqim bertanya.

"Hang minta kat Asy lah. Dia yang sorok dari kita."

"Aku pulak? Bukan aku yang nak tengok gambar tu," tetapi jawapannya itu hanya mendapat renungan tajam daripada tiga pasang mata.

"What do you want?" Haikal mengalah. Memang salahnya pun kerana tidak memberitahu perkara itu kepada mereka lebih awal.

"I'll tell you later," Haqqim berkata sambil mematah-matahkan jarinya.

"Sekarang, aku ada misi yang perlu diselesaikan."

Dengan jawapan itu, Haqqim mula bermain dengan papan kekunci komputer ribanya. Skrin hitam mula menggantikan aplikasi Microsoft Word sebentar tadi dan tulisan-tulisan berwarna putih mula memenuhi ruang hitam tersebut. Perkataan-perkataan yang tidak difahaminya ditaip laju oleh Haqqim.

"Asy, bila kau bertunang?" Affiq memecahkan kesunyian sekejap itu.

"Sabtu lepas."

"Awat hang tak ajak kami?"

"Aku bukannya ada dekat situ pun. Wakil yang pergi."

"Oh, a'ah. Lupa pulak. Tapi macam mana hang boleh bertunang dengan budak tu? Bukan hari tu hang bukan main bengang lagi ka dekat dia?"

"Semua sebab famili aku lah. Lapuk. Paksa orang," dia menyesal sebaik sahaja ayat itu keluar daripada mulutnya. Sudah terguling-guling Affiq mentertawakannya bersama Syifaq. Haqqim juga turut sama walaupun tangan masih laju menaip.

"Sial lah kau orang," dia memarahi rakan-rakannya walaupun dirinya juga sudah turut tersenyum.

"Sumpah! Macam lawak kampus pun ada. Zaman bila kita hidup ni, weyh?" Affiq berkata dan membuatkan Syifaq kembali ketawa berdekah-dekah.

"Habis, kau ok ke pasal ni?" Haqqim bertanya dan semua tawa terhenti. Dia turut sama.

"Asy. Kau dah suka budak tu ke, weyh?" Affiq pula bertanya. Dia memandang skrin komputer riba Haqqim, tidak tahu perasaannya sendiri.

"Sumpah??" lantang suara Syifaq membuatkan dia terperanjat.

Aqillah mempercepatkan langkahnya menuju ke kafe kuliah. Sesampai sahaja di situ, matanya segera mencari seseorang daripada puluhan insan yang sedang menjamu selera.

"Fatin!!" dia berlari-lari anak ke arah rakannya yang sedang meninggalkan kafe. Dengan panggilan itu, rakannya berhenti melangkah dan mula mencari arah datang suaranya.

"Fatin, sini!" dia memanggil lagi sambil berjalan laju mendekati rakannya.

"Qilah," Fatin tersenyum sebaik sahaja melihat dirinya. Dia turut sama memberikan senyuman.

"Kenapa, Qilah?"

"Awak free tak? Ke ada kelas lepas ni?"

"Dah takda kelas dah. Kenapa?"

"Laptop saya kena hacklah. Nak minta awak track siapa. Boleh tak?"

"Hack? Bukan hari tu dah tukar firewall ke?"

"Tak, masa kita buat assignment hari tu saya tertutup firewall laptop. Ni baru pasang balik."

"Oh, ok, ok. Jom duduk situ lah," Fatin dan dirinya duduk di meja berdekatan tempat mereka berdiri. Dia segera menghidupkan komputer ribanya.

"Tapi siapa yang hack laptop awak? Ada suspek tak?"

"Tak tau. Tu yang pelik tu. Sebelum ni tak pernah pun kena hack. Kecuali awak lah."

"Hmm, tu lah. Pelik gak ada orang nak hack laptop dekat UIA ni. Ada file yang hilang tak?"

"Takda pulak masa saya check hari tu. Ni ha. Saya simpan info dia," Aqillah menolak komputer ribanya kepada Fatin yang segera memulakan kerja-kerja menggodam. Dia hanya memerhatikan dari sisi. Muka Fatin mula serius apabila sudah memahami informasi yang diberikan. Setelah beberapa ketika menjadi penunggu setia, Fatin mula berubah wajah.

"Kenapa awak?"

"Hmm, Qilah. Ni, firewall dia lain sikitlah. Awak tau tak ni jenis apa? Saya tak pernah tengok firewall macam ni."

"Meh sini," dia mula meneliti skrin komputer yang dipenuhi perkataan. Hmm, memang lain sikit firewall yang dia guna. Budak ni mesti hacker jugak.

"Dapat dah. Jap check dalam buku. Hari tu saya ada baca pasal yang ni," dia berkata sambil mencari halaman buku yang ada di tangan.

"Ha, ni dia. Hacking codes dia... emm.. yang ni."

"Oh, yang ni dah tau dah," Fatin berkata dan kembali bermain dengan papan kekunci laptop. Selang beberapa ketika, sekuntum senyuman terukir di bibir Fatin.

"Qilah, dia tengah hack awak."

"Hah? Ya ke? Awak boleh halang tak? Isy, apa dia nak lagi?"

"Itu kacang je."

"Apa yang sumpah?" Haikal memandang tetapi mata rakan-rakannya sudah membulat memandang dirinya.

"Apesal?" dia bertanya pelik.

"Kau mesti tak perasan yang kau angguk tadi, kan?" Affiq bertanya.

"Aku? Angguk?" dia sudah menuding jari pada diri sendiri, tidak percaya. Muka-muka dihadapannya mengangguk-anggukkan kepala. Dia hilang kata-kata.

"Ala, rilexlah Asy. Dah sampai masa ka-"

"WHAT THE FUCK!!!!" masing-masing terkejut apabila Haqqim tiba-tiba berteriak.

"Apahal, weyh? Apa jadi?" dia bertanya melihatkan muka cuak rakannya itu.

"Tak boleh jadi ni. Tak boleh jadi. Aku tak boleh kalah. Go to hell lah!!" Haqqim berkata seorang diri sambil tangan makin laju menaip. Masing-masing diam dan hanya menunggu rakan mereka itu berkata sesuatu yang dapat difahami. Mata semuanya keras pada skrin walaupun tiga pasang daripadanya tidak memahami situasi yang sedang mereka alami.

"Shit! Shit! Shit! Aargghh!!!!" Haqqim menghempaskan kepala pada meja.

Terperanjat mereka melihat reaksi Haqqim. Semua menelan air liur dalam diam, tidak berani bertanya apa-apa walaupun perasan ingin tahu sudah membuak-buak seakan mahu tumpah. Keadaan hening tanpa suara untuk beberapa minit sebelum Haqqim kembali mengangkat muka dan memerhatikan skrin komputer riba tersebut. Mereka bertiga turut serta memerhatikan skrin di hadapan. Pertama, skrin tersebut bertukar hitam. Kedua, garis-garis berwarna yang menyilaukan mata mereka muncul. Dan yang terakhir, skrin tersebut sekali lagi bertukar dan kali ini muncul gambar lembu yang sedang ketawa sinis seperti mengejek mereka serta satu baris ayat. Semua mulut ternganga tanpa kata.

"Dapat dah," Fatin berkata selang beberapa minit menggodam.

"Komputer nama Haqqim Razak. Budak u kita sebab ada nombor matrik dalam fail-fail dia. Kenal tak siapa?"

"Haqqim Razak?" dia berfikir sejenak sebelum menggeleng.Siapa pula Haqqim ni? Sejak bila aku kenal orang nama tu?

"Cuba tanya kawan-kawan awak. Mana tau ada yang kenal ke? Risa ke?"

"Risa? Jap saya tanya dia."

Aqillah mengeluarkan telefon bimbitnya dan segera mendail nombor rakan karibnya itu. Beberapa deringan kemudian, suara Arissa kedengaran di hujung talian.

"Hmm.. Haqqim Razak, eyh?"

"A'ah. Risa pernah dengar tak nama dia?"

"Ada la seorang yang Risa fikir tapi tak pasti lah dia ke tak. Sebab setahu Risa, dia budak econs."

"Fatin, tau tak diacourse apa?"

"Course? Emm.. econs."

"A'ah, Risa. Dia budak econs. Siapa budak tu?"

"Kalau betul budak econs, dia... kawan Haikal."

"Oh. Okay, thanks Risa."

Aqillah memutuskan talian dan diam sejenak. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Dia mengetap bibir sebelum memandang Fatin.

"Awak, boleh buat satu benda tak?"

"Apa dia?"

"Hmm, tulis 'Haikal, you do love me, you know that?'"

**"Pasal percutian kita," ayah Aqillah memulakan bicara ketika mereka sekeluarga sedang berehat di ruang tamu.

"Ada satu berita baik dan satu berita buruk. Kamu nak tahu yang mana dulu?"

"Bad news," Amin dan Kak Sara serentak menjawab.

"Berita buruk, mungkin kita tak jadi pergi Disneyland." Muka mereka semua berubah muram, dirinya tidak terkecuali.

"Tapi kita akan pergi Pulau Sipadan."

"Dekat Sabah?" Abang Amir bertanya dan ayah mereka mengangguk.

"Okgak tu," dia menyatakan pendapatnya.

"Berita baik?"

"Kita akan pergi dengan famili Uncle Hairi," dengan kata-kata ayah mereka, semua bersorak gembira kecuali seperti biasa, dirinya. Dia bermuram durja.

"Ala, Kak Qilah. Takkan pergi bercuti dengan tunang pun nak sedih kot? Patutnya Kak Qilah lah yang paling gembira sekali," Amin mengenakannya dan dia membalas dengan jelingan tajam.

"Amin.." ibunya menegur.

"Ala, rilexlah Qilah. Nanti kita dapat pergi snorkeling."

"A'ah lah. Yes, akhirnya!" dia bersorak gembira apabila dapat membuat perkara yang sangat diingininya. Haikal ditolak tepi dengan segera.

"Qilah! Qilah! Tunggu!" dari kejauhan, Aqillah mendengar namanya disahut. Dia berpaling dan melihat rakan sekuliahnya, Yani termengah-mengah berlari mendapatkan dirinya.

"Haa.. haa.. Jap.. Ni.. Qilah.."

"Assalamualaikum, Yani. Tarik lah nafas dulu. Isy, dia ni. Duduk kat sini dulu," dia berkata sambil duduk di bangku berdekatan.

"Waalaikumussalam. Ni, Qilah. Baik Qilah hati-hati sikit time kelas English nanti."

"Kenapa pula?"

"Tak, tadi Yani nampak si Tisya tu beriya-iya nak jumpa Qilah. Dia still tak puas hati pasal hari tu."

"Oh, pasal tu ke," dia membuat muka.

"Biar lah dia. Malas Qilah nak layan."

"Tak boleh, Qilah! Dia dah macam singa betina dah Yani tengok."

"Takpa lah, Yani. Nanti pandai-pandailah Qilah handle," malas dia hendak memikirkan perkara itu. Buang masa baginya.

"Tapi Qilah, betul ke.. pasal tunang tu?" kawannya takut-takut bertanya. Dia mengangguk sekali.

"Seriously??" terjerit kawannya itu tatkala dia mengangguk. Dia segera menyuruh Yani memperlahankan suara kerana banyak mata yang menoleh.

"Oops, sorry. Betul ke, Qilah? Bertunang dengan 'Asyraf Haikal'?" Yani menjerit dalam bisikan. Dia hanya mengiyakan sekali lagi.

"Wah, bestnyaa. Bila kau orang bertunang? Dia macam mana kat rumah? Mesti comel, kan?" dia mencebikkan bibir pada ungkapan Yani. Sama saja seperti Arissa.

"Comel apa, hampas je ada lah."

"Tapi kan Yani.." dia terhenti apabila melihat Yani. Kawannya itu sudah tidak mendengar apa yang dikatakan olehnya kerana sudah menerawang jauh sambil memeluk buku di dada.

"Yani!"

"Oh, mak kau!"

"Isy, budak ni. Orang bercerita, boleh pula dia berangan. Dah, Qilah nak pergi kelas," katanya seraya bangun untuk berlalu.

"Ala, ala, ala. Qilah, Janganlah pergi dulu. Ceritalah lagi. Kali ni, Yani janji Yani tak berangan dah," Yani berpaut pada lengannya. Dia mengeluh kecil. Dia menceritakan sedikit sebanyak mengenai Haikal yang dia kenal. Tidak faham dirinya melihat gaya-gaya yang dilakukan Yani. Eh, budak ni. Aku yang kena, dia yang feel lebih. Kelakar pula dia melihat reaksi rakannya itu.

"Untungnya jadi Qilah. Nak jugak bertunang," dia menggigil mendengarkan itu. Gila punya budak. Fikirnya sendiri. Mata yang terlirik pada jam di tangan membuatkan darahnya berderau. Astaghfirullah.

"Yani, Yani. Sorry, Qilah dah lambat ni. Nanti tak sempat hantar assignment," pantas dia berlari meninggalkan rakannya yang masih memanggil dirinya.

"Madam! Madam! Wait!" tercungap-cungap dia mengejar pensyarahnya, Madam Adila yang sudah berjalan meninggalkan pejabat.

"What happened, Aqillah?"

"As.. assign.. I want to submit my assignment. I'm so sorry that I'm late," dia berkata dalam cungapan sambil menyelongkar beg untuk mencari kertas kerjanya itu.

"What assignment?"

"Hah? Assignment 2 lah, madam."

"You have already submitted it to me this morning. Remember?" dia memandang pensyarahnya itu. Dia pula yang hairan. Bila pula dia pergi ke pejabat pensyarahnya itu pagi tadi. Ke aku yang mamai ni?

"Are you sure, madam? I thought I.."

"Haikal came for you. He said that you ask him to submit it for you?" terbeliak matanya mendengar kata-kata pensyarah di hadapannya itu. Dia memandang Madam Adila tidak berkelip. Haikal? Asyraf Haikal??

"What? Are you sure? Can I see it? Just to make sure."

"Oh, sure. Wait a minute." Madam Adila mengeluarkan kertas kerjanya dari beg yang di bawa.

"This one, right?" dia segera membelek kertas kerja yang diambil. Memang dia yang punya. Tanpa sebarang tambahan atau tolakan.

"How... Never mind, then. I'm sorry I interrupt your work. Thank you, madam."

"That's okay. I like your work, anyway. Oh, and by the way, congrats on your engagement with Haikal. You got a good one, you know that?" terkejut dirinya kerana Madam Adila mengetahui tentang pertunangan mereka.

"How did you know that?"

"Haikal told me. He's one of my favourite students too. An excellent student and entertaining character, I must say."

Tidak percaya Aqillah mendengar semua yang keluar daripada mulut pensyarahnya itu. Sampai pensyarah pun sudah tahu mengenai mereka? Dan yang lebih penting, dari mana lelaki itu dapat salinan kertas kerja yang hanya berada di tangannya itu. Mcgyver ke dia ni?

"I'm sorry, Qilah. I wish to say more but I'm in a hurry. Don't worry about him too much. I know you're not quite fond of him, but he's really a good boy. Well then, assalamualaikum."

Dengan ucapan salam, Madam Adila meninggalkan dirinya yang masih terpinga-pinga seorang diri. Macam-macam yang dia fikirkan ketika itu. Sampai lecturer pun tau pasal bertunang tu? Macam mana pula dia orang tau? Budak tu bagitahu ke? Dan, macam mana pulak Haikal dapat kertas kerja aku? Takkan dia masuk bilik aku curi kot? Tapi bila masa pula dia datang rum- Oooh. Bukan sama sekali. Dia teringat pada kejadian tempoh hari ketika komputer ribanya digodam rakan Haikal yang jinak di tangan Fatin.Excellent student macam tu? Memanglah sangat entertaining and annoying character dia. Ah, mana dia tau aku tak suka sangat kat Haikal tu? Haikal cerita ke? Aaarggh!! Serabut otak aku! Jangan fikir. Jangan fikir. Lagho!

"Qilah!!" terlompat semeter dia dengan sergahan itu. Dia beristighfar berkali-kali sambil mengusap dada. Tetapi sebaik sahaja dia terpandang wajah Arissa, tangannya spontan memeluk gadis itu. Dia tahu Arissa terkejut dengan pelukannya itu kerana gadis itu terpaku beberapa saat sebelum menepuk-nepuk belakang badannya.

"Sabar, sabar, Qilah. Janganlah menangis. Cuba cerita kat Risa dulu." Baru dia sedar yang pipinya sudah basah. Kenapa pula aku menangis ni? Dia segera melepaskan pelukan dan mengelap air matanya.

"Mana ada Qilah menangis! Habuk.. habuk masuk mata," dia membuat alasan namun Arissa hanya tergelak kecil.

"Takpa, takpa. Ni kenapa ni?"

Pertanyaan yang ditunggu itu segera digunapakai. Dia menceritakan segala yang berlaku. Ketika di dewan kuliah, mengenai percutian yang baginya satu peluang untuk merehatkan minda, kejadian tempoh hari dan sebentar tadi. Walaupun ceritanya itu diselang dengan pelbagai pertanyaan yang tidak diendah, dia berjaya menghabiskannya. Dia menarik nafas dalam-dalam setelah mengeluarkan segala-galanya.

"Qilah. Qilah," dia memandang Arissa dengan muka sedikit tidak puas hati kerana riak muka Arissa bukan reaksi yang ditunggu. Arissa sedang melirik ke arah lain.

"Apa yang Risa te-" pandangannya dan percakapannya terhenti pada figura tidak berapa jauh dari tempat mereka berdiri, sebab yang membuatkan Arissa asyik menyebut namanya ketika dia bercerita tadi dan tiap kali itu diabaikan olehnya. Darah terasa menyimbah ke muka. Baru dia sedar air muka Arissa sebentar tadi adalah reaksi takut. Yang teramat sangat kerana dia dapat rasakan yang mukanya juga berubah menyerupai rakan disebelahnya itu. Dia ditenung Fariq dengan pandangan membunuh. Aura hitam lelaki itu menyelubungi dirinya dan dia tahu, juga Arissa. Matanya tepat memandang kembali pada Fariq tetapi dia tahu matanya ketika itu menunjukkan ketakutan yang teramat sangat manakala mata dihadapannya jelas marah dan kecewa. Dia terpaku seperti patung dengan mata tidak berkelip walaupun sekali. Bulu romanya meremang dan badannya mula berpeluh. Tidak dapat membayangkan perkara yang mungkin terjadi pada dirinya dan Arissa. Tatkala dia sedar akan bahaya yang menanti, Fariq sudah melangkah setapak demi setapak ke arah mereka.

"Pegang tangan Qilah kuat-kuat," dia berbisik pada Arissa seraya menambah,

"Dalam kiraan tiga, kita lari ikut kanan. Satu.. dua.. tiga!" mereka lantas pusing ke belakang dan berlari sekuat hati mereka. Seperti yang dijangka, Fariq turut membuka langkah pantas untuk mengejar. Mereka yang membelok ke kanan terjatuh ketika mereka terlanggar sesuatu. Atau lebih tepat lagi, seseorang. Terjerit kuat mereka kerana terkejut, takut, dan gementar bercampur menjadi satu. Mereka berpelukan erat kerana terlampau takut tetapi mata yang terpejam serta-merta terbuka apabila mendengar suara yang meniti.

"Risa! Qilah! Kenapa you all lari-lari ni? Habis baju I kotor! Hisy!" suara nyaring Tisya terasa lunak di pendengaran mereka ketika itu. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"You all ni! Ada hantu kejar you all ke hah? Ganti balik baju I!!" segera Aqillah dan Arissa bangun dan menjenguk ke lorong tadi. Fariq sudah tiada di tempat tadi. Pantas mata mereka melilau ke sana sini mencari kelibat lelaki itu tetapi sudah hilang. Mereka kembali duduk dan menarik nafas lega sambil tersenyum sendiri.

"You all!! I'm talking to you!!" nada meninggi Tisya membuatkan mereka melirik ke arah gadis itu dan ketawa.

"Kenapa you all ketawa? Ada apa-apa ke dekat muka I?"

"Takda apa-apa Tisya. Cantik sangat awak hari ni. Sumpah! Kita orang tak tipu," Aqillah yang sudah bangun berdiri, berkata sambil membuat tangannya seperti mengangkat sumpah.

"Betul cakap Qilah tu, Tisya. Suara you pun sedap hari ni. I tak sangka yang suara you sesedap ni. You boleh jadi penyanyi lah, Tisya," Arissa pula menokok tambah.

"Betul ke you all? I memang dah tau suara I sedap. Amazing lah bak kata orang. I pun ingat nak pergi audition..."

Aqillah dan Arissa sudah memperlahankan larian mereka kepada berjalan. Mereka menghabiskan saki-baki ketawa mereka meninggalkan Tisya bercerita seorang diri.

"Isy, tak baiklah kita buat macam tu dekat Tisya, Risa," Aqillah sedikit bersalah dengan tindakan mereka tadi.

"Ala, takpa. Si Tisya tu memang macam tu. Risa tak tahan dengar dia bercerita dalam kelas. Asyik nak memuji diri sendiri je. Bosan gila! Risa rasa sesekali tu macam nak lari je tapi sebabkan tengah kelas, tak dapat Risa nak lari. Tu yang Risa rasa happy gila tu dapat buat tadi."

"Sengal lah dia ni. Tapi Qilah memang berterima kasih gila-gila dekat dia. Kalau lah dia takda tadi, Qilah taknak fikir pun apa yang boleh jadi dekat kita. Alhamdulillah."

"A'ah. Sangat-sangat alhamdulillah. Eh, Qilah cerita lagi sekali yang tadi tu. Risa tak dengar pun tadi. Tapi sebelum tu, jom kita pergi library dulu. Selamat sikit," mereka berlalu pergi tanpa sedar bahawa sepasang mata dari sebalik pokok sedang merenung tajam ke arah mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience