BAB 12

Romance Completed 7293

Aqillah menggosok-gosok mata yang masih ada saki-baki mengantuk. Dia menggeliat.

"Huaaaarghh! Mengantuknyaa!"

Fikirannya tiba-tiba teringatkan seseorang. Pantas saja dia bangun duduk. Matanya mula melilau mencari kelibat lelaki tersebut. Alhamdulillah. Dia menarik nafas lega apabila bayang-bayang Haikal tidak kelihatan. Kalau tak, mesti dirinya digelakkan lagi.

Mana dia pergi? Sekarang pukul berapa? Aku bangun lambat ke?

Laju tangannya mencapai telefon bimbit di sebelah bantal. Terdapat nota tertera pada skrin telefonnya.

Morning, my dear. Tidur berdengkur. Ada meeting sampai jam 11. Breakfast atas meja. -Haikal.

"Gedik! Mana ada aku tidur berdengkur! Tipu!" dia sedikit geram. Jarum jam dilihat sudah menunjukkan pada angka sepuluh.

Uih, lama jugak aku tidur. Sampai pukul berapalah dia urut aku semalam. Bila masa aku tertidur pun aku tak sedar. Tup, tup. Aku sudah enak bermimpi. Hihihi. Dia tersengih sendiri. Sarapan atas meja?

Aqillah membuka tudung dulang yang terletak di atas meja seperti yang diberitahu. Sarapan ala Inggeris yang terhidang membuka seleranya. Nampak sedap. Dia menelan liur. Tangan yang ingin mencapai makanan terhenti. Kertas berlipat di sebelah dulang tersebut menarik perhatiannya. Di ambil lalu di baca.

"Haikaaal!!" dia geram melihat salinan sijil halal di tangannya. Hilang terus seleranya untuk menjamah rezeki itu. Di tutup kembali dulang tersebut dan dia berlalu ke bilik air.

Lima belas minit berlalu, Aqillah keluar. Mukanya berkerut dan dia berasa tidak sedap hati. Ah, biarlah. Dibuang jauh perasan itu. Perutnya tiba-tiba berbunyi menandakan satu keperluan yang minta diisi. Dulang di atas meja dipandang kembali. Geram tak geram, dijamah juga hidangan tersebut dan tersenyum lebar terus dirinya dengan keenakan sarapan itu.

"Sedap?" hampir luruh jantungnya tatkala mendengar suara Haikal.

"Haikal! Bila awak sam- uhuk, uhuk!"dia tersedak.

Aduuh, pedihnya tekak aku. Siapa pula yang kutuk ni?

"Hisy, budak ni. Nah, minum air ni. Lain kali telan dulu baru cakap. Tak senonoh betul."

"Suka hati saya lah nak cakap masa makan ke apa. Susahkan awak ke?" dia tiba-tiba saja bengang. Anginnya berubah 180 darjah.

"Dah, tak payah tepuk-tepuk belakang saya. Saya boleh buat sendiri," dia berkata lagi dan menepis tangan Haikal yang nyata terkejut dengan tingkahnya.

Berlalu ke bilik air, dia menutup pintu rapat-rapat dan segera berkumur.

Apa aku buat tadi? Kenapa kasar sangat aku cakap dengan dia? Dah lah dia siap tolong aku lagi. Aqillah mengeluh.

"Qilah, awak ok tak?" suara risau Haikal kedengaran di sebalik pintu.

"Banyak tanya la. Bukannya awak tak tau saya kena apa. Tersedak je," lagi keluar kata-kata kasar dari mulutnya. Aqillah menampar-nampar mulut celupar itu.

Apa kena dengan kau ni, Qilah?

"Awak ok lah kiranya, kan? Okay, then," Haikal berkata dan derap kaki lelaki itu menjauh dari pintu bilik air.

Ya Allah! Ampuni aku, ya Allah!

Dia semakin diselubungi rasa bersalah. Dia tidak tahu kenapa dia berkelakuan begitu. Lain yang ingin dikata, lain yang keluar. Tubir matanya sedikit berair. Benci kerana berkelakuan begitu.

Lama dia duduk termangu di dalam bilik air. Tidak berani untuk keluar dan berdepan dengan lelaki itu. Risau benda buruk bakal keluar lagi dari mulutnya.

"Qilah?" Haikal memanggilnya. Dia diam membatu.

"Qilah?? Awak ok tak?" suara Haikal kedengaran risau sambil mengetuk pintu beberapa kali. Dia serba salah.

"O- ok," perlahan dijawab.

"Awak sakit ke? Nak pergi klinik?"

"T-tak payah."

"Awak pasti? Suara awak macam tak sihat je?"

"P- pasti."

"Qilah!!"

"Saya ok lah! Saya tak nak pergi klinik!! Takkan awak tak faham lagi kot? Kata awak be-" lantas dia mencekup mulutnya.

"Apa? Best student? Kenapa awak tak habiskan ayat awak tu?" pedih kedengaran suara Haikal. Dia rasa bersalah yang teramat.

"Saya ingat awak tak faham. Kalau awak dah faham, boleh tak kalau aw-"

"Saya apa? Diam?"

"Pandai pulak. Kalau macam tu, bolehlah aw-"

"Saya apa pulak? Diam lagi?"

"Jangan pintas cakap s-"

"Kalau itu yang awak nak."

"Memang tu y-"

"Awak nak? O-"

"Tolong jangan pintas cakap saya boleh tak???" separa menjerit Aqillah bersuara.

"Keluar pun," Haikal berkata padanya yang sudah berdiri di hadapan pintu yang terbuka.

Mukanya yang merah menahan marah mula bertukar. Dia tidak memahami maksud lelaki itu. Haikal merenungnya.

"Perut awak sakit lagi?" lembut Haikal bertanya.

"T- tak."

"Kalau macam tu, cepat siap. Ada orang nak jumpa awak," Haikal menghabiskan kata-kata sambil mengusap pipinya sekilas. Dia kaku di situ.

Dia tak marah aku ke? Kenapa dia tak marah?? Rasa bersalah mula membuak-buak di dalam dirinya.

"H- Haikal..."

"Yes?"

"A- aw-awak.. t- tak.. m- mm- ma.." dia menelan liur yang kelat.

"It's okay. Awak period, kan? Saya faham," kata-kata Haikal itu membuatkan dia mengerti.

A'ah la!! Aku lupa yang aku period! Patutlah hormon aku semacam sikit. Eh, tak. Banyak. Tak pasal-pasal je Haikal yang jadi mangsa.

"T- tapi! Saya minta maaf! Sangat-sangat!" dia berkata jujur.

Sangat menyesal dirinya dengan ungkapan-ungkapan tidak baik yang dilepaskan pada Haikal sebentar tadi. Period tidak boleh dijadikan alasan baginya. Walaupun hormon tidak stabil, dia sepatutnya mampu mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata kasar tadi. Bukan baru sekali dia datang haid. Rasa bersalah kembali lagi membuatkan dia mengeluh berat. Menyesali kesilapan sendiri.

Syurga tu di bawah tapak kaki suami, Qilah!

Satu ciuman tiba-tiba hinggap di dahinya yang berkedut seribu. Haikal di hadapannya dipandang tanpa kelip. Senyuman sinis Haikal meletupkan dirinya.

"Haikaaal!!!" tangannya secara automatik menumbuk lengan lelaki itu.

"Oww. Kuat juga penumbuk kecik awak tu. Boleh tahan," Haikal berkata sambil mengurut-urut lengan yang sengal ditumbuknya.

"Awak!" dia menuding jari ke arah lelaki itu.

"Pervert!!" Aqillah berkata lantang dan pantas berlalu.

Dia mengambil baju dan tudung yang akan dipakai untuk keluar sebentar nanti sambil menutup telinga dengan sebelah tangan, cuba menghalang gelakan Haikal daripada memasuki telinganya.

Isy, lelaki ni! Memang suka ambil kesempatan! Kurang asam sungguh! Sedap-sedap dia je nak cium aku, peluk aku semua. Tak makan saman betul. Geramnyaa!!

Dia tidak sedar baju yang dipegang sudah menjadi mangsa genggaman eratnya. Ah, sudah! Habis komot. Dia keluar semula dari kamar mandi untuk mengambil baju yang lain.

"Uiihh!!" dia segera berpaling.

"Sorry. Saya tak nampak apa-apa!" segera dia berlari masuk ke bilik air.

Nak tak nak, dia terpaksa memakai tudung yang sedikit komot tu.

Biarlah. Nanti pakai banyak lapis baju sejuk, dah tak nampak dah tempat yang komot tu.

"Budak pervert, dah siap ke belum?" Haikal mengetuk pintu kamar mandi.

"Dah. Tunggu kejap," dia berkata sebelum keluar. Eh?

"Mana ada saya pervert! Awak yang pervert!" dia geram.

"Awak lagi pervert. Intai saya pakai baju. Isy, isy, isy."

"Saya tak sengaja lah! Siapa suruh awak tukar baju dekat situ??"

"Haa, tengok! Awak tau saya tukar baju kat situ tapi awak still datang juga. Maknanya awak memang sengaja lah nak intai saya."

"Mana ada!! Saya tak teringin pun nak intai awak!!"

"Tipu. Kalau tak, kenapa awak tengok tadi? Mata awak bulat je tengok saya tadi."

"Tu sebab saya terkejut la nampak awak tadi!!"

"Ye ke?? Bukan awak sengaja ke?? Kan, kan?"

"Haikal!!"

"Tengok? Nampak sangat awak intai saya. Kalau tak, buat apa awak nak malu? Muka awak dah merah dah. Awak malu, kan?"

"Taak!! Muka saya merah sebab tahan marah!! Awak tuduh saya bukan-bukan!!"

"Menuduh tu lebih teruk daripada membunuh tahu."

"Kalau awak tau, kenapa awak tuduh saya?"

"Awak lah yang tuduh saya tuduh awak. Saya cakap benda yang betul."

"Isy, malas lah saya nak layan awak. Huh!" dia berkata dan segera menutup telinga. Malas ingin bertekak. Ada saja yang akan dibalas lelaki itu.

"Haikal, bila meeting awak habis?" Aqillah bertanya ketika mereka sedang makan malam.

"Saya pun tak pasti lagi sebab ada hal-hal kecik yang kena settle. Maybe another two days or so. Kenapa?"

"Tak de apa-apa. Tanya je."

"Ok."

Isy, dia ni. Kenapa tak tanya lagi sekali? Penat-penat aku buat muka nak suruh dia tanya kenapa banyak-banyak kali. Hurm. Dia tak perasan kot.

Aqillah berdehem untuk mengambil perhatian Haikal. Dia tak dengar ke? Dia membuat bunyi lagi tetapi Haikal tetap tidak mengendahkannya. Khusyuk saja lelaki itu menjamah makanan. Dia mengeluh kecil.

"Tak nak buat bunyi lagi ke?"

"Hah?"

"Ye, kenapa?"

"Ha??" Aqillah tidak mengerti.

"Awak nak saya tanya kenapa lagi kat awak, kan? Kenapa, sayang?" kata-kata Haikal difahaminya.

Mana dia tau aku nak suruh dia tanya lagi?

"Awak tak buat muka pun, saya dah tau awak nak suruh tanya lagi."

"Habis tu, kenapa awak tak tanya lagi?"

"Saja je. Nak tengok reaksi awak. Menarik," Haikal mengangkat bahu sambil membuat muka selamba.

Aqillah cuba untuk tidak dimarahkan mukanya. Tidak mahu Haikal membaca perasaannya yang sedang menahan geram tetapi perbuatannya itu hanya mengundang tawa kecil Haikal. Dia segera berpaling ke arah lain.

"Marah ke, sayang? Kenapa awak tanya tadi? Cepatlah beritahu saya," permintaan Haikal tidak diendahkan.

"Ala, sayang. Cepatlah beritahu. Saya teringiiin sangat nak tahu," suara sinis Haikal ditelan pahit. Dia menjeling lelaki itu.

Jangan bagi apa yang dia nak, Qilah! Kalau kau marah, mesti dia gelakkan kau lagi.

"Sayang ni. Lepas intai saya pun nak berahsia lagi."

"Haikal!!" dia terlepas. Cis! Panas saja telinganya menerima gelakan Haikal. Tak makan saman punya lelaki!

"Ok, ok. Kali ni betul-betul saya tanya. Kenapa? Awak ada program ke?"

"Ta-" belum sempat menjawab, telefon bimbitnya berbunyi. Mama? Dahinya berkerut.

"Hello, assalamualaikum?" dia menyapa orang dihujung talian.

"Mama? Kenapa ni?" dia sedikit terkejut mendengar suara serak mertuanya.

Air mukanya mula berubah mendengar penjelasan di hujung talian. Dia yang tadi memandang Haikal, segera berpaling ke arah lain. Hatinya tidak keruan. Takut untuk menyampaikan berita tersebut kepada Haikal.

"Ok, mama. Qilah bagitahu Haikal," dia mematikan talian. Dia teringat perasaaan tidak sedap hatinya pagi tadi.

"Mama, Qilah? Kenapa?" pertanyaan Haikal tidak dijawab. Dia diam membisu.

"Qilah!" gesaan Haikal memanggil air matanya.

"Kenapa awak menangis ni?" Haikal serba salah.

"Haikal."

"Ya?"

"Abah.."

"Abah? Kenapa dengan dia?" suara Haikal berubah.

Senyap. Dia mengangkat muka memandang lelaki itu. Reaksi Haikal tidak dapat dibaca.

"Masuk ICU. Tiba-tiba kena serang tadi," dia berkata perlahan.

Haikal bangun. Anak matanya mengekori lelaki itu yang pergi membayar bil sambil tangan mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket. Haikal membuat dua panggilan pantas sebelum kembali mendapatkannya. Dia mula risau melihat keadaan Haikal yang kelihatan begitu asing.

"Jom."

Dia berlari-lari anak mengejar Haikal yang semakin laju berjalan. Mukanya tersembam pada belakang Haikal apabila lelaki itu tiba-tiba berhenti. Sebuah teksi berhenti di hadapan mereka. Haikal pantas menolaknya masuk ke dalam perut kereta. Lelaki itu berdiam diri sepanjang perjalanan ke arah tuju yang tidak diketahuinya. Dia yang ingin bertanya terbantut apabila melihat Haikal yang membatu memandang ke luar tingkap. Dia runsing. Tidak tahu mahu berkata apa dan berbuat apa. Fikirannya kusut dan dia mula lemas. Hampir satu jam mereka berada di dalam teksi sebelum sampai ke destinasi, lapangan terbang Heathrow-London. Airport? Nak balik ke? Dia semakin serabut kerana tidak mendapat sebarang penjelasan daripada Haikal.

"Haik-"

"Flight kita pukul sepuluh kejap lagi."

"Barang-barang dekat hotel?"

"Ryan uruskan. I've just booked tickets for two to Malaysia. The name is.." Haikal berkata pada pekerja di belakang kaunter tiket.

Aqillah hanya diam membisu selepas itu. Membiarkan Haikal mengurus hal tiket mereka. Muka Haikal diperhati lagi tetapi hanya mendapat reaksi yang sama. Masih tidak dapat dibaca. Lain sekali reaksi lelaki itu berbanding sewaktu mereka di UIA dahulu. Air muka lelaki itu menunjukkan riak risau dan tidak keruan. Tetapi kali ini, sama sekali kosong. Seperti patung. Dan itu yang membuatkan dia semakin risau. Dirinya yang jadi tidak tentu arah. Risaukan yang berada di depan mata dan risaukan juga yang berada beribu kilometer jauh dari mereka. Dia mula berdoa ke hadrat Ilahi. Minta dipanjangkan umur bapa mertuanya dan ditenteramkan jiwa mereka-mereka yang disayanginya terutama sekali suami yang semakin dikasihi dalam diam.

"Qilah."

"Hah?"

Dia tidak sedar bila Haikal meninggalkan kaunter. Lelaki itu sudah jauh dari sisinya. Pantas dia berlari mendapatkan Haikal yang kembali berjalan laju. Semakin pantas dia berlari, semakin jauh pula dia ditinggalkan. Ujian ditingkatkan apabila manusia semakin ramai memenuhi ruang legar lapangan terbang itu.

"Haikal!" dia mula memanggil kerana orang disekelilingnya semua tinggi-tinggi belaka yang semakin menyukarkan dirinya untuk melihat lelaki itu.

"Ooww!" dia jatuh terjelepuk apabila seseorang menolaknya kuat.

Dia mengurut-urut kakinya yang terseliuh. Alamak! Haikal! Sepantas kilat dia berdiri semula. Dia memandang sekeliling mencari kelibat Haikal. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit di kaki.

Isy, kaki ni. Masa ni juga kau nak sakit. Mana Haikal ni? Tengok, kau dah susahkan dia lagi. Cari lagi, Qilah! Cari betul-betul!

Dia menggesa matanya mencari lelaki itu. Terhenjut-henjut dia berjalan ke sana dan ke mari. Dia teringat kembali kejadian di kompleks Selfridges beberapa hari lalu. Ingin saja dia menangis saat itu tetapi ditahan. Rasa bersalah memenuhi segenap ruang hatinya kerana menyusahkan Haikal. Semakin tidak keruan dirinya memandang sekeliling. Penglihatannya mula dikaburi air mata.

"I'm so sorry, love. Saya tolong awak," Haikal muncul tiba-tiba dan terus memapahnya ke arah kerusi terdekat.

"Haikal, saya minta maaf sangat-sangat. Dah susahkan awak. Awak ok tak?" air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia tidak pasti kenapa dia begitu emosional. Jarang sekali untuknya menangis seperti itu.

"Shh. Dah, dah. Jangan menangis. Saya yang salah sebab tinggalkan awak," Haikal berkata sambil membelek-belek kakinya.

"Dekat mana sakit? Sini?" Haikal menekan di satu ruang.

Dia menggeleng dan pantas menjerit apabila lelaki itu memicit di tempat yang lain. Haikal tersenyum sedikit. Dia lega walaupun lelaki itu mengejeknya. Dia melihat Haikal mengeluarkan plaster dari beg yang dibawa dan ditampal pada kakinya.

"Awak memang selalu bawa plaster ke?" tiba-tiba saja soalan itu keluar dari mulutnya.

"Sejak saya jumpa awak."

"Kenapa pulak?"

"Awak cuai sangat."

"Mana ada!!" dia memprotes dan Haikal hanya tersenyum kecil.

"Jom. Pergi check-in," Haikal membantunya bangun.

Mereka berdua senyap ketika menunggu di ruang menunggu pintu 13. Masih ada satu jam sebelum masa penerbangan. Haikal dilihatnya sudah mula tidak keruan. Lelaki itu hanya menundukkan wajah sepanjang mereka duduk di situ. Rasa risau yang hilang sebentar tadi muncul semula apabila dia melihat lelaki itu bertambah muram mengikut masa. Dia mengusap-usap belakang Haikal. Tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya.

"Macam mana kalau abah..."

"Doa banyak-banyak, Haikal. Jangan fikir yang bukan-bukan. Awak dah usaha, sekarang hanya ada tawakal je. Doa yang mereka dekat sana selamat."

"Tapi.."

"Doa. Doa. Dua is really powerful, Haikal. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang," dia mengingatkan.

Aqillah terlebih dahulu perasan akan mamanya tidak jauh dari pintu masuk hospital. Wajah mama muram dan letih. Dia sedikit terkejut dengan kesan menangis yang begitu ketara pada wajah mama. Dapat dirasakan keadaan abah lebih teruk dari yang dia sangka.

Insyaa Allah, tak teruk. Insyaa Allah, tak teruk. Kau tabahkanlah hati kami, ya Allah. Dia terusan berdoa kepada yang Maha Esa.

Segera dia berpaling untuk memanggil Haikal yang masih tercari-cari.

"Haikal! Qilah!" mama menyahut nama mereka sebelum dia sempat memanggil. Perasan yang mamanya menyembunyikan wajah muram tatkala Haikal dan dirinya memandang. Hatinya bersedia.

"Assalamualaikum, mama. Abah macam mana?" Haikal mencium tangan dan pipi mama dan diikuti dirinya.

"Waalaikumussalam. Kamu terus datang dari KLIA ke ni?" mamanya cuba mengelat dari menjawab soalan Haikal.

"A'ah. Abah macam mana, mama?" Haikal menggesa lagi.

Muka mama begitu serba salah. Dia mula berasa saspens. Hatinya berdegup begitu kuat dan jiwanya tidak tenang.

"Haikal. Haikal, kena tabah."

"Ma, kenapa ni, ma? Abah tak ok ke, ma? Doktor cakap apa?"

"I'm so sorry, Kal," air mata mama tumpah jua. Wajah Haikal semakin tidak keruan.

"Mama tak sempat halang abah untuk tunggu kamu dulu." Aqillah terpempan.

"Ab- abah.."

"Ya, sayang. Abah dah takda. Mama minta maaf, sayang. Mama minta maaf," mama memberitahu lantas memeluk Haikal. Air matanya jatuh. Bukan berita buruk yang dia sangkakan. Tak, tak seburuk itu.

"Innalillahi wa inna illaihi raji'uun," Aqillah mengungkap perlahan.

Dia hanya memandang kosong pada Haikal yang melepaskan pelukan mamanya dan masuk ke wad yang menempatkan arwah abahnya.

"Qilah," Aqillah mengalihkan pandangan daripada Haikal dan memandang wajah suram ibu mertuanya.

"Ya, mama?"

"Kamu tolong temankan Haikal. Mama nak pergi uruskan jenazah arwah," dia mengangguk perlahan sebelum wanita itu berlalu pergi.

Aqillah memasuki bilik wad dan dia melihat Haikal sedang duduk di sofa yang tersedia. Dia duduk di sebelah Haikal yang kembali berwajah kosong. Tiada perasaan. Hiba dengan keadaan Haikal, air matanya kembali semula. Perlahan-lahan dia menyentuh tangan suaminya. Haikal mengangkat muka dan memandangnya. Mata lelaki itu menyentap lubuk hatinya. Genggamannya pada tangan Haikal semakin erat.

"Saya minta maaf sebab tak dapat buat apa-apa," dia menahan sebak.

Tindakan Haikal yang berbaring di ribanya membuatkan dia terkesima. Dia kaku sebentar. Wajah Haikal tidak dapat dilihat. Yang menemaninya hanyalah bunyi nafas Haikal yang tidak sempurna. Dia mengusap-usap lengan Haikal, cuba untuk mententeramkan lelaki itu tetapi tangannya terhenti saat bajunya basah. Makin laju air matanya turun.

"Sabar, Haikal. Sabar. Redha," dia mengujar perlahan.

Tangannya kembali mengusap lengan Haikal dan dia mula berselawat perlahan ke atas junjungan mulia dengan hasrat menenangkan hati-hati yang gundah gulana. Dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa atas takdir yang telah disuratkan. Apa yang dia mampu hanyalah berdoa agar roh arwah abah tenang dan ditempatkan dalam golongan umat yang beriman serta Haikal dan keluarga dapat menerima dengan redha dan tenang.

Jenazah arwah abah sudah selamat dikebumikan tengah hari tadi. Sekarang, semua sibuk membuat persiapan untuk majlis tahlil. Aqillah pula sedang sibuk membantu di dapur untuk menyediakan makanan buat tetamu yang akan datang selepas Maghrib nanti. Semua adik-beradiknya dan Haikal sudah berada di rumah suaminya. Saudara-mara mereka juga turut sama hadir. Risaunya pada Haikal kurang sedikit kerana ramai yang datang menemani lelaki itu. Kak Nina memberitahu bahawa Haikal sangat rapat dengan arwah abah mereka. Sejak kecil lagi Haikal sentiasa mengikut arwah abah ke mana saja arwah pergi. Semua minatnya bermula daripada arwah. Arwah bagaikan mentor dan kawan yang paling rapat dengannya. Kerana itulah pemergian arwah paling dirasai Haikal.

"Mama, kuih ni letak mana?" dia bertanya tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Segera dilirikkan mata memandang mamanya yang sedang menjaga kuih di dalam kuali yang sudah hampir hangit. Baru dia sedar bau kuat yang menusuk hidung.

"Mama! Kuih dah hangit!!"

"Hmm? Apa dia Qilah?" mama memandang kosong padanya.

Melihatkan itu, terkocoh-kocoh dia ke dapur dan mengangkat kuih yang sudah agak hitam itu.

"Ya Allah. Apa jadi dengan kuih tu, Qilah?"

"Err, hangit."

"Ya Allah. Macam mana mama boleh tak perasan ni. Kuatnya bau. Tolong buka tingkap tu, Qilah."

"Ok," dia segera mendekati jendela dapur yang sudah sedia terbuka.

Matanya dikedip-kedipkan agar air mata yang muncul tidak jatuh. Cuba menenangkan dirinya yang hiba melihat keadaan mama.

"Kak Qilah," Aqillah berpaling apabila seseorang memanggil namanya. Faris, adik Haikal menggamit tangan padanya.

"Kenapa Faris?" dia menghampiri adik iparnya itu.

"Kak Qilah pergilah tengok Angah tu. Dia diam je. Tak nak cakap dengan siapa-siapa. Dok sibuk siapkan kerja office abah. Faris tak tau nak buat apa dah," suara Faris kedengaran stress. Dia menarik nafas dalam dan melepas perlahan.

"Ok. Faris, tolong angkat pinggan-pinggan ni letak atas meja depan jap eh?" dia meminta tolong dan berlalu ke pejabat arwah abahnya yang kini sudah menjadi tempat suaminya itu berseorangan. Kelihatan beberapa orang saudara Haikal serta abangnya berdiri di hadapan pintu.

"Abang Amir, kenapa?" dia bertanya pada abangnya.

"Dia tak nak cakap dengan siapa-siapa, Qilah. Ajak dia turun bawah pun tak nak. Sibuk dengan kerja apa entah dia duk menelaah dari tadi. Bingung kita orang," abangnya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kenapa kau orang tunggu dekat luar?"

"Kita orang nak turun dah. Sakit hati tunggu dekat sini. Kamu tengok lah si Haikal tu, Qilah," Bro K yang berada disebelah menjawab.

Dia mengeluh lagi. Perlahan, pintu pejabat itu diketuk. Haikal dilihat sedang sibuk menaip tanpa sedikit pun mengangkat muka ketika dirinya masuk. Dia buntu sekejap kerana tak pernah mengalami situasi seperti ini. Idea yang difikirkan sebentar tadi seperti tidak mampu memberi sebarang kesan positif kerana kemasukannya ke situ saja sudah tidak dihiraukan. Hai, macam budak kecik. Nak buat perangai segala. Mama yang lagi sedih tu pun tak macam ni. Serasa mahu sahaja dia meninggalkan Haikal seorang diri. Walaupun sedih pada suaminya, dia tetap geram dengan perangai tak matang Haikal. Dia tidak diendahkan walau secuit seperti yang diadu Faris sebentar tadi. Lama dia berdiri di tepi pintu sebelum dia perasan Haikal memandang sekilas padanya. Pantas dia mengambil peluang itu dan menghampiri Haikal.

"Awak buat apa?" berhati-hati dia bertanya. Tetapi seperti tugu, dia kaku menunggu jawapan daripada dinding yang tidak mampu berkata-kata.

"Jom. Turun bawah. Orang dah start datang," dia cuba mengajak tetapi riak lelaki itu tetap sama, tidak peduli. Dia mula bengang.

"Haikal! Awak dengar tak ni?" suaranya sedikit meninggi. Namun, Haikal tetap tidak memberikan sebarang respons. Keluhan terlepas daripadanya untuk kesekian kali.

"Awak, tolonglah let go. Tak baik buat benda macam ni. Orang dah takda, kenalah redha," dia melembutkan kembali suaranya. Otaknya masih ligat berjalan mencari idea yang boleh membantu.

"Haikal, I'm sorry but.." pantas dia merampas laptop di atas meja.

"I have to take this."

"Put it back," ayat pertama Haikal padanya selepas sedikit terkejut dengan tingkahnya.

Muka Haikal tidak puas hati tetapi tidak diambil kira suruhan Haikal itu. Laptop yang dipegang disorok di belakang badan.

"Awak rasa awak patut ke buat macam ni?"

"Give it back."

"Awak rasa! Awak layak ke buat macam ni? Kenapa pentingkan diri sendiri? Awak ingat dia orang semua tak sedih? Mama? Fikirlah, Haikal. Mama mati akal awak tahu? Kami kena assists dia buat kenduri ni. Tolonglah jang-"

"What do you expect me to do???" Haikal lantang bertanya membuatkan jantungnya berhenti sekejap.

"Lepaskan abah."

"Do you think I'm not trying??"

"By acting up?"

"I don't know what you are referring to. Give the laptop back."

"Do I need to do this?" dia memegang laptop itu dengan satu tangan dan dihalakan ke lantai.

"Qilah, I warn you."

"I'm warning you as well."

"It's different."

"Tapi serupa."

"Don't do this, Qilah," Haikal berkata perlahan seperti menyerah dan mula menundukkan muka.

Melihatkan itu, marahnya sedikit kendur. Namun, belumpun sempat dia menghampiri untuk memujuk, Haikal tiba-tiba bangun dan pantas menuju ke arahnya. Refleks, dia laju melarikan diri daripada Haikal. Dia ke sofa, meletakkan laptop di bawah kusyen dan segera duduk di atasnya. Tak serik-serik juga budak ni. Ni yang buat aku rasa tercabar ni.

"Qilah, don't make me do things you will regret."

"Try me."

Sesaat, wajah Haikal sudah berada seinci lagi daripada wajahnya seperti yang dijangka. Jantungnya sentap sesaat tetapi dia perlu lakukan apa yang dia patut lakukan. Pantas dia memegang pipi Haikal yang nyata terkesima dengan tindak balas dirinya. Dia memandang tepat mata bundar suaminya sehingga dia yakin Haikal memberi sepenuh perhatian pada dirinya seorang.

"Tolong, Haikal. Jangan macam ni," dia berbisik perlahan lalu mengucup dahi suaminya itu.

Dia tahu Haikal sama sekali tidak menyangka perbuatannya itu kerana suaminya terus terduduk kaku dihadapannya. Dia sendiri tidak pasti dari mana datangnya keberanian itu. Apa yang dia tahu, dia tak sanggup melihat Haikal seperti itu. Suasana hening. Diteliti muka Haikal yang sekejap keliru, sekejap kosong, dan sekejap sedih. Lelaki itu akhirnya menundukkan wajah memandang riba. Teragak-agak, dia menyentuh bahu Haikal.

"I'm confused, Qilah."

"Inna lillahi wa inna Ilaihi raji'un, Haikal. Allah pinjamkan abah dekat kita dan dah sampai masa kita pulangkan balik abah dekat Dia. Bersyukur, Haikal."

"How do I do that? Is finishing his job not enough?"

"Dapat ke benda tu tolong arwah abah?" Haikal mengangkat bahu.

"Doa, Haikal. Tiga benda yang dapat membantu muslim yang sudah meninggal. Amalan dia, solat, DAN doa anak yang soleh."

"What do I say?"

"Dia berada dalam golongan orang yang bertakwa. Lagi senang, tilawah Quran untuk arwah abah. Ramadhan pun tak berapa hari je lagi nak datang. Khatam Quran terus dalam sebulan tu lagi bagus."

"Is it even possible for me to finish the Quran? In a month?"

"Dengan izin Allah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience