BAB 11

Romance Completed 7293

Jantung Aqillah berdegup kencang menanti pensyarah dihadapannya meneliti helaian terakhir repot projek tahun akhir dia dan Fatin. Pensyarah itu memang terkenal dengan cara pemarkahan yang amat tegas. Tidak pernah sesiapa yang lulus pada repot yang pertama. Ini juga kali kedua mereka membuat repot untuk projek mereka itu.

"This.. is great," pensyarah itu berkata tanpa nada.

Dia keliru. Tak pasti sama ada itu satu pujian ataupun sindiran. Fatin disebelahnya dipandang sekilas dan wajah kawannya itu turut tak keruan.

"You guys did an excellent job. You know I seldom read a report from introduction to conclusion. But your report, it's interesting," dia mengucap syukur ke hadrat Ilahi dengan pujian daripada pensyarah itu, tahu yang projek mereka diterima.

"So, who did the job?"

"Err.. to be honest, I'm the hacker, and she's the firewall," Fatin menjawab.

"It's 50-50, I guess," dia menambah.

"Hmm. I guess as much. I might suggest your idea to the kuliyyah. It might be of good use for security measure."

"Really, madam?" dia tidak percaya.

"Sadly, yes. I'm attracted to the idea myself."

"Madam! Thank you very much!!" dia sudah beriya-iya mengucapkan terima kasih.

"Haha. You're welcome. Don't worry. You both did great."

"Thank you, madam," Fatin berkata dengan mata sudah bergenang.

"Yes, yes. You may go now."

"Okay. Thank you again, madam," dia sekali lagi berterima kasih sebelum menarik Fatin keluar dari pejabat pensyarah mereka.

"Fatin! Yeeeesss!!!" dia berteriak dan pantas berpelukan dengan rakannya.

"Qilaaah, gembira gila rasa!!"

"Tahu takpaaa! Alhamdulillah."

"Alhamdulillah."

"Tin, lapar tak? Celebrate jom."

"Jom."

Mereka berpaut lengan dan dengan senyuman gembira, menuruni tangga untuk ke kafe di tingkat bawah sekali. Tangga yang terbuka itu membolehkan mereka melihat kawasan hadapan kuliah yang menempatkan kawasan parkir kereta. Melihatkan itu, fikirannya berputar.

"Awak, pukul berapa sekarang?"

"3.40."

"Hah?? 3.40 dah? Tin, saya dah lambatlah! Kita makan hari lain boleh? Sorryyy."

"Oh, ok. Ok."

"Saya pergi dulu, Tin. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aqillah pantas menuruni tangga setelah bersalaman dengan rakannya itu. Sebelum pergi tadi dia sudah memberitahu supaya datang mengambilnya di kuliah pada jam 3 petang. Dan sekarang dia sudah terlewat 40 minit. Ah, sudah! Sampai sahaja di aras bawah, dia berlari-lari anak ke kawasan parkir kuliah. Dari jauh, dia sudah dapat melihat dengan jelas Haikal yang sedang bersandar di tepi kereta. Rasa gembira tiba-tiba muncul dihatinya melihatkan suaminya itu.

Erk! Apesal dengan aku sekarang ni? Nampak dia je, happy. Tak bagus, tak bagus.

"Assalamualaikum, my wife. Care to explain?"

"Waalaikumussalam. Sorryyy," dia sudah mengisyaratkan maaf dengan tangan.

"Tadi jumpa madam lama. Awak datang tepat pukul tiga ke?" dia bertanya dengan nada bersalah.

"For you, my dear I came on time."

"Gedik," dia berbisik perlahan.

"What, my dear? I cannot hear you well."

"Er, takda apa-apa. Jom lah."

"No.. any of this?" Haikal bertanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Gulp!

Walaupun malu, disambut juga salam Haikal dan di junjung ke dahi dek hormat pada suami. Tegak sahaja badannya, Haikal segera mendekati dan mengucup dahinya.

"Haikal!!!" dia geram kerana tidak sempat mengelak.

"Punishment. For being late."

"Huh!" dia menghentak kaki dan terus memasuki kereta.

"Tak makan saman betul. Nak ambil kesempatan dekat aku yang suci bersih ni cakap je lah. Punishment konon. Huh!" dia sudah membebel sendiri.

Haikal masuk ke dalam kereta dengan ketawa riang. Dialihkan pandangan ke arah lain.

"Awak marah ke?" Haikal bertanya tetapi dia buat dek.

"Berdosa tahu tak layan sua-"

"Saya. Tak. Marah. Suka sangat-sangat. Puas hati?"

"Very much, my dear," Haikal berkata, kembali ketawa gembira. Dia buat muka toya. Makin dilayan, makin geram saja dirinya nanti.

"Awak tahu kan, awak hutang saya satu permintaan?"

"Hah? Bila masa?"

"Masa awak mungkir janji."

"Bila saya mungkir janji?"

"Malam abah masuk hospital."

"Oh."

"Kenapa? Awak nak saya buat apa?"

"Ki-"

"Tolong! Jangan suruh saya k- kiss awak!" dia sudah memotong kata-kata Haikal terlebih dahulu dan itu mengundang tawa lelaki itu.

"Saya tahu awak tak nak. Just follow me then."

"Pergi mana?"

Haikal meletakkan kereta di kawasan parkir yang terletak di luar Litar Lumba Sepang 45 minit kemudian. Engin kereta dimatikan dan lelaki itu keluar dari perut kereta. Dia yang masih berada di dalam memandang kawasan sekeliling yang lengang.

Apa dia nak buat dekat sini? Takkan dia nak suruh aku berlumba dengan dia kot? Ah, sudah! Memang aku pandai pula berlumba kereta ni.

"Please, my princess. We're here," Haikal yang sudah membuka pintu bahagian penumpang mematikan lamunannya.

"Err.. tak perlulah awak bukakan pintu untuk saya."

"Then, I would have to wait until you finish daydreaming."

"Oh. Sorry."

"That's okay. Jom," Haikal menarik tangannya dan mula berjalan. Sepantas itu juga dia cuba melepaskan pegangan tangan Haikal.

"Please, treat me better," Haikal meminta sambil menggenggam lebih erat tangannya. Dia bingung dengan kenyataan lelaki itu.

Haikal membawanya masuk ke dalam sebuah gudang yang tersangat besar. Beberapa buah kereta dilihat terparkir di satu ruang gudang tersebut serta beberapa lagi kawasan yang lain kelihatan seperti bengkel kereta. Terdapat juga beberapa orang berpakaian seragam hitam sedang membuat kerja.

"Awak, tempat apa ni?"

"Depot kereta."

"Takpa ke kita masuk ni?"

"Famili saya punya."

"Haha. Lawaknya."

"Lah. Tak percaya pula dia. Tu, Burn dekat sana tu. Ada training hari ni."

"Hah? Serius ke famili awak punya?"

"Yes, my dear. Our family do racing, remember?"

"Saya tahulah tu."

"Then?"

"Takda apa-apa lah," dia menghentikan perbualan.

Gila! Sampai besar ni sekali depot kereta dia orang. Tak sangka pula dia orang memang betul-betul minat racing. Dia menggeleng-gelengkan kepala, sekali lagi mengakses gudang besar itu.

"Burn!"

"Kal, buat apa kam- Eh? Qilah pun ada sama? Assalamualaikum. Hehe."

"Waalaikumussalam," dia menjawab sambil tersenyum.

"Buat apa kamu bawa Qilah datang sini, bai? Kamu nak bawa dia racing sekali ke apa?"

"A'ah."

"Hah??" dia terkejut mendengar jawapan Haikal.

Takkan tekaan aku betul kot? Dia sudah memandang Haikal tak berkelip.

"Gila! Kamu serius ke ni, bai?"

"Hm."

"Tak pernah kamu bagi.. Hmm.. Qilah, berani ke?"

"...," Aqillah masih memandang bulat pada Haikal.

"Jom, pergi tukar baju."

"Er..," dia tidak berganjak.

Jantungnya sudah mula berdegup laju mendengarkan saranan Haikal. Biar betik! Ni ke permintaan dia? Nak aku masuk ICU ke apa ni?

"Bukan awak yang drive tapi saya."

"Tapi.."

"Qilah, good luck," Burn bukan sahaja tidak menghalang Haikal, malah siap memberikan kata-kata semangat lagi kepadanya.

Dia orang tak kesian ke tengok muka aku yang dah pucat lesi ni?

Aqillah keluar dari bilik persalinan selepas menukar baju. Uniform yang dipakai terasa bagai beban yang tersangat berat. Haikal memandangnya atas bawah sambil mengangguk-anggukkan kepala bersama Burn. Pipinya hangat.

"Cool," Burn berkata sepatah.

"That's why I brought her here. For this," Haikal pula berkata. Dahinya berkerut.

"Apa maksud awak?" dia bertanya tetapi Haikal hanya membiarkan pertanyaannya berlalu begitu saja.

Suaminya itu dilihat mengeluarkan telefon bimbit dan dihalakan padanya. Erk!

"Jangan tangkap gambar saya!" segera dia memalingkan badannya.

"Lah. Burn, tangkap gambar kami."

"Ok."

"Dah, jom tangkap sama-sama," Haikal berkata sambil mendekatinya. Dia cuba masuk semula ke dalam bilik persalinan tetapi sempat di tahan Haikal.

"Awak cantik. Jangan risau," Haikal berkata dan memalingkan badannya menghadap Burn yang sudah bersedia. Kemudian, memeluk bahunya. Ingin ditepis, Burn ada bersama mereka.

"Ready? One, two, three." Klik.

"Ok, cun. Dah boleh berlepas dah," Burn berkata sambil tersengih. Dia gugup.

"Thanks, Burn. Now, let us meet Red."

"Red? Kereta lumba awak tu ke?" dia bertanya sambil mengikuti Haikal keluar ke litar.

Sebuah kereta berwarna merah yang baru tadi dilihat berada di dalam depot sudah terparkir di litar. Bila mereka pindahkan kereta itu ke situ pun dia tak pasti. Dua orang pekerja sedang memeriksa kereta tersebut.

"Hey, Red. Meet my wife, Nur Aqillah," dia memandang kaku pada kereta yang disapa Haikal.

Lelaki itu kemudian mencium kereta tersebut. Erk! Semua benda dia nak kiss. Gila.

"Kenapa? Awak jealous ke saya kiss dia?"

"Huh? Tolonglah," dia sudah membuat muka.

"Haikal, semua dah set," seorang pekerja beruniform berkata pada Haikal. Lelaki itu bernama M.K, berdasarkan tag nama pada uniform yang dipakai.

"Okay, thanks, M."

"Qilah!! You can do it!" Burn menyahut dari kerusi penonton. Dia menelan air liur yang terasa pahit, kecut perutnya.

"Qilah, come."

Haikal sudah membukakan pintu kereta untuknya. Lama dia berdiri kaku dan memandang tepat mata Haikal yang merenungnya kembali, cuba memprotes secara senyap. Haikal mengangkat kening padanya diikuti suasana yang hening tanpa kata.

Qilah, kau kena menang! Jangan tergugat sikit pun! Ingat Qilah! Dia mengetap gigi.

"Fine!"dia menundukkan pandangan dan perlahan menghampiri suaminya itu. Berdiri di hadapan pintu kereta, jantungnya semakin gigih mengepam darah.

"Trust me."

"Saya percaya dekat awak. Ok, jom balik."

"You promised."

"Tak boleh bu-"

"I won't let you get hurt, Qilah."

"Saya tahu tap-"

"Nur Aqillah."

"..."

Teragak-agak, dia memaksa diri untuk masuk ke dalam perut kereta. Pantas menahan nafas tatkala Haikal mendekatinya dan memasang tali pinggang keselamatan. Setelah memastikan semuanya siap, Haikal menutup pintu bahagiannya dan duduk di tempat duduk pemandu.

"Ready?"

"Taakk!!" dia yang sudah memeluk tali pinggang keledar di badan menggeleng laju pada Haikal.

"Hahaha. Welcome to my world, my dear."

Ngauman kuat Red ketika Haikal menghidupkan engin kereta membuatkan peluh sejuk muncul di dahinya. Mulutnya sudah berkumat-kamit membaca doa-doa keselamatan pada yang Maha Kuasa. Pandangannya tiada objektif. Haikal sendiri dia tidak pasti sedang melakukan apa.

"Bismillah," Haikal mengucap perlahan sebelum Red mula bertapak ke depan. Makin lama, makin kuat Red mengaum seiring dengan denyutan nadinya.

"Qilah, you do know that I love you, right?"

"Ap- Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!" belumpun sempat dia mengeluarkan kata-kata, jeritannya terlebih dahulu memenuhi Red.

Tersandar dirinya pada kerusi akibat kelajuan yang mendadak naik. Matanya sudah rapat terpejam.

"Qilah, buka mata!"

"Tak nak!"

"You'll regret it."

"Takkan!"

Walaupun berkata begitu, matanya terbuka juga. Pada mulanya, apa yang dia nampak hanya kabur. Mindanya tidak sempat mengenalpasti segala yang dilihat. Lama-kelamaan, barulah pandangannya selaras dengan kelajuan Red. Litar lurus itu seperti tiada penghujung. Rasa macam mahu terbang sahaja badannya.

"Meter berapa?"

"You think?"

"Err.. 140?"

"Nope."

"150?" Haikal diam. Gulp!

"170?"

"200."

"Apa??"

"We're cornering. Open your eyes wi-"

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh," jeritannya sekali lagi mengambil alih kewarasannya.

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa laju jantungnya berdegup. Agaknya sama pantas dengan Red berlari. Namun, jeritannya itu tidak lama. Perasaan takutnya mula berpaling arah. Dia tidak pasti sama ada dia waras atau tidak, tetapi senyuman kecil berjaya membentuk di bibirnya. Walaupun begitu, tangannya masih kemas memeluk tali pinggang keledar.

Ah, sudah! Takkan aku dah minat racing kot? Tapi.. Beeeeest!! Patutlah mamat ni suka racing. Rasa macam tengah terbang je sekarang ni. Hehehe. Gila!

Beberapa minit kemudian, Haikal mula memperlahankan kelajuan kereta apabila mereka mendekati tempat mereka bermula tadi. Hatinya sedikit sedih. Aqillah membuang pandangan ke tempat duduk penonton. Dari jauh dia dapat melihat Burn melambai-lambaikan tangan ke arah mereka. Dia perasan ada orang lain yang duduk bersama Burn di situ. Tapi tidak jelas kerana masih jauh.

"And.. we arrived safely," Haikal berkata padanya saat meletakkan giar pada tanda P.

"Another round?" pantas dia memandang Haikal. Mahu tapi tak mahu, dia menundukkan kepalanya tersangat-sangat sedikit sahaja.

"Hahaha. Next time." Hujung bibirnya turun sedikit.

"Kenapa?"

"Because this is your first time and your body can't adjust to it yet."

"Saya ok j-" kata-katanya terhenti. Tangannya yang masih menggenggam itu cuba dileraikan tapi tak berjaya. Apa kejadah?

"See?" "Saya saja n-"

"Why don't we test it?"

"Ap-" dia tergamam saat Haikal pantas mendekatinya.

Muka lelaki itu hanya beberapa inci sahaja daripada mukanya. Kencang jantungnya berdegup dengan perlakuan suaminya itu.

"Ap- Apa awak nak buat? Hai- Haikal!" tergagap dia berkata apabila Haikal mula menyentuh mukanya.

Cepat-cepat dia menolehkan mukanya jauh daripada Haikal. Dia bengang apabila tangannya tetap tidak mahu berganjak walaupun Haikal sudah memegang mukanya agar bersetentang mata dengan lelaki itu. Dia sudah memejamkan mata kerana direnung lama oleh Haikal.

"Aw- Awak jangan buat on-"

"Heh. Tahu takut," Haikal berkata sebelum menjauh darinya dan melepaskan pegangan pada mukanya.

"Badan awak shock sebab tu awak kaku. Awak kena relax dulu baru dia ok."

"D- dah tu, awak buat lagi macam tu? Saya tak sempat nak tenang pun lagi."

"Hahaha. I'm sorry. I just love teasing you, love."

"Huh!"

"Saya pergi jumpa dia orang jap."

Haikal keluar apabila Burn dan orang yang bersamanya mendekati kereta mereka, seorang gadis yang tersenyum riang sebaik sahaja nampak suaminya. Sepupu dia orang ke? Erk! Dia terkejut sekejap apabila gadis itu menghampiri Haikal dan memeluk tangan suaminya. Rapat betul dia orang. Tetapi Haikal dilihat melepaskan pegangan gadis itu sambil berkata sesuatu. Mata gadis itu membulat dan pantas memandang ke arah kereta.

Erk! Dia nampak ke aku kat dalam ni? Dia sudah menutup muka dengan tangannya. Eh? Tangan aku! Dah boleh gerak! Wahahahaha. Sukanya dalam hati. Tangan dapat gerak lagi. Teng teneng teng teneng. Dia sudah menggerak-gerakkan tangannya.

"Okay now?"

"Waarrghh!! Haikall!!" terkejut beruk dirinya. Tidak sedar bila Haikal membuka pintu kereta.

"Hahahahah. Lawak gila muka awak."

"Huh! Apa awak nak?"

"Are you okay now, my dear Aqillah?"

"Err, Alhamdulillah," dia menjawab dan Haikal tersenyum padanya.

"Jom. Jumpa June."

"O- ok."

Dia keluar dari kereta. Tetapi belumpun sempat dia berdiri tegak, badannya terlebih dahulu menghala ke bawah. Nasibnya baik apabila Haikal sempat menahan dirinya daripada jatuh terjelepok.

"Hahaha. Awak ok tak ni?" Haikal bertanya sambil tergelak. Geram, dia menumbuk tangan Haikal tetapi suaminya itu makin kuat menggelakkannya.

"Janganlah gelak!! Kenapa dengan kaki saya?"

"Heh. Sorry, Qilah. Sebab awak duduk je kat dalam tadi, lepas tu awak shock pulak. Saya dah agak jadi macam ni." "Habis tu, macam mana ni?" dia bertanya, geram kakinya masih menggeletar dan kepala sedikit berpinar. Dia tak tahulah betapa malunya dia saat itu kerana terpaksa bersandar pada Haikal.

"Duduk sini," Haikal membawanya ke sebuah kerusi yang di bawa seorang pekerja.

"Lunjurkan kaki awak."

"Huh?"

"Straighten you legs and rest it," Haikal menyuruh dan dia hanya menurut.

"Ok tak Qilah?" Burn bertanya.

"Err, insyaaAllah."

"Kejap je tu. Badan awak shock sebab first time."

"Oh, I forgot. June, sorry. This is my wife, Qilah. June, my friend."

"Assalamualaikum. Saya Aqillah," dia tersenyum pada gadis itu yang hanya memandang kosong padanya. Dia dipandang atas ke bawah. Erk! Apehal pulak ni?

"June."

"Yes, Haikal?" gadis itu pantas menoleh pada suaminya ketika dipanggil.

Skandal? Kikiki. Haikal dilihat mengisyaratkan padanya dengan kepala. Lambat-lambat gadis itu menoleh padanya kembali selepas gelengan pada Haikal tidak diendahkan.

"I'm June," gadis itu berkata sepatah tanpa senyuman. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepala pada gadis itu tanpa sebarang kata.

"June!" seorang lelaki beruniform memanggil June.

"Yes, dad?"

"Your mom call."

"Okay! Haikal, see you later," gadis itu berkata sebelum berlalu pergi tanpa memandangnya.

Dia mengangkat kening pada Haikal dan hanya dibalas dengan tingkah yang sama. Dia membuat muka.

"Can you stand?" Haikal menyoal dan dia mencuba.

"Macam yang awak nampak."

"Jom, pergi tukar baju. Mama ajak makan dekat rumah ibu."

"Ye ke?? Yeesss!!" dia bersorak gembira lantas mengikuti Haikal ke bilik persalinan.

"Saya tipu je."

"Hah?? Haikal! Penipu!!"

"Actually, it's true."

"Bagitaulah betul-betul!"

"Kiss me first."

"Urghh!!"

"Hahaha."

Aqillah memeluk tubuh sebaik sahaja dia keluar daripada lapangan terbang Heathrow-London. Jaket yang dipakainya tidak mampu menepis kesejukan bawah paras beku yang menyelubunginya. Kedengaran bunyi bingit kapal terbang berlepas dan mendarat disertai dengan bunyian dari kenderaan yang lalu lalang. Dia memandang sekeliling. Kota asing itu amat sibuk sekali seperti yang diuar-uar rakannya, Arissa. Kenderaan yang tidak henti-henti berkunjung tiba memenuhi pintu masuk lapangan terbang itu.Dia mula meneka kenderaan mana yang bakal dinaikinya nanti.

Teksi ke? Tak pun kereta yang dah disediakan untuk Haikal?

Dia teringat akan bas dua tingkat yang sentiasa dilihat di kaca televisyen. Timbul keinginan untuk menaiki bas tersebut yang nampak menarik dengan tingkat atas yang tidak berbumbung. Namun, tidak mungkin untuknya menaiki bas tersebut.

Eh? Kejap! Kenapa tak mungkin pulak? Kena naik ni! Bila lagi dapat pergi sini, kan? Mesti, mesti! Hehehe.

"Hey, Haikal. It's been a while. Miss Aqillah, welcome to London," seorang lelaki berkulit putih menegur dirinya dan Haikal.

Ni kot orang yang Haikal tunggu. Dari tadi tengok dia tercari-cari je.

"Hey, Ad. How are you?" Haikal menyapa lantas memeluk lelaki tersebut.

"Never been better. I supposed you're fine too and happy, yeah?" lelaki itu tersenyum pada Aqillah. Dia membalas walaupun kurang jelas maksudnya.

"Heh. So, where are we heading first? It's freezing out here."

"Up to you. Do you wanna get some breakfast or straight to the hotel? The meeting is not until 11."

"Awak nak makan?"Haikal bertanya padanya.

"Saya? Hmm, ikut awak lah."

"Breakfast, then."

"Okay. The car is over here," lelaki yang dipanggil Ad itu menunjukkan ke arah sebuah kereta berwarna hitam tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

Masuk ke kawasan bandar, matanya melekat pada tingkap kereta. Begitu dia teruja melihat kota asing itu tambahan lagi apabila pemandangannya dihiasi dengan London Bridge dan Big Ben. Bersyukur dirinya kerana diberi nikmat sebesar itu oleh Allah S.W.T. Mereka tiba di hadapan sebuah restoran yang diberi nama Eastern Cuisine tidak berapa lama kemudian. Berada di tengah-tengah kota metropolitan itu, Aqillah tidak ketinggalan daripada merasa sedikit ragu dengan status restoran tersebut. Halal ke?

"Jangan risau.Tengok kat situ," Haikal menjawab persoalannya dengan menunjukkan ke arah satu bingkai gambar yang tergantung di dinding restoran. Sijil halal dibingkai elok khas buat pelanggan sepertinya. Dia menarik nafas lega dan mengikut mereka masuk.

Gembira dirinya kerana makanan yang terhidang di hadapannya memang seratus peratus buatan orang Melayu. Rasa lapar akibat kesejukan dilangsaikan dengan senang hati. Rindu sedikit pada masakan ibunya walaupun dia baru sahaja menjamahnya sebelum bertolak semalam. Haikal juga dilihat begitu berselera sekali menjamah masakan Melayu tersebut.

Comel. Dia tersenyum sendiri. Eh? Apehal dengan aku ni? Tidak! Tidak! Pantas dia menggeleng-gelengkan kepala.

"Qilah. Kenapa? Awak ok tak?" Haikal bertanya dengan muka risau.

"Hah? Tak, takde apa-apa," pipinya sedikit merah.

"Hello?" Ad berkata saat telefon bimbit yang berbunyi diangkat.

Haikal memandang lelaki itu diikuti dirinya. Beberapa minit menjawab, muka lelaki Inggeris itu bertukar sedikit kendur.

"Okay, then," Ad memutuskan talian.

"Is something wrong?" Haikal menujukan soalan.

"Got a bit of a problem. Cannot check-in until five in the evening. I'm so sorry."

"Technical problem?"

"Yeah. The hotel's full since it's winter vacation. I apologized, Haikal."

"Nah, it's okay. Just, can you pull something up for Qilah? Since she doesn't have anything to do."

"I think.. I can. Would you like to go sight-seeing, miss?" Ad bertanya padanya. Dia terdiam.

Jalan-jalan? Dapat naik bas dua tingkat! Hatinya berbunga riang sesaat. Tapi.. takkan pergi seorang-seorang? Tak berani aku. Tak boleh ke tunggu je dalam kereta ke, apa ke?

"Will someone escort her?" Haikal bertanya bagi pihaknya.

"Yeah, of course, Haikal. Anywhere she wanna go. I'll arrange it for her now?"

"Awak nak tak? Sebab mungkin meeting saya lama jugak. Petang baru habis agaknya. Takkan awak nak tunggu dalam kereta kot?" Haikal meminta kepastian.

Isy, dia ni. Macam tau-tau je. Nak tak nak, dia mengangguk bersetuju.

"Then, I guess we should get going," Ad menamatkan perbualan mereka.

Kali ini, kereta yang mereka naiki berhenti di sebuah bangunan pencakar langit selepas setengah jam perjalanan. Brandon Communications tertera pada pintu gerbang bangunan tersebut.

"Saya pergi dulu. Petang nanti kita jumpa. Jangan merayau jauh-jauh," Haikal mengingatkannya seolah-olah dirinya budak kecil. Malas melayan, dia hanya mengangguk.

"Good girl," dia mencebikkan bibir.

"Assalamualaikum, sayang," Haikal memberi salam sebelum mengucup dahinya dan berlalu pergi. Dia terpaku.

"Haikal!!!" riak ketawa Haikal dilihat melalui cermin tingkap kereta.

Geramnyaaa!!! Asyik tak sempat mengelak je. Cis!

"Miss?"

"Apa??" suaranya sedikit meninggi tetapi dia lantas tersedar.

"Ah, sorry. Sorry," dia meminta maaf atas ketelanjuran itu. Hisy, ni semua pasal Haikal.

"It's okay. Is there anywhere you want to go? I'll take you there."

"Ah? Erm..I don't..know.. is there any place that you can suggest?"

"Well, for starters, I guess I should bring you to Trafalgar Square, if you want to?"

"Oh? The place where the birds are?" dia sedikit teruja.

"Yup," kata pemandu itu sambil tergelak kecil padanya.

Ah, sudah! Sampai orang dekat sini pun nak gelakkan aku. Pedulilah!

"Then, let's go!"

Aqillah berjalan malas di Selfridges, pusat beli-belah terkemuka yang terletak di Oxford Street, kota London. Fikirannya jauh menerawang. Haikal berjanji untuk berjumpa dengannya di sini setelah selesai tugasan yang perlu dilaksanakan.

Tapi.. kenapa kena jumpa dekat sini jugak? Ramai gila ha orang. Aku ni dah lah lemah sikit bab sesak-sesak ni. Tension! Dah lah aku tak minat shopping.

Dia mengeluh kecil sambil memandang kosong pada kedai-kedai di situ. Barangan yang terpamer di cermin kedai tidak dihiraukannya. Dia boleh dikategorikan sebagai seorang gadis yang membosankan memandangkan minatnya yang tidak ketara pada membeli-belah. Baginya, aktiviti tersebut membazir masa dan memenatkan. Dia hanya akan pergi bila perlu atau diajak sahaja. Dia lebih berminat menghabiskan masa sehari suntuk di dalam bilik ataupun bersama adik-beradiknya. Jadi, saat itu minatnya lebih tertumpu pada manusia. Manusia yang tidak henti-henti berkunjung tiba. Ada yang gembira, ada yang teruja, dan ada juga yang bersedih. Tak dapat beli barang la tu! Duduk di bangku yang tersedia, telatah mereka ditelitinya satu-persatu.

"Excuse me?" dia mengangkat muka untuk melihat seorang lelaki asing sedang memandang ke arahnya.

Apa masalah pulak ni? Dah lah aku tengah seorang-seorang ni.

"Yes? May I help you?" dia berkata sopan.

Eh, aku pulak yang cakap macam tu. Rasanya aku yang pelancong dekat sini.

"May I ask a personal question?" lelaki Inggeris di hadapannya itu bertanya dalam loghat British. Err.. Ni yang tak sedap hati ni.

"W- what is it?"

"Are you a Muslim?" pertanyaan kedua itu membuatkan hatinya takut. Takkan dia ingat aku Isis kot? Tak pun war refugees.

"W- why?" suaranya sedikit bergetar.

"No, don't worry. I won't hurt you. Actually, I wanna ask you for help," Aqillah pelik dengan percakapan tak masuk akal tersebut.

Tolong? Apa yang aku boleh tolong dia? Entah-entah dia nak masuk Islam tak?? Tapi..tapi tak mungkinlah. Bukan senang nak jumpa orang yang nak masuk Islam. Lagipun, baik dia pergi masjid je daripada tanya pelancong. Tak ke pelik namanya tu. Hurmm.

"Miss? Miss??" tangan lelaki itu melambai-lambai di hadapan mukanya yang mulai merah. Malu kerana sempat lagi dirinya berangan.

"You said you wanna ask for help?"

"Yeah. Will you help me?"

"I will try my best."

"Will you teach me on how to be a Muslim?"

"What?? " dia tidak mempercayai telinganya. Aku salah dengar ke?

"Did you just ask me to teach you on how to be a Muslim?"

"Yes. I have learned a little bit about Islam but I don't know where to start."

"Err, why don't you go to the mosque?"

"Mosque?" dia mengangguk pada soalan itu.

Walaupun teruja, dia tidak berani mengambil risiko kerana dirinya bukanlah seorang yang mempunyai pengetahuan yang dalam mengenai Islam. Dia masih punya banyak kekurangan diri yang membuatkan dia tidak layak untuk mengajar seseorang. Tambahan lagi orang yang berlainan jantina di tempat asing.

"I went but I can't find anyone to talk to. I was so confused that I walked until I finally reach here. Now that I accidentally found you, I'm thinking of maybe you might be able to help me."

"Qilah?"

"Haikal!" lega hatinya saat Haikal muncul.

"Assalamualaikum. Kenapa ni?" Haikal bertanya sambil menyalam tangannya.

"Waalaikumussalam. Orang ni. Dia tanya pasal masuk Islam."

"Iye? Oh, hello," Haikal berjabat tangan dengan pemuda itu.

"Hi," lelaki itu berkata.

"Heard you wanna know about Islam? I'm Haikal, by the way."

"Oh, I'm Mike. So, can you help me?"

"Do you know about Islam?"

"A little bit. I learned from books, the internet, and such. But I don't know how to really begin."

"Wait a sec. Qilah, ni saya beli buah kat awak. Awak pergi lah jalan mana-mana dulu. Dan kenapa awak tak beli barang apa-apa pun?" Haikal memandang tangannya yang kosong.

"Ah? Aaa saya tak tau nak beli apa."

"Takpa lah. Awak pergi lah tengok apa-apa dulu. Saya tolong orang ni jap."

"Ok," dengan jawapan itu, Aqillah mengorak langkah meninggalkan Haikal dengan pemuda tersebut.

Dia tidak tahu apa yang berlaku seterusnya antara mereka. Dia sebenarnya berasa sangat lega ketika Haikal tiba kerana dia sendiri pun buntu bagaimana mahu menolong lelaki bernama Mike itu. Tambahan pula, mereka berlainan jantina, makin bingung otaknya. Dia berjalan kosong. Fikirannya melayang memikirkan apa yang terjadi antara mereka berdua selepas dia berlalu. Menyesal pula dirinya kerana mengikut kata-kata Haikal. Patutnya dia tunggu mendengar mereka bersembang. Dia pun bukannya suka berjalan tanpa arah tujuan. Ah, biarlah! Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Rasanya nak dekat satu bangunan kompleks itu ditawaf. Segala yang dilihat tidak dapat membuka selera membelinya.

Penat melangkah, dia mencari bangku kosong untuk merehatkan kaki. Harap tak adalah orang lain nak tanya soalan pelik-pelik dekat aku. Diletakkan segala barang yang dipegang disebelah. Eh, buah yang Haikal bagi tadi. Lupa pulak nak makan. Diambil sebiji buah ceri itu dan dimasukkan ke dalam mulut. Sedaaapp!! Tangannya mula berulang alik dari plastik ke mulut sambil mata memandang keliling. Sedapnya buah ceri ni. Kalau kat Malaysia, ceri yang letak atas kek tu je yang ada. Sedar tak sedar, habis satu plastik buah itu dia makan.

Lah, habis dah. Alamak, Haikal! Dia dah makan ke belum buah ni? Dia nak jugak ke? Ah, sudah! Kan dah rasa bersalah. Nak buat apa ni? Oh, a'ah. Lupa pulak. Gerai buah dekat luar tadi tu ada.

Dia teringat pada gerai buah yang sempat ditangkap matanya ketika sampai ke situ sejam yang sudah. Hmm, pergi tengok dekat situ lah. Nekad, dia bangun berdiri dan berjalan turun melalui escalator yang ada. Dia perlu ke tingkat bawah untuk keluar dari bangunan kompleks itu. Angin sejuk terus menyapa dirinya di depan pintu masuk kompleks. Segera dipakai semula jaket yang sebentar tadi dipegang.

Minta-mintalah gerai tu dekat je. Kalau tak, boleh beku tulang duduk luar ni lama-lama.

Segera dia berjalan di celah-celah orang ramai sambil mata tercari-cari payung gerai yang dilihatnya sewaktu datang tadi. Dia sedikit geram apabila orang yang lalu lalang selamba melanggarnya. Tahulah aku ni kecik. Hisy. Beberapa tapak melangkah, dia terhenti.

Qilah, Qilah. Kalau ada duit Euro, bolehlah kau beli buah tu. Ni kad kredit Haikal je yang kau ada. Waarghh.

Dia tidak tahu macam mana dia boleh tak terfikir perkara utama itu. Tetapi otaknya yang ligat berputar mendapat satu akal. Apa nak susah, money changer kan ada. Dengan itu, dia berpatah balik untuk masuk semula ke dalam bangunan dan memulakan penjelajahannya mencari tempat mengurup wang. Dia geram apabila dekat tiga tempat yang dijumpainya tutup.

Time ni jugak dia orang nak tutup. Kata tengah cuti. Aku dah lah tension lalu tengah-tengah orang ni.

Nak tak nak, dia memaksa diri untuk mencari di tempat lain pula. Nasibnya baik apabila dia menjumpai satu tempat yang buka.

"Hello, miss. May I help you?"

"Hello. Yes, can I change Malaysian ringgit to GBP?"

"I'm sorry to tell you miss but we don't accept MYR currency."

"Oh, okay. Thank you," dia stress.

Dah jumpa yang buka, tak boleh tukar pula. Dia mula melihat sekeliling dan matanya tertancap satu lagi pengurup wang tidak jauh dari situ. Didekati pula tempat tersebut.

"Hello," dia menyapa apabila wanita yang sedang menjaga kaunter itu tidak memandang.

"Oh, sorry, dear. I did not notice you just now. From which currency?"

"Malaysian ringgit to GBP?"

"Of course. How much do you wanna change?"

"Wait a second. I-" dia terpempan. Beg yang dipakai menyilang badan sepanjang hari tiada ditempat yang sepatutnya.

Apa kejadah? Pantas dibuka jaket yang dipakai untuk memeriksa sekali lagi. Tak ada. Memang tak ada! Aaaaa, mana dia pergi???

Dia sudah cuak. Tambahan lagi apabila teringatkan segala dokumen peribadi yang disimpan di dalam begnya.

"Miss, is something wrong?"

"Huh? Er, no, ah, I'm sorry," dengan kata-kata itu, dia segera membuka langkah seribu untuk ke bangku yang didudukinya sebentar tadi.

Dia dapat mendengar rengusan mereka-mereka yang dilanggar akibat tidak sempat mengelak.

Err, kat mana bangku yang aku duduk tadi? Tingkat berapa? 2 ke 3? Err, aku dekat wing mana ni? Bangku tu pulak dekat wing mana?? Dia bingung.

Langkahan makin lama makin perlahan kerana tiada arah untuk dituju. Otaknya juga tidak dapat berfikir dengan waras dek kebimbangan yang sudah menguasai minda. Takut pada kad identitinya, passport, dan tiket kapal terbang. Kad kredit Haikal! Waaarghh!! Haikaal. Dia cuba mencari pada kesemua bangku kosong yang dijumpainya. Itupun kalau-kalau dia bernasib baik tiada yang mengambil begnya. Banyak sudah bangku yang diperiksa. Sudah ditanya juga pada kaunter pertanyaan namun hampa kerana tidak mendapat jawapan yang diingini. Matanya sudah bergenang. Haikal sendiri tidak tahu di mana adanya. Dia berdiri kaku dengan mata yang tak tentu arah. Kompleks besar itu tidak dapat diamati dengan jelas kerana air mata yang sikit lagi nak tumpah. Ada mata-mata yang sudah mula memandang pelik ke arahnya namun tidak dipedulikan. Dia cuma berharap dapat berjumpa semula dengan Haikal. Otaknya sudah terlalu buntu untuk berfikir.

"Miss, are you okay? Looking for this?" pantas dia berpaling pada suara itu dengan air mata yang mengalir turun.

"Haih dia ni. Tu la, tinggal lagi beg merata-rata tempat. Kan dah jadi macam ni," Haikal membebel lembut padanya. Lega hatinya apabila berjumpa semula dengan Haikal yang sedang memegang tas tangannya.

"Dah, dah. Jangan nangis. Malu kat orang dah besar pun menangis dekat public lagi," sentap dirinya dengan kata-kata Haikal.

Waaargghh! Malunyaaaa! Macam mana aku boleh lupa yang aku menangis. Depan Haikal pulak tu!!!

Cepat-cepat diseka air mata dipipinya apabila Haikal sudah melakukan itu terlebih dahulu. Mengada! Macam budak kecik! Dia memarahi diri sendiri.

"Why did you go out just now?"

"Hmm? Er, saya nak cari gerai buah. Yang awak beli tu, dah habis. Saya nak pergi beli yang lain sebab nampak ada orang jual buah dekat luar. Tapi saya lupa yang saya takda duit Pound, so saya pergi cari money changer tapi banyak yang tutup. Untung pun tak nak. Lepas tu, dah jumpa yang buka, baru saya perasan sling bag saya takda. Saya pergi lah nak cari dekat bangku yang saya duduk sebelum tu tapi saya tak ingat bangku tu kat mana sebab dah pergi mana-mana entah cari money changer. Tu yang stress gila tu. Dah lah dengan awak pun saya taktau ada dekat mana, lagilah saya...," dia terhenti apabila perasan yang dia sudah melalut. Air liurnya ditelan.

"Lagilah awak apa?"

"Err.." "Hmm?"

"........" malu untuk berkata, dia diam.

"Awak nak buah ceri tu lagi?"

"Tak, saya nak belikan untuk awak tadi sebab dah habiskan yang awak beli tu."

"Oo, that's okay. We can buy it later. But the problem now is.." Haikal memandang kawasan sekeliling.

"You didn't buy anything yet for you or even our family. We need to buy something for them, shouldn't we?"

"Err, hmm."

"Kenapa awak tak beli apa-apa langsung?"

"Saya tak tau nak beli apa."

"Untuk awak sendiri pun?"

"Err.." dia teringat pada satu beg yang dilihatnya sebentar tadi.

Dia terpaku seketika dalam perjalanan mencari gerai buah dek beg tangan yang terpamer di cermin kedai. Begitu menarik perhatiannya tetapi apabila tahu jenama beg tersebut, dibuang jauh keinginannya itu.

"Sebab mahal ke?"

"Apa yang mahal?"

"You know I can read your mind, right?" menyerah, dia diam.

"I didn't ask you to read the price tag, Qilah. I ask you to buy something that you want and for others as well."

"Tapi..."

"Show me."

"Takpa lah. Saya tak nak pun beg tu."

"Bag? The one that you saw at the store just now? Okay, then. Let's go," dia terkejut apabila Haikal mengajak.

"Eh, tak payahlah awak. Mahallah beg tuu!"

"It's okay. Not all the time we have the chance to come here."

"Tapi still.."

"That's the store, right? Come."

"Eh, jap! Macam mana awak tahu kedai tu?" dia pelik.

"Simple. I saw you."

"Hah?? Habis, kenapa awak tak panggil saya tadi???"

"You know it's hard to follow you. You were walking so fast and I had to first take your bag before following you again. Then, you were so small it's hard to see you within the sea of people. I lost you twice."

"Awak patut jerit panggil saya!"

"I did. But I guess you were daydreaming that you didn't hear."

"Mana ada saya berangan!!"

"Then I guess you were too preoccupied with what's going on in your head."

"Haikal!!"

"Yes, my dear? This is the one that caught you of guard, right?" dia terpaku saat Haikal menunjukkan beg yang dilihatnya sebentar tadi. Memang sangat mengikut citarasanya.

"Excuse me, I want to take this one," dia terkejut apabila Haikal berkata pada pekerja di kedai itu.

"Haikal, tak payah. Tak payah."

"You have a new one? She doesn't want the one displayed."

"Yes, of course, sir. Wait a moment."

"Awak!! Manipulate apa yang saya cakap."

"No, my dear. It's a gift from me."

"Mahal sangat."

"Mahal mana pun, kalau untuk awak saya belikan juga."

"Gedik! Awak tak tengok pun price dia. Kalau awak tengok mesti aw-"

"Is there anything else that you like?"

"Awak!!"

"No worries. I'm already yours. Can you choose something for me? It would be nice to have a new wallet," Haikal tidak mengendahkan kata-katanya.

Geram, dia menghentakkan kaki dan berlalu dari situ. Bersandar pada dinding di luar kedai itu, mukanya masam mencuka.

Tak makan saman betul. Memanglah aku suka beg tu. Tapi kalau dah mahal sampai macam tu sekali, aku tak nak lah. Tu dah membazir namanya. Hisy. Tak faham betul. Orang cakap tak nak dengar langsung. Nak ikut kepala dia je. Tapi.. beg tu cantik Qilah. Kau tau yang kau pun suka kan dengan beg tu? Ye lah, memanglah aku suka. Tapi membazir tahu! Nanti boleh bebankan dia. Mana kau tau membebankan dia? Err..

"Masamnya muka," bisikan ditelinganya membuatkan tulangnya beku.

"Haikal!!" dia geram. Walaupun acapkali Haikal melakukan begitu padanya, dia masih tidak dapat membiasakan diri dengan habit suaminya itu.

"Awak marah saya lagi?" dia membuat muka pada pertanyaan itu.

"I'm sorry, Qilah. But I have no choice."

"Awak yang tak nak buat pilihan. Bukan takda!"

"I've been longing to buy something for you. Please, forgive me, my dear? Could you please forgive this handsome husband of yours?" Haikal mula membuat muka kesian untuk meraih simpati daripadanya.

Buat muka seposen. Buat muka seposen. Ingat senanglah aku nak maafkan dia? Jangan haraplah! Dahlah perasan tak ingat. Hensem? Tolonglah.

"Ye lah. Ye lah. Sebab saya habiskan buah tadi, saya maafkan awak. Kita seri. Tapi kalau awak buat lagi, tau lah apa saya nak buat kat awak."

"Tau. Kiss saya, kan?"

"Hiii! Tolonglah! Dah lah. Malas saya nak layan awak. Mana datanglah budak menggatal macam ni. Isy! Tapi, saya nak buah ceri tu lagi!" dia berkata sambil menahan telinga menerima gelakan susulan daripada Haikal.

"Gelaklah. Gelaklah lagi banyak-banyak. Hi hi hi," dia berkata sinis tetapi makin galak pula lelaki itu mentertawakannya.

Aku ni tak cukup sinis ke? Hisy, geram pulak aku tengok dia tersengih-sengih macam kerang busuk. Segera dia membuat muka pada Haikal.

"Janganlah marah, sayang. Jom kita pergi cari buah jom," Haikal berkata dan memeluk bahunya. Pantas saja dia menepis tangan lelaki itu tetapi makin erat pula Haikal memeluk bahunya.

"Awak jangan cari pasal dengan saya! Kang saya jerit kang?" dia mengugut sambil cuba melepaskan diri.

Namun, tenaga Haikal membuatkan rancangannya tidak berjaya. Lelaki itu hanya buat muka selamba tanpa menghiraukan ugutannya yang tidak seberapa itu. Akhirnya, dia mengalah walaupun mukanya berkedut seribu menahan geram.

"Awak tak nak pilihkan apa-apa untuk saya ke, Qilah?"

"Tak nak cakap dengan awak."

"Kenapa? Why? Please, Qilah! Tolong jangan buat saya macam ni!" lelaki itu seperti mengejeknya.

Lekas saja tangannya mencubit lelaki itu tetapi baju tebal yang dipakai tidak dapat memaksimumkan kesakitan yang sepatutnya dirasai. Dan sekali lagi Haikal mengusiknya.

"Baju ni cakap 'Aduh, sakitnya. Janganlah cubit saya. Kejamnya awak'."

Dek kerana tidak dapat menahan geram, dia memijak kuat kaki Haikal dan membuatkan lelaki itu mengaduh. Haikal dilihat segera duduk di bangku berhampiran sambil mengurut-urut kaki yang baru dipijaknya sebentar tadi.

Kuat sangat ke aku pijak? Ke dia ni saja ja nak buat aku rasa bersalah? Budak ni bukan betul sangat.

"Awak ni sakit betul-betul ke main-main?"

"Kuat betul kaki awak, Qilah! Poor my precious feet," Haikal berkata.

"Gedik!"

"Sampai hati awak kata kaki saya gedik? Awak kena bertanggungjawab terhadap kaki saya. Minta maaf dekat dia sekarang!" Haikal berkata sambil mengangkat kaki ke arahnya.

Isy, dia ni. Mengalahkan budak-budak. Dia mengomel sendirian sambil buat muka tidak mengerti pada Haikal.

"Awak lagi tak matang, Qilah. Saya dah kena jangkitan awak."

"Eh?? Salahkan saya pulak. Dah lah, tak nak layan," dia berkata seraya berlalu pergi.

Tidak sampai sesaat, tangan Haikal sudah berada dibahunya semula. Tadi kata sakit kaki tapi menggatal boleh pulak. Nampak sangat sakit dibuat-buat.

"Berdosa tau kutuk suami sendiri," Haikal berkata dan dia memandang hairan.

Beberapa saat memandang, dia mengeluh. Macam mana lah dia dapat baca fikiran aku. Musykil sungguh!

"Serius. Awak tak nak pilihkan apa-apa untuk saya ke?" Haikal tiba-tiba bertanya. Lama dia mentafsir maksud lelaki itu dan akhirnya dia menjawab,

"Entah. Awak nak beli apa-apa ke?"

"Ada. Wallet. Pilihkan untuk saya? Awak tak beli apa-apa ke untuk ibu dengan ayah?"

"Okay. Tapi yang ibu tu, saya pun tak tau nak beli apa sekarang ni," dia mula stress.

Inilah masalahnya kalau dia pergi melancong. Tidak tahu ole-ole apa yang harus di bawa pulang.

"Kalau macam tu, jom kita jalan-jalan dulu. Mana tau jumpa benda yang sesuai beli untuk dia orang."

Aqillah mengemas barang-barang yang mereka beli petang tadi. Diatur satu-persatu ke dalam bagasi supaya muat kesemuanya. Sesudah mengemas, dia mengambil baju dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia terpaksa bersiap di dalam bilik air memandangkan mereka berkongsi satu bilik akibat keadaan hotel yang masih penuh. Haikal dilihat sedang membuat kerja sebelum dia hilang di sebalik pintu bilik air.

Dia membuka air panas, ingin memanaskan badan yang beku diselubungi udara musim sejuk. Lama dia berada di bawah pancur air sebelum dia mula merasa perit di perut. Dia berpaut pada penyidai tuala. Ditekan-tekan perutnya itu.

Ah, sudah! Apa pulak kena dengan aku ni? Tadi elok je rasa. Aku salah makan ke? Tapi..Haikal ok je aku tengok. Takkan aku period kot? Aku rasa lagi seminggu.

Dia mula menutup air dan bersiap. Sesudah keluar dari bilik air, dilihat Haikal masih setia di hadapan komputer ribanya. Tak penat ke dia ni asyik menghadap laptop tu je? Pelik, pelik. Dia hanya menggelengkan kepala sendirian. Sekali lagi perutnya diserang membuatkan dia terduduk di atas katil. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju semula ke bilik air. Sah. Dirinya haid. Aduh, tolonglah jangan sakit sangat. Tolong sangat-sangat. Dia mengaduh. Tetapi nasib tidak selalu menyebelahi dirinya kerana perutnya mula terasa ngilu yang teramat. Dia menahan kesakitan itu.

Sakitnyaa! Dah lah panadol pun aku tak bawak. Patutnya datang lagi seminggu. Eerghh! Er, Haikal ada kot. Tapi... malunya nak mintak! Oooow!!! Makin kuat sakitnya menyerang. Aaargh, mintak je lah!

"Haikal.."

"Yup?"

"Aaa..awak ada p- pan..."

"Apa dia?"

"Pen tak?"

"Pen?"Haikal memandangnya kehairanan. Mana tak nya, pen sudahpun berada di hadapannya ketika itu.

"Tu yang kat depan awak tu apanya?"

"Oh, a'ah," dia tersengih macam kerang busuk.

Tetapi di dalam hati, dia memarahi dirinya sendiri. Apesal kau tak tanya? Kau takut dia risau eh? Eh, taklah! Takda kerja aku takut dia risau. Merapu je. Habis tu, kenapa? Takkan kau nak tunggu sakit lagi teruk baru nak minta ubat dekat dia kot? Eh, mana ada! Ye la, aku mintak, aku mintak!

"Haikal..."

"Ya? Kenapa?"

"Awak... ada... pan..pan.."

"Pan, pan. Cakap je lah. Panadol ke?" pantas Haikal meneka. Psikik betul dia ni. Dia mengangguk malu.

"Awak senggugut ke?"

"Hah? Man- man- mana ada! Awak jangan nak memandai!! S- saya pening kepala!!" panas mukanya dengan tekaan tepat daripada Haikal.

"Awak tekan-tekan perut. Dahi awak tu dah berpeluh dah tahan sakit. Takkan lah saya memandai pulak," Haikal membebel sambil mencari sesuatu di dalam bagasi baju.

Panadol yang dikeluarkan menceriakan sedikit mukanya yang menahan sakit tadi. Akan tetapi, serangan yang lebih hebat diperutnya membuatkan dia tersentak. Pantas dia menundukkan badan untuk menahan sakit. Tidak pernah dia senggugut sebegini teruk. Tangannya sudah digenggam menahan ngilu. Terasa ingin menangis dirinya saat itu.

"Nah, makan ubat ni," Haikal berkata sambil menghulurkan dua biji pil beserta segelas air.

Segera ditelan ubat yang diberikan. Lama dia menunggu untuk sakitnya itu surut tetapi hampa. Makin teruk dia dikerjakan.

"Hey, awak ok tak ni? Pergi baring dulu."

Haikal mula membantunya. Walaupun malu, kesakitan yang dialaminya saat itu membantutkan perasaan malunya. Berbaring bagaimanapun, masih tidak mampu mengurangkan keperitan yang dialami. Malah, dia semakin kuat mengetap gigi. Badannya sudah digulungkan dan air matanya menunggu masa sahaja untuk tumpah. Tidak pernah dia diserang senggugut yang sebegitu perit. Selalunya, dia masih boleh berjalan tetapi yang ini, hendak mengubah posisi badannya pun harus difikirkan berpuluh kali.

"Sakit sangat ke?" dia terkejut mendengar pertanyaan Haikal.

Tidak sedar yang dirinya masih dalam perhatian Haikal. Dia hanya berdiam diri. Menggeleng tidak, mengiyakan juga tidak.

"Meh sini. Saya urut perut awak."

"Hah? Takpe. Takpe. Saya ok! Betul!" terkejut dirinya dengan pelawaan Haikal.

"Betul ni? Awak dapat tahan? Mama cakap kalau senggugut, dia selalu suruh abah urut perut. Bagi perjalanan darah lancar. Nanti tak sakit sangat la. Awak pasti tak nak saya tolong? Kang makin banyak jatuh air mata tu kang."

"Saya pp- pasti!" dia teragak-agak.

Betul ke budak ni cakap? Ke dia nak ambil kesempatan je ni?

"Oklah kalau macam tu. Nanti oklah tu. Mama pun pernah sakit macam ni jugak. Tapi ada satu malam tu, abah outstation. Lepas tu, dia tak dapat tidur sebab sakit sangat. Dia terpaksa telefon saya yang duduk sebumbung dengan dia datang urut sebab sakit sangat. Sampai subuh saya urut perut dia. Tapi, kalau awak boleh tahan, takpa lah. Kalau awak pasti tak nak saya urut, saya sambung balik lah kerja saya," Haikal berkata panjang.

Bentengnya sedikit goyah. Betul ke sakit sampai tak boleh tidur? Tapi aku bukannya pernah kena teruk pun. Ni pun first time...

"Hai..."

"Ya?"

"Aa... bo- bol- awak tau je lah!" malu dirinya ketika itu.

"Bol? Apa yang bol?" lelaki itu buat muka tidak faham. Dia mula geram.

"Takpe lah! Takde apa-apa!!"

"Ok, ok. Saya urutkan," Haikal berkata sambil ketawa kecil.

Dia yang mula dihampiri Haikal terus saja panik. Betul ke keputusan aku ni? Nak bagi dia sentuh perut aku? Gila apa!! Tarik balik! Tarik balik, Qilah! Haikal sudah duduk di sebelahnya tetapi belum sempat suaminya itu berbuat apa-apa,

"Kejap! Kejap!"

"Awak malu? Saya suami awak."

"Ta- tapi.."

"Saya cuba dulu. Kalau awak rasa sakit jugak, saya stop. Ok?" Haikal memberi cadangan.

Ok? Ke tak ok? Qilaaah!!! Dia dilemma. Batinnya menjerit tatkala Haikal mula mengurut perutnya. Dia memejamkan mata menahan malu yang tidak terkata.

Dia sentuh perut aku! Dia sentuh perut aku!! Aaaaaaaaa, tidaaak!!!

Kesakitan pada perutnya tiba-tiba mula beransur. Perlahan dia membuka mata. Haikal dilihat sedang berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W sambil mengurut-urut perutnya. Dia memandang lelaki yang sedang menutup mata itu. Timbul sedikit rasa hormat pada suaminya. Kedut seribu di mukanya juga sudah semakin menghilang bersama kesakitan perit sebentar tadi. Walaupun sakit itu masih kuat, namun ia tidak seteruk sebelum ini yang ingin membuatkan dirinya menjerit kuat. Haikal yang tiba-tiba membuka mata membuatkan dia tidak tentu arah. Malu pantas saja menyelubungi dirinya.

"Dah ok sikit?" pertanyaan itu dijawab dengan anggukan. Dia berterima kasih pada Haikal.

"It's okay. My duty, anyway."

"Saya rasa dah ok kot."

"Awak pasti? Sebab mama cakap nanti dia serang balik kalau tak terus-terusan mengurut."

"Ya ke?? Ta- tapi nanti awak penat pula. Ok je kot."

"Okay, then," Haikal mula berhenti mengurut dan pantas saja sakit itu kembali. Air matanya muncul semula.

"I thought so," Haikal berkata dan kembali mengurutnya.

Dia mengeluh berat. Perasaan malu dan bersalah bercampur menjadi satu. Haikal dilihat kembali memejamkan mata sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Tangan tidak henti mengurut perutnya.

"Kenapa awak baik sangat dengan saya?" mulutnya tiba-tiba saja bertanya.

Erk! Dah kenapa dengan aku ni?

Mata Haikal terbuka, tangan serta selawat terhenti seketika. Matanya direnung sebelum Haikal membuka mulut untuk menjawab.

"Sebab saya sayang dekat awak," selamba saja persoalannya dijawab. Mukanya terasa hangat dengan luahan terbuka itu.

"Setiap kali awak cakap macam tu. Panggil saya love semua. Saya tak tau awak serius ke tak." dia meminta kepastian sambil mata menyerong memandang Haikal. Hujung bibir lelaki itu naik sedikit sebelum tangan mengurut semula.

"Awak tanggungjawab saya, Qilah. From what I believe in, women are meant to be protected and men are meant to be cared for."

"Ye ke? Habis kenapa awak paksa saya naik racing car awak?"

Haikal tergelak kecil mendengar soalannya. Pantas saja dia memandang serong tetapi suaminya itu hanya membalas pandangannya dengan penuh kasih. Segera dia melirik ke arah lain. Malu.

"My love, I want you to be in the other part of my life too. I'm in the car with you, asking you to believe in me, aren't I?"

He has a point.

"How about you? Do you still hate me?"

"Man- mana ada!"

Haikal mengangkat kening pada jawapannya sebelum tersenyum nakal. Ah, sudah!

"I know you love me."

Dia membuatkan sebelum memejamkan mata. Susah kalau makin dilayan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience