BAB 6

Romance Completed 7293

"Hey, kau orang ada dengar cerita tak pasal Asyraf Haikal nak bertunang?"

Terus tegak Aqillah duduk tatkala mendengar gosip daripada rakan sekelasnya itu. Mana dia orang dengar pasal benda ni? Budak tu buka mulut ke? Ah, sudah!

"Serius ke?? Mana awak dengar? Bertunang dengan siapa?" seorang lagi yang duduk di meja sebelahnya bersuara.

"Tak taulah. Tapi orang cakap budak UIA juga. Siapa eh agak-agak?"

"Ye?? Manalah kita tau. Kita pun baru dengar dari awak. Qilah, awak ada dengar ke pasal ni?"

"Hah??" terkejut bukan kepalang dirinya apabila ditanya begitu.

"Awak ada dengar tak pasal Asyraf Haikal nak bertunang tu?"

"Haa... err... erk.. aaa..." Nak cakap apa ni? Apesal dia tanya aku pulak? Wargh! Apa aku nak jawab ni??

"Kau ni. Qilah mana layan gosip-gosip ni. Entah-entah si Haikal tu pun dia tak ingat dah yang mana satu," salah seorang kawannya menyelamatkannya. Fuh! Dia menyapu dahi yang tidak berpeluh.

"Betul tu! Budak ni pun. Er, siapa nama dia? Hasyim?"

"Haikal lah! Asyraf Haikal!"

"Hah, Haikal ni pun Qilah tak ingat muka dia. A ha ha," dia berkata sambil ketawa janggal.

Selamat lah kau ni memahami, Syila. Kalau tak, habis aku. Dahlah. Baik aku blah cepat-cepat sebelum bangkit benda yang bukan-bukan lagi. Tak pasal-pasal je nanti. Dia bingkas bangun dan mula mengemas barang-barangnya.

"Gilalah. Minta-mintalah gosip ni tak betul. Jealous siot!"

Ya, aku pun harap gosip ni tak betul juga. Malang sungguh nasib aku. Kenapalah tak budak-budak ni yang kena bertunang dengan dia??

"Qilah balik dulu. Assa-"

"Qilah nak balik dah? Naik apa? Bukan awak tak drive ke hari ni?"

"Oh, ada orang tolong ambilkan. Nak pergi tunggu dekat depan building."

"Kalau macam tu, jomlah keluar sekali. Kita pun kena tunggu dekat situ juga. Jom," kawan-kawannya juga mula mengemas. Dia mengeluh. Nampak gayanya kenalah dia mendengar mereka bergosip lagi.

"Eh, takda ke orang lain yang tau pasal tunang Haikal tu?" rakan-rakannya menyambung gosip yang tertangguh sebaik sahaja mereka duduk di pondok yang tersedia di kawasan kuliah.

Hai, budak tu lagi. Dia orang ni tak bosan-bosan ke cakap pasal budak tu? Mana pula Abang Hisyam ni? Tadi kata dah nak sampai. Batang hidung pun tak nampak-nampak lagi ni. Penat dah telinga ni dengar nama budak tu. Abang Hisyam oi, cepatlah datang-

Pin. Pin. Abang Hisyam! Dia segera mendongak namun hampa kerana bukan kereta yang ditunggu-tunggu olehnya.

Apesal lah orang ni nak kena berhenti betul-betul depan aku? Kang Abang Hisyam tak nampak nanti kang. Hisy.

Dia mula berdiri untuk berganjak sedikit dari tempat dia duduk namun pelik apabila dia perasan tiada suara yang berceloteh. Hairan dia memandang muka rakan-rakannya yang kelihatan terkejut. Apehal pula dia orang ni?

"Kau orang ken-"

"Qilah!" dia terpaku.

Suara Haikal tajam menusuk ke telinganya. Dia terasa kesal yang amat sangat dengan tindakan refleksnya. Muka di tingkap kereta yang terbuka dipandang tanpa kelip. Terasa seperti 100 kilogram batu diletakkan dibahunya. Berjuta-juta pertanyaan yang pasti menantinya menyesakkan dada yang berombak. Huaaarghh!! Apa dia buat dekat sini? Dia tak nampak ke kawan-kawan aku yang berlambak ni?? Ok, Qilah. Sabar. Sabar. Tunduk. Tunduk!

Dia memaksa kepala yang masih memandang tepat ke arah lelaki itu untuk mengalihkan pandangan. Ke arah destinasi yang tiada objektif.

"Qilah! Are you day-dreaming again?" pertanyaan lelaki itu membuatkan dia tersentak.

Dia menggigit bibir menahan geram. Memang tak sudah-sudah nak balas dendam dekat aku. Dia memandang ke kanan dan ke kiri sebelum dengan terpaksa, memandang kembali wajah di dalam kereta itu.

"Awak.. cakap dengan saya ke? Maaf, saya tak-"

"Kenal awak? Aw,come on."

Aku memang dah agak dia akan pintas cakap aku. Rasa macam nak cili-cili je mulut tu. Bertuah punya lelaki. Memang baik punya dia bagi aku kan. Dia segera memikirkan jawapan yang sesuai.

"Sorry? Saya memang tak kenal awak. Bo-"

"Okay. I'm your fiancé this Saturday. Is that helping?" darah sudah meninggalkan mukanya.

"Apa yang awak cak-"

"You want more explanation?" Haikal berkata lagi padanya yang sudah mula melangkah pergi. Ingin cepat meninggalkan lelaki yang sedang mencabar api kemarahannya itu.

Rakan-rakannya yang sudah terlopong memandang mereka berdua tidak dapat dihiraukannya. Dia amat marah saat itu.

"Abang Hisyam tak dapat datang ambil awak. Dia pergi ambil ayah kat office. Today, lunch is at my house." Langkahnya terhenti serta-merta.

Apa kejadah? Siapa yang suruh ni? Kenapa tak suruh Abang Amir ke? Kak Sara ke?? Amin ke??? Mana dia orang semua??? Ah, sudah!

"Wanting more? Semua dah ada dekat rumah saya. It's just you and me left. Ibu asked me to fetch you since we're togeth-"

"Drive," dia yang sudah berada di tempat duduk penumpang menyuruh.

"Oh. Okay. I thought you want more." Bengkak hatinya mendengar penjelasan lelaki itu.

Sampai hati dia orang buat macam ni? Biarkan budak ni datang ambil aku? Tak berhati perut betul. Geramnya!!! Depan kawan-kawan aku pula tu. Benda yang paling aku tak nak terjadi, jadi juga. Mesti dia puas hati gila, kan? Jahat. Pendendam.

Api kemarahannya sudah sampai ke tahap sipi-sipi lagi hendak meletup. Dia menjeling tajam lelaki yang sedang memandu itu. Aura hitam yang ditujukan khas untuk Haikal.

"What?" Haikal bertanya sambil tersenyum.

Hah? Boleh dia senyum lagi? Uuurghh!!! Dia memang tak kenal siapa aku. Tengoklah macam mana aku nak balas. Jangan ingat kau je yang akan menang.

"I don't know you're that fond of me."

"Huh?" dia membuat muka. Tidak menangkap maksud ayat Haikal.

"You keep staring with those wishful eyes."

Apa kejadah? Macam tu ke dia tafsir cara aku pandang dia? Budak ni memang dah parah ni. Sayang sangat kat diri tu. Bajet sungguh!

"Awak berangan je lah."

"Am I? I thought that's your job?" Haikal ketawa riang.

"Apa-apa jelah." Dia menguatkan radio supaya menenggelamkan gelak Haikal yang semakin galak dengan tindakannya. Tak.. Urgh! Hampas punya lelaki!

"Eh, kejap! Kita berdua je?" dia tiba-tiba tidak selesa apabila menyedari tiada siapa yang menemani mereka.

"You know that it has happened before, right?"

"Itu lain. Masa tu saya tengah..."

"I know that and I know you would not like this."

"Sebab tu awak buat lagi benda ni? Nak sakitkan hati saya? Awak tahu tak kalau berdua, yang ketiga tu syaitan?"

"Kaklong's here. She's meeting my cousin. We are going to fetch her now."

"Oh. Hmm, bagus."

Aqillah menyusun pinggan dan gelas di atas meja. Mengira di dalam kepala bilangan yang akan menjamu selera bersama. Dia tersenyum puas setelah pasti yang semua sudah tersusun rapi. Bau lauk-pauk yang dimasak oleh ibunya dan Auntie Ros membuatkan dirinya menelan air liur. Tidak sabar ingin menjamah masakan menyelerakan yang sudah mula membuatkan perutnya berkeroncong.

"Qilah, tolong pergi panggil Haikal. Nak makan dah ni," suruhan ibunya itu diikuti dengan muka yang automatik menjadi masam. Hilang terus seleranya mendengar nama Haikal.

"Alah, tolonglah sayang. Dia ada dekat atas. Dalam bilik muzik mama rasa," permintaan daripada Auntie Ros tidak berupaya ditolak.

Dengan petunjuk yang diberikan Auntie Ros, dia mula melangkah menaiki anak tangga menuju ke tingkat dua.

Aduhai, ni lah masalahnya rumah besar sangat. Aku nak cari pun tak tau kat mana. Naik tangga, ke kiri lepas tu pusing kanan, kemudian emm, er, bilik kedua? Betul kot.

"Bismillah," dia berdoa sebelum menguak daun pintu.

Terpegun dirinya apabila memasuki sebuah bilik perpustakaan yang tampak klasik. Menggamit sang pembaca untuk menghabiskan masa seharian didalamnya. Rak-rak buku yang tinggi melangit memenuhi ruang kamar itu. Tersusun rapi buku-buku berbagai genre. Dia terpesona seketika. Bagaikan syurga bagi dirinya yang suka membaca. Dibelek-belek buku yang menyentuh tangannya. Ingin lebih lama di situ tetapi ingatan yang kembali kepada tujuan asal menggamit mindanya.

"Eh? Ni dah lain ni,"dia menggumam seorang diri.

Melangkah keluar daripada bilik itu, kakinya kembali membuta tuli. Sudah hilang petunjuk di kepala. Dia mula teragak-agak. Fikirannya kusut membuat keputusan bilik mana yang ingin dicuba. Takut termasuk kamar peribadi tuan rumah. Alunan lembut seruling yang ditiup menghentikan langkahnya yang keliru. Irama yang mengasyikkan serta menyejukkan jiwa itu membawa dirinya menghampiri sebuah bilik. Dia hanya berdiri di hadapan pintu. Lamunan jauh membawa dirinya pergi bersama muzik lunak tersebut.

Siapalah yang cipta muzik ni. Cemerlang betul. Dah lama tak dengar muzik yang boleh dipanggil muzik. Sekarang semua yang merepek-repek je yang ada. Hmm. Dia tersenyum sendiri.

"Awak suka muzik?" terkejut beruk dirinya mendengar pertanyaan tiba-tiba itu. Haikal yang sedang bersandar pada pintu tepat memandangnya. Tidak sedar bila lelaki itu muncul dan bila muzik berhenti dimainkan.

"Er....," tiada kata yang keluar daripada mulutnya. Dia gelabah.

"Ni, Auntie Ros suruh saya panggil awak turun makan."

"Awak suka muzik? Muka awak tadi menghayati betul," Haikal bertanya lagi.

"Kalau saya suka pun, apa kena-mengena dengan awak?"

"Nothing. Just asking. Nak dengar lagi?" pertanyaan tersebut tidak disangka olehnya.

Hati yang berkata mahu melebihi minda yang menolak. Dia mengangguk perlahan. Tidak pasti sama ada lelaki itu dapat menangkap anggukannya yang cuba sedaya upaya ditahan. Pantas matanya merenung Haikal tatkala mendengar gelakan daripada lelaki itu.

"Saya turun dulu!" pantas kakinya melangkah untuk pergi.

Tetapi sekali lagi dia terhenti apabila telinganya menangkap alunan lembut tadi. Pantas kepalanya berpaling ke arah lelaki itu. Bulat matanya memandang Haikal yang sedang meniup seruling ditangan. Dia kaku. Fikirannya kembali kosong. Hanya irama indah itu yang diberikan sepenuh tumpuan.

"See. Awak suka, kan?" pertanyaan Haikal kali ini membuatkan mulutnya terkatup rapat. Bukti yang sudah berada di luar tidak boleh dimasukkan kembali.

"Awak... yang main tadi?"

"Kalau bunyi tu datang dari bilik ni, yes, I played it," dia diam seribu bahasa.

Aqillah memandang cermin dihadapannya. Keluhan kecil keluar bersama nafas yang dihembus. Penat membantu ibunya di dapur sebentar tadi untuk majlis pertunangannya yang akan berlangsung sebentar nanti. Dia yang sudah siap berpakaian hanya kaku di kerusi yang diduduki.

Matanya dipejam rapat, cuba menenangkan diri yang tidak pasti sedang membawa perasaan apa. Dia masih tidak dapat menerima yang sekejap sahaja lagi dirinya akan digelar tunangan orang. Atau lebih tepat lagi, tunang Asyraf Haikal bin Hairi. Dia geram kerana pandangannya tentang hal ini tidak diambil kira sedikit pun, tetapi dalam masa yang sama, hatinya tidak lagi memberontak seperti awal dulu. Dia sendiri tidak pasti dari mana datangnya ketenangan itu. Tok tok tok.

Ketukan lembut dipintu disambut dengan malas. Muncul wajah ceria kakaknya yang masuk membawa sesuatu di tangan. Dia yang tadi hanya memandang kosong terbeliak melihat benda yang sudah diletakkan di atas meja cermin.

"Kak Sara! Tak nak!" tegas dia berkata.

"Ala, sekali sekala je Qilah pakai benda ni. Bukannya selalu pun. Eh?" kakaknya berkata sambil mengambil sesuatu daripada kotak mekap yang sudah dibuka.

"Tak nak! Qilah tak nak! Kak Sara tau kan Qilah tak suka pakai benda-benda ni?!"

"Ya, ya. Kak Sara tak letak. Ok?" Dia hanya mengangguk.

"Cuma siki-"

"Kak Sara!!"

"Please!! Sikit je. Tak nampak macam pakai pun. Eeh? Sikiiit je," kakaknya merayu lagi.

Dia puas menolak tapi kakaknya tidak henti-henti memujuk dan meminta. Akhirnya, dia beralah juga. Malas nak bertekak dengan kakaknya yang tidak makan saman itu lama-lama.

"Saman mana boleh makan," kakaknya berkata membuatkan dia merenung tajam.

"Ok, ok! Sorry."

Selang beberapa ketika, ibunya muncul untuk memanggil mereka turun memandangkan tetamu yang dinanti sudah tiba.

"Wah, cantiknya anak ibu," ibunya memuji sambil tersenyum gembira memandangnya. Dia hanya mampu tersenyum hambar.

"Kan? Sara dah cakap kat dia tadi, bu. Tapi dia tak nak dengar. Lepas tu Sara pujuk, pujuk sampai dia mengalah. Tu la, orang cakap tadi tak nak percaya. Kan, bu, kan?" Dia menjeling tajam kakaknya itu. Malas ingin melayan. Tidak pernahnya berjaya.

"Hisy, kamu ni Sara. Tak baik buat adik kamu macam tu. Nasib baik cantik. Dah, dah. Jom turun. Pihak lelaki dah sampai dah pun."

Ingin menangis dia mendengar ungkapan 'pihak lelaki' yang keluar daripada mulut ibunya. Belumpun sempat dia menyorokkan riak wajahnya, ibu sudah terlebih dahulu perasan menyebabkan ibunya mendekati dan mengusap-ngusap belakang badannya.

"Dah la tu. Perkara baik macam ni kena lah gembira sikit. Jangan sedih-sedih lagi. Jom," ibunya berkata sambil mengiringinya turun. Dia pasrah.

Sebaik sahaja tiba di ruang tamu, semua mata memandang tepat ke arahnya membuat dia segera berpaling ke belakang, ingin lari ke atas semula tetapi pegangan tegas ibunya membuatkan niat itu terbatal. Dia duduk bersimpuh memandang lantai ketika majlis berjalan. Setiap detik yang berlalu dirasakan terlalu pahit untuk ditelan. Tekaknya pedih menahan air mata yang ingin tumpah. Doa-doa yang di baca jemaah dan kiasan berbalas antara jurucakap ayahnya dan abah Haikal hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri baginya. Tiada satu pun yang melekat di minda. Fikiran Aqillah sudah menerawang jauh. Dia teringatkan kejadian di rumah Haikal tempoh hari. Masih segar di ingatan tiupan seruling yang menghasilkan lagu permintaannya.

"Lagu apa lagi yang awak tahu main?" pertanyaannya selepas Haikal habis memainkan lagu Nilai Cintamu nyanyian Allahyarham Sudirman.

"Lagu apa yang awak nak dengar?" Dia terdiam. Tidak menjangka soalan tersebut, dia berfikir sejenak.

"Cuba teka lagu apa ni?" Haikal berkata dan mengalun satu irama yang dikenali tetapi tidak dapat di cam. Ligat otaknya berputar mengingati tajuk lagu tersebut.

"Jap, jap. Aaaa.. Ha! Isabella, kan? Kan?" dia memandang semangat ke arah Haikal namun menyesal dengan perbuatan itu sesaat kemudian.

"Look how happy you are," Haikal memandangnya dengan kening terangkat.

"Diamlah!"

"Okay, the next one, then," dan dia sekali lagi leka meneliti irama yang beralun.

Setidak-tidak mahu dirinya untuk menjawab, dia tetap tidak berupaya untuk menolak pelawaan Haikal. Irama yang sedikit lain itu diamati. Pernah didengari tetapi seperti tadi, berpusing mindanya mencari tajuk lagu tesebut. Lama juga dia berfikir menyebabkan Haikal membuka mulut untuk berkata sesuatu tetapi sempat di tahan.

"Jap, jap! Jangan bagita-"

"Hey Jude, The Beatles," Haikal menjawab.

"Hisy!"

"...to play?"

"Hah? Apa awak cakap?" dia yang masih geram, tidak menangkap apa yang ditanya Haikal.

"Lagu apa yang awak nak saya mainkan?"

"Oh. Emmm. Kalau lagu yang awak tak pernah dengar, boleh?"

"Try me."

"Super Junior, Marry U."

"Tak sabar nak kahwin dengan saya ke?" pertanyaan itu membuatkan dia tersedar. Segera air mukanya berubah. Cis! Perasan!

"Sebab tu slow song. Jadi saya ing-"

"Jom kita dengar dulu lagu tu."

"Hah?" Dia memandang Haikal yang sudah masuk semula ke dalam bilik yang didiami sebentar tadi.

"Masuklah."

"Untuk apa?"

"Kalau saya tak dengar lagu tu, macam mana saya nak mainkan." Kata-kata itu diakuinya.

"Tapi..."

"Keep the door open wide. I'm not gonna do anything to you."

Lama dia berdiri di hadapan pintu, masih ragu-ragu. Dia memerhatikan bilik itu dari tempat dia berdiri. Nafasnya tersangkut di dada tatkala dalaman bilik itu ditangkap matanya. Bilik dua konsep itu menarik perhatiannya. Satu bahagian bilik itu mungkin berkonsepkan jazz? Terdapat piano, biola dan alat-alat muzik yang satu keluarga dengan seruling cuma berlainan saiz. Dia sendiri pun tidak pasti akan namanya. Di ruang sebelahnya pula ada set drum, gitar, dan bass mungkin? Baginya yang buta alat muzik, dia hanya tahu instrumen yang biasa didengari sahaja. Matanya masih tertancap pada set drum yang kian dihampiri. Alat muzik yang sangat ingin dipelajarinya.

"Bilik muzik?" dia tidak percaya dengan apa yang ada di rumah Haikal.

"Ruang tamu," jawapan sinis Haikal menggeramkannya. Dia merenung belakang lelaki itu yang sedang menghadap skrin komputer.

"Awak pandai. Janganlah tanya soalan yang sangat pandai tu."

"Apa-apa je la-"

"Apa nama lagu tadi? Su- su apa tadi?"

"Isy! Super Junior as in super duper and junior senior. Tajuk lagu-"

"Marry U. Kumpulan dari mana ni?" Dan lagu kumpulan kegemarannya itu berkumandang di pembesar suara komputer itu.

"Ha?"

"Group dari negara mana? Jepun? China?" pertanyaan Haikal membuatkan dia teringat sesuatu.

Nak kutuk la tu. Tak faham kenapa lelaki anti sangat perempuan yang minat artis dari negara-negara timur.

"Korea," dia menjawab dan menunggu kutukan daripada Haikal. Tetapi tiada yang keluar.

"Awak taknak kutuk ke?"

"Hmm? Apa awak tanya tadi?" Haikal dilihat sedang kusyuk membuat sesuatu di komputer tersebut.

"Tak. Tak ada apa-apa," pantas dia berkata.

"Do you even understand the meaning of this song? Apart from the English part?"

"Saya suka irama dia dan translation lirik boleh cari. Kalau nak tahu maksud."

Dia yang sudah duduk di sofa mula leka menghayati lagu tersebut. Lagu yang menenangkan baginya. Tekanannya hilang jika dia mendengar lagu itu. Bahagian rap yang lembut pada permulaan lagu amat menarik baginya. Hmm, sedap. Dia mengangguk sambil memuji sendiri tatkala lagu itu habis dimainkan, tidak sedar yang dirinya diperhatikan Haikal.

"Apa pandang-pandang?" dia berkata, sedikit malu diperhati begitu.

"Nothing. I'll start then."

"Hah?"

Haikal mula meniup seruling di tangan. Bulat matanya memandang lelaki dihadapannya itu. Biar betul dia ni. Dengar sekali je dah boleh tangkap. Jadi pulak tu. Tetapi tidak lama dia berfikir kerana dia hanyut mengikut rentak lagu itu. Kagum menghiasi segenap dirinya. Tanpa disedari tangannya menepuk-nepuk kagum usai sahaja Haikal habis bermain. Lelaki itu sudah mengangkat kening memandangnya. Tangan yang tadi rancak menepuk terus terhenti. Dia menundukkan muka yang terasa hangat.

"Thank you," Haikal bersuara.

Sekuntum senyuman daripada Haikal membuatkan dirinya terkesima. Tidak pernah menyangka yang senyuman lelaki itu boleh membuatkan dirinya gembira. Selalunya senyuman Haikal tidak pernah di anggap ikhlas kerana sentiasa berbaur sinis.

"Kenapa awak setuju kita bertunang?" soalan itu tiba-tiba sahaja terlepas daripada bibirnya. Ah, sudah! Apesal aku tiba-tiba tanya soalan tu?

"That's random."

"Err.. Aw- Awak abaikan je la so-"

"Kenapa? Awak taknak tahu sebab dia?" Aqillah terdiam. Dia menggigit bibirnya sambil menanti.

"I don't know. Maybe I'm comfortable with it. With you."

"Err.. Bukan sebab awak nak balas dend-"

"I! Would not go this far just for the sake of revenge, Aqillah. The loss will not be yours alone."

Jawapan Haikal difikirkannya. Hmm, ada betulnya juga. Kalau dia bertunang dengan aku, maknanya dia pun rugi juga. Stuck dengan aku. Patutnya kalau balas dendam memang aku seorang je yang kena padahnya. Hmm.

"Betul?"

"Then, what victory am I gonna get from being with you? I'm not stupid enough to be doing something that will get me stuck with you if I do hate you for real."

"O- ok. Err, kalau macam tu, ada satu benda saya nak tanya awak."

"Yes?"

"Hmm.. Aaa.. Err.."

"Apa dia? Just spill it."

"Aw- Awak ada buat.... so... lat... isti........"

"Is that the prayer you do when you want to be sure of your partner or something?"

"A'ah. Tapi solat tu bukan semata-mata untuk tu. Dia untuk minta kepastian kalau kita ragu-ragu."

"Then, how do you get the answer for that? I heard that dreams are not really true."

"Dia lebih kepada minta dipermudahkan kalau benda tu baik untuk kita dunia, akhirat."

"Hmm, okay. Then, how do you do it?"

"Aw- Awak akan buat?" dia bertanya dengan muka sedikit musykil.

"Why not?" Jawapan Haikal membuatkan dia terdiam seketika.

Tidak tahu pula yang Haikal akan menerima cadangannya tanpa banyak bicara. Ataupun sekaligus menolak.

"Terima kasih," dia tersenyum gembira.

"You're welcome," Haikal berkata sambil tersenyum kembali padanya.

Dia segera memandang lantai. Menjaga pandangan kerana senyuman Haikal sudah boleh membawanya berfikir ke arah lain. Dia sendiri takut dengan perubahan itu.

"Qilah. Qilah!" Dia mengangkat muka untuk kembali memandang Haikal tetapi wajah ibunya yang dilihat.

Ah, sudah! Dia tersedar daripada lamunan. Semua mata sudah pun tertumpu padanya. Muka ibunya dipandang.

"Isy, budak ni. Boleh pula dia mengelamun. Patut lah dari tadi duduk senyum seorang-seorang," merah padam mukanya mendengar apa yang diungkap ibu. Dia menundukkan wajah.

"Ni, upacara sarungkan cincin sekarang," kata-kata seterusnya membuatkan dia pantas mengangkat muka memandang Auntie Ros yang sudah duduk bersimpuh bersetentang dengannya.

Dia mengangguk dan senyum pada Auntie Ros walaupun senyuman itu masih terasa sedikit dipaksa. Bekas lutsinar yang dipegang Auntie Ros dibuka. Sebentuk cincin emas disarungkan pada jari manisnya yang terketar-ketar. Malu apabila Auntie Ros perlu memegang tangannya supaya cincin dapat disarungkan. Dia menyalami tangan Auntie Ros sebelum wanita itu memeluk dan mencium dahinya.

"Terima kasih, sayang," lembut suara Auntie Ros di telinganya. Dia cuba memberikan senyuman seikhlas mungkin.

"Alhamdulillah. Semuanya sudah selamat selesai," cakap seorang lelaki yang tidak diketahui gerangannya.

Setelah upacara selesai, sesi fotografi yang ingin dielakkannya hadir. Bagai ingin lari sahaja dia dari situ namun mana mungkin watak utama hari itu tiada di dalam gambar. Nak tak nak, terpaksalah dia menebalkan muka menahan malu bergambar bersama keluarga serta saudara-mara Haikal yang sesetengahnya baru pertama kali dilihat. Nasib baik kakaknya setia menemaninya di situ. Jika tidak, tak terlayan dirinya dengan perhatian-perhatian yang keluarga Haikal tujukan padanya.

"Qilah, Qilah," seorang gadis yang kelihatan tua daripadanya beberapa tahun memanggil. Kak Nina turut bersama dengan gadis tersebut.

"Err, ya?" dia cuba menyembunyikan perasan janggal yang muncul.

"Qilah belajar dekat UIA juga ke?"

"A'ah."

"Satu course dengan Haikal?"

"Eh, tak. Saya ambil course computer science."

"Ooh."

"Kau ni Diya. Tak menyempat nak tanya. Cuba bagitau nama dulu," Kak Nina membuka mulut.

"Oh, a'ah. Lupa pulak. Nama akak Nadiya. Panggil Kak Diya je. Akak sepupu dia orang."

"Ooh. Sepupu belah Auntie ke Uncle?"

"Belah mama. Eh, Qilah tak panggil mama ke?"

"Hah?" dia tidak memahami.

"Tadi dengar Sara panggil mama, mama. Qilah tak ke?"

"Err.."

"Dia tak biasa lagi lah, Diya. Sara dah lama kenal mama, tu yang dah biasa panggil tu," Kak Nina menyelamatkannya sebelum mengenyit mata padanya. Dia berterima kasih pada Kak Nina.

"Oh, a'ah. Lupa pula. Qilah sama umur dengan Haikal, kan?"

"A'ah."

"Haikal macam mana? Ok tak dia dengan Qilah?"

"Err, oklah kot," dia sedikit keliru mahu menjawab apa.

"Dia tu suka cari pasal sikit. Kalau orang yang cool je, tak terasalah bila dia mengacau. So, Qilah janganlah ambil hati kalau dia dah start menggedik tu. Dia memang macam tu."

"Oh. aa, ok."

Huaaargghh! Janggal gila ha rasa. Aduuhh!

Aqillah baru selesai mandi. Rambut yang masih basah dibiarkan lepas dan dia berbaring di atas katil. Siling dipandang kosong. Kepenatan majlis pertunangan siang tadi masih lagi berbaki. Dia tidak percaya yang dirinya sudah menjadi tunang orang. Ketukan dipintu mematikan lamunannya.

"Masuk", ujarnya kepada insan di sebalik pintu itu dan sesaat kemudian, empat kepala terjongol di muka pintu biliknya. Dia mengeluh kecil tatkala melihat adik-beradiknya dan Arissa masuk ke kamar.

"Qilah ok?" Kak Sara bertanya.

"Why wouldn't I?" sinis dia menjawab. Masih geram kerana mereka tidak membantah pertunangan tersebut.

"Ala, Janganlah marah. Nanti mesti Qilah akan berterima kasih dekat kita orang. Percayalah," Abang Amirnya berkata. Mahu rasanya dicubit mulut abangnya itu. Cakap pandai. Bukan dia yang kena. Huh!

"Qilah sendiri pun tenang je masa bertunang tadi, kan? Cuba lah terima dia. Ikut mana pun, dia tetap yang terbaik untuk Qilah," Arissa pula memujuknya. Yang lain memandang bingung pada kawan baiknya itu.

"Risa.." Kak Sara meneliti muka Arissa. Tidak percaya dengan ayat yang keluar daripada mulut rakannya itu. Dia sudah menahan tawa.

"Isy, apa Kak Sara ingat Risa ni jahat sangat ke? Tak boleh cakap benda baik sikit. Ni, Si Qilah ni dia buat solat istikharah start dari hari first famili Haikal datang tu lagi. Dan dia asyik nampak-"

"Risa, stop," dia cuba menahan Arissa tetapi kawannya itu meneruskan kata-kata seperti dirinya tidak pernah bercakap pun.

"..muka Si Haikal tu je. So, Risa rasa tu dah pastilah. Cuma dia je yang taknak percaya dan cakap yang semua tu mainan tidur je apa semua. Padahal time tak tidur pun dia teringat jugak. Plus tadi muka dia tenang gila kot masa majlis tadi. Kau orang pun nampak tadi, kan? Kata dipermudah kalau benda tu baik. Kan memang dipermudahkan pun tadi. Famili Haikal pun punya baik layan Qilah tadi. Dah macam famili sendiri dah gaya," panjang lebar Arissa menerangkan. Dia hanya mampu mengeluh.

"Oh."

"My."

"God!" adik-beradiknya berkata. Dia menutup muka dengan kedua-dua belah tapak tangannya.

"Eh, Risa ada salah cakap ke?"

"Tak, Kak Risa. Amin jamin tak. Cuma ada orang tu sebelum ni kita orang bagi cadangan buat solat istikharah juga tapi dia tak nak dengar. Dia cakap dia bukan nak kahwin pun dengan Haikal."

"Pastu, pastu. Kita orang cakap lah, itu untuk minta kepastian je bukan untuk kahwin tapi dia tak nak dengar jugak, Risa!" semangat kakaknya menambah. Mukanya semakin panas.

"Betul tu, Risa. Dia cakap solat istikharah ni untuk orang yang betul-betul nak kahwin je. Jadi, kiranya Qilah nak kahwin lah eh?" abangnya pula menambah dengan gembira. Dia dapat rasakan yang telinganya sudah merah menahan malu.

"Qilah nak tidur. Nanti keluar tutup lampu," dia berkata lantas menyelubungi dirinya di bawah selimut.

Gelak tawa yang galak daripada mereka terasa panas di gegendang telinganya. Cis. Solat itu memang dibuat untuk meminta petunjuk daripada Yang Maha Esa. Tetapi dengan sikap adik-beradiknya itu, dia tidak berani memberitahu mereka. Tidak mahu mereka menaruh harapan yang dirinya akan terbuka hati pada lelaki bernama Asyraf Haikal bin Hairi.

"Oklah, kita orang keluar dulu. Tak nak kacau bakal pengantin," kata abangnya, pedas.

Dia yang mendengar pintu bilik ditutup, perlahan-lahan mengintai dari dalam selimut. Lega apabila mereka betul-betul sudah keluar dari biliknya. Pantas ditolak tepi selimut itu dan mengipas-ngipas badan yang sedikit berpeluh. Matanya tertancap pada kotak lutsinar di meja tepi katilnya yang dia pasti sebentar tadi kemas tersimpan di dalam laci meja yang sama.

"Kau orang!!" kuat dia menjerit, geram dengan tindakan adik-beradiknya itu.

Dia dapat mendengar sayup-sayup ketawa mereka yang semakin menjauh. Cis. Sempat lagi nak menyakitkan hati aku. Dia memandang kembali pada kotak cincin pertunangannnya itu. Diambil dan dibuka kotak kecil tersebut. Cincin emas yang baru diterimanya diperhati. Di bahagian dalam cincin itu terukir perkataan yang tidak dia perasan sebelum ini. Dibaca perkataan yang tertulis. Fiancée Nur Aqillah Adib. Dia mencebikkan bibir pada pekataan 'fiancee' itu. Piiirah! Tetapi bibirnya tersenyum melihat perkataan 'Aqillah' dieja betul. Sebelum ini, ramai yang salah mengeja namanya dengan hanya meletakkan satu huruf 'L'. Bulu romanya tiba-tiba meremang apabila telinganya menangkap satu bunyi. Pantas matanya memandang keliling dan pandangannya terhenti di pintu. Di situ, terjongol empat kepala yang sudah tergelak kuat memerhatikan dirinya.

"KAU ORAANG!!!" Makin kuat dia menjerit, makin kuat juga mereka ketawa.

Bantal di katil pantas di baling ke arah pintu yang sudah mulai tertutup. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa malunya dia ketika itu. Dia orang niii!! Tak habis-habis nak mengenakan aku! Dia menekap muka pada bantal yang dipeluk.

Haikal memecut laju kereta lumbanya di litar. Seharian dia menghabiskan masanya di situ. Dia mempunyai habit yang sekali dia memecut, susah untuk dia berhenti. Memandangkan hari itu bukan hari latihan, makin lama dia menghabiskan masa di dalam kereta itu berbanding di luar. Keretanya diperlahankan ketika dia melihat seseorang melambai-lambai ke arahnya dari tepi litar. Dia membelok masuk ke depot kereta. June sudah berada di tepi pintu keretanya sesaat kemudian.

"Haikal, what are you doing here? I thought today there's no practice for you."

"How do you know that?"

"Ah? Er, papa told me."

"Mm. Tak ada benda nak buat."

"Oh. Coincidence, isn't it? So, what do you say for a coffee, perhaps?"

"June, you can't do that anymore la. He's got a fianceé to care about," sepupunya, Burn yang muncul entah dari mana berkata. Dia diam.

"What are you talking about, Burn? He's clearly not interested in any girls. How can he suddenly have a fianceé? Right, Haikal?" ketawa gadis itu menjadi pahit apabila dia tidak berkata apa-apa.

"Bai, kau tak bagitahu dia lagi ke?" Burn pula bertanya.

"Bukannya benda besar pun nak bagitahu semua orang. And I guess she wouldn't want me to."

"Wow, you really think of her first, doesn't you?" Burn berkata lagi. Dia hanya mengangkat bahu.

"Haikal, is it true? How come I don't know anything about it? Who's the girl? You're joking, right? Burn!!" gadis itu sudah mula mendesak. Dia hanya mampu mengeluh.

"Well, I think the engagement is already over. I just came from there after I ate. Maybe mama and abah have already gone home. I think so, Haikal," sepupunya yang memandang bersahaja ke arahnya menjadi bersalah tatkala melihat dia tajam merenung.

"WHAT?? Haikal, betul ke??" gadis itu sudah menggoncang-goncang badannya.

Dia malas ingin melayan pertanyaan-pertanyaan gadis itu yang dia tahu pasti datang sebaik sahaja berita itu sampai ke telinga.

"Er, well. It's not really a big thing, June. They're just engaged, is all," Burn berkata pada June. Nada bersalah sepupunya itu jelas kedengaran.

"Just, Burn? They're engaged! For god sake!" suara June kedengaran tertekan. Dia mengeluh berat. Kegembiraan memandu sebentar tadi terus hilang.

"I'm out of here."

"Haikal!!"

"Sedap jugak makanan dekat sini," Amin berkata ketika keluarga Aqillah menjamu selera di sebuah restoran di ibu kota.

Mereka sekeluarga makan malam di luar hari itu memandangkan pembantu rumah keluarga mereka, Hani pulang bercuti tanpa gaji selama dua minggu. Ibu mereka pula baru pulang daripada aktiviti persatuan menyebabkan makan malam tidak sempat disediakan. Dia melihat Kak Sara menyiku badan Amin sambil membuat signal pada adiknya.

"Abang, cepatlah!" Amin pula berkata kemudian. Masing-masing menolak tanggungjawab kepada yang lain.

"Kau orang yang nak pergi sangat, kau orang la yang cakap," Abang Amir berkata selamba. Amin dan Kak Sara membuat muka pada abang mereka, geram kerana tidak membantu.

"Kenapanya ni?" ibu mereka berkata selepas melihat gelagat adik-beradiknya.

Dia hanya menggelengkan kepala. Mereka ingin mengajak kedua ibu bapa mereka pergi bercuti kerana cuti Kak Sara dan Amin yang hampir tamat tetapi tiada seorang pun yang berani membuka bicara. Dia lantas mengambil keputusan untuk membantu.

"Ni, dia orang nak ajak ibu dengan ayah pergi vacation. Dia orang punya cuti kan nak habis dah.Tapi tak berani nak cakap," dia mula berkata. Yang lain pantas mengangguk setuju. Ibunya hanya menggeleng.

"Kamu nak pergi mana?" ayahnya bertanya.

"Em, jauh mana ayah boleh bawak kita orang?" Kak Sara hati-hati bertanya.

"Ikut kamu lah. Guna duit sendiri, kan?"

"Ayah!!" mereka berkata serentak kecuali Abang Amir.

"Hmm, kalau kita pergi Genting nak?"

"Tak nak! Dah bosan. Bukan kau orang dah berbincang dengan bersemangat ke tadi? Bagitahu je lah kat ayah," dia berkata.

"Aaa.. er.. Kalau.. Kalau kita pergi Disneyland boleh tak, ayah?"

"Hong Kong?"

"Kat mana yang ada lah. Hong Kong pun Hong Kong lah. Boleh ke??" bersemangat adiknya bertanya.

"Bila?"

"Sebelum cuti habis. Bila ayah cuti?"

"Hmm. Nanti ayah bagitahu."

"Betul ke, yah??"

"Tak nak ke? Kalau ta-"

"Yaaaayyy!!" mereka melonjak gembira kerana sukses. Masing-masing tersenyum lebar memikirkan percutian yang bakal tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience