BAB 13

Romance Completed 7293

Sudah hampir seminggu mereka menyambut kedatangan Ramadhan. Aqillah juga sudah mula memperbanyak ibadah sunat yang selama ini sekali sekala dibuat. Hari itu, tidak terkecuali untuknya bangun jam satu pagi demi qiamullail. Dan seperti beberapa hari yang lalu, bangunnya hanya diisi dengan pandangan kosong pada bahagian sebelah katil yang masih rapi. Haikal? Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu betapa risau dirinya setiap kali bangun untuk beribadah.

Dengan harapan tipis, dia melangkah ke bilik pejabat yang dipisahkan sebuah ruang tamu kecil. Dia mengetuk pintu itu lantas menguak sedikit. Namun ditutup kembali dengan hati yang sedikit kecewa. Masuk semula ke bilik tidur, dia menuju ke bilik air untuk membasuh muka dan mengambil wudhu. Usai membersihkan diri daripada hadas kecil, dia membentang sejadah dan menyarung telekung menutupi tubuhnya. Menarik nafas dalam dan mengucap basmallah, dia memulakan niat pertama buat solat sunat tahajjud. Kemudian, diikuti pula dengan solat sunat taubat dan hajat. Minta dipermudah segala urusan duniawi untuk membantu ukhrawinya kelak.

"Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah."

"Alhamdulillah," dia menguap muka dengan sebelah tangan.

Tangan ditadah menghadap Ilahi, hati kecilnya merintih. Fikirannya tertumpu pada ibunya, ayahnya, arwah abah, mama, adik-beradiknya dan Haikal, keluarga mereka, dan akhir sekali Haikal sendiri. Diminta ditabahkan juga dirinya dan dibuka minda serta hatinya untuk membantu Haikal kembali seperti sedia kala. Dia percaya Allah S.W.T akan membantunya.

"Amin ya Rabbal 'alamin," disapu tangan ke muka sesudah itu.

Aqillah menuruni tangga ke ruang tamu di tingkat bawah. Dia duduk di sofa dan membuka novel bahasa Inggeris bertajuk Handle with care yang diambil dari perpustakaan banglo itu. Sinopsis yang tertulis memberi gambaran cerita tentang seorang ibu yang menjaga anaknya yang berpenyakit Osteogenesis Imperfecta atau dalam kata lain, tulang lembut. Di mana tersadung sahaja sudah mampu membuatkan jari kaki patah. Kalau jatuh terduduk, tulang pinggul pula pula yang retak. Kanak-kanak berusia lima tahun yang diberi nama Willow itu begitu cekal menahan kesakitan yang dirasainya. Tidak menangis, hanya memendam kesakitan yang amat sangat seorang diri, bimbang ibunya pilu mendengar rintihannya. Sangat matang dan sangat tabah. Dia cuba membayangkan penyakit itu ada padanya. Dia sangat cuai, agaknya sudah tiada lagi dia dalam dunia ini akibat tulang yang terlalu banyak patah.

Alhamdulillah ya Allah atas kesihatan yang Kau kurniakan untukku dan keluargaku.

Aqillah terkejut jaga. Muka Haikal dipandang tanpa kelip.

"Sahur," sepatah Haikal berkata.

"Err, ok," dia menjawab dalam mamai. Haikal beredar keluar bilik selepas dia bangun duduk.

Eh, bila aku naik bilik? Rasa tadi aku tertidur dekat sofa bawah?

Buku yang dibacanya semalam elok terletak di meja sebelah katil. Dia menggaru kepala yang tak gatal sambil berjalan menuju ke bilik air untuk membasuh muka. Kemudian, dia segera ke dapur untuk menolong apa-apa yang patut walaupun dia sudah boleh agak yang semuanya sudah siap terhidang memandang jam sudah menunjukkan pukul lima suku.

"Ha, Qilah. Mari makan. Sahur tinggal 15 minit je lagi," mama yang sedang duduk di sebelah Haikal yang sudah mula makan mengajak.

Dia hanya mengangguk dan duduk dihadapan Haikal. Selepas mencedok nasi dan mengambil lauk yang diingini, dia juga mula menjamah. Haikal dilihat lambat-lambat menyuap nasi ke mulut, seakan tiada selera. Keluhan perlahan keluar dari mulutnya. Dia tidak tahu yang kehilangan abah begitu mengubah diri Haikal. Jarang sekali dia meluangkan masa bersama Haikal sekarang. Untuk berjumpa sahaja sudah sukar. Waktu yang biasanya mereka bersua muka pun ketika sahur sehingga lelaki itu berangkat ke pejabat. Haikal semakin jarang bercakap, apatahnya lagi mengusiknya. Tiada lagi provokasi-provokasi yang ditujukan padanya. Dia kadang-kadang rindu untuk bertekak mulut dengan suaminya itu.

Kurang makan. Mama kadang-kadang menegur suaminya itu akibat muka yang semakin cengkung. Bukan itu sahaja, selama seminggu puasa bermula, Haikal masih belum pernah berbuka di rumah. Selalu balik lambat sehingga boleh mencecah dua pagi atau lebih. Jika dia segar selepas quamullail, dia akan cuba menunggu lelaki itu pulang seperti semalam. Namun, kebiasaannya dia terlebih dahulu tidur sebelum Haikal tiba. Dia kesian pada mama tetapi dia buntu untuk melakukan apa.

"Qilah, nanti mama akan balik kampung seminggu. Nak uruskan beberapa hal dan buat majlis tahlil dekat sana. Haikal tak ikut sebab dia kena uruskan hal-hal pejabat. Mama mungkin bawa pembantu pergi sana nanti, untuk tolong-tolong. Qilah temankan Haikal, ya? Mama rasa elok juga kalau Qilah bawa dia tinggal dekat rumah ibu kamu sementara mama balik kampung. Boleh?" mama berbicara ketika mereka sedang membersihkan taman.

"Temankan Haikal tu bolehlah, mama. Tapi Qilah tak rasa yang Haikal selesa kalau tinggal dekat rumah ibu. Dia pun macam tak okay sepenuhnya lagi je. Qilah tak berani nak risiko," dia menyuarakan pendapat.

Apabila teringat pada Haikal yang selalu pulang lambat, jarang bersembang, dia tidak rasa pulang ke rumah ibunya satu cadangan yang baik. Dia tidak mahu ibu dan ayahnya pula risau dengan keadaan suaminya itu. Cukuplah dia dan mama sahaja yang risau pada Haikal. Dia tidak tahu bagaimana dia mampu menolong Haikal untuk kembali seperti dulu tetapi dia akan cuba.

Ya Allah, buka mindaku. Bantu aku memikirkan cara untuk membantu Haikal, ya Allah.

"Qilah!"

"Hah? Ya?"

"Isy, kamu ni. Tak berubah-ubah," dia tersipu malu dengan teguran ibu mertuanya.

"Ni, kamu takpa ke kalau tinggal dengan Haikal dua orang je? Mama tak berani sangat nak tinggalkan kamu berdua je walaupun ada Daud jaga rumah."

"InsyaAllah, takde apa-apa mama."

"Kalau macam tu, kamu pastikan lah semua pintu dengan tingkap berkunci sebelum malam. Jangan lupa!"

"Baik, ma. Qilah akan ingat," dia berjanji.

"Lepas tu, Haikal. Kamu suruh lah dia makan banyak sikit. Dia dah makin kurus mama tengok," sayu suara wanita itu.

"Qilah cuba, mama. Kadang-kadang Qilah pun tak tau macam mana nak suruh dia makan."

"Susah-susah, kamu suap je kat mulut dia. Kang kalau mama buat, lain pulak yang dia fikir," dia tergelak sedikit.

"Ok, mama."

"Mmm, ye lah. Mama masuk dulu kemas-kemas baju. Petang ni dah nak berangkat."

"Petang ni, mama?"

"A'ah lah. Mama tak cakap ke tadi?"

"Tak pun. Ingatkan esok luas," dia tertipu.

"Haikal!" Aqillah terjerit kecil sambil badan pantas bangun duduk.

"Astaghfirullah," dia mengurut dada.

Entah mimpi buruk apa yang membuatkan dia terkejut jaga dari tidur. Peluh sejuk di dahi di lap dengan lengan baju. Matanya melirik pada jam di dinding. Matanya bulat. Laju dia mengalih pandang ke sebelahnya. Refleks, dia mencapai telefon bimbitnya dan mula mendail nombor Haikal.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi.."

Aqillah bingkas bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Terkocoh-kocoh dia bersiap dan memakai tudung. Dompet dan kunci kereta dicapai, dia berlari-lari anak menuju ke luar rumah. Dia mengeluarkan kereta dari kotak parkir selepas enjin dihidupkan. Berhenti sebentar di depan pagar, dia memanggil Abang Daud.

"Abang Daud!"

"Ya, ya, Qilah? Nak pergi mana ni?"

"Saya ke kubur kejap. Hakal tak balik lagi."

"Takkan Qilah nak pergi seorang-seorang kot?"

"Err, insyaaAllah tak ada apa-apa."

"Biar abang bawak Qilah ke sana lah."

"Takpa, takpa. Abang Daud tunggu rumah. Kalau-kalau Haikal balik masa saya pergi."

"Err, kalau Qilah tak kisah. Jalan baik-baik."

"Ok. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aqillah meletakkan kereta di sebelah kereta Haikal yang kosong. Jam ditangan diteliti. Jarum menunjukkan tepat pada angka empat. Dia mematikan enjin kereta.

"Bismillah," dengan hati berdebar-debar, melangkah keluar dari kereta.

Angin pagi menyentuh lembut tubuhnya membuatkan dia seram sejuk. Kawasan sekeliling masjid yang kosong dan gelap diperhati. Kawasan itu hanya diterangi satu lampu jalan dan bulan. Lampu suluh yang erat digenggam, dinyalakan. Dengan berat hati, dia memulakan langkah menuju ke belakang masjid untuk ke kawasan perkuburan Islam, tempat arwah abah dikebumikan. Walaupun berada dalam bulan Ramadhan yang suci, dia tetap seram memasuki kawasan kubur yang lengang. Matanya meliar cuba mencari kelibat Haikal.

Ya, setiap hari lelaki itu datang ke sini untuk melawat kubur arwah abah.

Banyak kali mama dan dirinya menasihati Haikal, tetapi suaminya itu tetap juga pergi ke situ setiap malam. Bulu romanya tiba-tiba tegak berdiri. Lampu suluh yang dihalakan tak tentu arah tadi kaku.

Err, benda putih apa yang aku nampak tadi? Peluh di dahi mengalir menuruni mukanya. Waaargghh! Qilah! Qilah!! Waktu bulan puasa mana ada hantu!! Syaitan semua kena kurunglah! Tolonglah jangan jadi penakut sangat!!

Dia bengang pada diri sendiri. Dan sedikit geram pada Haikal.

Tu la. Tadi masa abang Daud nak teman, berlagak berani. Gila! Takkan nak pergi berdua kot? Lagi menakutkan.

Dari jauh, dia dapat melihat seseorang sedang duduk di sebelah kubur arwah abah yang masih baru. Dia mempercepat langkah untuk segera membawa Haikal pulang. Namun, sebaik sampai, Haikal dilihat sudah terlelap dalam keadaan duduk bersila. Dia mendekati suaminya itu. Al-Quran yang terjatuh disisi Haikal diangkat.

Dah setengah Quran dia baca?

Bibirnya naik sedikit. Haikal mengambil nasihatnya. Muka yang kurus dan keletihan itu direnung. Diusap pipi suaminya yang tiba-tiba saja dirindui walaupun sudah berada di depan mata.

"Haikal, bangun," dia mengejut lembut sambil menggerak perlahan bahu Haikal.

"Hmm."

"Awak, bangun. Awak tertidur dekat kubur ni," dia berkata lagi dan Haikal mula membuka mata.

"Qilah! Apa awak buat dekat sini?" Haikal sedikit terkejut melihatnya.

"Dah jam empat dah. Awak tak balik lagi. Saya risau."

"Oh."

"Jom, balik. Nanti tak sempat sahur."

"Err, ok."

Dia menolong Haikal mengemas barang-barang yang dibawa. Lampu suluh, tikar, al-Quran, dan beberapa lagi barang. Dia sempat menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah abah sebelum berlari anak mengejar Haikal yang sudah berjalan terlebih dahulu.

"Datang seorang?" Haikal bertanya apabila mereka sudah berjalan seiring.

"Ya."

"I'm sorry."

"Hmm? Kenapa?"

"Awak takut. Tapi beranikan diri." Pipinya merah. Dia tidak tahu yang Haikal tahu betapa dia seorang yang penakut.

"And thank you."

"Err, untuk?"

"Datang sini."

"Oh. Err, takkan saya nak biar awak tidur dekat sini kot. Saya ni takdalah jahat sangat."

"Heh. Awak dah masak sahur ke?"

"Err, b- belum. Saya terkejut bangun sebab mimpi awak. Lepas tu tengok awak takda, saya terus siap datang sini."

"Awak risau?"

"Mana ada!"

"Sebab tu tudung terbalik?"

"Hah? Tudung saya terbalik? Mana ada!" segera dia memeriksa tudungnya.

"Oops," dia berkata malu.

"That's okay. Awak makan KFC?"

"Err, makan. Kenapa awak tanya?"

"4.50. Sahur dulu."

"Hah? 4.50 dah? Tadi baru je pukul 4.30 saya tengok jam."

"Ok?"

"Hah? Err, ok."

Aqillah menyiapkan makanan berbuka. Memandang mama pulang bersama semua pembantu mereka, dia berpeluang untuk mengasah bakat memasaknya di dapur. Dia mahu membawa makanan itu kepada Haikal. Dia ditelefoni setiausaha Haikal yang memberitahu lelaki itu tidak pernah membeli makanan berbuka. Hanya meminta untuk membawa biskut atau roti yang berada di pantri. Setiausaha yang dikenali sebagai Kak Ju itu juga berkata yang Haikal sering marah-marah sehingga ramai yang komplen mengenainya. Aqillah mengeluh untuk kali yang ke seratus rasanya, dia sendiri tak pasti. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke pejabat Haikal kerana dia tidak mahu mencampuri urusan kerja lelaki itu. Tetapi dia tidak sampai hati mahu membiarkan sahaja Kak Ju seperti itu dan dia juga risaukan Haikal.

Setengah jam kemudian, Aqillah mendapati dirinya berdiri di hadapan sebuah bangunan tinggi di tengah-tengah bandar Shah Alam. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum masuk. Kawasan lobi bangunan itu tampak begitu mewah sekali. Semakin kecut dirinya untuk menghampiri kaunter pertanyaan yang dijaga oleh seorang lelaki dan seorang wanita muda walaupun mereka kelihatan tua beberapa tahun daripadanya. Dia kasihan pada mereka yang terpaksa bekerja lebih masa kerana bos yang masih belum pulang. Mahu tidak mahu, dia berjalan juga ke kaunter itu.

"Assalamualaikum, cik. Boleh saya bantu?" wanita bertudung litup itu menegurnya dengan senyuman manis.

"Waalaikumussalam. Aaa, saya nak jumpa dengan Asyraf Haikal."

"Encik Asyraf? Cik ada buat temu janji?"

"Ah? Tak, takde," dia mula stress.

Nak kena cakap aku ni isteri dia ke apa? Aduhai.

"Kalau macam tu, cik tak boleh jumpa dia hari ni. Memandangkan sudah lepas waktu kerja, dia tak mahu berjumpa sesiapa pun melainkan orang yang sudah ada temu janji sahaja, cik," wanita yang bernama Ain berdasarkan tag nama yang dipakai berkata lagi.

Ah, sudah! Nak buat apa ni? Malu lah nak cakap aku ni isteri dia.

"Kalau macam tu, boleh tak kalau saya nak jumpa setiausaha dia, Kak Ju?" dia mencuba.

"Sebentar ya," Ain berkata sebelum menekan butang interkom pada telefon yang terletak di belakang kaunter.

"Hello? Kak Ju? Ni ada orang nak jumpa. Mulanya dia nak jumpa Encik Asyraf tapi dia takda appointment, so dia minta jumpa Kak Ju," Ain memberitahu sebelum Kak Ju berkata sesuatu kembali.

"Nama Cik siapa?"

"Nur Aqillah," dia menjawab dan Ain kembali berbicara telefon.

"Hah? Ye ke? Baiklah, baiklah," Ain meletakkan gagang telefon.

"Saya minta maaf Cik Aqillah, sila ikut saya," pantas Ain berkata dan keluar daripada kaunter tersebut. Dia mengikut wanita itu walaupun keliru.

"Saya minta maaf atas kesilapan saya tadi. Saya tak pernah jumpa Cik Aqillah, jadi saya tak ingat muka Cik Aqillah macam mana. Pernah tengok dalam gambar je," wanita itu berkata sewaktu mereka menaiki lif.

Dia hanya tersenyum hairan. Dia tau ke aku isteri Haikal?

"Ain kenal saya ke?"

"Cik adik sepupu Encik Haikal, kan?"

"Adik sepupu?"

"A'ah. Bukan ke? Cik Aqillah bukan adik sepupu Encik Haikal ke?" dia menggeleng pada pertanyaan itu.

Sejak bila pula aku jadi adik sepupu Haikal ni? Sejak bila pulak aku ada abang sepupu nama Haikal ni??? Mereka tiba di tingkat paling atas.

"Cik tunggu sini sekejap, ya," Ain berkata sebelum menghilang di sebalik salah satu pintu di situ. Dia duduk di sofa yang tersedia.

Takde orang tau ke yang Haikal dah kahwin? Tapi yang Kak Ju telefon aku hari tu? Takkan Kak Ju pun ingat aku adik Haikal kot?

Beberapa minit kemudian, Ain keluar bersama seorang wanita dalam lingkungan 30-an.

"Cik Aqillah?" wanita itu bertanya. Dia mengangguk.

"Sila ikut saya. Ain, kamu boleh turun," dia bangun mengikuti wanita yang baru ditemui itu. Sebaik sahaja pintu kamar itu ditutup, wanita itu memperkenalkan diri sebagai Kak Ju. Dia menyalami tangan wanita itu.

"Kak minta maaf, Qilah. Orang yang rapat dengan Haikal je yang tau dia dah kahwin. Kalau semua tau, mahu kecoh satu bangunan ni," Kak Ju berkata sambil menggigil.

"Kenapa, Kak Ju?"

"Suami kamu tu lah. Ramai sangat peminat. Naik rimas Kak Ju jadinya. Dah Haikal tak layan, dia orang dok terhegeh-hegeh juga lagi. Tak faham Kak Ju. Tu yang tadi tu, salah seorangnya la tu," barulah dia mengerti bagaimana dirinya menjadi adik sepupu Haikal.

"Mari. Haikal ada dalam pejabat dia."

"Takpa ke saya main masuk je ni, Kak Ju?" dia sedikit takut.

"Takpa. Dah habis waktu kerja dah pun. Pergilah. Kalau dia ada marah-marah tu, biarkan aje," Kak Ju berkata lagi.

"Kak Ju kena stay sini sampai dia balik ke? Buka puasa macam mana?"

"Tak adalah. Dia memang minta kami balik dulu pun. Tapi Kak Ju tak sampai hati nak tinggal dia seorang."

"Oh. Terima kasih, Kak Ju. Ni, saya ada bawa sikit untuk Kak Ju."

"Isy, kamu ni, Qilah. Susah-susah aje."

"Takda apa-apa lah. Kak Ju dah tolong tengokkan Haikal untuk saya. Saya berterima kasih sangat sebab Kak Ju telefon bagitahu."

"Terima kasih, Qilah. Bau sedap ni. Nanti Kak Ju makan. Dah, pergi sana tengok si Haikal tu."

"Kak Ju nak balik dah ke?"

"Kalau Qilah teman Haikal, memang Kak Ju nak baliklah."

"Kak Ju baliklah. Nanti tak sempat nak siap berbuka."

"Ok. Terima kasih, Qilah. Kak Ju balik dulu lah, ya?"

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Pergi masuk cepat."

Aqillah menghampiri pejabat Haikal. Dari luar dia terdengar suara Haikal memarahi seseorang. Kecut perutnya. Dia memandang ke arah Kak Ju tetapi wanita itu memberitahu yang Haikal sedang membuat panggilan. Dia menggelengkan kepala tetapi wanita itu menggesanya masuk. Perlahan-lahan dia menguak pintu. Semakin jelas suara Haikal menengking orang dihujung talian. Dia bersimpati pada manusia malang tersebut.

"Yang kau bodoh sangat pergi buat macam tu siapa suruh? Bukan aku dah cakap check dulu sebelum buat ke? Sekarang dah ada yang kena. Gampang. Kau dah pergi hantar dia buat check-up dekat hospital? Lagi satu, yang projek Taman Sukma tu dah settle ke belum?" Haikal berkata dengan muka berkerut-kerut.

Ingin diprotes apabila mendengar betapa kasarnya Haikal berbicara tetapi niat itu dipadamkan. Tidak berani untuk memotong perbualan kerja Haikal. Dia yang sudah berada di tengah-tengah pejabat masih tidak disedari Haikal. Dia ke meja yang ada dan menghidangkan makanan di situ memandangkan sudah jam 7. Kemudian, dia senyap-senyap duduk di tempat duduk berdepan dengan meja Haikal. Lelaki itu sedang menghadap ke arah tingkap yang terbuka. Dia cuba mencapai bingkai gambar yang terletak di atas meja.

"Fuck!" dia terkejut apabila Haikal tiba-tiba melenting. Bingkai gambar jatuh ke atas meja dan Haikal pantas berpaling ke arahnya. Masing-masing kaku dan saling berpandangan. Muka Haikal terkejut. Aqillah kabut. Otaknya ligat berfikir bagaimana mahu bertindak balas.

"Hai-"

"Qilah!" mereka berkata serentak dan kembali diam. Lama mereka diam kali ini. Hanya mata yang berbicara.

"Kejap," Haikal berkata akhirnya sebelum kembali menyambung percakapan di talian dengan suara yang lebih rendah.

"Apa awak buat dekat sini, Qilah?" Haikal bertanya setelah talian dimatikan.

"Awak memang selalu cakap macam tu ke dengan pekerja awak?"

"Hah? Ta- takdalah. Apa awak buat dekat sini? Ada masalah ke?" Haikal bertanya lagi dan dia menggeleng.

"Habis tu?"

"Nak pastikan awak makan properly masa berbuka," dia berkata sambil jarinya menuding pada makanan yang sudah dihidangkan di atas meja.

"Bila awak..."

"Masa awak tengah marah pekerja awak tadi. Kasar betul," Aqillah berkata sebelum bangun menuju ke arah meja tersebut.

"Jom," Aqillah mengajak Haikal tetapi lelaki itu masih kaku memandangnya.

"Kenapa? Tak percaya. Cepat, cepat. Nak azan dah."

"Macam mana...?"

"Macam mana saya tahu? Saya banyak mata-mata tau. So, baik awak makan elok-elok. Jaga kesihatan. Kang awak sakit macam mana? Ingat dekat mama sama. Lagi satu, baik awak jaga perkataan awak tu. Jangan berkasar sangat dengan pekerja, nanti dia orang lari."

"No, seriously. Macam mana?"

"Rah. Si. A. Nak tau? Habiskan semua makanan ni dulu."

"Banyak ni. Mana saya larat habiskan."

"Takpe lah kalau awak tak nak makan. Saya bawak balik lah," Aqillah mula berkemas tetapi cepat-cepat dihalang Haikal. Dia tersenyum.

"Awak janji tak awak habiskan semua makanan ni?"

"Banyak ni, Qilah."

"Okay, fine. Saya ba-"

"Saya janji! Saya janji," Haikal cepat-cepat berkata.

"Bagus. Boleh awak janji dengan saya lagi satu benda?"

"Apa dia?"

"Jangan mencarut boleh?"

"Ha? Mana ada saya mencarut."

"Habis, yang tadi tu apa?"

"Mana ada. Saya cakap apa?"

"Awak serius nak saya sebut balik apa yang awak cakap? F-"

"Stop! Awak ni kan! Tapi saya tak boleh janji."

"Awak kena janji juga!"

"What do I get?"

"Emm, esok saya datang bawa makanan lagi. Ok?"

"Tu je?"

"Ye la. Kita ojus, nak? Saya menang, awak janji berhenti mencarut. Kalau awak menang, saya bawa makanan untuk awak lagi esok? Ok?"

"Tak nak lah."

"Penakut. Tak lelaki langsung!"

"What the? Ok, jom ojus sekarang. Berapa kali? Tiga? Ooojus?" mereka pantas bermula dan keadaan berpihak pada Aqillah. Dia senyum walaupun masih berdebar-debar.

"Oojus?"

"Yaay!" Aqillah gembira apabila dia mendapat markah kedua.

"Tak nak main," Haikal berkata.

"Apa ni? Lelaki mana tolak cabaran. Berhenti tengah jalan."

"Okay, fine. Oojus?"

"Yes! Yes! Yes!" Aqillah melompat gembira apabila dia menang.

"Awak dah janji. Awak kena berhenti mencarut. Esok saya datang hantar makanan lagi, eh? Tengok, baikkan saya? Kalau saya dengar awak mencarut, kenalah awak."

"Okay, then. Jom bet lagi sekali."

"Bet apa pula?"

"Apa yang awak nak?"

"Mmm, ah! Kenapa takda orang kenal saya isteri awak dekat sini?"

"Awak nak saya umum awak sebagai isteri saya? Okay, no prob."

"Bukanlah! Saya tanya je!"

"Kalau saya menang, saya nak anak dengan awak."

"Hah? Anak?" Aqillah sedikit keliru. Seminit. Dua minit. Ti-

"Allahu akbar, Allahu akbar," azan kedengaran daripada radio yang dipasang.

"Hah? Azan! Cepat baca doa," dia pantas mengelat.

Haikal ingin membantah tetapi dia segera menadah tangan. Nak tak nak, Haikal membaca doa berbuka puasa. Dia mengambil sebiji kurma dan diberikan pada Haikal yang menyambut dan menjamah tanpa banyak bicara. Dia kemudian mencedok nasi untuk Haikal.

"Banyak ni, Qilah."

"Awak janji awak habiskan?"

"Ye lah tapi.." dia segera memuncungkan bibir pada Haikal.

"Ok, ok."

"Bagus. Makan banyak-banyak. Walaupun saya tak tau lah sedap ke tak."

"Sedap. Awak masak dekat bazaar ke rumah ibu?"

"Eh, saya masak sendiri tahu! Penat lelah saya aw-"

"Heh. Saya tahu."

Aqillah mengemas beg makanan selepas menunaikan solat maghrib, isyak, dan tarawih. Harapannya sebentar tadi untuk Haikal menjadi imam solatnya sewaktu di surau, tetapi dia tidak tahu masih ramai yang berada di pejabat itu. Mereka diimamkan oleh seorang pekerja lain. Bilalah aku dapat solat berimamkan suami sendiri. Dia menutup zip beg makanan itu dan diletakkan dia tepi kerusi. Haikal masih belum kembali ke pejabat selepas solat tadi. Dia mendekati meja Haikal dan duduk di kerusi yang didiami Haikal sewaktu dia datang tadi. Dialihkan kerusi itu menghadap tingkap seperti yang dilakukan Haikal. Apa yang dia nampak duduk dekat kerusi ni tadi? Mmm. Dia memandang ke luar tingkap. Dapat dilihat sebuah tasik di taman rekreasi berdekatan. Tempat pejalan kaki di taman itu nampak begitu kecil sekali dari tingkat 30 bangunan itu. Hah. Macam mainan pula kereta parking dekat bawah tu. Hehe.

"What are you looking at?" meremang dirinya akibat bisikan ditelinga.

"Awak!!" dia memegang telinganya.

"Khusyuk betul tengok luar."

"Err, hmm."

"Nak balik dah?" Haikal bertanya padanya.

"Kenapa? Awak tak nak balik lagi ke?"

"Awak nak ke kubur lagi ke?" dia bertanya apabila Haikal tidak menjawab.

"Awak, dekat rumah pun boleh tilawah untuk arwah abah. Tak semestinya dekat kubur. Awak balik eh?"

"Takpa lah, Qilah. Awak balik dulu."

"Niat tu yang penting, Haikal. Ya?" dia memujuk lagi sambil memegang tangan lelaki itu. Haikal diam sejenak.

"I will."

"Ha, macam tulah bagus."

"Only if we continue what we did just now."

"Hah? Apa dia?"

"Oojus?" tangannya automatik turut bermain.

"Err, untuk apa ni?"

"Bet yang tadi."

"Yang tadi?"

"The second one."

"Hmm... Hah? Yang anak tu??" Haikal mengangguk.

"Tak nak!! Saya tak terima!! Tak nak!!" pantas saja dia membantah.

"Your chance of winning is bigger than mine. You win straight just now."

"Memanglah. Tapi still.."

"Penakut."

"Okay, fine! Oojus?" dia gembira apabila dia mendapat satu markah. Yes!

"Oojus?"

"Got one," Haikal pula berkata. Aqillah sedikit gentar.

"Oojus?" perut Aqillah kecut.

"Tak nak! Tak nak! Tak jadi!" pantas saja dia mencadangkan apabila Haikal mendapat lagi satu markah.

"Apa ni? Perempuan mana tolak cabaran," dia menjeling apabila Haikal mengajuk ayatnya.

"Tak nak jugak!"

"Kalau awak tarik diri, maknanya awak kalah. Saya menang. So, baik aw-"

"Mana aci!"

"Aci kat India."

"Haikal!"

"Ya, saya? Oojus?"

"You're so transparent, love," Haikal berkata gembira sebelum berjalan ke meja untuk berkemas.

Aqillah kaku sendiri. Mahu menangis dirinya saat itu. Dia geram yang teramat sangat. Haikal dihampiri, tangan lelaki itu disalami, dia memberi salam, mengambil beg tangan, dan terus berlalu pergi.

Aqillah sudah berbaring di atas katil. Malam itu rancangan untuk mengelakkan Haikal ialah tidur awal. Dia meminta yang Haikal tidak akan melakukan apa-apa ke atas dirinya sekiranya dia dilihat sedang nyenyak tidur. Hatinya berdebar-debar. Ketakutannya begitu nyata sekali. Bunyi derap kaki Haikal memasuki bilik membuatkan dia kelam-kabut.

Aku tak terlelap lagi ni!

Pantas dia menarik selimut supaya menutupi badannya dengan rapi. Dia menunggu dalam kerisauan. Haikal dapat dirasakan sudah berada di atas katil yakni disebelahnya. Dia cuba menyenyakkan dirinya tidur. Ingin ditipu Haikal yang semakin mendekatinya. Dia dapat rasakan nafas Haikal yang begitu hampir dengannya. Penumbuknya digenggam kemas. Haikal mengucup lembut dahinya.

Sabar, Qilah. Sabar.

Lelaki itu mengucup pula hidungnya dan pipinya. Aqillah cuba menahan tangannya daripada naik. Kali keempat, Haikal cuba- Buk! Dia menolak kuat lelaki itu. Tetapi Haikal hanya terkebelakang sedikit sahaja. Melihatkan itu, pantas dia menyelimuti dirinya.

Qilah! Bongoknya kau, Qilah! Apesal kau buat macam tu?? Kan dah kantoi yang kau tak tidur lagi!! Tapi, tadi dia nak.. Qilah! kau kenalah buat tak tahu!! Kau kan tengah tidur! Hisy, kau ni. Musnah rancangan. Sekarang, apa kau nak buat??

"Qilah. Awak tak pegang janji," Haikal berkata dan dia jadi serba salah.

Nak buat apa ni??

"Qilah? Awak dengar tak ni?" Haikal bertanya pula.

Dia ingat aku dah tidur ke? Baik aku buat-buat tidur cepat.

"Hisy, dia ni," Haikal menarik selimut yang menutupi mukanya.

Genggamannya pada selimut itu tidak cukup kuat. Jantungnya berdegup kencang.

"Saya suami awak. Awak tahu tak apa yang awak tengah buat sekarang?" lelaki itu berkata lagi.

Aku tau! Isteri derhaka, kan? Tapi... aku takut!!

Dia mengangguk perlahan dalam pejaman mata.

"Habis tu? Awak sanggup tanggung dosa?" pantas dia menggeleng.

"Awak ni. Saya bukannya nak dera awak ke apa," kali ini dia tidak memberikan sebarang reaksi.

Dia hanya diam membatu. Haikal kembali menghampirinya. Dia tiada jalan keluar. Saat itu, ketakutannya mencapai tahap maksima. Mahu saja dia menangis tetapi cuba ditahan mutiara yang mencucuk-cucuk matanya yang terpejam minta dilepaskan. Dia dapat rasakan muka Haikal beberapa inci sahaja dari mukanya. Dia kaku. Beberapa saat kemudian, Haikal mengeluh. Dahi bertemu dahi, Haikal tergelak kecil.

"Hisy, budak ni," lelaki itu berkata sebelum mencium dahinya.

"Awak tidurlah. Saya nak mengaji."

Pantas Aqillah membuka mata. Bulat dia memandang Haikal yang sudah bangun berdiri. Mukanya bercahaya apabila lelaki itu membatalkan niat tersebut.

"Betul ni?" bersinar-sinar matanya.

"Tengok. Awak buat macam ni dekat saya. Cruel," Aqillah serba-salah.

Apa yang aku buat? Aku tanya je.

"Baik awak jangan buat muka macam tu. Kalau tak, saya tak jamin apa yang saya akan buat dekat awak."

"Hah? Mana ada saya buat apa-apa," dia semakin keliru.

Apa yang Haikal cakap ni?

"Awak," Haikal dilihat seperti menahan diri.

Dia segera menutup badannya dengan selimut. Serong matanya memandang lelaki itu dan Haikal mengeluh.

"Tidurlah, Qilah. Saya dekat pejabat. Good night, love," Haikal berkata sebelum berlalu pergi.

Dia termangu-mangu di situ melihat kelibat Haikal menghilang disebalik daun pintu. Dia tidak faham dengan situasi yang terjadi sebentar tadi.

Ah, lantaklah. Yang penting, aku selamat. Aku selamat? Aku? Selamat?

"Yaaayy!" dia terjerit kecil.

Mencekup mulut bimbang didengari Haikal, dia tersenyum gembira. Hormatnya pada Haikal memuncak. Tindakan lelaki itu sebentar tadi amat dikaguminya. Timbul rasa syukur yang teramat ke hadrat Ilahi. Pantas dia mengambil wudhu untuk menunaikan solat sunat syukur sekaligus berterima kasih kepada yang Maha Memberi Kurnia kerana membantu dirinya mengubah Haikal sedikit demi sedikit. Dia juga meminta ampun kepada yang Maha Pemaaf atas tingkah lakunya sebentar tadi. Kecut jika dikategorikan sebagai isteri derhaka.

"Haikal!!" Sekali lagi dia terkejut jaga.

Kenapa aku still mimpi buruk ni? Ada apa-apa jadi dekat Haikal ke??

Dia cuba menenangkan hatinya berdebar-debar. Tetapi saat menyedari yang sebelahnya masih kosong, pantas dia bangun keluar bilik. Dilihat, terdapat sinaran lampu keluar dari celahan pintu pejabat yang sedikit terbuka. Segera dia melangkah dan menguak pintu dengan ucapan basmallah.

Hatinya lega teramat melihat Haikal. Entah apa yang berlaku, laju dia mendapatkan Haikal dan memeluk suaminya itu dari belakang. Haikal yang terlelap dalam teleku di atas sejadah terkejut jaga.

"Qilah, kenapa ni??" Haikal menyentuh tangannya yang erat memeluk leher suaminya itu. Dia hanya menggeleng.

Haikal mengurai pelukannya dan pusing menghadap dirinya yang sudah terduduk di atas karpet.

"Kenapa awak menangis ni?" Haikal kelihatan risau.

Hah? Aku nangis ke?

Belumpun sempat dia menyeka mutiara sendiri, tangan Haikal sudah membantunya, lembut.

"Did something happened, love?"

Dia kaku sendiri. Dahinya berkerut-kerut berfikir. Tidak pasti apa yang berlaku. Dia sekali lagi memeluk Haikal yang jelas terkejut buat kali kedua. Walaupun teragak-agak, Haikal mula mengusap belakangnya perlahan.

"Shh, shh," Haikal memujuk lembut.

Beberapa ketika mereka kekal dalam keadaan itu sebelum dia dengan muka yang sudah hangat teragak-agak meleraikan pelukan. Matanya dipakukan ke lantai. Dapat dirasakan yang Haikal memerhatikan setiap tingkah lakunya.

Malunya. Malunyaa!! Apa aku buat tadi?? Dah kenapa dengan aku ni?? Segar habis dah mata ni. Aduuuhh, hormon ni lah. Sejak-sejak kahwin ni, ada je benda pelik yang aku buat bila period nak datang.

Haikal mengangkat dagunya supaya mereka bertentang mata. Telinganya panas kerana malu.

"Awak period ke, Qilah?" bulat matanya dengan tekaan tepat Haikal.

Rasanya muka dia sudah semerah tomato. Haikal tergelak kecil sebelum dahinya dikucup perlahan. Segera diangkat muka memandang Haikal. Belumpun sempat dia menyerongkan mata,

"Dah pukul 5. Awak nak temankan saya sahur tak?"

"Nak!" dia pantas menjawab membuatkan Haikal lebar tersenyum padanya.

Kenapa? Tak percaya ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience