BAB 15

Romance Completed 7293

Aduuh, sakitnya kepala aku. Berdenyut-denyut rasa ni hah!

Aqillah mengangkat tangan untuk memegang kepalanya tetapi tidak mampu. Tangan dibelakang badannya tidak boleh digerakkan. Lengannya terasa sakit seperti lebam dipukul sesuatu. Perlahan-lahan, dia cuba menggerakkan tangannya lagi dan kali ini dia tersedar yang kedua-dua belah tangannya seperti diikat ketat.

Biar betik! Apa kejadah?

Dia membuka mata yang dari tadi terpejam tetapi hanya kegelapan yang menyelubungi dirinya. Pantas ditarik lagi tangannya tetapi tetap tidak berganjak. Dia mula gelabah.

Aku kat mana ni? Aku mimpi ke ni? Tadi rasa macam aku dalam almari baj- Hah! Far-

Tiba-tiba, kedengaran bunyi pintu dibuka. Cahaya terang dari luar membuatkan matanya terpejam kembali sebelum dibuka perlahan-lahan semula. Dilihat kawasan sekeliling. Dia berada di dalam sebuah bilik kecil yang menempatkan pelbagai barangan seakan-akan sebuah setor. Dia yakin yang dirinya tidak lagi berada di dalam almari bajunya. Kebanyakan barangan itu adalah alat-alat sukan seperti bola sepak, bola jaring, hula-hoops, dan bermacam-macam lagi.

Setor sukan? Setor ma-

Memorinya berputar lantas menyentap ulu hatinya. Nafas seakan tersekat ditekaknya. Traumanya kembali semula dan kali ini ketakutan itu membuatkan dirinya separuh mati. Dia amat mengenali tempat tersebut, tempat yang menghantuinya saban hari enam tahun lalu. Tempat di mana segala-galanya bermula.

"Sayang, Fariq ada bawa makanan ni. Jom makan," laju dia berpusing ke arah suara itu.

Jantungnya berdegup pantas dengan peluh sejuk yang mula bertapak di dahi. Fariq yang muncul bersama dulang makanan di tangan itu mendekatinya. Aqillah gugup. Dia hanya mampu memandang dengan mata yang sudah berair.

"Kenapa sayang menangis ni? Sayang gembira dapat jumpa Fariq ke? Akhirnya, dapat juga kita berdua kan, sayang?" Fariq berkata lembut sambil mengelap air matanya lalu membuka ikatan di mulutnya.

Walaupun takut, sentuhan itu terasa bagaikan api baginya. Api yang memanaskan hati yang kian menggelegak kerana di sentuh sesuka hati.

"Meh, Fariq suapkan," lelaki itu mula menyuapkan bubur di dalam mangkuk. Dia laju berpaling. Giginya diketap.

"Sa- saya tak lapar," dia cuba menipu dalam gentar tetapi perutnya mengkhianati dengan bunyi yang dikeluarkan.

Mana taknya, dia tidak sempat memasak untuk berbuka pun. Geram dirinya ketika itu.

"S- saya tak lapar!" dia menegaskan.

"Janganlah malu-malu, sayang. Kesian perut tu. Allah cakap berdosa kita dera badan sendiri," kata-kata Fariq membuatkan dia terkesima.

Timbul sebentar rasa sedih buat lelaki itu. Berilmu tetapi sayang..

"S- saya nak makan sendiri," Aqillah memberanikan diri.

Dia teringat bahawa orang seperti ini perlu dilayan baik dan harus diikuti kehendaknya. Harus menggunakan psikologi songsang untuk mengawal mereka. Dia perlu mencari kesempatan yang boleh menyelamatkan dirinya kerana saat itu, seluruh badannya terikat kemas pada kerusi yang sedang diduduki.

"Ala, takpe lah. Biar Fariq suapkan. Mesra sikit."

"Bagilah saya m- makan sendiri. Nanti b- boleh saya s- su- suapkan kat awak."

Bencinya!

"Betul ni?"

"Betul," lembut dia berbicara dalam debaran. Amarah dan takutnya cuba disimpan. "Sayang tak tipu?"

"Tak," keyakinannya naik sedikit.

Terima kasih, Ya Allah.

"Kalau macam tu, tunggu kejap," Fariq berkata seraya meletakkan mangkuk tadi ke dalam dulang dan mula membuka ikatan di tangannya. Dia bersyukur kerana rancangan pertamanya menjadi.

"Terima kasih," dia berkata selepas ikatan ditangannya terlerai.

"Takde apa-apa lah, sayang. Cepatlah makan." Fariq menghulurkan mangkuk itu kepadanya. Dia menyuapkan sesudu ke dalam mulutnya. Payah ditelan.

"S- sedap,"dia memuji.

"Ya ke? Saya masak sendiri," Fariq tersengih dan dia cuba memberikan senyuman.

"Nah, b- buka mulut," dia menyuapkan pula kepada Fariq.

Terketar-ketar tangannya saat itu. Fariq tiba-tiba memegang tangannya supaya tidak menggigil. Dia tersentap dengan sentuhan tersebut. Sekali lagi api kemarahannya muncul tetapi cuba ditahan supaya tiada perkara buruk yang berlaku. Lelaki itu tersenyum setelah menelan bubur itu dan dia cuba membalas senyuman tersebut tetapi terasa kelat. Aqillah menarik nafas dalam-dalam. Degupan jantung yang terlalu laju itu cuba diperlahankan.

Astaghfirullahal'azim.

"Fariq," dia memulakan misi psikologinya walaupun dadanya masih berombak kencang.

"Ya, sayang?"

"Fariq s- sayang Qilah, kan?"

"Mestilah."

"Fariq n-nak hidup dengan Q- Qilah, kan?" dia menelan liur.

"Nak sangat-sangat! Kita kan tengah hidup sekali ni?"

"A'ah. B- betul tu. Tapi- takkan kita nak t- tinggal dekat sini kot?"

"Betul jugak tu. Nanti dah bukak sekolah, semua budak-budak mesti datang sini. Kacau lah. Qilah nak Fariq bunuh dia orang ke?"

"Eh, tak, tak! Jangan! Janji dengan Qilah, Fariq takkan apa-apakan dia orang?" degupan jantungnya naik senoktah.

"Ala, kenapa?"

"Fariq sayang Qilah, kan? Janji cepat!"

"Ye la, Fariq janji," lega dirinya biarpun jawapan itu seperti acuh tak acuh.

"Kalau macam tu, kita nak tinggal dekat mana?"

"Kita kena k- keluar dari sini."

"Tak nak! Nanti Qilah balik rumah!"

"Qilah j- janji Qilah akan tinggal d- dengan Fariq."

"Betul? Qilah tak tipu?"

"Betul. Tapi, sebelum t- tu Fariq pun kena j- janji juga dengan Qilah."

"Apa dia?"

Bismillahirrahmanirrahim.

"Fariq kena s- serah d- diri dekat p- po- polis dulu," tersekat-sekat suaranya kerana terlalu takut.

"Apa?? Tak nak!" lelaki itu mula bangun berdiri.

Aqillah gentar tetapi perasaan itu pantas disimpan kemas-kemas. Dia perlu berjaya meyakinkan Fariq.

"Qilah tipu Fariq, kan? Qilah nak sumbat Fariq dalam penjara lepas tu Qilah nak hidup senang lenang dengan Haikal, kan? Fariq tau! Dia tu mengganggu hidup kita je! Fariq kena bunuh dia!" lelaki itu mula berjalan menuju ke arah pintu.

Dia jadi tidak tentu hala. Dia memang sudah silap langkah. Dia berdoa tanpa henti supaya diberikan pertolongan daripada yang Maha Esa.

"Fariq! Tunggu dulu! Haikal s- siapa?" Aqillah mencuba dan lelaki itu terhenti lalu berpaling memandangnya. Mata yang penuh dendam itu membuatkan perutnya kecut.

"Suami Qilah lah!"

"Suami? B- bila Qilah ada s- suami?"

"Risa bagitahu Fariq, dia suami Qilah. Fariq tau lah."

"Sebab tu ke Fariq langgar dia?" spontan sahaja soalan itu keluar dari mulutnya.

Nama rakan kesayangannya, Arissa pantas menggamit pilu di hatinya. Tetapi ia bertukar menjadi amarah apabila disebut oleh pembuatnya.

"Dah dia bising sangat. Fariq geram lah. Lepas tu boleh pulak dia ugut Fariq jangan jumpa Qilah lagi. Memang salah dialah," panas hatinya mendengar penjelasan yang tidak masuk akal itu.

Meruap-ruap kemarahannya saat itu namun disimpan kemas. Dia perlu memikirkan jalan keluar yang sempurna daripada mengambil tindakan melulu. Nafas dalam ditarik sebelum dilepas perlahan.

"Risa tipu Fariq tu. Dia t- takut Fariq apa-apakan Qilah, s-"

"Tipu! Qilah tipu Fariq jugak, kan? Dia memang suami Qilah! Fariq dah check!"

"Betul, Fariq! Qilah t- tak tipu. Dia b- bu- bukan s- suami Qilah," air matanya gugur kali ini.

Jika tadi bimbangkan kawannya, kini lebih sukar kerana perlu menafikan kebenaran yang nyata. Betapa dia membenci lelaki di hadapannya itu.

Ya Allah! Sesungguhnya hambamu ini telah melakukan satu dosa besar. Kumohon Kau ampunkanlah dosaku ini..

Hatinya diruntun pilu mengenangkan orang-orang yang disayanginya tetapi cuba ditabahkan diri.

"Siapa Haikal?" Aqillah bertanya lagi dengan lebih yakin. Air mata diseka pantas.

Fariq memandang serong padanya namun mula menghampirinya semula. Dia lebih rela nyawanya dipertaruhkan daripada orang yang disayangi menjadi mangsa kerananya.

"Betul Qilah tak kenal dia?"

"Betul. First time Qilah dengar nama dia tadi."

"Habis tu, kenapa Qilah suruh Fariq serah diri?"

"Ye lah. Fariq dah pukul pengawal dekat rumah makcik Qilah tadi. Kesian abang tu."

"Fariq pukul guna kayu baseball je. Dia tak mati punya lah," jawapan itu menambahkan lagi perasaan marah yang ada pada lelaki itu.

Sedap je jawab. Kalau dia yang kena, baru nak merengek!

"Kalau ya, macam mana?"

"Tak. Tadi Fariq dah check nadi dia. Normal je."

"Betul?"

"Betul, Qilah."

"Tapi, macam mana kalau dia buat laporan polis cakap Fariq cuba bunuh dia? Kan susah. Nanti lagi lama Fariq kena penjara."

"Ye ke?"

"Ye lah. Nanti lagi lambat kita dapat hidup sekali."

"Fariq kena pergi sekarang ke?"

"A'ah. Jom, Qilah teman."

"Tak nak lah. Fariq takut."

"Qilah kan ada. Fariq nak takut apa?"

"Takpe ke?"

"Y-"

"Perhatian! Perhatian kepada Muhammad Fariq bin Zamri, sila serahkan diri anda sekarang. Kami telah mengepung kawasan sekeliling. Anda diminta untuk serahkan diri dan melepaskan tebusan," kedengaran suara seorang anggota polis dari pembesar suara.

"Siapa yang panggil dia orang? Qilah tipu Fariq ke?" lelaki itu bertindak dengan mengeluarkan sebuah pisau belati yang dihalakan ke arahnya. Mata Fariq penuh dendam. Kecut terus perutnya melihatkan itu.

Ya Allah. Ya Allah!

"F- Fariq, sabar. Macam mana Qilah dapat panggil dia orang? Fariq dah ambil telefon Qilah semua. Qilah tak sempat nak telefon sesiapa pun," dia berkata jujur dalam ketaran.

Mata Fariq sedikit keliru.

"Betul kan apa yang Qilah cakap?"

"H- habis tu, siapa yang panggil? Ni mesti Haikal! Jahanam!"

"Haikal siapa Fariq? Fariq asyik sebut nama dia je."

"Jangan tipu!" kelantangan suara lelaki itu membuatkan nyawanya hampir melayang.

Ditambah pula dengan pisau yang tepat diacukan padanya. Dia diam tanpa suara. Ketakutan jelas terpancar di matanya. Hanya tinggal Allah sahaja tempat untuk dia meminta pertolongan saat itu.

"Sila serah diri sekarang! Jika tidak, kami akan menceroboh masuk!" polis memberi amaran yang kedua dengan lebih keras.

Eh? Tu bukan suara Haikal ke? Apa dia buat dekat sini? Bahaya!!

Fariq dilihatnya tidak tentu arah. Lelaki itu membuka ikatan di badan serta kakinya dan mula menariknya keluar dari situ. Dia pula yang jadi tidak tentu arah apabila mengenangkan Haikal yang juga berada di luar. Doanya makin laju pada Yang Maha Memberi Pertolongan.

Matanya meliar mencari Haikal sebaik sahaja mereka keluar tetapi lelaki itu tidak dijumpainya. Sebaliknya, wajah ayah dan abang Amir yang dapat ditangkap dicelahan anggota-anggota polis. Wajah mereka masing-masing menunjukkan reaksi marah dan takut buat dirinya. Timbul rasa bersalah yang amat sangat dalam hatinya kerana menyusahkan mereka.

"Jangan bergerak! Kalau tak, dia mati!" Fariq berkata pada anggota polis yang sudah mengelilingi stor sukan tersebut.

Aqillah tidak henti-henti mengucap saat pisau itu dihalakan pada lehernya. Beberapa inci sahaja lagi pisau itu daripada mengelar lehernya. Hanya Allah saja yang tahu betapa ngerinya dia rasa saat itu. Bagaikan malaikat maut sudah datang untuk menjemputnya pulang. Urat halkumnya begitu terdedah buat tatapan pisau tersebut. Jika saat itu dia ditakdirkan untuk pergi, dia memohon agar Allah S.W.T memelihara orang-orang yang dikasihinya supaya mereka sentiasa di bawah perlindungan agama-Nya yang suci dan lurus.

"Bertenang. Jangan bertindak terburu-buru," polis cuba menenangkan Fariq.

"Fariq, Fariq," serak suaranya memanggil lelaki itu.

Dia tidak boleh berputus asa. Tiada istilah putus asa dalam Islam, agama yang disanjungnya.

"Sabar. Dengar Qilah cakap ni dulu."

"Hah? Apa dia?"

"Masa ni lah Fariq nak serahkan diri. Kalau Fariq buat macam ni, macam mana kita nak hidup sekali?"

"Apa maksud Qilah?"

"Ye lah. Antara Fariq b- bu-bunuh Qilah," dia menelan air liur yang terasa amat kelat.

"Ataupun Fariq kena tingkap."

"Tapi serah diri, Fariq kena tingkap juga."

"Tapi kalau Qilah tak tuduh Fariq apa-apa, takpe. Ya?"

"Habis, pengawal tu?" lelaki itu bertanya lagi. Pisau belati dilehernya menjauh.

"Qilah cakap lah dekat dia nanti. Pengawal tu baik dengan Qilah. Mesti dia memahami punya. Fariq s- sayang Qilah, kan?"

"Sayang."

"K- kalau macam tu, mesti Fariq nak h- hidup s- sekali dengan Qilah, kan?"

"Mestilah."

"So, Fariq k- kena lah ikut cakap Qilah. Fariq s- serah diri, eh?"

"Macam mana?"

"Le- lepaskan pisau tu dulu. Fariq tak nak Qilah sakit, kan?" Aqillah berdoa agar lelaki itu mendengar kata-katanya kali ini.

"Tak nak!"

Dia gugup. Nafas ditahan.

"Tak nak Qilah sakit," perlahan-lahan Fariq melepaskan pisau belati tersebut.

Sebaik sahaja pisau itu jatuh, Fariq terus hilang dari sisinya. Kakinya longlai dan dia jatuh terjelepok di situ. Tangannya yang menahan tanah menggeletar tak ingat. Tak sangka yang dia sebegitu takut.

Alhamdulillah, ya Allah. Alhamdulillah!

"Lepaskan aku!! Kau tipu aku, Qilah!!" lantang suara Fariq memarahi.

Dia melihat lelaki itu meronta-ronta dalam kerumunan polis disekeliling lelaki itu. Dia perasan yang ayahnya dan abang Amir ada bersama anggota polis di situ.

Haikal? Mana Haikal?

Mata dia liar mencari dan terhenti pada satu susuk yang sedang kuat menghempap badan Fariq yang cuba melepaskan diri.

"Qilah!! Tak guna kau Haikal!!" kuat Fariq berteriak membuatkan dia pantas menekup telinga.

Suara lelaki itu menakutkannya. Membuatkan dia jadi tak tentu hala.

"Qilaah!!!!"

"Tak, tak. Bukan Qilah. Bukan Qilah," dia sudah menggeleng-gelengkan kepala.

"Cik, mari ikut saya. Kita perlu rawat luka dekat tangan cik," seorang paramedik wanita yang dia tidak sedar berada disebelahnya berkata.

"Bukan saya, bukan saya," dia sudah merintih pada wanita itu.

Apa kau cakap ni Qilah? Malu kat orang ni lah!

"Ya, cik. Bukan cik, bukan," wanita itu seakan memujuknya sambil menolongnya bangun dan memapahnya ke arah sebuah van medik.

Dia memandang setor sukan itu lama. Teringat kisah silam yang saban hari menghantuinya beberapa tahun yang lalu. Di situlah tempat pertama Fariq mengugutnya. Lelaki itu masuk dan mengunci setor sukan itu ketika dia sedang meletakkan alatan-alatan sukan yang sudah digunakan. Lelaki itu menyatakan perasaan suka kepadanya tetapi dia menolak. Tindakan itu menyebabkan Fariq bertindak ganas dengan menolaknya jatuh sehingga sikunya berdarah. Melihatkan itu, Fariq mula menghampirinya.

"Qilah. Awak tak apa-apa ke? Macam mana boleh berdarah ni?" ayat tersebut masih diingatinya sehingga ke hari ini.

Apabila dia menjauhkan diri, lelaki itu mula naik marah. Tetapi dirinya diselamatkan apabila terdapat pelajar lain yang bising kerana ingin mengambil peralatan sukan di bilik tersebut. Mereka membawanya ke klinik sekolah saat melihat lukanya dan Fariq hilang entah ke mana.

Dia menggenggam erat selimut yang menyelimuti tubuhnya apabila badannya menggigil. Lelaki itu sudahpun dibawa pergi oleh anggota polis sebentar tadi. Ke mana? Dia juga tidak pasti. Mungkin ke balai polis. Haikal dia tak tau sudah hilang ke mana bersama abangnya. Hanya ayahnya sahaja yang berjumpa dengannya sebelum dipanggil untuk membuat kenyataan.

"Ok, dah siap. Cik dah boleh balik lepas ni," paramedik wanita yang dari tadi membelek dan membalut dirinya berkata.

"T- terima kasih," dia berkata perlahan pada wanita yang sedang mengemas peti kecemasan disebelah.

"Sama-sama, cik."

"Ti, ayah dia dah siap," seorang lelaki memakai seragam polis menghampiri mereka.

"Hah? Sekarang ke?"

"Apesal? Ok je aku tengok dia ni?"

"Nampak je mac-"

"Cik, boleh saya tanya cik beberapa soalan?"

"Hah? Err.. O- ok."

"Tengok? Dia ok je lah. Hmm, cik, cik kenal ke lelaki yang culik cik tu?"

"Saya.... Satu sekolah dengan dia."

"Oh, kenal lah? Kawan?" pantas dia menggeleng.

"Hmm.. boyfriend?" terpempan dia mendengar tekaan itu. Semakin laju kepalanya bergerak.

"Tak ju-"

"Lan! Biar aku tanya. Cik, dia.. minat cik ke?" pertanyaan itu membuatkan dia mengetap gigi. Pandangannya lekat ke tanah.

"Hmm, betullah tu. Sebab tu dia pilih tempat ni? Sekolah cik dulu?" ejen lelaki itu bertanya lagi dan dia mengangguk sekali.

"Kenapa dia pilih setor sukan tu? Ada apa-apa sebab istimewa?" badannya terus saja menggigil.

"Hmm. Ada apa-apa yang pernah jadi ke dekat situ?" dia diam membisu.

"Dia apa-apakan cik?" badannya menggerenyet pada pertanyaan itu.

"Lan, kau jan-"

"Dia sentuh cik? Cuba nak ro-"

"Tak. Tak! Tak!!" dia sudah menggeleng-gelengkan kepala.

"Dia paksa cik? Tu ke yang bu-"

"Lan!!"

"Apahal ni?" satu suara tajam bertanya.

Haikal?

"Oh, encik Haikal. Saya tengah soal siasat isteri encik pasal kejadian tadi."

"What the f- What do you think yo-"

"Haikal...." mulut Aqillah tiba-tiba memanggil perlahan dan Haikal memandangnya.

"Ya Allah, Qilah!" Haikal menerpa ke arahnya dan pantas memeluknya.

Dia terpempan dengan tindakan Haikal. Namun dibiarkan saja kerana dia keliru waktu itu. Pelukan Haikal membuatkan dia lega dan rasa selamat.

"Dah, dah. Jangan nangis. Saya yang salah, Qilah. Saya minta maaf," Haikal memujuknya.

Erk! Aku nangis ke?

Aqillah memegang pipinya yang basah.

Apahal ni?

Dia tidak puas hati. Namun, makin laju pula air matanya turun.

Err..

"Syy. I'm so sorry, love. I'm sorry I failed to protect you this time. I'm sorry," Haikal berkata lagi sambil mengeratkan pelukan pada tubuhnya.

Erk! Apa aku nak buat ni?

Dia keliru sekejap tetapi tubuhnya tidak sepakat dengan fikirannya. Dia semakin kuat menggenggam baju Haikal dan semakin teresak-esak menangis.

Ah, sudah!

"Ibuuuu, buka puasa menu apa hari nii?" Aqillah memeluk ibunya yang sedang memasak dari belakang.

"Hmm, hari ni ibu buat daging black pepper dengan ayam panggang. Ok tak?" ibu melirikkan mata padanya.

"Hmm, sedapnyaaa. Mestilah ok! Dah tak sabar nak makan dah ni. Hehe."

"Isy, dia ni. Makruh tahu," mama yang sedang menyiang sayur menegurnya sambil tersenyum. Aqillah hanya tersengih-sengih pada ibu mertuanya itu. Sejak kejadian beberapa hari lalu, dia mula tinggal di rumah ibunya atas suruhan Haikal. Sudah ditegaskan yang dia tak apa-apa tetapi pendapatnya seperti biasa tidak diendahkan. Mama dan ibunya juga bersetuju dengan cadangan Haikal. Dia sedikit geram kerana pendapatnya tak diambil kira tetapi juga lega kerana dia ngeri tiap kali memandang pagar rumah keluarga Haikal. Mama yang baru pulang semalam datang ke rumah untuk sama-sama berbuka puasa.

"Assalamualaikum," suara Haikal yang menyahut dari muka pintu kedengaran. Hatinya sedikit gembira.

"Ha, Qilah. Haikal dah balik tu. Pergi tengok."

Nak tak nak, dia pergi juga ke depan memandangkan mamanya yang meminta. Haikal dilihat sedang menanggalkan kasut di tepi rak depan pintu.

"Waalaikumussalam, encik Haikal," dia menjawab dan Haikal mendongak sambil menguntumkan senyuman yang dia semakin sukai.

"Eh, mana kuih cara berlauk??" pantas dia bertanya apabila perasan Haikal tidak membawa sebarang plastik.

"Alamak, saya lupa!" Haikal menepuk dahi. Serta merta dia memuncungkan bibir.

"Suruh beli tu sikit pun tak ingat. Kesian perut ni," Aqillah mengomel sendirian.

"Budak nii, cepat je nak merajuk. Ada dalam kereta. Saya lupa bawa turun."

"Hah? Ya? Cakaplah awal-awal lain kali. Kunci kereta?" dia mendekati Haikal yang menyerahkan kunci padanya. Dia berlalu untuk ke luar rumah.

"Eeeh, kejap, kejap," Haikal sempat meraih pinggangnya sebelum dia dapat melintasi lelaki itu. Segera dia melepaskan diri.

"Kenapa?" mukanya tak puas hati.

"No any of this?"

Dia menyambut tangan yang dihulur Haikal. Rutin harian yang diwajibkan suaminya. Dan dahinya diisi bibir Haikal sebelum sempat dia melarikan diri. Muka geramnya semakin ketara. Dia masih belum punya cara untuk menggelakkan diri daripada ciuman itu. Setiap kali pun mesti dia gagal.

"Huh!!" dia berkata geram pada Haikal yang sedang tersenyum manis.

"Wanginya diaa."

"Memang wangi pun! Bukan macam awak. Tak wangi!!" dia berkata dan berlari-lari anak keluar rumah. Ingin lari dari gelakan Haikal padanya.

Tak makan saman dari dulu sampai sekarang. Kalau dia macam dulu lagi kan bagus. Takda nak amb- Opps!

"Astaghfirullahal 'azim. Astaghfirullah," dia segera beristighfar.

"Ni dah kenapa cakap seorang-seorang ni?"

"Ya Allah!! Abang Amir nii!! Terkejut Qilah."

"Lah, abang takda niat nak terkejutkan Qilah pun."

"Assalamualaikum," dia berkata sinis sambil menyalam tangan abangnya.

"Oh, lupa. Heh. Waalaikumussalam."

"Ayah mana, bang?"

"Dah masuk dah tadi. Tu la. Kamu dok berangan. Mana nak perasan. Haikal dah balik, kan?"

"Dah!! Semua nak mengenakan orang je. Hisy!" dia berkata tak puas hati sambil meninggalkan abang Amir yang terkebil-kebil memandangnya.

"Qilah, saya dah siap mandi," Haikal memberitahu dirinya yang sedang menonton televisyen.

"Mmm."

"Cepat mandi. Busuk!" Haikal berkata padanya sambil menukar siaran televisyen kepada perlawanan bola sepak. Dengan muka bosan, dia bangun dari kerusi.

"Untuk pengetahuan awak, saya SEN-TI-A-SA wangi!"

"Ye budak wangi. Pergi bersihkan diri awak sekarang," Haikal yang sudah duduk di sofa dengan tuala bersangkut di leher menjawab acuh tak acuh.

"Nak pergilah ni!" dia menjawab sambil mengambil tuala dan baju yang sudah diletakkan di atas katil.

Dia kemudian menuju ke kamar mandi sebelum pandangannya gelap. Langkahannya terhenti dan dia mula gelabah.

"Haikal?"

"Ya, saya dekat sini. Takda elektrik ke? Baru nak tengok bola."

"Tak tau. Ye lah kot. Awak dekat mana ni??" Aqillah sudah meraba-raba kawasan sekeliling sebelum satu tangan menyambut tangannya yang bergerak ke sana ke mari.

"Saya dekat sini. Awak tunggu sini kejap. Saya pergi cek dekat luar."

"Nak ikut."

"Lah, bilik ibu sebelah je. Kejap."

"TAK NAK!" dia keras memprotes.

"Ya Allah. Ye, jom, jom."

"Qilah? Haikal? Ok tak?" kedengaran suara risau ibu di sebalik pintu.

Dia tidak tahu kenapa tetapi selepas kejadian hitam itu, dia menjadi semakin penakut. Gelap bukan saja membutakan matanya, malah turut membuatkan dia panik dan tak tentu hala. Sebab itu dia erat memegang lengan Haikal ketika lelaki itu berjalan untuk membuka pintu bilik.

Err, lebih kepada mencengkam kot.

"Ok, bu. Short circuit ke, bu?" Haikal bertanya selepas pintu di buka.

"Entah lah. Tadi ayah pergi cek katanya tak."

"Mmm."

"Oh. Ni ha torch- Lah, budak ni. Yang dok cengkam lengan Haikal tu kenapa?" pertanyaan ibu membuatkan pipinya merah.

"Man- mana ada cengkam. Qilah pegang je," dia memprotes sambil mengendurkan sedikit pegangan pada lengan Haikal.

"Mm, ye lah. Dah, ibu nak turun bawah kejap," ibu berkata sebelum berlalu ke tangga. Haikal kembali menutup pintu bilik.

"Eh, Qilah. Awak ada bau busuk tak?"

"Hah? Bau busuk? Bau apa?? Bau kemenyan ke???"

"Lah. Dalam banyak-banyak benda, kenapa mesti kemenyan juga yang awak fikir?" Haikal ketawa kecil.

"Err..."

"Hahaha. Ya Allah, budak nii. Mana ada hantu time bulan Ramadhan ni. Saya maksudkan awak yang berbau tu. Tak mandi lagi."

"Oh. Mm. Eh! Mana ada saya busuuuuukk!!!"

"Hahaha. Pekak telinga saya awak jerit, Qilah."

"Err, sorry. Cepatlah on torchlight tu!"

"Ye, ye. Ha, dah on dah. Macam mana? Takut lagi?" dia memuncungkan bibir pada kata-kata itu.

Muka Haikal yang sedang ketawa dalam malap lampu suluh itu membuatkan dia sedikit lega.

"Dahlah! Saya nak mandi!"

"Oh, dalam gelap ni? Awak berani ke?" Haikal memandangnya sambil mengangkat-angkat kening. Senyum mengusik lekat dibibir suaminya itu.

"Torchlight kan ada! Hisy, nak kenakan orang je tahu," dia merungut sambil mengambil lampu suluh yang diberikan Haikal.

Dia kemudian berjalan ke bilik air tetapi sesampai saja di depan pintu kamar mandi itu, dia berhenti. Air liurnya ditelan.

Penakutlah kau ni, Qilah!

"Awak tak pergi man-"

"Awak nak saya tem-" mereka berkata serentak.

"Tak," serentak juga mereka menjawab.

"Err, awak tunggu dekat luar ni tau?"

"Baik, budak busuk."

"Mana ada saya busuk! Huh!" dia membalas geram dan pantas masuk ke kamar mandi.

Pintu dikunci dan dia meletakkan lampu suluh di atas rak sabun. Bilik malap itu diamatinya dan bayang-bayangnya membuatkan dia kembali kecut perut.

Kau ni, Qilah. Hampeh sungguh!

"Haikal?"

"Ya, kenapa?"

"Err, takda apa-apa. Awak.. tengah buat apa?"

"Takda buat apa-apa pun. Awak?" dia terkedu saat Haikal bertanya. Mana taknya, dia sedang menanggalkan bajunya ketika itu.

"Mana ada saya buat apa-apa!!" dia memarahi.

"Err, ok," suara keliru Haikal membuatkan dia rasa bersalah.

"Sorry."

"Mmm."

Suasana sunyi tanpa suara. Hanya bunyi air pancur yang menemani mandinya ketika itu. Aqillah sudah mula menyabun badannya ketika ketakutannya mula kembali.

"Haikal?" dia memanggil.

Tiada jawapan.

"Haikal??" ditinggikan suara takut-takut Haikal tidak mendengar. Tetap sunyi.

Aqillah panik. Segala pergerakannya menjadi semakin laju. Dia terkocoh-kocoh menutup air dan mengambil tuala untuk mengelap badan. Selama itu juga dia sentiasa menyahut nama suaminya.

"Haikal? Haikal? Haikal?" akhirnya dia berputus asa untuk memakai seluar dan hanya menyarung tuala. Pantas dia mengambil lampu suluh dan keluar dari situ.

"Haikal??" dia menyuluh tak tentu hala ke sekeliling bilik.

"Ya Allah, Qilah. Kenapa ni?" Haikal yang berada di depan pintu bilik bertanya dengan muka terkejut sebelum kawasan bilik mereka menjadi terang benderang. Lelaki itu menutup pintu bilik dan mula mendekatinya.

Dia dapat rasakan mukanya ingin menangis saat terpandangkan suaminya itu.

"Awak tipuuuuuu!!" dia berkata sebelum kakinya longlai dan dia disambut Haikal sebelum jatuh terjelepok.

"Sorry, sorry. Ayah panggil tadi kata black out. Dia salah tengok."

"Awak tipu. Kata nak tunggu. Tipu."

"Sorryyy. Ni kenapa bertuala je ni? Mana seluar?" dia yang sedang duduk di hadapan Haikal terpempan.

Lupa terus pasal itu. Refleks, dia menolak Haikal tetapi lelaki itu hanya terkebelakang sedikit sahaja.

"Ya Allah. Tengok baju awak tu? Basah," Haikal berkata lagi dan dia memandang diri sendiri.

Err.. rasa tadi macam dah kering dah badan aku lap.

"Budak ni laa. Tunggu kejap," Haikal berdiri dan menuju ke almari baju untuk mengambil sehelai tuala sebelum kembali duduk dihadapannya.

Lelaki itu mula mengeringkan rambut yang dia baru perasan masih menitiskan air.

"Err, biar saya buat sendiri," dia malu. Haikal memegang tangan yang dia angkat untuk mengambil tuala dan diletakkan ke ribanya semula.

"Tak payah. Biar saya tolong. Nanti basah lagi lantai ni."

"Saya tak sengaja. Semua salah awak. Siapa suruh awak pergi tadi. Awak dah janji dah tadi!"

"Iye, saya yang salah. Saya minta maaf. Will you forgive me, my love?" dia mencebikkan bibir pada Haikal.

"Boleh. Tapi awak kena tunggu saya tidur dulu baru awak tutup lampu."

"Bukan selama ni pun macam tu ke?"

"Err, tu sebab awak mengaji. Takkan saya nak tutup lampu time tu kot," dia memprotes.

Teringat pada Haikal yang setiap malam mengaji selepas mereka pulang dari solat tarawih di masjid. Melodi tidurnya setiap malam. Dia sangat suka mendengar tilawah Al-Quran Haikal. Lelaki itu memang betul-betul mendengar nasihatnya untuk menghabiskan satu Al-Quran dalam sebulan Ramadhan ini untuk arwah ayah. Aqillah memegang dahinya apabila satu ciuman hinggap di situ. Pantas dia memandang serong pada Haikal.

"Ambil kesempatan!!"

"Dah siapa suruh awak berangan."

"Ma- mana ada!!"

"Yeee, awak tak berangan. Dah pergi pakai seluar."

"Huh!" dia bangun dan menghentakkan kaki sebelum berlalu ke bilik air. Tangannya terkocoh-kocoh mencapai tuala yang sikit lagi nak tertanggal.

"Hahaha. Tu la. Marah lagi dekat suami sendiri," Haikal mengejeknya.

Ramainya orang di pusat belah belah itu mengkagumkan Aqillah. Semua pakat membeli persiapan untuk Syawal yang akan menjelang tiba. Dia menunggu Haikal yang sedang membayar di kaunter untuk baju Melayu yang baru dipilih. Baju kurung untuknya juga sudah dibeli. Dia tersenyum pada Haikal yang sedang berjalan menuju ke arahnya.

"Dah?" dia bertanya.

"Dah. Ada nak beli apa-apa lagi tak?"

"Tak. Dah tak larat nak jalan dah."

"Okay, then. Let's go home," Haikal berkata sambil mengambil beg plastik yang dia pegang.

Mereka menuruni eskelator untuk ke tempat parkir kereta. Aqillah menghampiri mesin membayar parkir sambil mengeluarkan kad dan dompet dari beg yang digalas.

"Saya pergi ambil kereta jap. Awak tunggu sini."

"Hah? Err, tunggulah kejap."

"Lah, dekat luar tu sikit je. Awak pusing belakang, dah boleh nampak kereta."

"O- ok."

Aqillah memandang Haikal yang keluar dari bangunan menuju ke kereta sebelum memasukkan kad ke dalam slot pada mesin dihadapannya.

"The fee is one ringgit. The fee is one ringgit."

"Hahaha," dia tergelak sendiri mendengar mesin itu menyebut 'ringit' dan bukannya ringgit.

"The fee is one ringit. The fee is one ringit," dia mengajuk sambil mengeluarkan wang kertas seringgit daripada dompetnya.

"The fee is one ringit," Aqillah terpempan apabila satu suara garau turut mengajuk.

Refleks, dia berpaling ke belakang untuk melihat. Darah terasa bagai menyimbah ke muka.

"Hai, sayang."

Bulu romanya meremang mendengar sapaan ngeri itu. Nafasnya mula naik turun. Tak tentu hala.

Ya Allah!

Haikal yang dilihat semakin menjauh cuba dipanggil.

"H....." suaranya tidak terkeluar.

"Sayang nak panggil siapa? Nak Fariq panggilkan?" Fariq berkata lagi sambil menapak selangkah ke arahnya.

"H.. Haikal!" perlahan keluar dari kerongkongnya tetapi satu kemajuan. Dia mencuba lagi.

"Haikal!!"

"Ni Fariq lah, sayang. Bukan Haikal."

"Haikal!!!" suaranya kini semakin kuat menjerit. Muka Fariq sedikit geram namun Haikal masih tetap tidak mendengar panggilannya.

"Haikal!!! Haikal!!!"

"Sayang! Jangan buat Fariq marah," Fariq yang bengang semakin dekat.

"Haikaal!!!" dia menjerit dengan seluruh tenaga yang dia ada dan ketika itu juga Fariq meluru kearahnya.

"Qilah!" suara cemas Haikal kedengaran.

Dia keliru. Haikal tetap juga menjauh dan Fariq semakin mendekatinya.

Ya Allah! Selamatkan hamba-Mu ini!

Air matanya sudah mengalir keluar.

"Haikaaaaal!!!!" dia tetap kuat menjerit pada Haikal yang semakin menghilang sebelum jatuh terduduk dan menutup mata menunggu Fariq yang sudah mengangkat penumbuk.

"Qilah! Qilah! Bangun!" suara bimbang Haikal sekali lagi kedengaran.

Dia masih tetap menutup mata sambil memeluk lutut. Menunggu pukulan daripada Fariq tetapi badannya tidak merasa sebarang kesakitan.

Haikal sempat tahan Fariq ke?

Dia keliru. Lambat-lambat dan takut-takut, dia membuka matanya sedikit.

"Qilah! Awak dah jaga ke?" muka panik Haikal kelihatan lega.

"Fariq! Fariq mana?" dia segera melihat sekeliling sambil menggoncang bahu Haikal.

"Qilah, awak mimpi. Awak mimpi," Haikal menerangkan.

Mimpi? Lawak apa Haikal cakap ni? Sumpah dia depan aku tadi. Takkan aku tipu pulak!

"Tak, Haikal!! Dia ada tadi. Dia nak serang saya!"

"Shhh. Qilah, Qilah. Dengar sini," Haikal mencapai tangannya yang masih terhuyung-hayang ke sana ke sini. Tangannya kemudian digenggam erat supaya tidak dapat digerakkan.

"Betul, Haikal! Dia ada tadi. Kita kena repot polis, Haikal!"

"Dia dah kena tangkap, Qilah. Dia t-"

"Dia lari! Dia lari, Haikal! Kita kena repot polis balik, Haikal!!" air matanya sudah mula turun.

Kenapa susah sangat Haikal nak percaya cakap aku??

"Qilah!! Dengar sini!!" Haikal lantang bersuara membuatkan dia terkedu.

Dia memandang Haikal yang sedang tenang memandangnya.

Macam mana Haikal boleh tenang pula ni!! Dia tak faham ke? Kita kena repot polis sekarang!!

Walaupun memprotes dalaman, dia tidak berani bersuara. Hanya mengulum bibir sendiri.

"Budak ni lah," Haikal lembut berkata sambil mengelap pipinya yang dibasahi air mata.

"Awak mimpi, Qilah. Dah, dah, jangan menangis," Haikal berkata lembut padanya yang masih mengeluarkan air mata.

"Ta- Tap-"

"Takda tapi, tapi. Awak mimpi. Cuba awak pandang keliling betul-betul. Kita dalam bilik. Awak atas katil," Haikal menerangkan lembut sambil dia memandang keliling.

Jantungnya yang tadi berdegup kencang mula perlahan sedikit demi sedikit.

"F- Fariq m- memang takda? Dia tak l- lari?"

"Ya, sayang. Awak mimpi je."

"Ta- tapi tadi..."

"Shh. It's okay, love. It's okay. A nightmare. Only a nightmare," Haikal memujuknya sambil memeluk dan mengusap kepalanya perlahan.

Dia tahu perkara itu. Dia tahu itu hanya satu mimpi buruk yang kerap menghantuinya. Walaubagaimanapun, setiap kali mimpi itu datang, dia tidak dapat menolak daripada memikirkan situasi itu benar-benar terjadi. Dia menjadi tidak berdaya untuk melawan gangguan syaitan itu. Setiap kali juga Haikal perlu menjelaskan dan memujuknya agar dia nampak jalan untuk keluar daripada mimpi itu. Namun perasaan bersalahnya yang menggunung pada Haikal tidak pernah diungkapkan kerana takut kalau-kalau Haikal memberitahu yang lelaki itu sudah bosan menjaga dirinya yang semakin hari semakin lemah. Tidak pernah bertambah baik. Itu satu-satunya sebab yang membuatkan mulutnya berkunci rapat untuk meminta maaf pada suaminya. Satu-satunya orang yang tidak pernah gagal untuk menyelamatkan dirinya daripada Fariq. Sejak hari pertama perkenalan mereka. Berterima kasih juga dia tidak pernah. Walaupun sudah berada dihujung bibir. Dia tidak tahu mengapa. Hanya satu yang pasti, dia akan berbuat demikian satu hari nanti. Ketika dia sudah bersedia.

"La ilaha illaallah, la ilaha illaallah," perlahan kedengaran suara Haikal berlagu sambil tangan menepuk-nepuk belakang badannya. Air matanya yang sudah terhenti kembali laju mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience