BAB 8

Romance Completed 7293

"Waaah, segar gila udara kat sinii!!!" kakak Aqillah, Maisara berkata lantas menjerit ke arah laut yang terbentang luas memenuhi pandangan matanya.

"Hoi! Gila ke?" Abang Amir menegur kakaknya tetapi tidak diendahkan.

Di tepi pantai, Aqillah bermain dengan ombak yang mencecah kakinya. Udara nyaman yang menyapa pipinya diterima dengan senyuman manis. Ketenangan yang meresap ke setiap ruang tubuhnya menghilangkan segala masalah yang bermain di minda. Kasut dan cermin mata yang sudah dibuka, dipegang. Pasir seakan mengurut tapak kakinya yang kaku sewaktu duduk di dalam pesawat dan kereta yang membawa mereka ke hotel penginapan tadi. Tudung yang melitupi auratnya terbang bersama angin. Dia menarik nafas dalam-dalam. Melihat keindahan alam semula jadi yang indah, dia mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk menjelajahi dunia ciptaan Yang Maha Esa. Dia berjalan di sepanjang pesisir pantai dan menikmati setiap detik pengalaman indah itu.

"Nur Aqillah!" suara yang memanggil namanya terus melenyapkan rasa nyaman yang dirasai. Dia merengus geram. Haikal berada beberapa tapak dibelakangnya, tidak perasan bila lelaki itu mengikut jejaknya.

"Apa awak buat dekat sini?" dia bertanya dengan nada sedikit tidak puas hati.

"Macam awak. Menikmati keindahan alam di sini. And enjoying every second of it."

"Suka hati awaklah." Dia meninggalkan Haikal.

"Tapi saya suka menikmatinya bersama awak je, my fiancée," Haikal cuba menaikkan darahnya.

Dia segera mempercepat langkah, berusaha meninggalkan lelaki itu tetapi semakin laju dia bergerak, semakin dekat pula Haikal menghampirinya. Akhirnya, lelaki itu melepasinya dan dia berhenti. Dia mula berpatah balik.

"I can read your thoughts, you know," suara Haikal ditelinganya membuatkan bulu romanya meremang.

"Satu meter!" dia berkata tegas. Haikal terkesima. Tetapi memandangkan lelaki itu mudah memahaminya, Haikal berjalan seiringan dengan jarak satu meter daripadanya.

"Terima kasih," dia berkata lembut.

"Sama-sama, sayang," dia membuat muka geli ketika Haikal berkata begitu dan itu hanya mengundang tawa buat dirinya. Dia merengus geram.

"Dah lah. Saya nak masuk bilik," dia berkata kerana itu satu-satunya cara untuk dia mengelakkan diri daripada Haikal.

Di dalam bilik hotel, dia melihat kakaknya dan Kak Nina sedang mengemas baju mereka. Dia yang akan duduk sebilik dengan mereka turut menyusun bajunya di dalam almari. Mereka akan berada di situ selama empat hari tiga malam. Jadi, boleh tahan agak banyak baju yang mereka bawa bersama untuk percutian kali ini.

"Eh, dah tak dating dengan Haikal ke?"

"Ha ha ha. Lawak jugak, Kak Sara," dia menjawab sinis.

"Qilah, petang nanti nak pergi snorkeling. Nak ikut tak?" dia membuat muka pada kakaknya sebelum berkata,

"Mestilah Qilah ikut!"

"Best gila!!" Kak Sara yang baru muncul di permukaan air berteriak. Takjub dengan keunikan hidupan laut yang baru diterokai. Aqillah dan Kak Nina turut sama menyatakan rasa teruja mereka.

"MasyaaAllah, cantik sangat!!" kata Aqillah bersemangat.

"Betul, betul, betul," Kak Nina meniru gaya kartun Upin dan Ipin membuatkan mereka bertiga ketawa riang.

Setelah hampir dua jam mengagumi kecantikan batu karang dan pelbagai jenis ikan, mereka kembali ke bot untuk balik ke pantai. Sesampai sahaja di jeti, mereka berterima kasih kepada pengemudi bot mereka dan segera ke bilik air untuk membersihkan diri dan menukar baju. Setelah itu, mereka berjalan mencari tempat ahli keluarga mereka yang lain berada.

"Tadi, nampak tak Nemo? Cantik gilaa!! Kecik-kecik je," Aqillah mengingati kembali saat dia berada di dalam laut sebentar tadi.

Dari celah-celah batu karang itu, dia dapat melihat dua ekor ikan Nemo berenang riang. Tangannya cuba mencapai ikan tersebut tetapi seperti mimpi, ikan-ikan itu menghilang setelah gogal yang dipakainya dimasuki air dan dia terpaksa kembali ke permukaan untuk membuang air tersebut. Apabila dia kembali menyelam, ikan-ikan tersebut sudah tiada. Sedih hatinya ketika itu namun datang beberapa ekor ikan lain yang berwarna-warni membuatkan dia kembali gembira.

"Hah? Ada ke?? Kenapa Kak Sara tak nampak pun tadi. Kak Sara nampak yang kawan Nemo tu je, yang warna biru tu."

"Dory? Kenapa kau orang nampak semua tu? Tadi nampak timun laut je pun," Kak Nina berkata dengan muka masam dan mereka berdua ketawa melihat kakak Haikal itu merajuk.

"Alah, Nina. Kita orang tak nampak timun laut tu. Janganlah sedih sangat. Hehehe."

"Tu ha dia orang!" dia berteriak apabila nampak ibunya. Dari kejauhan, mereka melihat yang lain sedang bermain bola tampar pantai.

"Jom lumba jom," Kak Sara bercadang.

"Hah? Lari? Tak n-"

"Satuduatiga!" Kak Nina mengira laju dan automatik sahaja kakinya turut berlari pantas bersama mereka.

Dia yang pada awalnya ingin menolak kerana Haikal berada di situ ikut serta apabila kiraan Kak Nina membuatkan dirinya automatik bersedia. Keluhan lepas dibibirnya sebaik sahaja dia tiba di tikar keluarga mereka, satu kerana penat dan satu lagi kerana menyesal apabila Haikal didapati memerhatikan sahaja dirinya. Kening lelaki itu terangkat melihatnya. Kak Nina dan Kak Sara yang baru sampai disebelahnya sudah ketawa riang dalam kemengahan mereka.

"Gila laju Qilah lari!!"

"Tahu takpa, Sara. Rasa macam tercabar pulak."

"Hahaha. Tengok kaki lah," dia berkata riang.

"Best snorkeling?" ibunya yang sedang berehat bertanya kepada mereka bertiga selepas habis membebel kerana larian mereka tadi.

"Best gila!!" serentak mereka menjawab.

"Ada kosong lagi tak? Nak join!" Kak Sara berkata kepada mereka yang sedang bermain bola tampar.

"Dua je boleh masuk," masing-masing memandang sesama sendiri.

"Qilah tak main lah. Qilah rehat kat tepi je," dia bertolak ansur.

"Takpa ke?" ibunya bertanya dan dia lantas mengangguk.

Aqillah duduk di atas tikar yang terbentang sambil meneguk laju air mineral di tangan bagi menghilangkan dahaga akibat berlari terlebih bersemangat sebentar tadi. Kuih karipap yang ada dijamahnya sebiji sambil memerhatikan mereka bermain. Yang lelaki dilihatnya bersungguh-sungguh mengeluarkan peluh sementara yang wanita kelihatan lebih pasif. Haikal begitu aktif sekali bermain seperti professional saja lagaknya. Eleh, nak menunjuk lah tu. Dia mengomel sendirian. Ibunya dan mama Haikal pula dilihat sekejap-sekejap terjerit kecil apabila bola sampai pada mereka sementara yang lain ketawa melihat telatah mereka berdua. Gembira hatinya melihat keriangan yang terpancar di setiap wajah keluarganya dan keluarga Haikal. Dia tersenyum sendirian. Hatinya turut berbunga riang dengan suasana tenang tersebut sehingga tidak nampak bola yang laju menghala ke arahnya. Sedar-sedar, Haikal sudah jatuh di hadapannya dengan bola kemas dalam dakapan.

"Ceehh," semua di situ tersenyum melihat situasi yang berlaku.

"Dia selamatkan tunang dia!" kata Amin. Pipi Aqillah terasa panas.

"Awak ok tak, Qilah?" Faris pantas meniru gaya abangnya.

"Saya ok. Awak, Haikal?" Amin pula meniru gayanya membuatkan mereka semua meledak ketawa dan dirinya merah padam menahan malu. Haikal mengangkat kening memandang Faris.

"Is that supposed to be me, Faris?"

"Itu Kak Qilah ke, Amin?" mereka berdua bertanya pada masa yang sama menyebabkan semua di situ makin galak menggelakkan mereka. Aqillah tunduk menampung malu yang semakin dalam.

"Ok tak kalau malam ni kita makan seafood?" ayahnya bertanya, membuatkan tumpuan padanya dialihkan. Thank you, ayah! Dan semua menyambut dengan berkata 'Ok'.

"Ataupun Abang Haikal dengan Kak Qilah ada rancangan sendiri ke..?" Amin bertanya dan Aqillah pantas menggeleng tetapi Haikal berkata,

"Yup. Kami dah ada plan sendiri."

Bulat matanya memandang lelaki itu. Sejak bila pula aku ada janji dengan dia? Suka hati dia je.

"I want to claim my prize," Haikal berkata padanya sesuatu yang tidak dapat dia tangkap. Dia bingung.

"Awak janji dengan saya nak tunaikan satu permintaan saya masa saya tolong awak dulu. Ring any bell?" dia teringat kembali pada peristiwa pahit itu dan mengangguk perlahan. Habis musnah makan malam enak aku!

Malam itu, Aqillah hanya memakai seluar slack putih, blaus paras peha, dan tudung litup. Mukanya masam kerana terpaksa keluar makan bersama Haikal. Dia membuka pintu bilik untuk keluar berjumpa Haikal di lobi hotel tetapi kedua-dua belah tangannya digenggam Kak Sara dan Kak Nina.

"Kenapa ni, Kak Sara, Kak Nina?" dia bertanya, terkejut ditahan begitu.

"Qilah pakai baju ni je ke nak keluar dengan Haikal?" Kak Sara bertanya sambil memandangnya atas bawah.

Dia yang turut melihat tubuhnya, mengangguk. Apa masalahnya dengan baju aku ni? Rasa dah tutup aurat dah. Stoking pun tak lupa pakai.

"Isy, budak ni. Sara! Jom!" dengan kata-kata terakhir daripada Kak Nina, dia diheret masuk ke dalam bilik semula.

Aqillah membetul-betulkan bajunya yang dirasakan tidak selesa dipakai itu. Dia sangat geram pada Kak Sara dan Kak Nina yang memaksa dia memakai jubah biru yang sedikit glamor itu beserta mekap. Mekap! Dia menggunakan seluruh tenaganya untuk menghalang mereka daripada mencalitkan walau sejenis mekap pun pada mukanya tetapi dia tewas. Dia tidak dapat menahan mereka berdua walaupun sudah mengerahkan sepenuh kudrat yang dia ada. Cubaan kedua dilakukan dengan pergi ke bilik air di lobi hotel untuk menanggalkan mekap tersebut tetapi sekali lagi berjaya ditahan oleh mereka berdua yang mengekorinya turun dan dia akhirnya terpaksa berjumpa Haikal yang sudah menunggu di sofa lobi bersama mereka.

"Apa pandang-pandang?" geram dia pada Haikal apabila lelaki itu tidak berkelip-kelip memerhatikannya.

Cucuk biji mata baru tau! Dia merengus geram.

"Beautiful, isn't she, Haikal?" Kak Nina berkata pada Haikal dan lelaki itu hanya mengangguk. Dia mencebikkan bibirnya pada reaksi tersebut.

"Haikal kena berterima kasih dengan kita orang tau? Susah nak jinakkan orang yang degil," Kak Sara menambah dan dia pantas mencubit lengan kakaknya membuatkan kakaknya itu mengaduh sakit. Haikal hanya tersenyum.

"Yeah, she really is beautiful. Tunang Haikal, kan? Of course lah kena puji," Haikal membuat muka pada Kak Sara dan Kak Nina. Dia juga sudah membuat muka. Gedik!

"Ok, kami pergi dulu," Haikal berkata dan menyalami tangan Kak Nina.

Dia agak terpegun melihat perlakuan Haikal. Tidak sangka yang lelaki itu turut salam hormat antara adik-beradik kerana jarang ada yang berbuat begitu walaupun keluarga mereka meninggikan nilai hormat antara ahli keluarga. Dia senyum kecil melihat situasi baru itu.

"Awak, kita berdua je ke pergi?" dia bertanya sewaktu mengikuti Haikal keluar ke perkarangan lobi hotel.

"Hmm, yes. But there will be the driver and other customers in the restaurant. Is that okay with you?"

"Hmm......"

"I'll be in the front seat with the driver. Shall we?"

"Ok."

"Mana kita nak pergi?" dia bertanya setelah mereka masuk ke perut kereta yang mula bergerak meninggalkan perkarangan hotel.

"Rahsia. You'll see."

Setengah jam kemudian, kereta yang mereka naiki berhenti. Aqillah agak terkejut apabila pintu dibuka dari luar namun segera dikawal ekspresi mukanya. Sebaik sahaja keluar daripada perut kereta, dia mendapati dirinya berada di hadapan sebuah restoran yang tampak agak mewah. Dia memandang keliling untuk mencari restoran lain yang mungkin berdekatan dengan restoran tersebut tetapi tiada. Segera dia berpaling ke arah Haikal.

"Sini, awak? Nampak macam mahal je. Saya bawa sikit je duit ni. Jom makan kat tempat lain lah," dia menggesa Haikal. Takut kalau mereka kekurangan wang.

"It's my treat. Awak makan je. Saya tak suruh awak bayar. Come," Haikal berlalu ke restoran tersebut yang disambut oleh pelayan yang berpakaian serba lengkap.

Haikal berkata sesuatu kepada pelayan tersebut manakala Aqillah hanya memandang kaku dari tempat dia berdiri. Haikal memanggilnya tetapi dia hanya menggeleng, memaksa lelaki itu kembali mendapatkannya.

"It's okay. Saya ni tak lah pandai sangat nak makan kat sini kalau takda duit. Plus, awak dah pakai cantik-cantik. Kenalah pergi tempat yang bersesuaian. Jom," Haikal meyakinkan dirinya.

Nak tak nak, dia terpaksa mengikuti Haikal masuk apabila kereta yang mereka naiki tadi sudah bergerak meninggalkan perkarangan restoran. Cepat-cepat dia berdo'a agar duit yang mereka bawa mencukupi.

Hiasan dalaman restoran itu memukau mata Aqillah. Kecantikan dan kemewahan restoran itu membuatkan rasa runsingnya sebentar tadi datang kembali. Dia mengira berkali-kali di dalam kepala jumlah wang yang berada di dalam dompetnya.

"Here's your seat, miss, sir," pelayan itu membawa mereka ke sebuah meja yang menghadap laut.

Terkaku dia seketika dengan pemandangan yang indah itu. Tetapi runsingnya memuncak saat pelayan itu menarikkan kerusi untuk dirinya. Walaupun tidak keruan, dia tetap duduk.

"Your dinner will be served immediately," pelayan itu berkata sebelum berlalu pergi.

"Eh, tak payah order dulu ke?" dia bertanya kehairanan.

"Saya dah tempah siap-siap. Kita datang, makan, lepas tu balik lah."

"Tapikan, Haikal. Saya tetap takut lah. Tak mahal sangat ke? Saya dah lah tak bawa banyak duit. Buatnya dia suruh kita kerja cuci pinggan ke, naya je."

"Saya belanja. Don't worry too much. I won't let your beautiful dress get dirty."

"Mana boleh! Kita makan sama-sama, kenalah bayar sama rata juga. Tak adillah macam tu."

"It's okay."

"Tak boleh! Saya tak boleh habiskan duit orang lain."

"You are my fiancée, Aqillah."

"But not my husband!"

"Will be. Lagipun, bukan duit siapa-siapa pun. Duit saya juga."

"Duit yang ayah awak BAGI dekat awak!!"

"But I earned it myself."

"By what? Studying? Kalau macam tu, saya pun sama!"

"Up to you on what you're thinking of. But you promise me you will do ANYTHING I said, right? So, I want you to take it as a treat. MY treat."

"Tap-"

"No but! Keep your promise," dengan itu, Aqillah terpaksa diam.

Dia membuat muka tidak puas hati dan membaling pandangannya jauh ke tengah laut. Geram kerana Haikal berjaya menutup mulutnya.

"You must love me now," pantas dia memandang Haikal sebaik sahaja dia mendengar kenyataan itu.

"Awak tak makan ubat lagi ke?"

"Ubat?"

"Ye lah. Sekarang ni rawatan untuk pulihkan penyakit awak takda lagi. So, awak kenalah ambil ubat nak kawal penyakit perasan awak tu!" dia berkata geram tetapi Haikal hanya mengangkat kening melihatnya.

"Something new. Tapi awak pakai cantik-cantik malam ni untuk saya."

"Jangan nak perasan! Dia orang yang pa-"

"Paksa awak? Tapi awak pakai mekap. Never seen you in it before. Oh, ada. Sekali masa majlis bertunang. Tapi tu pun ikut gambar je lah."

"Macam yang saya ca-"

"Dia orang yang paksa awak?"

"Ye lah! Awak ingat saya nak ke pa-" "Makanan dah sampai." Aqillah mengetap gigi apabila dirinya dipintas lagi dan lagi.

Satu persatu makanan dihidangkan ke atas meja mereka. Terbuka luas mata Aqillah melihat juadah-juadah dihadapannya itu. Air liur ditelan perlahan. Dia memandang dengan mata yang bersinar-sinar bersama sudu dan garfu yang sudah dipegang. Ketam. Sotong. Udang. Wah, besarnya udang galah dia!! Dia mula mengambil makanan selepas para pelayan meninggalkan mereka untuk menjamu selera.

"Tak nak baca bismillah dulu ke?" dia tidak mengendahkan perlian Haikal dan terus membaca doa makan.

Setelah itu, dia memandang Haikal dengan muka tidak sabar.

"Yes, you may dig in, predator," dengan kata sinis itu, dia memulakan penjelajahan makanan lautnya.

Setiap hidangan dirasakan bagai syurga. Begitulah enaknya makanan tersebut dan begitulah dalamnya dia mencintai makanan laut. Tidak henti-henti dia menjamah makanan tersebut.

"Jangan gelojoh sangat. Nanti tercekik," Haikal mengingatkannya dan dia segera menyedut jus oren yang disediakan.

Udang galah bakar diambil setengah dan diletakkan ke dalam pinggannya. Save the last for the best. Dia tersenyum sendirian. Walaupun perutnya sudah agak penuh, dia tetap memakan udang yang menggiurkan itu. Haruman herba yang digunakan ketika menyediakan udang itu memasuki hidungnya dan membuka seleranya. Isi lembut dan basah yang menyapa deria rasanya membuatkan dia lupa pada Haikal yang asyik memerhatikan dirinya.

"Sedap, sedap," dia berkata pada dirinya sendiri.

Selepas itu, aiskrim coklat kegemarannya dihidangkan sebagai pencuci mulut. Macam tahu je aku suka aiskrim coklat. Tetapi kali ini, agak lama sedikit masa yang dia perlukan untuk menghabiskan aiskrim tersebut akibat perut yang sudah penuh. Aqillah duduk tersandar selepas makan kerana terlalu kenyang. Sedapnyaa. Dia mengusap perut yang sedikit buncit.

"Perut dah tak kesian ke?" terkejut dirinya mendengar pertanyaan Haikal.

Segera dia menegakkan badan apabila Haikal muncul kembali selepas ke tandas.

"Tak rugi saya bawa awak pergi makan. It's all cleaned," Haikal berkata sambil menunjukkan ke arah pinggan-pinggan kosong di atas meja.

"Tak baik membazir," dia menjawab.

"Are you ready to go?" Haikal bertanya dan dia hanya mengangguk.

Haikal mengarahkan pelayan di situ untuk membawa bil. Beberapa minit kemudian, pelayan tadi muncul bersama bil mereka. Pantas dia mengambil bil tersebut sebelum Haikal sempat mencapai dan terkejut bukan kepalang dirinya melihat angka yang tertulis.

"Haikal!"

"It's my treat."

"Awak belanja saya guna duit ayah awak! Saya tak sanggup nak terima. Nanti saya bayar balik!" tegas dia berkata, separa berbisik. Segan pada pelayan yang sedang menunggu di sisi mereka.

"I thought we promise that it's MY treat," Haikal mengingatkannya kembali sambil mengeluarkan kad kredit dan diletakkan di atas bil tadi. Bulat matanya melihatkan itu.

"Kad kredit! AYAH awak!! Awak sedar tak apa yang awak buat ni?? Belanja saya mahal-mahal. Kad itu untuk awak gunakan ke arah kebaikan! Bukan untuk belanj-"

"You may go," Haikal berkata kepada pelayan yang sedang menunggu itu tetapi segera dia menahan.

"Tunggu kejap. Saya bayar sekali," dia berkata dan pantas mengambil tas tangannya namun belum sempat dia berbuat apa-apa, Haikal sudah menyuruh pelayan yang kelihatan bersalah itu pergi. Marahnya pada lelaki itu bukan kepalang.

"Haikal!!! Awak ni kan! Sa-"

"Drop it, Qilah. I'm treating you. You should ac-"

"You're sick!" dia berkata dan pantas bangun meninggalkan Haikal seorang diri.

Tau lah diri tu kaya. Tapi berpada-padalah juga nak guna duit ayah awak. Nak belanja orang pula tu.

Aqillah mengeluh. Angin dingin menyapa tubuhnya sebaik sahaja dia keluar daripada restoran tersebut. Dia memeluk tubuh yang mulai terasa sejuk. Kepala didongak untuk menyaksikan langit yang penuh dengan bintang-bintang yang berkelipan. Memuji kebesaran tuhan, dia memejam mata dan menenangkan fikiran. Kendur sedikit mukanya yang tadi tegang menahan marah pada Haikal. Tetapi matanya bingkas terbuka apabila seseorang menyentuh bahunya dari belakang.

"Hai-" bagai mahu tercabut jantungnya tatkala melihat bukan Haikal tetapi Fariq yang berada disisinya dengan senyuman yang penuh muslihat. Dia terkesima. Segera dirinya berjalan untuk masuk ke restoran itu semula tetapi lelaki itu menggenggam erat lengannya.

"Tolong lepaskan saya," bergetar suaranya menahan takut.

Amat diharap bahawa semua ini hanya mimpi. Bagaimana Fariq tahu yang dia berada di Pulau Sipadan tidak mahu diketahuinya. Dia tidak sanggup untuk memikirkan kemungkinan tersebut.

"Janganlah takut, sayang. Riq nak jumpa sayang je. Janganlah lari," tegak bulu roma Aqillah mendengar suara garau lelaki itu.

Dia memandang sekeliling untuk bantuan tetapi kereta yang dinaikinya ketika datang tadi masih belum tiba. Dia teringat akan pelayan yang setia menunggu di hadapan restoran dan segera berpaling untuk mendapatkan bantuan namun malang nasibnya kerana pelayan tersebut tiada. Dia berdoa banyak-banyak di dalam hati.

Haikal, tolonglah keluar cepat. Haikal, please!! Menjerit batinnya tatkala Fariq mula menariknya pergi. Dia menahan tempatnya. Berusaha memberatkan badannya untuk menyukarkan Fariq.

"Tolong jangan degil, sayang. Macam tak biasa je kita berdua-duaan macam ni," dia menahan air mata yang ingin tumpah.

Jerit! Dia mengarah dirinya dan segera mengumpul seluruh tenaganya untuk menjerit tetapi kerongkongnya seperti disekat kayu kerana tiada sepatah haram pun yang berjaya melepasi anak tekaknya. Nasibnya semakin malang apabila tenaga lelaki Fariq dengan mudah menariknya ke arah sebuah kereta. Pintu belakang kereta itu dibuka dan Fariq menolaknya masuk tetapi dia bertahan pada pintu tersebut. Jantungnya begitu kencang berdegup dan mutiara matanya sudah menitis sedikit ke pipi.

"Ha.. ikal. Hai.. kal," suaranya yang tersekat-sekat menahan tangis hanya keluar dalam bentuk bisikan memanggil nama Haikal.

Ya Allah! Aku tak boleh menyerah. Semakin laju dia berdoa di dalam hati meminta pertolongan dari Yang Maha Pengasih.

"Qilah!" suara Haikal lantang menyebut namanya.

Segera dia berpaling memandang lelaki itu yang nampak bersinar seperti bintang yang baru diperhatikan seketika tadi. Dia dapat melihat reaksi terkejut Haikal ketika dia memandang lelaki itu. Mungkin mukanya yang sangat takut sama seperti perasaannya ketika itu membuatkan Haikal buat apa yang berlaku seterusnya.

"Baik kau lepaskan dia," Haikal mengarah Fariq dengan nada dan renungan membunuh.

"Go to hell!"

"Oh, yeah? Then, I'll send you to one," dengan kata-kata itu, Haikal memulas tangan Fariq yang tadi menggenggam erat lengannya. Terlepas, di segera berlari ke belakang Haikal. Kemudian, Haikal menolak kuat Fariq sehingga lelaki itu bersandar menghadap badan kereta. Muka Fariq kelihatan menahan sakit.

"Lepaskan aku lah, sial," Fariq berkata dengan nada bengang. Kecut terus perutnya.

"Oh, yeah? Kau nak aku lepaskan kau? Langkah mayat aku dulu," Haikal berkata dan membuat sesuatu pada Fariq menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan.

"Sakitlah, gampang!!" Fariq separa menjerit.

"So, lebih baik kau jangan kacau dia lagi. Kalau tak, tau lah kau macam mana neraka kat dunia ni rasa."

Dan Haikal sekali lagi memukul Fariq menyebabkan lelaki itu duduk terjelepuk di tepi kereta sebaik sahaja Haikal melepaskannya. Dia tergamam. Lelaki yang sebentar tadi tersangat kuat baginya kelihatan lemah sekarang ni.

"Qilah, jom."

Tidak berkelip matanya melihat Fariq yang mengaduh sakit sambil memegang perut. Kakinya kaku di situ kerana dia masih tidak dapat mempercayai keadaan itu.

"Qilah!" Haikal sekali lagi memanggilnya dan dia segera mengikuti Haikal menaiki kereta yang sudah tiba ketika kejadian itu berlaku.

Dia menghilang di sebalik pintu kereta selepas memberi satu lirikan terakhir ke arah Fariq yang memandang Haikal dengan mata penuh dendam. Dia membuang jauh sebarang jenis kemungkinan, amat takut untuk dia memikirkan perkara yang boleh berlaku. Perjalanan pulang ke hotel sunyi. Tiada kata yang terluah dari mulut kedua-dua mereka. Aqillah begitu takut untuk memecahkan kesunyian tersebut kerana itu kali pertama dia melihat muka Haikal yang begitu merah menahan marah. Dia memandang ribanya. Rasa bersalah mula menguasai diri. Dia yang menyebabkan semua itu terjadi dan kalau bukan kerana dia, mungkin Haikal takkan terjebak dalam semua masalah dengan Fariq. Teringat sahaja dia kepada Fariq, fikirannya kembali mengingati pandangan dendam lelaki itu sebentar tadi. Kebenaran menumbuk dirinya. Dia mesti memberi amaran kepada Haikal. Tetapi, itu bermakna dia perlu menceritakan mengenai Fariq kepada Haikal. Dan itu satu-satunya perkara yang dia tidak sanggup lalui. Tetapi keselamatan Haikal lebih penting baginya sekarang ini.

"Yes! I got it," ucapan pembukaan Haikal yang secara tiba-tiba itu membuatkan dia terlompat. Mukanya penuh tanda tanya.

"That guy. Saya dah ingat dia. Dia orang yang kacau awak dekat parking lot UIA dulu tu, kan? Patutlah muka dia familiar," Haikal menyambung.

"And he's the same guy that has been sitting in front of our house for quite some times n-"

"Dia buat apa??" terkejut bukan kepalang dirinya mendengar apa yang diperkatakan Haikal.

"Kenapa ni?" Haikal memandangnya risau.

"Haikal, Haikal, awak kena dengar cakap saya! Awak kena berhati-hati sekarang. Dia tak bagus, Haikal. Dia tak bagus. Saya takut kalau dia apa-apakan awak," Aqillah kelam-kabut berkata, takut untuk lelaki itu. Dia menggenggam erat penumbuknya.

"Awak risaukan saya? Satu berita ba-"

"Saya serius ni!!" dia bertegas.

"Nampak macam... awak ada benda nak cerita kat saya."

"Ah? Aa.. err.. aa.. takda apa-apalah. Abaikan je apa yang saya cakap tadi," Aqillah berkata dan lantas meninggalkan Haikal sebaik mereka sampai di hadapan hotel.

Dia menekan butang lif untuk naik ke bilik. Dia tunggu depan rumah Haikal? Apa dia buat dekat situ? Ya Allah. Pintu lif terbuka. Dia teringat pada Kak Sara dan Kak Nina yang pasti menantinya pulang. Berat hatinya untuk balik ke bilik saat itu dan menjadi tukang cerita. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk ke pantai.

Udara sejuk malam itu membuatkan dia sedikit menggigil tetapi tidak dihiraukan. Dia duduk pada batang pohon kelapa yang tersadai. Otaknya berserabut memikirkan masalah yang timbul. Begitu banyak hal yang berlaku dalam masa yang begitu singkat. Dia merenung jauh ke tengah laut yang gelap tanpa penghujung. Keluhan berat lepas dari bibirnya. Sesuatu yang dikenalpasti sebagai tuala tiba-tiba menyeliputi tubuhnya. Hangat tuala itu menyurutkan kesejukan yang dirasai. Dia mengangkat muka untuk melihat Haikal duduk semeter daripadanya. Dia tersenyum sedikit. Matanya kembali memandang pasir.

"You know what? Tadi awak baru je nak kena bawa lari dengan orang tu. Sekarang, awak boleh duduk seorang-seorang dekat pantai ni. Buatnya bukan saya yang datang tapi dia, awak nak buat apa? Lari? Minta tolong?" Haikal membebel padanya.

Dia hanya berdiam diri kerana sedar akan kesilapan sendiri. Waktu sekarang ini bukan waktu untuk dia menyendiri kerana apa sahaja boleh berlaku kepadanya dalam sekelip mata memandangkan waktu dia menunggu Haikal keluar daripada restoran pun boleh membahayakan dirinya. Dia mengambil kulit siput yang berada di tepi kakinya. Haikal dipandang sekilas dan lelaki itu sedang melihat jauh ke tengah laut.

"Fariq," dia menyebut perlahan nama lelaki itu sambil membersihkan kulit siput tadi daripada pasir. Tidak tahu sama ada Haikal dapat menangkap ataupun tidak.

"Itu nama dia?"

"A'ah."

"Care to explain?"

"Takpa lah. Saya ma-"

"Awak tak nak cerita lagi? Kalau saya ada dekat-dekat situ, bolehlah saya tolong awak. Kalau saya takda? Awak boleh tak sekalipun fikir apa yang saya rasa? Ibu dengan ayah rasa? Mama dengan abah? Dia orang semua rasa kalau ada benda jadi kat awak? You never think of that at all, do you?" nada Haikal sedikit meninggi ketika itu. Dia berdiri kaku.

"Duduk!" Haikal mengarahnya dan dia menurut.

"Sekarang cerita dekat saya."

"Tak ada apa-apa, Haikal! Bu-"

"Saya suruh awak cerita lagi sekali je. Saya nampak apa yang dia buat dekat awak. Dua kali! Orang yang sama. Dia tunggu depan rumah saya. Mungkin depan rumah awak juga. Dan sekarang, dia ikut kita sampai sini. Saya minta dekat awak. Tolong! Tolong jangan tunggu sampai benda buruk jadi dulu baru awak nak menyesal," Haikal menahan diri daripada memarahinya.

Dia memikirkan apa yang dikatakan Haikal. Dia juga takut untuk membayangkan apa yang Fariq akan buat pada masa akan datang.

"Sejak sekolah lagi.."

"What?" Haikal memandangnya dengan kening terangkat. Sesuatu yang sering dilakukan lelaki itu apabila dia menyatakan sesuatu perkara yang tidak disangka. Dia mengangguk perlahan.

"Okay, go on."

Sebaik sahaja dia membuka cerita, semuanya mengalir keluar seperti air yang deras. Sejak dari bangku sekolah sampailah kepada perkara yang baru terjadi. Semuanya dilepaskan kepada lelaki itu. Beberapa perkara yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun sebelum ini termasuk Arissa juga diceritakannya. Tidak pasti kenapa tetapi mungkin kepercayaannya pada lelaki itu mula timbul apabila lelaki itu sering menyelamatkannya daripada Fariq.

"Saya takut sangat-sangat perkara jadi lebih buruk. Saya ingat lepas dia pergi belajar dekat luar, mungkin bolehlah dia lupakan saya ke apa. Tapi tak, makin teruk adalah," dia berkata sayu.

Menahan air mata yang bakal gugur. Dia mengintai Haikal tetapi tidak dapat dibaca reaksi lelaki yang sedang memejamkan mata itu. Dah tidur ke mamat ni?

"Haikal!" dia memanggil.

"Hah?" Haikal yang nyata terkejut dengan panggilannya memandang dengan muka tanda tanya.

"Awak tertidur ke?"

"Taklah. Awak ni, saya takda lah teruk sangat sampai tertidur time awak tengah cerita."

"Tipu! Awak tidur, kan? Saya dengar awak berdengkur tadi! Kroih kroih," dia membuat cerita dengan muka serius memandang Haikal. Cuba dimarahkan mukanya.

"Awak ni memang tak pandai menipu langsung, kan? Tengok lah tu. Nak buat muka marah konon. Apa tadi? Kroih kroih? Bunyi apa tu?" kata-kata Haikal menaikkan kemarahan aslinya.

Geram sungguh dia dengan lelaki itu. Segera diambil tuala dibadannya dan dicampakkan ke arah lelaki itu tetapi tuala itu hanya jatuh pada batang kelapa yang tiada berpenghuni. Dia memandang untuk melihat Haikal yang sudah senyum mengejek padanya tidak berapa jauh dari situ. Bila pula budak ni pergi situ? Hairan dia melihat Haikal yang tiba-tiba menghilang dari sisinya.

"Saya kan otak awak. Boleh fikir apa yang awak nak fikir," Haikal menambah lagi dengan senyuman yang sinis.

Makin merah mukanya menahan geram dimainkan. Dia segera bangun untuk mengejar lelaki itu yang sudah mula berjoging terbalik menunggu masa untuk mentertawakan reaksinya. Dia terus mengejar Haikal perlahan-lahan kerana ada satu benda yang dia tahu tetapi Haikal tidak. Bukk!

"Aw, shit!" Haikal mengaduh sakit kerana terhantuk pada pokok kelapa yang tidak dilihat.

Kini giliran Aqillah pula yang menggelakkan lelaki itu. Dia memegang pipinya yang sengal kerana terlalu banyak ketawa. Haikal yang tiba-tiba meluru ke arahnya membuatkan dia terkocoh-kocoh cuba untuk berlari tetapi terjatuh kerana tersadung kaki sendiri. Dia menahan telinganya yang terasa hangat dengan gelakan lelaki itu. Padan muka kau, Qilah! Dia memarahi diri sendiri.

"Are you okay, Qilah?" Haikal bertanya dalam tawa yang masih berbaki. Dia buat tidak dengar dan bangun untuk membersihkan baju yang sudah kotor terkena pasir.

"Tu la. Nak kenakan orang lagi, kan diri sendiri yang kena balik."

"Apa-apa je lah."

"Let's go back. Dah lewat ni."

"Tak nak!" dia memprotes kerana bengang.

"Awak duduk lah sini seorang-seorang. Ada orang cerita, tempat ni berhantu. Malam-malam, siapa yang duduk seorang diri kat pantai ni, kenalah dia," Haikal menakutkannya dan mula berlalu meninggalkan pantai.

"Awak tipu! Saja nak takutkan saya!" dia berkata geram walaupun berasa sedikit takut.

"Awak tunggu je lah kat sini. Tengok betul ke tak. Tak hantu datang, Fariq yang datang," dengan kata-kata itu Haikal berlalu pergi.

Dia memandang keliling dan badannya mula terasa seram sejuk. Segera dia berlari anak mengikut Haikal pulang ke hotel.

Aqillah turun ke kafe hotel, tempat di mana dia akan bersarapan bersama familinya. Tetapi yang tinggal hanyalah ibunya dan mama Haikal. Dia memandang keliling untuk mencari yang lain, namun tiada yang dikenali. Dia segera mendapatkan mereka yang sedang melambai-lambai ke arahnya.

"Assalamuaikum. Selamat pagi, ibu, m- mama," dia berjaya menyebut perkataan itu. Mereka menyambut salamnya dengan senyuman.

"Nyenyak tidur, Qilah," ibunya berkata membuatkan dia tertunduk malu.

Tidak tahu bagaimana dia boleh terlajak tidur. Biasanya, dialah orang yang paling awal sekali bangun. Nampaknya hari itu tidak kerana Kak Sara dan Kak Nina sudah hilang ketika dia membuka mata pagi tadi dan melihat jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Segera dia mandi dan bersiap untuk turun ke kafe kerana mereka berjanji untuk bertemu pada jam sembilan.

"Pergi ambil makanan dulu." Dia akur dan berlalu untuk mengambil sarapannya. Dia gembira melihat pelbagai jenis sajian yang terhidang buat suapannya.

"Amboi, banyaknya ambil," dia tersenyum malu ketika mama Haikal berkata begitu.

"Budak ni memang, Ros. Kalau nampak makanan banyak sikit, mulalah jadi perangai dia."

"Ibu!" dia menahan muka yang sudah hangat.

"Takpalah. Makan banyak sikit. Kurus je mama tengok Qilah ni," kata-kata mama Haikal disambut dengan pandangan 'Betul tu' pada ibunya tetapi ibunya hanya menggelengkan kepala.

"Dia orang semua pergi mana?"

"Yang budak-budak tu pergi pantai. Nak snorkeling lagi rasanya kot."

"Nak ikut jugak!" dia mengadu.

"Dah. Makan cepat-cepat. Kejap lagi Qilah pergi sana."

"Ibu dengan m- mama tak join sekali ke?"

"Taklah. Ibu tunggu ayah kamu."

"Oh, a'ah. Ayah pergi mana?"

"Ayah dengan abang kamu pergi lawat anak syarikat abah kamu. Dengan Haikal sekali lah."

"Hah? Buat apa?"

"Ha, mama lupa nak bagitahu kamu, Qilah. Haikal kerja dengan abah dia. Lama juga lah. Sejak habis SPM," bulat matanya mendengar mama Haikal bercakap.

"Kerja? Tapi dia bukan tak habis belajar lagi ke?" dia bertanya hairan.

"Mama pun tak tau nak cakap macam mana, Qilah. Dia orang ada buat something macam agreement. Mama sendiri pun tak pasti sangat."

"Agreement? Ya ke? Ina ingat dia buat intern je sebab dia belajar bisnes," ibunya menyampuk.

"Ros pun ingat dia kerja sebab tunggu result SPM. Tapi sampai sekarang dia tak berhenti. Tau tak, ada klien yang lagi sukakan dia berbanding abang."

"Iya? Kenapa? Sebab Haikal tegas kot," ibunya memberi pendapat.

"Memang pun. Dia cakap abang lembut hati sikit." Kedua-dua wanita itu ketawa.

Aqillah cepat-cepat menghabiskan makanannya, ingin berjumpa Kak Nina secepat mungkin. Dia mahu memastikan perkara yang baru diketahuinya itu. Tidak mungkin untuknya bertanya pada mama Haikal. Jadi, lagi satu jalan lain ialah Kak Nina walaupun beberapa ejekan akan diterimanya. Dia lebih rela diejek daripada terus membuat andaian buruk pada Haikal.

"Bu, ma, Qilah pergi dulu. Dia orang kat pantai, kan?" cepat-cepat dia bangun menyalami kedua-dua tangan wanita itu sebelum meninggalkan mereka.

Berlari-lari Aqillah mencari Kak Nina dan yang lain. Dia memandang sekitar kawasan pantai sebelum mengecam mereka yang berada tidak berapa jauh darinya.

"Kak Nina! Kak Nina!" dia menjerit memanggil gadis itu.

"Kenapa, Qilah?"

"Kak Nina free tak? Qilah nak tanya satu benda ni."

"Pasal apa? Haikal eh?" Kak Nina mula menyakatnya.

"Er, a'ah," dengan jawapannya itu, Kak Nina dan Kak Sara bersorak gembira. Dia hanya menggeleng.

"Ok. Qilah nak tau pasal apa? Perangai? Makanan kegemaran? Hobi? Bagitahu je kat Kak Nina."

"Takda lah. Isy! Qilah nak tanya betul ke Haikal kerja dengan a.. ab.. "

"Abah? Senang je nak cakap. Abah abah abah abah," Kak Sara memerlinya. Dia hanya buat-buat tak dengar.

"A'ah. Betul lah. Kenapa?"

"Betul?? Aaa.. macam mana.." dia membengkok kepala ke sisi tidak pasti bagaimana ingin bertanya tetapi nasibnya baik kerana Kak Nina memahami.

"Qilah tau kan Haikal suka racing?" dia hanya mengangguk.

"Impian dia nak dapat kereta Ferrari sebelum umur dia 18 tahun. So, dia cakap kat abah yang kalau dia dapat straight A's in SPM, boleh tak dia nak kereta tu? Pastu.."

"Sebab SPM je dapat kereta Ferrari? Biar betul??" katanya tidak percaya.

"Isy, Kak Nina tak habis cerita lagi ni. Tak sabar, sabar la ni."

"Oh, ok, ok," dia tersipu malu.

"Lepas tu abah tanya dia, dia sanggup buat apa-apa saja ke untuk dapatkan kereta tu? Dan dia cakap dia sanggup."

"Abah suruh dia kerja?" dia bertanya lagi.

Pandangannya terlirik ke arah Kak Sara apabila kakaknya itu menepuk-nepuk bahunya dengan muka bangga. Dia memandang pelik kakaknya itu.

"Tanpa rasa segan silu dan bersusah-payah. Akhirnya, Qilah dapat juga sebut abah dengan senang hati," ungkapan itu membuatkan dia tersedar. Merah padam mukanya.

"Isy, orang tak habis cerita lagi ni! Nak dengar ke tak nak??"

"Nak, nak! Kak Sara la ni!" dia memandang geram pada kakaknya yang masih tergelak.

"Well, abah tau lah yang Haikal serius nak kereta tu. So, instead of SPM result, they make an agreement. Pertama sekali, Haikal yang kena ambil alih syarikat abah lepas abah pencen. Dan yang kedua, dia kena berusaha dapatkan satu klien. Kalau dia dapat, then the car is his. Lepas SPM time tunggu result tu lah dia start kerja dengan abah dan agaknya dia minat kot dengan kerja tu, so dia still kerja sampai sekarang. The end," Kak Nina tersenyum bangga kerana berjaya menghabiskan cerita itu dan dirinya belajar satu lagi info baru mengenai Haikal.

Di dalam hatinya, dia digenggam rasa bersalah kerana telah menuduh lelaki itu bukan-bukan ketika mereka makan malam dua hari lepas.

Tengok, kan dah rasa bersalah. Allah dah cakap jangan buat tuduhan melulu tapi buat jugak. Dia mengeluh. Tapi! Kejap!

"Kalau dia dah dapat kereta, dia dapat gaji juga ke?" persoalan yang tiba-tiba timbul dalam fikirannya.

"Dapatlah. Sebab kereta tu untuk dapatkan satu klien. Yang lepas tu, masyuk lah!" jawapan Kak Nina membuang terus tuduhannya pada Haikal.

"Ya? Banyak ke gaji dia, Nina?" Kak Sara bertanya, ingin tahu. Dia juga memasang telinga.

"Aaa, tak pastilah. Berapa ribu entah."

"Ribu???" jelas nada terkejut Kak Sara. Dirinya juga sama. Ribu? Gila banyak!!

"A'ah. Penat kot buat kerja tu. Dah lah dia belajar lagi. Nina pun tak tau macam mana dia handle."

"Dia seorang je ke yang kerja? Yang lain?"

"Dia seorang je. Nina tak larat lah. Assignment pun tak sempat nak siap, ni kan pula kerja. Lagipun, Nina bukan ambil bisnes macam dia. Sama macam Faris la. Dia bukan otak bisnes. Dia ambil elektronik."

"Ooh."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience