BAB 1

Romance Completed 7293

"Sodakallahul 'azim," suara lunak seorang gadis kedengaran dari sebuah rumah banglo kepunyaan Encik Adib Abdullah, menamatkan pembacaan Al-Quran ditangannya yang sudahpun dijunjung ke dahi.

"Alhamdulillah," perlahan suaranya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi sambil bangun untuk menyimpan Al-Quran yang erat dipeluk di dada. Kemudian, dibuka telekung yang menutupi aurat perempuannya.

Dia berlalu ke meja belajar dan membuka buku untuk membuat kajian mengenai jenis-jenis virus komputer. Mindanya mula ligat berjalan memikirkan idea untuk projek tahun akhirnya yang perlu dihantar sedetik masa lagi. Namun otaknya selalu naik tepu apabila terlalu banyak membaca dan dia akhirnya gagal mencari solusi yang baik.

Rakan projeknya, Fatin yang sibuk dengan pertandingan-pertandingan universiti masih belum punya masa untuk diluangkan bersamanya. Mujur minggu depan mereka akan bertemu untuk menyambung projek mereka yang hanya punya rangka itu. Seketika kemudian, telefon bimbit yang terletak disebelahnya berbunyi. Diambil lantas dibuka handphone Sony Ericsson miliknya. 1 new message tertera pada skrin.

'Qilah, tengah buat apa? Esok kuar jom. Bosan lah duduk rumah.' Mesej daripada kawan baiknya, Arissa dibaca.

Nurul Arissa binti Ibrahim berumur 23 tahun, sebaya dengan dirinya. Mereka juga belajar di universiti yang sama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM. Perbedaan hanyalah pada bidang yang dipelajari. Nurul Arissa mengkhusus dalam bidang Undang-undang Syariah memandangkan kawannya itu seorang yang petah berkata-kata dan dirinya pula belajar dalam bidang Sekuriti Komputer. Yes, I'm a geek.

'Salam. Okay jugak. Pukul berapa? Nak gi mana?' Dia membalas mesej tersebut sebelum kembali menyambung pembacaannya. Selang beberapa saat, handphonenya berbunyi lagi. Ei, laju aje Risa ni balas kalau bab nak berjalan. Gerutunya seorang diri.

'W'salam. Hehehe. Hurm, kita pergi One Utama nak? Risa nak beli kasut Skechers yang kita tengok aritu tu. Dalam pukul 10 pagi, ok?'

Dia teringat kembali kasut yang ditunjukkan kawan baiknya itu di laman web Skechers beberapa hari lalu.

'Ok. Sape nak drive? Risa la, eh? Malas la nak drive. Eh? Hehehe.' Dia meletakkan handphone yang dipegang lalu bangun untuk mengambil air masak yang berada di sudut bilik.

Tidak lama selepas itu, handphonenya berbunyi lagi. Diminum air ditangan. Hisy, tak baik minum berdiri. Dia menggerutu. Kembali duduk di meja belajarnya, dia membaca mesej balasan daripada Arissa sambil menghabiskan baki air di dalam gelas.

'Baik, puan. Eh, Qilah tau tak yang Fariq da balik?' tersedak dia membaca mesej yang dihantar rakannya itu.

Hidungnya terasa pedih akibat air yang salah masuk lorong. Matanya bulat memandang skrin handphone yang dipegang.

Fariq dah balik? Muhammad Fariq bin Zamri sudah pulang ke tanah air?

Dia menggosok matanya yang bersih daripada habuk. Dibaca lagi mesej yang tertera pada skrin. Jantung yang tadi normal kini mula berdegup dengan laju.

"Astaghfirullahal 'azim," dia menyebut perlahan, cuba menenangkan hati yang mulai takut.

Handphone ditangan kembali dipandang sebelum pantas diletakkan ke atas meja. Tingkap biliknya dibuka luas dan dia mengambil telefon tin yang selalu digunakan untuk berbual dengan kawan baiknya yang tinggal di rumah sebelah.

"Assalamualaikum. Risa, Risa one two three. Dengar tak, Risa?" dia berkata ke dalam tin tersebut.

Beberapa saat kemudian, tingkap bilik rakannya yang berhadapan dengan biliknya terbuka. Kepala Arissa muncul di tingkap tersebut dengan muka yang bersalah jika dia tidak silap menilai dalam keredupan malam. "Qilah.." kedengaran suara Arissa pada tin yang ditekap di telinga.

Nadanya seperti takut-takut, risau, dan gementar. Dia dapat rasakan soalan yang bakal ditanya tidak mungkin mendapat jawapan yang diinginkan.

"Assalamualaikum, Risa. Betul ke benda ni?" Aqillah bertanya dengan hati berdebar-debar. Dia memandang rakannya.

"Y- yes. I'm so sorry, Qilah. And I know it from Rima. Dia cakap Soleh bagitau," Arissa menunggu respons daripadanya.

Namun, suasana hening tanpa suara. Rakannya itu memandang dirinya yang dia pasti jelas menunjukkan riak tidak keruan. Mana taknya, dia baru sahaja mendapat maklumat bahawa mimpi ngerinya saban hari lima tahun yang lalu sudah memijak tanah negara yang sama dengannya. Mana mungkin untuknya kelihatan tenang seperti tadi.

"Qilah, ok tak? Mula-mula Risa ingat tak nak bagitau tapi... you need to know, Qilah... Qilah? Cakap la apa-apa. Janganlah diam macam ni," Arissa berkata lagi, memandang risau ke arahnya. Dia cuba membuang ketakutannya jauh-jauh walaupun usahanya itu sia-sia.

"Nur Aqillah!" lantang Arissa menyebut namanya.

"Biarlah, Risa. Tak penting lagi dah benda ni. Selagi dia tak kacau Qilah, takpe lah kot," jawapan akhirnya keluar daripada kerongkongnya yang terasa pedih. Kenangan lampau menerjah segenap ruang mindanya. Kenangan hitam yang berusaha dilupakan. Dengan segera dia melempar jauh ingatan itu.

"Tapi kan, Qilah. I'm afraid things will repeat itself. I think you should do something about it. Be careful, at least. Risa akan tolong semampu yang boleh.. Ok?" Arissa menyatakan pendapat.

"Tapi Risa, Qilah tak dapat nak buat apa-apa pasal ni! Risa tau kan macam-macam Qilah buat tapi satu pun tak menjadi. Menggalakkan dia lagi ada lah. Qilah nak lupakan semua tu. Buat je la benda ni tak wujud," Aqillah membalas kata-kata Arissa dengan pandangan redha.

Dia sendiri pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dan yang paling penting, dia tidak mahu tahu pun apa yang perlu dilakukan olehnya. Bagi Aqillah, kenangan tersebut hanyalah mimpi buruk dalam tidurnya dan tiada nilai untuk diingati.

"Okay, then. It's up to you. Tapi tolong bagitau Risa kalau ada benda jadi. You know I'll always be there for you," Arissa mengalah.

"Qilah tau..."

"So, what are our plans for tomorrow?" Aqillah menceriakan suara dan mukanya agar tidak kedengaran nada sedih yang dipendam.

"Macam biasalah, Qilah. Shopping dan tengok wayang!! Risa nak tengok cerita Real Steel. Macam best je. Nak tak?" kawannya menyatakan keinginan untuk menonton cerita pilihannya itu.

"Boleh gak. Macam best je Qilah tengok trailer dia hari tu."

"Qilah! Turun makan!!" pekikan ibunya dari tingkat bawah kedengaran.

"Baik, bu!!" Aqillah menjerit kembali.

"Risa, ibu panggil makan. Esok kita jumpa, kay? Pukul 10, kan? Okay, good night. Assalamualaikum," Aqillah pantas melambaikan tangan pada kawannya sebelum kembali menutup tingkap bilik dan keluar menuruni tangga ke ruang makan di tingkat bawah.

Bunyi bingit enjin sebuah kereta Ferrari yang sedang beraksi menggamatkan suasana di Litar Lumba Sepang. Pemandunya yang gah itu kelihatan menikmati setiap detik waktu latihannya.

Jurulatih yang setia di tepi litar sedang menganalisis corak pemanduannya dengan riak muka yang sekejap-sekejap berkerut, terlalu khusyuk dengan apa yang diperhatikan.

Pemandu di litar itu mula memperlahankan keretanya sebelum membelok masuk ke depot milik keluarganya yang mempunyai bengkel dan tempat menyimpan kereta. Pintu dibuka dan dia keluar dari perut kereta.

"Good job, Red," katanya kepada kereta yang baru dipandu sambil tersenyum puas. Lantas dia bergerak menuju ke arah jurulatih yang sedang mencatat sesuatu pada papan yang dipegang.

"So, how was it, Ryan? Is it any better?" dia menyapa jurulatihnya dengan riak ingin tahu jelas terpancar pada wajahnya.

"Have you been practicing, Haikal?"

"Yeah, almost every night. Why?" dia menjawab sambil tersengih.

"The way you turn is getting better. How do you feel when you make the turn? It's smoother, isn't it?"

"Yes! I can handle the steering better. The car seems to follow my command this time," dia menjawab dengan penuh semangat.

"Do you know why I chose to teach you?" Haikal hanya memandang jurulatihnya tanpa kata, sedikit pelik dengan pertanyaan yang tiba-tiba itu.

"Because when you're not driving, you seems boring. But once you're under the wheel, you get all giddy and your whole face brightens up. You love going fast, don't you?" Dia mengangguk dengan senyuman sedikit malu.

Berlumba kereta adalah hidup Asyraf Haikal bin Hairi. Kereta lumba yang dimiliki telah dianggap seperti isteri, kekasih, dan kawan baiknya. Berada di litar lumba adalah masa yang paling dihargai olehnya. Dia akan berasa sangat teruja apabila dia melangkah masuk ke dalam kereta lumbanya. Dan sebaik sahaja dia mula memecut, dia akan berasa derauan adrenalin yang tidak dapat dibayangkan. Begitulah teransangnya dia dengan kelajuan.

Ayahnya dahulu adalah seorang pelumba kereta professional tetapi telah lama bersara. Darah seorang pelumba masih berjalan di dalam keluarganya memandangkan adiknya, Faris Hafizi dan dua orang sepupunya juga memiliki minat yang sama.

"Well, I think that's all for today," Ryan mematikan lamunannya.

"Okay, thanks Ryan," katanya sambil memeluk Ryan dan kemudian berjalan masuk ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya.

Di dalam, dia bertemu dengan sepupunya yang juga mempunyai latihan pada hari itu, Kamil.

"Hey, Bro," dia menegur sepupu yang enam tahun lebih tua daripadanya itu.

"Done already?"

"A'ah. Mana Burn?"

"Ada kelas budak tu. Training got rescheduled tomorrow."

"Oh. Ok lah. Blah dulu," dia berkata usai menukar baju.

"Ok. Bila nak gi minum? Berabad dah tak lepak ni. Banyak dapat tender ke?"

"A'ah. Dah naik muak tengok slides. Dah la aku punya projek nak kena hantar dah ni."

"Tu lah kamu. Orang lain buat assignment, kamu buat dua-dua. Tak faham aku. Weh, bila nak pergi minum ni?"

"Tonight? Ada game, kan?"

"A'ah. Chelsea lawan. Tempat biasa?"

"Mana lagi?" dia menjawab sebelum keluar daripada bilik tersebut.

Dia mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja di situ dan berjalan menuju ke arah Red, kereta lumba kesayangannya.

"Bye, girlfriend," dia berkata sebelum berlalu meninggalkan litar.

Enjin kereta Satria Neo berwarna hitam yang diparkir di luar litar dihidupkan. Dia bersandar di tepi kereta, menunggu enjin keretanya panas.

"Haikal!" satu suara memanggil. Dia berpaling dan melihat June sedang menuju ke arahnya. Muka gadis itu penuh girang.

"Oh, hey," dia menyapa gadis yang semakin menghampirinya itu. Gadis itu berpaut pada lengannya.

"Haikal, do you have practice today? I thought it was on Tuesday this week."

"Yup, sudden change."

"Really? I'm glad I stop by. Have you eaten yet?" Dia hanya menggeleng.

"Should we go and have something? Or you're in a hurry.."

"Sorry."

"Oh. Ok," muka June sedikit kendur.

"I'll treat you when I'm free, okay?"

"Really?? Okay, then," June menjawab dengan senyuman girang yang hilang sebentar tadi.

"Well, you better go and settle your things. See you," June berkata sambil membuka pintu keretanya dan menolaknya masuk.

"See you later, then," dia berkata dari tingkap kereta yang diturunkan.

Gadis itu mengangguk semangat dan melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Kereta dipandu keluar dari kotak parkir dan dia meninggalkan kawasan Litar Lumba Sepang. Anak matanya dilirikkan ke cermin pandang belakang dan dia melihat gadis itu masih melambai-lambaikan tangan ke arah keretanya yang semakin meluncur laju. Dia mengeluh kecil.

June ialah kawannya yang dikenali ketika berusia enam tahun. Ayah June, Encik Andi bekerja sebagai mekanik bagi kereta-kereta lumba milik keluarganya. Jadi, gadis itu selalu mengikuti ayahnya ke litar dan di situlah tempat perkenalan mereka. Bukan dia tidak tahu bahawa gadis itu menaruh hati padanya, tetapi hatinya tidak pernah terbuka untuk gadis itu lebih dari sekadar kawan.

"Subhanallah walhamdulillah walaila...." telefon bimbit di sebelah katil Aqillah berbunyi mengejutkannya daripada tidur. Lantas dicapai handphonenya dan dimatikan penggera yang di set pada jam 9 pagi.

"Huaargghh," Aqillah menutup mulutnya yang sedang menguap.

"Alhamdulillah. Mengantuknyaa," dia mengomel sendirian sambil mengangkat malas badan yang berbaring di atas katil.

Dia berlalu ke kamar mandi yang tersedia di dalam biliknya. Usai mandi, dia mengenakan seluar slack hitam dan baju labuh mencecah lutut berwarna putih suci. Dilengkapkan pula dengan tudung litup berwarna putih bercorak bunga yang menutupi aurat-aurat wanita muslimnya. Setelah berpuas hati membelek tudung, dia berlalu turun ke dapur.

Dilihat Kak Hani, pembantu rumah keluarganya sedang membasuh pinggan.

"Assalamualaikum, Kak Hani. Ibu mana?"

"Waalaikumussalam, Qilah. Baru bangun? Puan Salina dah keluar dari pagi lagi, Qilah. Ada meeting katanya," Kak Hani menjawab pertanyaannya.

"Qilah nak makan apa? Kak Hani ada buat nasi goreng. Ke Qilah nak makan benda lain?"

"Yang lain pun keluar jugak ke? Takpe lah, Kak Hani. Qilah makan nasi goreng je."

"Tuan Adib dengan Amir pergi kerja macam biasalah, Qilah. Sara keluar dengan Amin. Kononnya nak suruh Amin teman dia tengok wayang, padahal nak suruh teman dating dengan boyfriend dia," Kak Hani ketawa kecil.

"Kak Sara tu memang macam tu, Kak Hani. Nak pergi dating pun minta berteman-teman. Kenapa dia tak pergi dengan Kak Nina?"

"Kata Sara, Nina ada hal. Tak dapat teman dia. Tu yang dia ajak Amin tu."

"Oo. Amin tu mesti Kak Sara janji nak belanja dia, tu yang rajin je ikut. Kalau tak, jangan harap lah. Asyik terperuk dalam bilik main game je kerja dia. Bukan nak belajar. Dah la tahun ni nak amik SPM dah," omel Aqillah sambil tersenyum kecil mengingati kakak dan adiknya.

Kakaknya bernama Nur Maisara dan berusia 25 tahun, masih belajar di Universiti Teknologi Petronas, UTP dalam bidang kejuruteraan empangan bagi peringkat Ijazah Sarjana. Manakala adiknya, Muhammad Amin yang muda enam tahun daripadanya sedang belajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak dalam tingkatan lima. Cuti sekolah dan cuti semester yang sama membolehkan mereka semua berkumpul seisi keluarga setelah sekian lama kediaman dua tingkat milik keluarganya itu kosong.

"Qilah!" suara Kak Hani mengejutkannya daripada lamunan.

"Hai, pagi-pagi lagi dah berangan ke?" Kak Hani mengenakannya yang ditangkap mengelamun. Dia hanya tersengih.

"Ni, Abang Hisyam panggil cakap Risa dah tunggu kat luar. Qilah nak pergi mana?"

"Hah? Awalnya. Qilah nak keluar dengan Risa pergi One Utama. Qilah dah bagitau ibu dah. Oklah, Kak Hani. Qilah pergi dulu. Assalamualaikum," Aqillah berkata pantas sambil menyalami tangan Kak Hani. Dia sempat mencapai beberapa paket coklat Mars sebelum berlari-lari anak ke muka pintu. Tergesa-gesa menyarung stoking dan memakai sandal hitam miliknya.

"Kureng la kau orang! Tipu aku je."

"Ala, Asy. Bosan lah kalau kita keluar berempat je. Ajak awek, baru masyuk."

"They are annoying," Haikal sudah membuat muka.

"Hang ni betui ka laki? Taste hang tak tala kat lain ka, weh?" rakannya, Syifaq berseloroh.

"Betul gak! Kau awek pun takde. Dia orang confess sikit, kau reject awal-awal. Kalau aku, sambar je. Dah lah cun-cun pulak tu seorang-seorang. Betul tak, Qim?" seorang lagi rakannya, Affiq berkata sambil yang dua tadi mengangguk-angguk setuju.

"The heck? Kau orang tu yang gatal semacam. Jumpa dia orang dekat mana ni? Aku dah lapar."

"Dia orang tunggu dekat boling. Kita match dengan dia orang. Amacam?"

"Makan dulu."

"Weh, Syif, kau dah siap belum part kau?"

"Dah, pagi tadi aku bangun awai hang tau dak sebab nak siapkan projek kita tu. Hang punya macam mana?"

"Aku dah settle gak. Bila nak compile?"

"Balik satgi la kot kalau aku tak tidoq. Ka hang terus balik rumah?"

"Tak sure lagi. Nanti aku inform."

"Kau orang, jom makan situ jom. Dekat sikit kita nak pergi boling kejap lagi," Haqqim mengajak dan masing-masing hanya menurut.

Di restoran Teppanyaki, terdengar gelak tawa dua orang rakan yang sedang enak menjamu selera.

"Sengal gila Anis buat macam tu. Habis, dia orang tak sedar langsung ke?" Aqillah memegang perutnya menahan kesakitan tawanya yang masih berbaki.

"Betul lah! Takkan Risa tipu pulak," Arissa menyambung lagi gosipnya tadi sambil ketawa.

"Eh, tau tak yang ada orang confess lagi kat Haikal. Kali ni pun dia tolak jugak," Arissa membuka cerita baru.

"Haikal? Yang mana satu pulak ni?"

"Ala, Asyraf Haikal lah! Budak hensem yang Risa selalu tunjuk kat Qilah tu. Orang selalu confess kat dia tapi dia tak pernah terima tu la. Ingat tak?" samar-samar Aqillah mengingati kembali apa yang pernah diceritakan oleh kawannya seketika dahulu.

Menurut Arissa, Asyraf Haikal adalah rakan seuniversiti mereka. Asyraf Haikal merupakan seorang lelaki yang tersangatlah hensem, juga menurut rakan-rakannya. Dan lelaki itu seorang yang pandai memandangkan lelaki itu sentiasa berada dalam senarai Dekan. Seorang yang berasal daripada keluarga berada. Perfect lah kononnya. Entah apa-apa entah. Lelaki itu juga amat dikenali dalam kalangan kawan-kawannya walaupun belajar dalam bidang yang berlainan. Seorang yang sangat cool kerana tidak banyak bercakap. Lelaki itu digelar 'Man of few words' kerana sikapnya itu. Geli pulak aku. Lelaki itu juga tidak pernah menerima seorang pun perempuan yang meluahkan perasaan padanya.

Setakat itu sahaja cerita yang dia ingat mengenai lelaki itu daripada berjuta-juta cerita yang diberitahu kawannya. Dia tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai lelaki tersebut. Mana-mana lelaki pun. Buang masa baginya. Tapi.. banyak jugak aku ingat pasal dia. Heh.

"Oh, yang tu. Siapa pula yang confess kali ni?" dia bertanya, sekadar bersopan.

"Tisya."

"Tisya? Budak kelas Qilah tu??" dia tidak percaya.

"A'ah. Tak percaya, kan? Ramai orang halang dia tapi dia tak nak dengar. Dia cakap Haikal mesti suka dia sebab dia selalu nampak Haikal pandang dia. Susah betul kalau orang perasan ni. Tau tak Haikal cakap apa masa dia confess tu? Haikal cakap 'No' lepas tu terus blah. Cool gilaa!" cerita Arissa bersemangat sambil ketawa geli hati.

"Isy, Risa. Tak baik gelakkan dia. Tapi apa yang buatkan dia nak confess kalau dia tau yang budak tu tak pernah terima siapa-siapa?" Aqillah bertanya, sedikit hairan.

"Tulah, Qilah. Orang bercerita kat dia sebelum ni, mengelamun. Entah apa yang dia fikir pun tak tau lah. Si Tisya tu kan ramai orang suka dia. Dan kan tadi Risa dah cakap yang dia cakap dia selalu nampak Haikal pandang-pandang dia. Tu yang dia ingat dia boleh dapat Haikal tu," terangguk-angguk dia mendengar penerangan Arissa.

"Ye lah, dah orang tu ramai sangat peminat. Risa bergosip je, ramai lah yang datang. Qilah, kalau dah ramai-ramai mengendeng tu, memang dah malas lah nak dengar. Nanti semua orang nak cakap. Pening kepala. Baik dengar lagu," Aqillah menungkas.

"Nak buat macam mana. Dah orang bagi gosip hangat, kenalah kongsi dengan rakan. Orang cakap tak baik kedekut tau," kawannya berseloroh sambil tertawa.

"Banyak lah. Orang cakap tak baik kedekut ilmu, bukan kedekut gosip! Hisy!" dia menjawab loyar buruk kawannya yang masih ketawa.

"Heee. Tapi kan, Haikal tu hensem gila owh. Memang padanlah ramai peminat. Qilah tau tak yang dia tu racing. Siap menang championship overseas lagi. Gempak gila! Kan best kalau..." Arissa tersenyum sendirian.

"Dah, dah! Lagho fikir pasal lelaki! Hisy, dengan budak tu jugak dia nak berangan. Kalau Eunhyuk ke tak apalah jugak," kini giliran dia pula yang tersenyum sendiri.

"Tak habis-habis dengan Super Junior dia tu. Dia orang tu semua artis lah. Dah lah tak Islam. Bukannya dapat kahwin dengan dia orang pun," Arissa mencebikkan bibir padanya.

"Kurang-kurang berangan tak melebih-lebih. Macam orang tu," Aqillah memuncungkan mulutnya ke arah kawannya itu lalu ketawa senang hati.

"Huh! Apa-apa je lah!" Arissa membalas. Aqillah hanya tersenyum melihat rajukan main-main kawannya itu.

"Dah lah, jom balik. Tak habis-habis bergosip kita ni. Berdosa tahu. Dah pukul empat petang dah pun. Kejap lagi nak masuk asar dah. Jom balik cepat," Aqillah mengajak pulang.

"Betul gak tu. Kaki Risa pun dah lenguh ni. Jom. Risa pergi bayar jap, Qilah tunggu dekat luar tau?" Arissa berkata dan Aqillah hanya angguk menerima.

Aqillah menyelongkar tas tangannya mencari telefon bimbit yang berbunyi. Mana pulak handphone aku ni? Tangannya masih mencari-cari telefon kepunyaannya. Hah! Jumpa pun! Telefon dikeluarkan tetapi belum sempat dia menjawab panggilan, telefon bimbitnya itu sudahpun hilang dari tangan. Yang kedengaran hanyalah bunyi sesuatu terjatuh ke lantai. Aik! Mana handphone aku?

"Hoi! Jalan tu baik-baik sikit! Pandang depan!" satu suara lantang memarahi.

Dia yang masih terpinga-pinga, terkejut mendengar tengkingan itu. Dia mencari arah datangnya suara itu dan matanya tertancap pada sepasang mata yang sedang tepat merenung ke arahnya. Dia ke yang cakap tadi? Dengan aku ke? Dahinya sudah berkerut.

"Aw- Awak cakap dengan saya ke?" dia bingung. Aku ada langgar dia ke? Rasa macam takde.

"Tak lah! Aku cakap dengan orang buta. Jalan tak pandang depan. Menyusahkan orang," lelaki itu berkata lagi sambil tunduk mengambil sesuatu di lantai. Dan saat itu juga dia melihat telefon bimbitnya terbaring lesu tidak jauh dari situ. Bulat terus matanya ketika itu. Ah, sudah! Telefon aku!! Segera dia mengambil telefonnya yang sudah terpadam. Dia cuba menghidupkan telefonnya tetapi gagal. Tidaak!! Hiduplah! Hiduplah! Dia mencuba lagi tetapi tetap tidak berhasil. Air mukanya berubah keruh. Apa aku nak cakap dekat ibu ni? Dah lah baru beli bulan lepas. Uwaaaaa.

"Hoi!!!" terkejut beruk dirinya apabila disergah begitu. Berkerut seribu mukanya mencari suara lantang tadi.

"Kalau dah salah tu, pandai-pandai lah minta maaf."

"Han- handphone saya...." dia sudah mula buat muka seposen.

"Itu masalah kau lah. Dah kau yang salah. Pandai lah tanggung," lelaki itu berkata lagi dan dia mula terasa panas.

Hai, budak ni. Mencabar keimanan aku sungguh. Punya elok aku cakap, boleh dia balas macam tu. Memang lah biadap. Cakap tak reti perlahan-lahan pulak tu!

"Awak cakap tu biar berlapik sikit. Jangan main nak tengking orang je. Nak orang beradab tapi diri tu-"

"Dah salah kau. Kau nak aku minta maaf pulak ke?"

"Awak ni..!!" dia menahan kesabarannya. Nak je aku cili mulut tu!

"Qilah, kenapa ni?" Arissa yang baru muncul bertanya. Dia hanya berdiam diri, masih menahan sabar.

"Eh, Qilah. Tu bukan.. bukan.." Arissa kemudian separa berbisik padanya.

"Bukan? Apa yang bukan? Dah memang dia yang biadap, Qilah nak buat apa? Orang dah cakap baik-ba-"

"Baik? Handphone kau bukan masalah aku. Mana maaf kau?"

"Weh, Syif. Ni bukan.. budak tu ke?" salah seorang rakan lelaki itu bertanya pada rakan disebelah.

"A'ah la. Weh, Asy. Dah lah. Jom blah."

"Apahal pulak? Aku nak dia mintak maaf dulu dekat aku."

"Ni.. Asyraf Haikal.., kan?" Arissa meminta kepastian. Bulat mata Aqillah pada lelaki itu.

Dia ni? Budak yang dia orang cakap hensem tu? Man of few words? Yang ni??? Ha ha. Mereka sangat bijak. Kagum sekali. Dia rasa tertipu.

"Dah lah, Risa. Jom balik," dia mula melangkah pergi. Malas ingin memanjangkan cerita.

"Hoi pompuan! Mana maaf kau?" tajam ayat itu menusuk telinganya tetapi dia tetap melangkah pergi.

"Weh, Asy. Dah lah tu. Jom blah," Aqillah mendengar kawan-kawan lelaki itu berkata dari jauh. Dia menarik nafas lega. Takut juga dirinya kalau-kalau lelaki itu mengikutinya.

Hisy! Takde adab sungguh. Aku baru ingat nak minta maaf tapi mulut dia tu.. kurang ajar sangat. Terus lenyap niat baik aku. Dia mendengus geram.

"Qilah, tadi tu.. kenapa?"

"Hah? Takda.. Qilah keluar dari kedai tadi, Qilah tengah cari handphone dalam beg. Tak pandang depan lah. Lepas tu Qilah terlanggar dia lah kot. Qilah tak sedar. Yang Qilah tau handphone Qilah dah takde dekat tangan. Dah rosak dah. Nak on pun tak boleh. Dah lah baru beli Risaaaa!!"

"Hah? Yang beli bulan lepas tu?"

"Ye lah!! Macam mana ni? Takut nak bagitau dekat ibu."

"Ala, ibu takkan marah punya. Bukannya Qilah sengaja nak bagi jatuh pun handphone tu. Nanti hantar kedai lah. Tapi kan, apa yang buat dia marah sangat tu?"

"Yang tu, Qilah tak tau! Tiba-tiba je dia tengking Qilah suruh minta maaf. Bukannya dia luka ke apa ke. Cakap baik-baik sikit tak boleh ke? Tu yang Qilah bengang tu. Mula-mula ingat nak minta maaf tapi bila dengar je ayat biadab dia tu, terus tak jadi," marahnya berbaki apabila teringat kejadian tadi.

"Tapi, betul ke dia tu Asyraf Haikal yang Risa selalu cerita tu?" dia bertanya, ingin tahu. Dia tidak pernah pula dengar Arissa bercerita mengenai baran lelaki itu.

"A'ah. Dia lah tu. Sebab Risa kenal kawan-kawan dia tu."

"Hm. Biadap. Marah betul Qilah."

"Dah lah tu. Jom balik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience