BAB 4

Romance Completed 7293

"Fatin, boleh tembus tak?" Aqillah bertanya sambil memerhatikan skrin komputer riba rakannya.

"Jap, jap. Lagi sikit. Awak guna apa tadi pasang firewall tu?"

"Yang sama jugak. Cuma saya tukar setting dia je. Lain terus ke cara nak hack dia?"

"A'ah. Lain terus. Dia kena lagi banyak crack password."

"Kalau macam tu, ok lah!" dia berkata gembira.

"A'ah. Dah cukuplah empat contoh kita, kan?"

"A'ah. Sekarang kena buat repot dan tunjuk dekat madam je lah."

"Ok. Tapi kejap, saya nak try hack jugak laptop awak! Hehehe."

"Hahaha. Ok, ok. Kita tengok siapa lagi power!"

"Mesti lah saya lagi power."

"Maklum lah, orang tu hacking champion," dia mengenakan Fatin dan kawannya mencebikkan bibir padanya. Dia hanya menggelakkan muka kelakar kawannya itu. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi.

"Qilah, awak ada simpan tak contoh-contoh kita yang sebelum ni?"

"Ah? Dah, dah. Kejap lagi saya tunjuk. Akak saya call. Kejap," dia menjawab lalu menekan punat di telefonnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, Qilah. Tengah kelas ke?"

"Takda lah. Ada discussion je. Kenapa Kak Sara?"

"Tak kacau ke ni?"

"Takpa. Dengan Fatin je."

"Oh, ok. Ni, Qilah balik rumah pukul berapa hari ni?"

"Hmm, dalam... setengah jam lagi? Kenapa?"

"Ibu ada hal dekat luar. Ibu minta kita masak makan malam ni."

"Kak Hani pun takda juga ke? Nak masak apa?"

"A'ah, dia ikut ibu jugak. Entahlah. Nanti Kak Sara tanya ibu and beli lah apa-apa yang takda lagi. Then, dalam pukul enam macam tu kita masaklah. Ok?"

"Ok saja. Yang penting masak sekali dengan Kak Sara lah. Kalau tak, Qilah tak tau lah apa jadi dekat makanan tu nanti. Hehe."

"Haha. Nanti kita masak sama-sama lah. Oklah, tu je nak cakap. Pergilah sambung kerja Qilah balik."

"Baik, makcik. Hehe. Assalamualaikum."

"Waalaikumusssalam." Dia mematikan talian dan berjalan semula ke meja yang diduduki Fatin.

"Kenapa, Qilah?" Fatin yang melihat dirinya datang kembali, mendongak memandangnya.

"Takda, ibu ada hal. So, dia suruh balik masak."

"Masak? Waah, dah boleh kahwin lah macam ni," Fatin berseloroh sambil ketawa. Dia hanya ketawa pahit apabila teringatkan kisah hari Sabtu lepas.

"Err.. Qilah, ok tak? Saya main-main je lah. Awak marah ke?"

"Hah? Eh, tak, tak. Mana ada lah. Saya cuma teringat benda yang tak berapa nak best je. Hehe," dia tiba-tiba rasa bersalah pada rakannya.

"Oops. Maaf. Kalau macam tu, kita kena balik pukul berapa ni? Sekarang pun dah nak dekat pukul lima dah."

"Takpa. Kita siapkan repot dulu lah. Dalam lima setengah saya baliklah kot. Sempat tak kita siapkan?"

"InsyaaAllah, sempat. Jom lah buat cepat-cepat."

"Assalamualaikum," Aqillah memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah yang lengang tanpa penghuni. Hmm. Kak Sara pergi beli barang kot. Dia terus naik ke balik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat asar.

Usai membuat yang wajib, dia turun semula ke ruang tamu di bawah. Tetapi belum pun sempat duduk di sofa, kereta Proton Persona kakaknya masuk ke kawasan rumah mereka. Dia segera membuka pintu untuk kakaknya.

"Assalamualaikum. Dah lama ke Qilah sampai?" kakaknya bertanya sambil dia menyalami tangan kakaknya.

"Waalaikumussalam. Dalam pukul lima empat puluh tadi kot. Kak Sara dari mana ni? Banyaknya akak beli barang. Dekat rumah dah takda barang ke?" dia pelik melihat kakaknya menurunkan beberapa beg plastik besar daripada but kereta.

"Oh, kita ada tetamu kejap lagi. So, kena masak banyak sikit."

"Hah? Siapa? Gila nak masak untuk tetamu. Kang tak sedap kang tak pasal je, kak," dia sudah gelabah.

Dah lah aku ni kadang-kadang je masak. Biasanya tolong ibu je. Gila nak masak untuk orang.

"Ala, takpalah. Ibu suruh masak simple je."

"Masak apa?"

"Aaa tomyam seafood, ayam goreng, sambal belacan, dengan kangkung kicap," matanya sudah bulat mendengar menu pertama yang kakaknya sebutkan itu. Dia diam seribu bahasa. Tomyam???

"Nak terjun lombong tak, Qilah?" "Jom."

"Hahaha. Alaa, Qilah. Senang je masak tomyam tu. Yang lain tu takpelah. Dah biasa masak pun. Kak Sara pernah masak tomyam dengan ibu. Janganlah takut sangat.. kita-kita je pun yang nak makan."

"Kita-kita je? Tadi Kak Sara cakap ada tetamu?"

"Oh. Aaa takpa. Kitakan masak sama-sama. Pandai-pandailah kita bagi rasa dia sedap. Hehe," kakaknya yakin menjawab tetapi dia sudah sedikit kecut perut kerana dia kurang mahir dalam bab-bab mengagak garam dan gula.

Dia mengekori kakaknya masuk ke dapur sambil membawa barang-barang yang baru dibeli. Dia kemudian mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak tomyam. Udang, sotong, dan lala dibasuh. Kemudian, dia membasuh pula ayam untuk digoreng. Sementara itu, kakaknya memasak nasi dan dilihat kakaknya meletakkan tujuh pot beras ke dalam periuk.

"Banyaknya, Kak Sara! Berapa orang yang nak datang ni?" dia sudah panik.

"Satu famili. Kenapa?"

"Satu famili tu berapa orang?" dia sudah rasa perasaan yang kurang enak dan kakaknya hanya senyum padanya. Dia sudah membuat muka.

"Dia orang?" kakaknya hanya mengangguk sebagai jawapan. Dia mengeluh. Apalah nasib aku ni.

Setelah hampir sejam mereka menghabiskan masa memasak, loceng rumah mereka berbunyi. Aqillah terus kecut perut. Dia segera memandang kakaknya kerana dia pasti yang keluarga Haikal sudah sampai memandangkan tiada antara familinya yang menekan loceng rumah.

"La, pergilah buka pintu tu, Qilah," Kak Sara menyuruh dan pantas saja dia menggeleng sambil membuat muka kesian.

"Ala, mana tau bukan Haikal ke? Dia orang datang lain-lain sebab masing-masing ada hal. Mana tau Nina dengan Faris ke? Pergi cepat buka pintu. Akak nak jaga tomyam ni. Cepat, dia orang dah tunggu tu!" Kak Sara menggesanya.

Nak tak nak, terpaksa juga dia pergi mendapatkan tetamu yang berkunjung. Minta-minta budak tu takda, amin. Dia membuka pintu dengan mengucapkan basmallah tetapi sedih apabila lelaki itu yang muncul dengan muka selamba. Mahu sahaja dia menutup kembali pintu tersebut tetapi niatnya tidak kesampaian kerana Auntie Ros serta Uncle Hairi muncul sesaat kemudian. Tanpa menghiraukan lelaki itu, dia terus mendapatkan kedua orang tua tersebut.

"Assalamualaikum Auntie, Uncle", dia menyambut kedatangan kedua orang tua Haikal sambil menyalami tangan Auntie Ros.

"Waalaikumussalam. Ibu ada tak?"

"Ibu tak balik lagi. Ada hal. Kejap lagi sam- Oh, tu. Dah sampai dah," dia berkata apabila kereta ibunya memasuki pagar rumah.

"Panjang umur ibu kamu, Qilah," Auntie Ros berkata sebelum berlalu mendapatkan ibunya bersama Uncle Hairi.

Dia menarik nafas lega apabila Haikal turut mendapatkan ibunya. Dia segera kembali ke dalam rumah untuk membantu kakaknya tetapi apa yang dilihat sesampai sahaja dia di dapur adalah muka pucat Kak Sara di depan periuk tomyam mereka. Dia mula tidak sedap hati.

"Kenapa Kak Sara?" segera dia menerpa ke arah kakaknya.

"Ah? Qilah, dia orang dah sampai ke?"

"A'ah. Ibu pun dah balik. Kenapa ni? Apa jadi dengan tomyam kita?"

"Qilaaah, akak terlepas bekas garaaam!!"

"Haaaa?? Banyak ke yang masuk??" mukanya pucat lesi.

"Cuba Qilah rasa. Dah macam.. macam.." kakaknya menghulurkan sudu kepadanya dan dia menghirup kuah tomyam tersebut dengan jantung yang kencang berdegup.

Eh? Tak masin gila pun? Manis sangat pun tak. Elok je rasa dia. Sedap je. Dia memandang kakaknya dengan muka pelik.

"Hehehe. Gotcha!"

"Kak Saraa!!!" dia geram dan kakaknya beriya-iya menggelakkan dirinya yang diperdaya.

"Kurang gula betul!" dia memarahi kakaknya.

"Hahaha. Siapa suruh cepat sangat percaya. Qilah, akak rasa akak ada bakat jadi pelakon lah. Nak tukar profession boleh tak?"

"Ha, tukar lah. Tukar. Lepas tu ayah kurung akak dalam rumah tak bagi akak jumpa abang Izzat akak tu dah!"

"Aaaa, tidak!! Jangan berlaku kejam padaku. Aku tak mampu hidup tanpamu, Izzat," kakaknya berdrama.

"Eeeii, menggatal!!" dia berkata sambil membuat muka pada Kak Sara yang sudah ketawa gembira.

"Eh, Haikal. Bila masuk dapur?" Kak Sara bertanya pada seseorang di belakangnya. Dia berpaling untuk melihat tetapi tiada sesiapa yang berdiri di pintu dapur.

"Kak Sara!!!" dia geram apabila dikenakan lagi. Kakaknya sudah semangat mentertawakannya.

"Dah lah. Malas nak layan. Qilah goreng ayam lagi bagus!!" dia berkata geram sambil menuang minyak ke dalam kuali dan membuka api dapur. Dia kemudian menyapu garam dan kunyit pada ayam yang berada di dalam bekas.

"Eh, Haikal. Bila masuk dapur?" kakaknya bersuara lagi.

"Dah, dah. Tak payah nak kenakan Qilah lagi. Dah tak percaya dah," dia berkata tanpa mengendahkan kakaknya.

"Hahaha. Dah mahir nampak? Tapi Qilah salah lah kali ni. Haikal memang betul-betul dekat belakang Qilah. Tu dia nak dekat dah dengan Qilah tu. Ha, dah sampai dah dekat meja potong tu dah. Hmm, memang dah de-"

"Hah??" dia pantas berpaling ke belakang namun segera membuat muka. Kakaknya sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Ha ha. So funny lah, Kak Sara," dia berkata geram dan terus menyambung kerjanya kembali. Asyik saja tertipu dengan permainan kakaknya itu.

Setelah minyak panas, dia memasukkan ayam ke dalam kuali dan minyak tiba-tiba meletup memeranjatkan dirinya.

"Ya Allah!!" dia berteriak. Ada suara garau yang semakin dikenalinya tiba-tiba mentertawakannya dari belakang. Rona merah muncul di pipinya. Dia diam tanpa menoleh kerana terlalu malu.

"Eh, Haikal. Bila masuk dapur?" kakaknya mengeluarkan ayat yang sama seperti tadi membuatkan dia menjeling kakaknya yang berada di sebelah. Tetapi hanya dibalas dengan tawa geli hati kakaknya itu.

"Baru je. Amin dengan Abang Amir takda ke?" Haikal bertanya.

"Oh, Abang Amir kejap lagi sampai lah kot dengan ayah. Amin tak tau. Dia tak kata pula dia balik pukul berapa."

"Mmm, ok."

Aqillah sudah berdoa agar lelaki itu segera keluar dari dapur namun apa yang terjadi hanyalah bunyi kerusi ditarik dan orang duduk. Dia sudah mengeluh berat.

"Nina mana? Tak datang ke?" Kak Sara bertanya.

"Kejap lagi dia sampai kot. Ni semua kau orang masak ke?"

"Ha? A'ah. Qilah yang masak. Akak tolong-tolong je," dia sudah membuat muka dengan jawapan kakaknya. Saja ingin mengenakannya lagi tetapi dipendamkan saja kerana takut akan bertekak dengan lelaki itu jika dia membuka mulut.

"Hmm, patutlah khusyuk je masak. Tak sedar orang masuk langsung. Entah sedap entah tak," sinis suara lelaki itu cuba menyakitkan hatinya.

Sabar, Qilah. Sabar. Dia membiarkan kritikan itu berlalu. Dia segera mengambil pinggan di dalam kabinet dan dilapik dengan tisu untuk mengangkat ayam yang sudah siap digoreng.

"Hmm, sedapnya bau," suara Auntie Ros kedengaran di muka pintu dapur. Dia menoleh sambil tersenyum manis, sekadar memberitahu yang dia mendengar.

"Of course lah, mama. Tengoklah siapa yang masak," Kak Sara berseloroh.

"Hahaha. Siapa yang masak? Sara ke Qilah?"

"Mmm, yang sedap tu Sara yang masak, yang tak sedap tu, Qilah," Kak Sara berkata lagi dan Auntie Ros hanya ketawa manakala dirinya hanya diam.

"Kamu masak apa hari ni?"

"Kami masak tomyam seafood, kangkung kicap, sambal belacan, dan ayam goreng yang tengah digoreng. Cukup tak, mama?"

"Ha, cukuplah tu. Kang masak banyak-banyak pun tak habis je nanti. Tomyam tu memang favourite budak ni lah ni. Hmm, senanglah kalau dah pandai masak," jawapan Auntie Ros membuatkan dia terkaku sebentar.

Tidak tahu mahu memberi reaksi apa. Akhirnya, dia hanya memberi senyuman pahit pada mereka.

"Mama try lah rasa tomyam buatan kami ni. Sedap tau," Kak Sara mempelawa dan dia sudah berpeluh sejuk.

"Takut tak sedap ke?" terkejut bagai nak rak dirinya apabila Haikal yang berdiri di belakangnya bertanya. Tidak sedar bila lelaki itu bangun dan mendekatinya.

"M- Man- mana ada!" dia tergagap-gagap menjawab, akibat rasa terkejut yang masih belum reda.

"Eleh, muka tu nampak sangat takut. Jangan risau, awak mesti masak sedap punya! Ye lah, awak kan.. calon.. isteri.. saya," perlahan-lahan dan satu persatu perkataan itu disebut Haikal bersama senyuman sinis yang menyakitkan hati. Dengan sengaja, mahu menaikkan darahnya yang sudah mula suam-suam kuku.

"Mama, jom pergi depan. Dah siap dah semua. Tinggal ayam goreng je lagi. Nanti kita tunggu semua balik, then kita dah boleh makan lah," Kak Sara berkata dan dia lega.

Bagus lah. Pergi lah main jauh-jauh sikit. Jangan nak sakitkan hati aku je.

"Tu lah. Kesian dekat abah kamu duduk seorang-seorang dekat depan," Auntie Ros berlalu keluar bersama Kak Sara. Tetapi Haikal masih tercegat disebelahnya.

"Apa awak buat dekat sini lagi?" dia sudah menghalau apabila lelaki itu masih tercegat di sebelahnya.

"Awak mesti tak faham maksud dia orang, kan?"

"Ha? Maksud? Takda mak-"

"Dia orang pergi sebab nak bagi kita privasi. Lembap jugak awak ni."

"Ha? Kenapa pula? Takda punya. Awak je yang salah ta-"

"Well, whatever it is. I'm going to stick around you," Haikal berkata dan dia sudah membuat muka. Hatinya sedikit panas.

"Apa yang awak nak?"

"Menyakitkan hati awak?"

"Tak puas lagi ke awak malukan saya masa dekat Kinokuniya hari tu?" dia sudah bengang.

"Apa yang saya buat? Bukan itu kesalahan awak sendiri ke?"

"Haa?? Siapa yang masukkan buku dalam beg saya??"

"Awak nak bagitau semua orang ke pasal ni?" Haikal bertanya apabila suaranya sudah sedikit tinggi.

"Tapi awak yang start dulu. Mana saya tak marah!!" dia berbisik pula.

"Ha?? Saya tak dengar lah. Boleh cakap kuat sikit?"

"Pekak ke awak ni??? Hisy!!" dia sudah geram dengan lelaki itu yang sengaja menguji kesabarannya.

"I ask you to keep your voice down. Not to whisper it out."

"Apa-apa je lah. Ni, awak tak bagitau sesiapa lagi pun pasal ni, kan?"

"I guess so....." matanya sudah terbeliak mendengar jawapan tidak meyakinkan lelaki itu.

"Haikal!! Awak bagitau siapa??" dia pantas bertanya tetapi lelaki itu hanya memandangnya tanpa kata. Dia sudah buat muka hairan namun lelaki itu tetap juga merenungnya. Dia segera mengalihkan pandangannya pada ayam di dalam kuali. Takut ditenung begitu.

"Awak dengar tak saya tanya ni?" dia berkata pada ayam di dalam kuali.

"This is the first time you said my name."

"Ha? Mana awak tahu ni first time saya sebut nama awak?" dia bertanya, hairan dengan kenyataan lelaki itu.

"Well, as far as I know. You never call me by my name. Always, awak and awak."

"Dah tak perlu."

"Hmm. Can you call me again?"

"Hah? Apa ke-"

"Just say it."

"Haaa??? Haikal?" dia sudah pelik.

"Again."

"Isy, apa awak ni? Jangan nak buat onar de-"

"I'm not. Just say it again."

"Eeii, peliklah awak ni. Haikal, Haikal, Haikal, Haikal, Haikal, Haikal. Dah, puas hati?" dia pelik dan tidak faham dengan permintaan Haikal. Tetapi dia lagi pelik kenapa dia menurut sahaja kata-kata lelaki itu. Dia sudah menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Qilah."

"Apa lagi awak nak? Tak puas la-"

"Ayam tu. Nak hangit dah."

"Alamak!" dia sudah kelam kabut mengangkat ayam goreng yang sudah sedikit garing.

"Isy, awak lah ni! Kacau saya masak!!" dia memarahi lelaki itu.

"Lah, saya pula yang salah? Yang awak pergi berangan tadi siapa suruh?"

"Bila masa saya berangan?? Awak yang mengganggu ketente-"

"Siapa suruh awak rasa terganggu? Saya tak suruh pun."

"Isy! Dah lah. Malas nak layan awak!"

Dia segera meletakkan pinggan di bawah tudung saji, menutup api dapur, dan berlalu ke depan. Selama itu juga Haikal memerhatikan saja apa yang dilakukannnya sehinggalah dia keluar dari dapur. Itupun diturut sama. Dia sudah naik rimas dengan tindak-tanduk lelaki itu. Mahu saja dia naik ke bilik dan mengurungkan diri sehingga keluarga mereka pulang. Namun, tidak mungkin perkara itu terjadi melainkan.. dia memetik jari. Aku tak berapa nak sihat!

Sudah dua minggu berlalu selepas pertemuan keluarganya dengan keluarga Haikal. Dan banyak masa telah mereka habiskan bersama-sama bagi proses merapatkan silaturrahim. Dan setiap kali pertemuan, perkelahian pasti berlaku antara dirinya dan lelaki itu. Hari ini juga tidak terkecuali.

"Qilah, tolong buka pintu. Dia orang dah sampai tu," ibunya menyahut dari dapur.

"Ok, bu," dia yang berada di ruang tamu segera berlari mendapatkan pintu yang terus di buka.

"Assalamualaikum, sayang," suara Auntie Ros menyapa dirinya.

"Waalaikumussalam, Auntie," segera dihulurkan tangan untuk bersalaman dengan wanita itu.

"Uncle mana?" dia bertanya apabila wanita itu hanya muncul seorang diri.

"Uncle kerja lah, Qilah. Petang sikit nanti baru dia sampai."

"Oh. Yang lain? Takkan seorang pun tak datang?"

"Yang lain ada tapi semua dah hilang. Pergi tengok kereta Amir rasanya. Tadi bersemangat dia orang bercerita dalam kereta. Nina ada dengan Sara kat taman."

"Patutlah. Semua dah jumpa kawan. Hehe. Eh, masuklah, Auntie. Ibu ada kat dapur. Qilah nak kemas, jap. Tadi belajar gubah bunga dengan Kak Hani."

"Rajinnya kamu ni, Qilah. Kalau nak suruh si Nina tu buat, memang berabadlah nak tunggu. Ah, Auntie pergi dapur dulu, ok?" Auntie Ros berkata sebelum beredar ke dapur. Dia kembali menutup pintu.

"Eh, kejap!" satu suara berkata pantas. Aqillah menarik semula daun pintu yang sudah separuh bertutup.

Muka Haikal dipandang. Silap. Segera tangannya menutup kembali pintu tersebut namun dia terlambat. Haikal sempat menahan pintu dengan kaki.

"Apa awak nak?" kasar Aqillah bertanya. Meluat melihat muka di celah daun pintu yang terbuka.

"Nak masuklah, apa lagi? Kaki saya dah sengal ni."

"Tak boleh! Saya tak be-,"

"Macam ni ke cara awak layan tetamu?"

"Awak bukan tetamu saya! Saya tak kenal awak. Jadi, sa-"

"If my mom is your visitor, so am I."

"Not in my book! No, you are no-"

"Hey, is there something on your hijab?" Haikal bertanya sambil menuding jari ke atas kepalanya.

"Awak jangan nak kenakan saya! Saya ta-"

"I'm not lying. There is something! Cuba rasa atas kepala awak. Nampak macam ulat b-"

"Hah?? Ulat? Ulat apa? Kat mana?" pantas tangannya merasa atas kepalanya.

Dia paling tak gemar akan serangga. Semua jenis serangga terutama sekali ulat dan serangga yang boleh terbang. Mukanya sudah berkerut meraba-raba atas kepalanya dengan berhati-hati. Takut serangga itu masuk ke dalam tudungnya.

"Assalamualaikum, tuan rumah," sinis kedengaran suara lelaki itu. Matanya kembali dihadapkan pada lelaki yang sudah tersenyum mengejek memandangnya.

Apa kejadah? Dia tipu aku ke? Dia tipu aku?? Aku kena tipu?? Uurrgghh!! Tak makan saman punya lelaki!! Tajam dia memandang lelaki itu.

"Penipu!!" dia berkata bengang pada Haikal. Geram pada dirinya yang mempercayai kata-kata Haikal.

"No, I'm not. I really thought I saw some-"

"Penipu, penipu, penipu, penipu.."dia menyebut perkataan itu berulang-ulang kali sambil menutup kedua-dua belah telinganya.

Langkahnya kembali dibuka menuju ke arah ruang tamu. Malas ingin melayan lelaki kurang asam itu. Dia duduk bersimpuh di lantai dan menyambung kerja-kerja mengemas yang terbengkalai sebentar tadi. Lembap lah kau ni, Qilah. Macam mana kau boleh percaya cakap budak tu? Kau tau je lah perangai dia tu macam mana. Balas dendam tak habis-habis. Dia memarahi dirinya sendiri sementara tangannya sibuk mengumpul tangkai-tangkai bunga yang ingin dibuang. Anak matanya menangkap kelibat Haikal yang sedang menyelesakan diri di sofa yang berdepan dengannya. Isy, lelaki ni kan!

"Apa awak buat kat sini?" serong matanya memandang lelaki itu. Haikal sedikit terkejut dengan pertanyaan yang dia kemukakan.

"Duduklah. Apa lagi? Kenapa? Tuan rumah tak benarkan tetamu duduk ke?"

"Isy, dia ni kan!" dia menggenggam geram segala yang berada di tangan.

"Ow!" dia melepaskan apa yang dipegang dan memeriksa tangannya.

Cis, terkena duri! Darah terbentuk kecil di jari kelingkingnya. Ah, sudah! Berdarah lah pula. Tetapi belum pun sempat dia berbuat apa-apa, Haikal sudah terpacul di tepinya dan ingin memegang tangannya. Refleks spontan membuatkan dia menjauhkan diri daripada Haikal. Terkejut. Lelaki itu juga bertindak membuat perkara yang sama sambil mengangkat kedua-dua belah tangan seperti menyerah. Muka lelaki itu bersalah. Dan... risau? Muka aku takut ke? Teruk sangat ke?

"Tunggu kejap!" Haikal berkata kepadanya.

Tunggu kejap? Untuk apa? Dia hanya memandang Haikal yang sudah berlalu dari situ dengan muka blur. Hairan dengan tingkahlaku lelaki tersebut. Ah, biarlah. Dia kembali meneliti jarinya yang luka terkena duri. Aiyoo, tak pasal-pasal je berdarah jari aku. Dia merungut sendiri. Dia mengelap darah itu dengan tangan dan kembali mengemas.

"Awak buat apa tu?" Dia mendongak apabila melihat Haikal datang semula dengan memegang sesuatu di tangan.

Matanya memerhati segala perbuatan Haikal yang kini duduk di hadapannya tetapi dengan meja sebagai pemisah. Jauh dari tadi tetapi masih sampai untuknya mengambil tisu yang dihulurkan. Untuk aku? Tisu basah pula tu. Teliti betul budak ni.

"Lap darah tu," Haikal berkata tetapi lebih kepada mengarah baginya. Dia hanya akur tanpa kata. Lukanya dibersihkan. Dia juga membersihkan darah yang semakin kering di keliling lukanya.

"Nah," lelaki itu berkata lagi sambil meletakkan sesuatu di atas meja.

"Plaster. Tampal dekat luka tu."

Plaster yang diterima terus dibalut pada jari yang luka. Terasa lega sedikit apabila tiada lagi darah yang kelihatan.

Hai, cuai betullah kau ni, Qilah. Tengok, kan dah terhutang budi dengan dia. Eh, tapi tak juga. Dia yang buat aku marah dan akhirnya menyebabkan aku luka. Tak terhutang budi. Tak terhutang budi. Dia tolong mesti sebab rasa bersalah. Tau takut. Heh! Dia tersenyum sendiri. Dia kemudian aneh melihat Haikal bermain dengan tangkai-tangkai bunga yang berserakan.

"Apa awak nak buat dengan.. Eh, takpa, takpa! Biar saya kemas!" dia pantas menahan apabila memahami perbuatan lelaki itu. Tak mahu terhutang lebih banyak budi.

"Duduk!" laju Haikal menyuruhnya.

"Tak boleh. Mana bo-"

"Sit down!" lantang Haikal mengarahnya.

Tangannya yang sedang mengemas kaku. Dia memandang Haikal. Tidak percaya yang Haikal berani meninggikan suara padanya. Walaupun dia sebenarnya sedikit gentar sekejap tadi. Lelaki itu memandang tepat pada matanya dan dia segera menundukkan pandangan. Tangannya kembali mengemas tangkai-tangkai bunga tersebut.

"Kalau awak tak nak berhenti, saya terpaksalah pegang awak untuk paksa awak berhenti," kata-kata itu membuatkan dia tergamam.

Dia ingin berkata sesuatu untuk menungkas tetapi melihatkan muka serius lelaki itu, dia kembali menutup mulut.

"Duduk, Nur Aqillah," Haikal mengeluh. Walaupun ingin memprotes, dia kembali duduk dengan perasaan tidak puas hati. Takut juga kalau Haikal benar-benar menyentuhnya. Dahinya masih berkerut menahan geram.

Dia melihat tangan Haikal mahir mengutip sampah-sampah yang lain. Hai, dia pula yang tolong kemas. Tapi, dia yang tak bagi aku kemas. Lagipun bukannya teruk sangat pun luka aku ni. Dah berplaster dah pun. Dia tiba-tiba rasa bengang. Dia ingat aku lembik ke? Luka sikit dah tak boleh buat kerja? Hisy, ni yang rasa geram ni. Kau pun satu, Qilah! Takkan dia gertak sikit kau dah ikut cakap kot? Lagi lah tak boleh jadi. Di-

"Qilah! Nur Aqillah!" Haikal meninggikan sedikit suara sambil melambai-lambaikan tangan di hadapan mukanya.

"Apa? Cakap pelan-pelan sikit boleh tak? Saya tak p-"

"Pekak? Mungkin kalau awak kurangkan sikit habit awak yang suka berangan tu, pekak tu pun kurang sikit lah kot."

"Mana ada saya berangan! Awak ja-"

"Jangan pandai-pandai buat cerita? Saya cakap apa yang saya nampak je. Ah, forget it. Where should I throw these?" Haikal mengangguk ke arah tangan yang penuh.

"Awak ni kan..! Huh! Buang kat tong sampah lah!"

"Memanglah kat tong sampah, cik kak oi. Takkan kat dalam kereta awak pula. But where is it?"

"Hisy! Kat sini!"

Aqillah berjalan menuju ke luar rumah. Dia memasuki taman bunga di sebelah kanan rumah dan berhenti di hadapan sebuah tong sampah berwarna hitam yang ada di situ. Tangannya membuka penutup tong tersebut. Dia memandang Haikal yang terhenti di dalam taman itu. Mata lelaki itu melilau memandang sekeliling taman. Sedikit terkejut dan sedikit kagum. Ibu yang tanam, mestilah cantik. Dia memuji sendiri.

"Buang kat sini."

"Semua ni ibu yang tanam ke?" Haikal bertanya sambil membuang sampah yang dipegang.

"A'ah. Tapi kita orang ada tolonglah sikit-sikit," dia berkata sambil memerhatikan lelaki itu yang masih mengamati keadaan taman itu.

Takkan budak ni mat bunga kot? Hisy, meremang bulu roma aku.

"She's good. Patutlah mama cakap ibu pandai berkebun."

"Mestilah. Dah kata ibu..." Eh, kejap! Tadi dia panggil ibu? Ibu??

"Ibu???"

"Hah?" Haikal memandangnnya kehairanan.

"Awak sebut ibu tadi. Bukan awak panggil mama ke?"

"Apa yang.. Oh, a'ah. Ibu awaklah. Mak saya memang saya panggil mama pun. Kenapa?" muka lelaki itu bingung dengan pertanyaannya.

"Awak panggil ibu saya ibu??" dia tidak percaya. Dia panggil ibu aku ibu? Sejak bila pula dia 'mesra' sangat sampai panggil ibu?

"Habis tu? Nak panggil apa lagi? Kakak?" dahi lelaki itu semakin berkerut dan Aqillah semakin tidak percaya. Bulat matanya memandang lelaki di hadapannya itu.

"Auntie lah! Auntie!!"

"Apa masalahnya dengan ibu? Semua orang panggil ibu, ibu dan mama, mama."

"Apa?? Mana ada dia orang panggil macam tu!!" dia semakin bengang.

"Bila masa Auntie suruh panggil dia mama?!"

"Demensia ke awak ni? Remember our first day?"

Ingatannya berputar mencari memori hari perkenalan mereka. Dia kembali mengingati saat mereka dipertemukan. Sewaktu sesi pengenalan, Auntie Ros menyuruh mereka memanggilnya mama sahaja disebabkan jalinan yang akan berputik antara mereka dua keluarga. Tetapi dirinya memberontak. Dia yang pada asalnya memang tidak mahu ditunangkan, semakin pasti mengenai perkara itu apabila mengetahui siapa lelaki tersebut. Akhirnya, Auntie Ros hanya berkata yang dia boleh memanggil mama apabila dia sudah berasa selesa dengan mereka. Dia rasa amat bersalah ketika itu tetapi dia tidak dapat menyuruh lidahnya untuk menyebut perkataan tersebut.

"Oh," hanya itu balasan yang dapat diberikan. Fikirannya masih melayang. "..sini? Dating eh?" suara kakak Haikal, Amanina Haziqah memasuki gegendang telinganya.

Dia terhenti daripada lamunan. Kak Sara juga turut berada di situ. Dia memandang Haikal. Tidak sempat menangkap pertanyaan Kak Nina sebentar tadi.

"Helping this day-dreaming maniac dumping the rubbish," Haikal tersenyum sinis memandangnya.

Tajam dia menjeling lelaki itu. Kurang asam punya budak. Tak sah kalau tak sakitkan hati aku.

"What happened to your hand?" Kak Nina bertanya, melihatkan jarinya yang berbalut.

"Oh, takda ap-" "She cut herself while day-dreaming," Haikal memotong kata-katanya selamba. Isy, lelaki ni kan!

"Biasalah tu, Nina. Budak ni memang cuai sikit. Ada je benda yang luka kat dia," kakaknya tidak membantu. Cis, mana ada aku cuai!

"Mana ada! Dah benda nak jadi, na-"

"Denial?" Haikal mengangkat kening padanya. Lelaki tak... Urgh! Kurang asam! Dia menggenggam penumbuknya.

"Apa-apa je lah."

"Dahlah tu! Isy, kau orang ni. Tak sah kalau tak bertekak!" marah Kak Sara.

"Really?" Kak Nina pula bertanya. Ah, sudah!

"No! Kita orang ok!" pantas dia memintas kakaknya yang sudah membuka mulut untuk berkata sesuatu. Dia tak mahu bercakap pasal benda ni. Tetapi ketawa kecil yang terlepas daripada mulut Haikal menaikkan kemarahannya. Jengkel sekali dia mendengar ketawa itu. Tajam dia merenung lelaki tersebut.

"I'm charming, isn't it?" Haikal bertanya padanya.

Haaa? Apa ke halnya pula lelaki ni? Dia sudah membuat muka. Perasan punya lelaki!

"Well, you keep looking at me with amazement in your eyes," lelaki itu menguji kesabarannya lagi. Dia ingin menafikan tetapi kata-kata Kak Nina memeranjatkannya. Hilang segala yang ingin diluahkan.

"Now I see what you said about her. Yup, that's really her charm."

"Hah?" dia keliru.

Dipandang wajah Haikal ingin meminta penjelasan tetapi lelaki itu buat tidak nampak. Ceh, bajet! Dikalihkan mata kepada Kak Sara dan Kak Nina. Masing-masing mempunyai reaksi pengertian yang jelas. Dia semakin bingung. Apa kejadah? Dia sekali lagi memerhatikan Haikal tetapi riak lelaki itu tidak difahaminya. Dia ingin bertanya tetapi tidak tahu bagaimana mahu membuka bicara. Hailah..

"Ha! Kat sini pun kau orang. Jom, mama keluar tadi panggil makan. Jom, jom," Abang Amir muncul bersama adiknya dan Faris Hafizi.

Mama? Abang pun panggil Auntie, mama juga? Semua orang panggil Auntie, mama ke?? Aargh!!

"Eh, tadi dah dapat tengok apa yang Haikal cakap pasal Qilah tu," penyataan Kak Nina kembali menarik perhatiannya. Dia memasang telinga.

"What?? Not fair! I wanna see her charm too! Kenapa Kaklong tak panggil tadi?" Faris merengek sambil memandang iri hati pada Kak Nina.

Benda ni lagi? Apa sebenarnya benda ni? Kenapa Faris pandang Kak Nina macam tu?

"Betul kan apa yang Haikal cakap tu?" Abang Amir menyampuk, mengiyakan.

"Kak Qilah memang macam tu. Dari dulu lagi," Amin menambah.

Eh?? Apesal semua orang tau benda yang aku tak tau ni? Dahlah pasal aku pula tu. Ni yang tak puas hati ni. Bersembang macam aku takda kat sini pula tu. Apa benda ni?? Berkerut dahinya berfikir. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak apabila hanya dia seorang yang tidak tahu.

"Eh, jomlah! Makan, makan," Abang Amirnya mengajak. Mereka semua mula berjalan meninggalkan dirinya yang masih berdiri seperti patung di situ.

"Don't you want to join us for dinner, charming girl?" bisikan Haikal pada telinganya membuatkan dia terkejut beruk.

Tangannya sudah memegang telinga yang tersembunyi di balik tudung yang dipakai. Terasa geli apabila hembusan nafas lelaki itu menyapa kulitnya melalui liang roma tudung. Haikal sudah mula mengikut yang lain.

"Tunggu kejap!" tangannya menahan udara di belakang badan Haikal.

"Yes?"

"Aa.. Emm.. Er.." Macam mana nak tanya ni? Bukan tadi macam dia ke yang bagitau dia orang?

"Kenapa, charming girl? Dah hilang suara?" ejekan Haikal tidak diendahkan. Charming girl? Kenapa dia panggil aku macam tu lagi?

"Apesal awak panggil saya macam tu?"

"Macam tu? Macam apa?"

"Yang tadi awak cakap tu lah!" geram kerana lelaki itu tidak mengerti.

"Hilang suara?"

"Bukan! Sebelum tu lagi."

"Day-r?"

"Bukan!! Tu dah belakang sangat!"

"Cuai?"

"Bukan!! Charming, charming!" dia sudah hilang sabar tetapi lelaki itu kelihatan tersenyum puas.

Puas? Dia kenakan aku lagi? Siot punya lelaki! Memang silap aku tanya dia. Baik tanya Kak Sara. Lembap betul aku ni!

"Oh, that. Wel-"

"Takpalah. Saya tak jadi tanya," dia segera membuka langkah menuju ke rumah.

"I told them you're cute when you're angry. Hidung kembang kempis bila marah. Stubborn day-r. Something like that," kakinya terhenti. Tidak jadi melangkah. Betul ke apa yang aku dengar tadi?

"You heard right." Eh?? Aku terlepas cakap ke? Tak, bukan! Dia baca muka aku ke?

"Your back is facing me." Whoa! Lantas dia berpaling memandang lelaki itu. Berkerut dia meneliti muka Haikal. Psychic siot!

"I'm no psychic, alright." Membulat matanya memandang Haikal. Terkejut jelas di mukanya. Macam ni bukan psychic lagi ke?

"No. I..I just know."

"Macam mana...." Ayatnya mati. Tidak tahu bagaimana ingin menyusun bicara.

"Dah lah tu. Dah lambat ni. Nanti lama dia orang tunggu kita," Haikal berkata.

Aqillah teringat ajakan abangnya sebentar tadi. Lantas dia mengekori Haikal yang sudah berlalu meninggalkannya. Namun dia masih bingung bagaimana Haikal boleh membaca fikirannya. Menakutkan!

"So, Qilah. Apa perasaan Qilah sekarang?" Kak Sara membuka bicara. Mereka sedang berehat di bilik kakaknya selepas solat Isyak tadi.

"Maksud Kak Sara?" dia pelik dengan pertanyaan tiba-tiba kakaknya itu.

"Pasal Haikal lah. Qilah rasa dia ok?" Kak Nina menerangkan.

"Entah. Bila jumpa je, gaduh. Asyik gaduh je. Qilah tak tau nak rasa apa. Rasa bengang je bila nampak muka dia. Dia memang macam tu ke kat rumah? Suka provoke orang."

"Kadang-kadang. Bila nak gedik-gedik."

"Gedik-gedik?"

"Nak bermanja."

"Oh? Mengada-ngadanya!" dia sudah membuat muka.

"But I love him still. He's loving. Ambil berat pasal orang lain. Dan tegas."

"Yup, penyayang," Kak Sara menyampuk.

"Hmm..." dia mengingati kembali kejadian petang tadi. Hujung bibirnya ternaik sedikit.

"Cerita!!!" Kak Sara memeranjatkannya. Riaknya tertanya-tanya.

"Something happened, right? Tell us!!" Kak Nina membantu. Oh, pasal tu. Dia buat muka tidak mengerti. Harap-harap menjadi.

"Qilah, cepat! Jangan buat-buat tak faham," Kak Sara menggesanya. Dia masih juga buat muka toya.

"Ow!!" dia mengusap lengannya yang terkena penangan cubitan berbisa kakaknya.

"Tau sakit. Tak payah nak berlakon dengan akak. Cepat cerita!" Kak Sara tidak termakan dengan lakonannya.

Cis, tau je Kak Sara ni! Dia akhirnya mengalah dan menceritakan kejadian tadi dengan melangkau adegan-adegan gaduh mereka.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Muka-muka dihadapannya diperhati. Apesal dia orang senyum-senyum pula ni? Ni yang menyesal cerita ni.

"Mm-hmm. Memang Haikal," Kak Nina mengangguk setuju dan begitu juga dengan Kak Sara. Dia berkerut dahi melihat gelagat mereka.

"Tapikan, Nina. Qilah je kot perempuan yang dia buat macam tu. Ingat tak kawan dia kat litar tu?" Kak Sara bercerita mengenai perkara yang tidak dia ketahui pokok pangkalnya.

"Ingat, ingat! June, kan? Betul gak tu. Good news!" Kak Nina bersorak sambil menepuk-nepuk tangan dengan Kak Sara.

Apa hal pula ni? Dia orang ni suka masuk pasal benda lain tiba-tiba. Aku yang tak faham. Geram betul!

"Kau orang merepek apa ni? Qilah tak faham la."

"Oh, lupa pula! Qilah tak tau lagi kan. Takda, ada sekali masa tu Kak Sara ikut Nina ambil dia orang kat litar. Ada budak perempuan ni, kawan Haikal. Nama dia Jane."

"Junelah!" Kak Nina memberitahu dengan geram.

"Ha'ah. June. Masa tu dia jatuh ke apa entah lepas tu luka sikit je pun. Dia duk menggedik kat Haikal. Haikal malas nak layan. Haikal cakap apa masa tu, Nina?"

"Ala, dia cakap pergilah basuh lepas tu letak plaster. Macam tu je. Takda nak tolong ambilkan macam dia buat kat Qilah. Siap panik lagi! Sebelum ni dia mana pernah buat macam tu. Layan pun tak. Kan?" semangat Kak Nina bercerita. Dia mendengar acuh tak acuh sahaja.

Bukan masalah aku. Lelaki itu tetap menjengkelkan baginya. Dia teringat bisikan lelaki itu ditelinganya. Eii. Dia menggigil. Geli hanya dengan memikirkan saja. Geram dia dengan lelaki tak makan saman itu. Dia mengeluh kecil.

Sementara itu, di bilik televisyen di tingkat bawah, empat orang pemuda sedang rancak berbual mengenai kereta dan perlumbaan. Masing-masing semangat bercerita.

"A'ah. It's quite big. Kena tengok sendiri baru nampak beza dia," Faris mengujar.

"Wah, tak sabarnya nak ada kereta lumba sendiri! Jealous betul," Amin meluahkan isi hatinya. Sedih kerana hanya dirinya yang masih tidak mempunyai kereta sendiri.

"Min tengah cuti lagi, kan? Abang Amir pun tak kerja kan, hari Sabtu? Jom pergi litar Sabtu ni?" Faris mengajak.

"Boleh je," Amir menerima.

"Amin mestilah ikut!"

"Angah? Oi, ngah! Haikal!!"

"Hah?" Haikal yang khusyuk menonton tersedar dirinya dipanggil.

"Ni tengok tv ke berangan? Body's here. Soul's nowhere to be found," Faris sinis.

"What's up?" Haikal bertanya sambil tersengih.

"Sabtu ni nak pergi litar. Free tak?" Amin bertanya.

"Oh, ok. No hal."

"Kamu fikir pasal apa? Qilah?" Abang Amir menduga.

"No," pendek dia menjawab.

"Come to think of it. Kak Qilah tu ok je, Faris rasa."

"What you see is on the outside. Not the inside! No offence," Haikal memberi pendapat sambil memandang Abang Amir dan Amin.

"Eleh, you like her anyway," Faris berkata lagi.

"How do you know that?"

"Semua orang nampak lah. You don't actually mind being engaged to her, right?" Faris senyum mengejek. Haikal hanya diam tidak terkata.

"Tengok! Dah agak dah!" Amin bersorak. Haikal hanya menggeleng melihat mereka yang lebih bersemangat daripadanya.

"Boys, semua diminta pergi ruang tamu sekarang," Kak Hani muncul di muka pintu.

Gila! Gila! Gilalah! Astaghfirullahal'azim. MasyaAllah. Allahuakbar. Sabarlah wahai Nur Aqillah binti Adib. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Aaargh! Tak boleh jadi ni!

Dia sudah berjuta-juta kali membuat pusingan di dalam biliknya. Jelas diingatannya suara Uncle Hairi mengumumkan tarikh pertunangan mereka. Dua minggu dari hari ini. Sebelum cuti bermula. Berderau darahnya ketika semua mengangguk setuju. Adik-beradiknya yang diharapkan dapat membantu mengecewakannya. Dia tahu pilihannya tidak akan dihiraukan. Dia sekali lagi mengharapkan Haikal membantah tetapi jangkaannya meleset sama sekali. Lelaki itu bersetuju tanpa banyak bicara. Sedihnya bukan kepalang dengan keputusan yang dicapai. Rasa amarahnya pada lelaki itu semakin memuncak. Lelaki itu memang takkan berhenti daripada membalas dendam! Melampau betul. Dia masih mundar-mandir di ruang bilik.

Aqillah terkejut jaga daripada tidur. Jam di dinding menunjukkan pukul satu pagi. Hisy, siapa la yang telefon malam-malam buta ni. Dia yang masih mamai lambat-lambat mengambil telefon bimbitnya. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Mindanya segera teringatkan Fariq. Tetapi nombor lelaki itu telah disimpannya. Deringan berhenti dan dia menekapkan handphone ke telinga.

"Hello, assalamualaikum," lembut suaranya menyapa si pemanggil.

"Waalaikumussalam, sayang. Riq, ni." Bulu romanya dalam sekelip mata meremang.

Dipandang sekali lagi nombor itu. Dia amat pasti yang dia sudah menyimpan nombor lelaki itu. Langkah berjaga-jaga supaya dia tidak menjawab panggilan daripada lelaki tersebut.

"Kenapa sayang letak telefon hari tu? Ah, siapa lelaki tu? Dah banyak kali famili dia datang."

Panggilan segera dimatikan. Ketakutan sekali lagi menyelubungi dirinya. Suara keramat yang kembali menghantuinya. Dia menyimpan nombor tersebut dan mencari nombor sebelum ini. Masih ada! Bagai nak tercabut jantungnya apabila telefon bimbitnya berdering lagi. Terlepas terus telefon dari tangan. Terketar-ketar dia mengangkat dan diamati skrin. Nombor yang tidak dikenali. Bukan nombor yang baru sahaja disimpan. Dia trauma untuk menjawab panggilan daripada nombor yang tidak diketahuinya. Segera dimatikan handphone sekaligus tidak menjawab panggilan tersebut. Dia memandang jendela yang sudah tersedia ditutupi langsir. Sejak panggilan pertama lelaki itu, langsir tidak pernah diselak olehnya akibat terlalu takut. Dia membayangkan apa yang menantinya di luar sana. Badannya menggigil. Segera dibuang jauh bayangan itu dari kotak fikirannya.

Seperti kebiasaan, dia mengambil wuduk. Tetapi kali ini dia tidak membaca kitab suci Al-Quran, sebaliknya dia membentang sejadah dan mengerjakan solat sunat tahajjud. Meminta ketenangan dan pertolongan. Disambung pula dengan solat sunat istikharah untuk meminta kepastian mengenai jodohnya yang sudah ditentukan oleh yang Maha Esa.

Haikal terbaring keletihan selepas menentang sepupunya, Muhammad Abu atau lebih dikenali sebagai Burn. Tali pinggang hitamnya dilonggarkan sedikit. Titik-titik peluh yang memenuhi mukanya diseka dengan lengan baju.

"What the hell? How did you do that?" dia bertanya dalam kemengahan.

"I practice it with someone. Cool, isn't it?" sepupunya membalas.

"Gila la, bai. Ajar aku!"

"Ferrari and I'll teach."

"Banyak lah kamu. Puma?"

"Deal. Hey, when is the engagement anyway?"

"Sabtu dua minggu lagi."

"Fuh! Bapaklah, bai. Kamu set lah?" Dia hanya mengangkat bahu.

"How do you feel? You're already interested in her anyway."

"Cukup ke?"

"Kalau untuk kamu, bai, aku rasa cukup."

"Apehal lak?"

"Kamu tengoklah macam mana kamu layan perempuan."

"Aku tak tau la."

"Relax lah. Aku pun teringin gak nak jumpa budak tu."

"Hmm..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience