BAB 3

Romance Completed 19230

Irham kasihan dengan abangnya itu. Sepanjang Shaheizy dan Najiha berkasih, abangnya itu sangat ceria. Haji Ishak dan Hajah Salbiah sendiri menyukai Najiha. Tetapi, kenapa Najiha harus menghilangkan di saat ikatan yang sah bakal dipateri? Di mana sebenarnya Najiha?

“ Abang Mil kau mana, Irham?” soal Ikram, anak sulung Haji Ishak dan Hajah Salbiah.

“ Ada kat bilik dia, abang Ik. Ayah dengan mak suruh rest kejap,” balas Irham.

“ Majlis akad nikah tu kena berlangsung jugak ke?”

“ Maksud abang Ik?”

“ Iyalah. Dah pengantin perempuan hilang. Takkanlah abang Shaheizy kau tu nak akad nikah seorang. Tak pernah lagi orang buat macam tu,” Ikram duduk di kerusi kayu di tepi kolam ikan yang dibina Haji Ishak.

“ Apa cadangan abang Ik?” tanya Irham. Manalah tahu abang sulungnya itu ada akal.

“ Why not…kau aje yang kahwin dulu?” Irham terbatuk. Gila ke apa Ikram ni.

“ Hesy, jangan merepeklah abang Ik. Tak ada ke idea lain? Orang muda lagilah,” bangkang Irham.

“ Alah, kau kan dah bertunang. Orang ni kalau dah bertunang, mesti dah ready nak kahwin. Awalkan sikit aje,” pujuk Ikram. Hanya cara itu sahaja yang dapat difikirkannya untuk menutup masalah mereka.

“ Agak-agaklah, abang Ik. Kesian kat tunang Am tu. Tiba-tiba aje nak kahwin. Family dia mesti bangkang punya nanti. Mengejut kot…”

“ Tak payah paksa dia, abang Ik. Tahulah Mil nak buat apa,” sampuk Shaheizy. Ikram dan Irham mendongak serentak. Shaheizy menghampiri abang dan juga adiknya itu.

“ Kau nak buat apa, Mil? Ada ke cara yang lagi bernas dari abang kau ni?”

“ Emmm, batalkan ajelah. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Mulut orang kita tak boleh jaga. Lama-lama nanti, diamlah dia orang tu,” kata Shaheizy tanpa nada.

“ Memanglah. Tapi, cuba fikir pasal ayah dengan mak. Mana dia orang nak letak muka,” balas Ikram. Shaheizy mengeluh kecil.

“ Kamu semua tak payah kecoh-kecoh. Kami dah jumpa jalan penyelesaiannya. Ayah dengan mak nak keluar sekejap,” celah Haji Ishak.

“ Nak pergi mana?”

“ Adalah. Malam nanti kami bagitahu. Tetamu kat dalam tu jangan dibiarkan pulak. Layan dia orang sekejap,” pesan Hajah Salbiah.

“ Iyalah,” balas Ikram, selaku anak sulung.

“ Kami pergi dulu,” Keduanya terus berlalu.

Ketiga-tiga mereka saling berpandangan. Ke manalah pasangan suami isteri ingin pergi? Jangan hilangkan diri sudah. Haru biru jadinya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience