BAB 4

Romance Completed 19230

Ilmina menangis semahu-mahunya sambil menekup muka ke bantal. Geram, sedih, marah…bercampur menjadi satu. Hampir sesak nafas dek terlalu banyak menangis. Seharian juga dia berkurung di dalam bilik. Dikepalanya tergambar seribu persoalan.

Kenapa Khalil sanggup buat dia begini?

Apa salah dia?

Tak kesiankan dia ke?

Kalau nak listkan, patah tangan cheq ni.

Encik Hairi dan Puan Tia sampai buntu untuk memujuk puteri kesayangan mereka itu. Kedua-duanya nekad untuk menunggu sehingga Ilmina keluar dari biliknya. Kerusi kayu panjang di hadapan bilik Ilmina menjadi tempat mereka berteleku. Menanti sang puteri habis meluahkan rasa hatinya.

“ Pak ngah, mak ngah…ada tetamu datang,” maklum Hajar, sepupu Ilmina kepada ibu dan bapa saudaranya.

“ Siapa, Hajar?” soal Encik Hairi. Hatinya berat untuk meninggalkan bilik anak perempuan mereka.

“ Mama kata kawan pak ngah. Hajar pun tak kenal,” jawab Hajar sambil dijongketkan bahunya.

“ Siapa pulak yang datang malam macam ni?” gerutu Encik Hairi.

“ Jomlah, bang. Kita turun tengok. Pentinglah tu agaknya datang malam-malam begini,” Puan Tia sudah bangkit dari duduknya.

“ Iyalah. Hajar tolong tengokkan Mina kejap, boleh?”

“ Boleh, pak ngah. Pak ngah dengan mak ngah pergilah turun…”

Hajar melabuhkan punggung di kerusi panjang itu. Setelah pasti pak ngah dan mak ngahnya sudah hilang dari pandangan, dia bangkit menuju ke pintu bilik Ilmina.

“ Mina,” panggil Hajar sambil mengetuk pintu bilik gadis itu.

Tiada jawapan.

“ Mina, aku tahu kau dengar aku panggil kau. Tolonglah keluar, Mina. Kesian pak ngah dengan mak ngah…risaukan kau. Sampai bila kau nak berkurung? Khalil kau tu takkan datang punyalah,” Bibir Hajar didekatkan ke pintu.

“ Mina, buat apa kau nak meraung bagai sebab si jantan tak reti menepati janji tu? Membazir aje. Aku tak sangka kau selemah ni, Mina. Mana sepupu dan kawan baik aku yang akurespect selama ni? Respect sebab kau mampu hidup sendiri di negara orang, tak cepat mengalah. Tapi, sia-sia semua tu. Sebab Khalil putuskan pertunangan aje, kau dah lembik,” sinis Hajar berkata. Biar sepupunya itu terasa.

Elok sahaja bibir Hajar ingin menyambung provoke si Ilmina, pintu bilik terbuka dari dalam. Hajar tersenyum sungging. Mengena juga teknik yang digunanya itu. Hajar melangkah masuk ke dalam bilik Ilmina.

“ Ya Allah, lebam dah mata kau. Teruk sangat ke kau menangis, Mina?” Ilmina menjeling sepupunya. Dah tahu, lagi mau tanya ka? Urgh! Orang dahlah tengah angin monsun timur barat semua ada ni. Boleh pula mek Hajar ni tanya soalan macam tu.

“ Kau ingat aku ketawa ke sampai lebam mata aku ni?” Hajar menggaru kepalanya.

“ Aku nak bagi nasihat sikit kat kau ni,” Hajar duduk di birai katil. Matanya dihalakan kepada Ilmina yang sedang duduk bersila sambil memegang teddybearnya.

“ Tak elok kau menangis…meraung untuk orang yang tak pasti. Mesti ada hikmah di sebalik hubungan sekerat jalan kau ni. Tak ada faedahnya, Mina. Dia yang rugi sebab tinggalkan kau,” Tangan Hajar mengusap belakang Ilmina perlahan.

“ Aku…aku bukan menangis sebab dia tinggalkan aku, Jar,” Erk, pulak dah.

“ Dah tu? Sebab apa lagi?”

“ Aku terfikir betapa bodohnya aku sebab terlalu berharap pada Khalil sedangkan aku sendiri tak pasti dia jodoh aku ke tak. Dan, yang paling aku terkilan…dia buat keluarga kita macam ni. Aku tak kisah kalau aku kena tinggal, Jar. Tapi, dah nak sampai tarikh kita orang nak akad nikah baru dia mintak putus. Aku kesiankan ummi dengan abah,” Ilmina kembali tersedu.

“ Oh, gitu. Udah-udah ler tu. Mana tahu jodoh kau nanti lebih baik dari si Khalil tu. Aku pasti mesti time tu, pak ngah dengan mak ngah orang paling happy sebab…puteri kesayangan dia orang yang comel lote ni jatuh kat tangan orang yang lebih elok, handsome, baik,” ujar Hajar sambil mencubit kedua belah pipi Ilmina lembut.

Ilmina tergelak. Pantas dia memeluk Hajar erat. Sepupu aka sahabatnya itu memang handal kalau masuk bab pujuk memujuk ni. Dia yang kuat merajuk ni pun boleh terpujuk.

“ Ehem,” Ilmina dan Hajar menoleh serentak ke muka pintu bilik. Kelihatan Encik Hairi dan Puan Tia tersenyum-senyum sambil bersandar di sisi pintu. Gaya suami isteri itu juga sama, bersilang tangan di dada.

Ilmina mengerutkan dahinya. Dah kenapa dengan ummi dengan abah aku ni? Aku dokbersedih bagai nak gila, dia orang boleh dok tersenyum-senyum gitu.

“ Nak jugaklah kongsi berita baik dengan korang berdua ni. Penghuni rumah kat bawah dah riuh sakan. Ada yang dah terguling terduduk terbaring…semua adalah,” Puan Tia berjeda.

Ilmina dan Hajar saling berbalas pandang dan saling berjongket bahu. Mata si Ilmina yang dah lebam itu pun dah tak mampu nak terbuka luas lagi dah.

“ Berita baik apa pulak ni, ummi, abah?”

“ Haaa, ini yang nak bagitahu,” Terangkat bahu Ilmina dan Hajar dek suara Encik Hairi yang tiba-tiba kuat itu. “ Tahu tak siapa yang datang tadi?” Ilmina menggeleng kepala. Ada orang datang ke tadi? Dia manalah tahu.

“ Siapa aje yang datang?”

“ Bakal mertua Minalah,” kata Puan Tia selamba.

“ Oh, bakal mertua. Hmmm, buat apa lagi dia orang datang sini? Takkan tak jadi putus pulak?”

Encik Hairi dan Puan Tia menggeleng serentak.

“ Hah, pak ngah…Hajar tahu. Ada orang datang nak masuk meminang Mina kan? Siapa pak ngah?” Dia ada terdengar mamanya berbisik dengan papanya tentang hajat tetamu yang bertandang ke rumah itu sebelum naik memanggil tuan rumah tadi.

“ Pandai Hajar. Mereka nak pinang Mina untuk anak teruna mereka,” kata Encik Hairi separuh gembira.

Ilmina masih blur. Disebabkan terlalu banyak menangis, otaknya tersangatlah lembab saat ini. Dah tak mampu nak fikir apa lagi dah.

“ Tak faham,” kata Ilmina perlahan. Hajar tersengih.

“ Tak faham, tak apalah. Mina solat, lepas tu tidur. Esok kita bincang lagi,” Puan Tia sudah mampir ke katil. Diusapnya kepala satu-satunya puterinya itu.

“ Esok ajelah kita berbual panjang. Mina rehat dulu. Mesti dah penat menangis seharian,” ujar Encik Hairi. Ilmina mengangguk perlahan.

“ Jom, Hajar. Kita keluar…”

Hajar mengulas senyuman kepada sepupunya itu. Ilmina turut membalas dengan senyuman nipis. Selamat malam, Ilmina. Tapi, solat dulu tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience