BAB 6

Romance Completed 19230

Shaheizy termenung di tepi kolam ikan sendirian. Bekas makanan ikan di tangan dipegangnya sahaja tanpa memberi ikan-ikan di dalam kolam itu makan. Entah apa yang dimenungkannya pun tak tahu. Dah sampai Jepun agaknya lelaki itu.

“ Hoi!” sergah Ikram. Shaheizy hampir terjatuh ke dalam kolam dek kerana terkejut dengan sergahan abangnya itu.

“ Cuba bagi salam. Kan ke lebih baik,” kata Shaheizy. Tangan terus diseluk ke dalam bekas plastik itu dan dicampak ke dalam kolam ikan.

“ Nampak sangat kau dok termenung, Mil. Teringatkan buah hati tak jadi ke?” Shaheizy menjeling abangnya tajam. Aku sumbat jugak makanan ikan ni kang, getus Shaheizy.

“ Buah hati tak jadi jangan sebut, bang. Kang tak pasal, kat dalam bendang kontang tu Mil tendang kau masuk bang,” Amboi, garangnya cik abang kita ni.

Ikram tersengih sambil digelengkan kepalanya itu.

“ Cuba waras sikit, Mil oi. Takkan abang kau yang sikit punya cute ni kau sampai hati nak tendang kot,” Ikram menampar bahu Shaheizy perlahan.

“ Sebab tak sampai hatilah Mil geram ni,” Ikram ketawa kuat.

“ Chilllah, dik. Bunga bukan sekuntum. Satu taman kau nak petik pun, abang Ik tak kisah. Tapi, harap kau bersabarlah. Kouta ada empat aje,” Shaheizy buat muka sengal.

Hampeh punya abang. Sekali aku lesing, menangis pulak bini dia kat dalam rumah tu.

“ Anak siapa yang ayah dengan mak pergi pinang tu, bang?” tanya Shaheizy l. Ikram mencebik. Ingat tak nak tahu dah.

“ Anak kepada kawan kepada kawan ayah. Abang Ik pun tak tahu nak terang kat kau macam mana, Mil. Tanyalah ayah kau sendiri…”

Shaheizy dah malas melayan si abang yang sengal itu. Dia menampar bahu abangnya dek kerana geram.

“ Pergilah masuk mandi. Kejap lagi bakal mertua kau tu nak datang. Kang dari dia orang terima, terus tolak sebab bakal menantu tak senonoh,” Sempat lagi Ikram menyambung usikannya itu.

Walaupun Ikram adalah anak yang sulung, wajah lelaki itu langsung tak nampak macam anak sulung. Bak kata orang, baby face. Dah jadi bapa kepada dua orang putera pun masih nampak comel lagi.

Berbeza dengan Shaheizy yang berwajah manly. Iyalah kot manly. Tapi memang pun sebab badan Shaheizy, tough. Rajin pergi gym tu. Irham pula mewarisi kedua-duanya, comel pun ada, handsome pun ada. Tsk…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience