BAB 10

Romance Completed 19230

Sebelum Ilmina ke kereta, Sakina menarik Ilmina ke bawah rumah. Pelik juga dengan Sakina yang nampak gabra itu. Setelah pasti tiada sesiapa yang akan terdengar perbualan mereka, Sakina memulakan bicara.

“ Kau kenal tak siapa bakal laki kau tu?” Ilmina menggeleng. Manalah dia kenal. Hari ni baru kali pertama mereka bertemu kan.

“ Kenapa dengan kau ni? Gelabah semacam…”

“ Takkan kau tak kenal langsung?”

“ Tak. T.A.K,” balas Ilmina keras.

“ Bakal laki kau tu senior kita dulu. Ingat tak abang Alip? Alah, yang famous sebab dia best student degree in accountancy batch 2009 tu. Ingat?”

Alamak! Gila tak ingat abang Alip. Dia pernah kot minat dengan si Alip tu. Handsome. Dah tu pulak, ketua pasukan bola keranjang universiti. Tapi masa tu Alip dah last semester. Ilmina pula baru terkedek-kedek nak belajar mengira balik. Tambahan pula, Alip dah ada teman wanita waktu tu.

“ Mangkuk betullah. Alip tu abang sepupu kau ke?”

“ Yes. Aku saja tak nak bagitahu dulu,” Sakina tersengih. Ilmina tak terkata apa. Nak kata apa lagi dah.

“ Min, kau pergi soranglah. Aku seganlah nak lalu depan si Erul tu,” Ilmina mengangkat keningnya.

“ Eleh, sejak bila kau jadi pemalu ni. Selalu main terjah aje,” tembak Ilmina.

“ Itu dulu. Sekarang ni aku dah reti segan kot,” kata Sakina.

“ Iyalah. Aku pergi kejap aje,” Ilmina terus membuka langkah meninggalkan Sakina yang dok terhendap-hendap itu. Mahu tapi malu.

Shaheizy sempat mencuri pandang susuk tubuh Ilmina yang lalu di bawah khemah untuk ke kereta. Sopan sahaja Ilmina melangkah. Namun, dia perasan gadis itu agak kekok. Mungkin sebab dia berada di rumah bakal mertua kot. Bibir Shaheizy mengukir senyuman melihat telatah Ilmina yang sempat mengusik abahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience