BAB 12

Romance Completed 19230

Riuh rendah di dapur rumah Haji Ishak dan Hajah Salbiah. Inilah jadinya jika dapat berkumpul ramai-ramai. Bukan main sakan lagi bercerita. Selalunya waktu raya sahaja mereka berkumpul. Itu pun bukan semuanya ada.

“ Irham ni bila pulak?”

“ Uish, sabar mak chaq. Lain tahun kita pulak. Satu-satu,” jawab Irham yang sedang sibuk memasukkan gulai di ke dalam bekas.

“ Tunang bukan main awal. Semangat kemain. Ingatkan dia dululah yang naik pelamin. Rupanya si abang yang diam-diam berisi dulu,” sampuk mak ngah pula.

“ Orang sekarang ni kena ikat dulu, ngah oi. Takut orang lain ambil,” kata mak ndak yang sedang menghayun buaian cucunya.

“Shaheizy mana, Aisya?” tanya mak uda kepada Ilmina yang baru keluar dari bilik mandi. Tersarung jubah cotton berona fushia pink di badannya yang ramping dan berketinggian 162cm itu. Dia turut mengenakan tudung Syria berwarna dusty pink.

“ Kat atas kot, mak uda. Kenapa?”

“ Syazwan, kawan sekerja Shaheizy datang dengan isteri dia. Ada kat depan,” beritahu mak uda. Talam besar ditangan diletakkan di atas lantai.

“ Tak apalah. Biar Aisya panggil,” Ilmina memanjat anak tangga kayu satu persatu. Naik laju-laju kang jatuh pula. Ilmina menghalakan langkah ke bilik.

Shaheizy masih di birai katil. Dibacanya pesanan mesej dari Najiha berulang kali. Sampaikan Ilmina menapak masuk ke dalam bilik pun dia tak perasan. Ilmina mencapai tuala yang digunakan Shaheizy di atas katil dan digantung pada hanger.

“ Abang,” panggil Ilmina. Tudung Syria ditanggalkan. Dia duduk di meja solek. Toner muka dititik di atas tangan dan di sapu ke muka.

Ilmina memandang suaminya di cermin. Tak terkutik langsung menghadap handphone. Dia bangun dan menghampiri Shaheizy di katil.

“ Hello, assalamualaikum…Encik Shaheizy Ikmal,” Dilayangkan tangan di hadapan muka Shaheizy.

Tak sedar juga!

“ Encik Shaheizy Ikmal, are you hear me?” Ilmina menggoncangkan pula bahu Shaheizy.

“ Hah?” Shaheizy bangkit terkejut. Ilmina di hadapan terus terundur ke belakang. Macam nak smackdown aje mamat ni. Hesy, getus Ilmina.

“ Mengelamun apa? Aisya panggil banyak kali tak dengar,” Shaheizy memandang isterinya kosong.

“ Tak ada apa. Panggil kenapa?”

“ Your friend, Syazwan ada kat depan,” maklum Ilmina. Dia kembali menyarung tudung Syria. Niat hati ingin menolong di dapur.

“ Syazwan? Hah, iyalah,” Shaheizy terus berlalu meninggalkan Ilmina yang terpinga-pinga. Dah kenapa suami aku ni? Gabra semacam aje, desis Ilmina sendiri.

“ Aisya, jom keluar sekali,” terjengul kepala Shaheizy di balik pintu. Terkejut Ilmina. Ingatkan dah ke depan.

Ilmina mengekori langkah suaminya ke beranda depan.

“ Hoi, ingat tak datang dah,” Sapa macam tu aje? Ish…ish. Sudahlah Syazwan tu tua dua tahun dari dia. Dah biasa begitu. Main terjah saja.

“ Eh, mana boleh tak datang. Dah kenyang pun aku makan,” Shaheizy bersalaman dengan Syazwan. Teman sekerjanya. Ilmina turut bersalam dengan isteri Syazwan, Dahlia dan duduk bersimpuh di sebelah Shaheizy.

“ Bila lagi kau sampai, Wan?” Shaheizy bersila di sebelah Syazwan.

“ Tadi lagi. Mak kau kata kau mandi. Itu yang ayah kau suruh kami makan dulu,” jelas Syazwan.

“ Iya ke. Datang berdua aje ke? Tak bawak Danish sekali?”

“ Memang taklah abang Wan ni nak bawa anak dia keluar malam-malam, Aliff,” celah Dahlia.

“ Iyalah. Mama kan pesan, tak elok bawa budak-budak kecil keluar malam,” balas Syazwan.

“ Alah, orang sayang anak, kak Lia. Nak buat macam mana. Dia sorang aje ada anak,” Syazwan tergelak besar.

“ Sembang tu sembang jugak, Aliff. Isteri kat sebelah tu tak nak kenalkan ke?” Dahlia menyimpul senyuman kepada Ilmina. Untung Shaheizy dapat isteri cantik macam ni.

“ Eheh, lupa. Aisya Ilmina. Kat rumah ni kami panggil Aisya. Aisya, ni kawan sekerja abang, Syazwan dengan wife dia, Dahlia,” Ilmina melontarkan senyuman manis.

“ Aisya dah kerja ke belajar lagi?” tanya Dahlia ramah.

“ Nampak macam student lagi ke? Aisya kerja dah. Dah dua tahun pun,” Dahlia mengangguk. Ramah rupanya isteri Shaheizy ni. Bolehlah tu jadi kawan.

“ Oh, kerja apa? Kat mana?” Seperti wartawan Dahlia bersoal. Syazwan dan Shaheizy hanya diam. Memberi ruang kepada Dahlia bersoal jawab. Bukan tak tahu, Dahlia ni kalau boleh semua isteri rakan sekerjanya ingin dibuat kawan.

“ Aisya buka butik sendiri. Kat area Shah Alam,” balas Ilmina jujur. Dah memang itu kerjanya.

“ Wah, ada butik sendiri. Habis tu, dah kahwin dengan orang Melaka ni. Kerja Aisya macam mana?”

“ PJJlah kejap, kak Lia. Macam kak Lia dengan abang Wan dululah,” sampuk Shaheizy.

“ Ish…ish. Kesian kat adik aku sorang ni. Kena berpisah pulak dengan wife dia. Tapi, tak macam kita oranglah. Melaka dengan Kedah. Jauh tu…”

“ Lepas ni selalu hilanglah auditor kita ni,” seloroh Dahlia.

Ilmina tergelak kecil. Dia langsung tak dapat bayangkan keadaan itu. Mereka kahwin pun bukan suka sama suka. Tapi, sebab nak tutup maruah keluarga masing-masing.

“ Adik-adik accountant kan ada,” Shaheizy menjawab selamba.

Syazwan dan Shaheizy bergabung ketawa. Isteri-isteri kat sebelah mampu senyum sajalah. Lama juga mereka berbual sebelum Syazwan dan Dahlia meminta diri untuk pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience