BAB 11

Romance Completed 19230

Diam tak diam. Sedar tak sedar. Selesai sudah majlis kenduri di rumah kedua-dua mempelai. Kini, Ilmina ditinggalkan keluarganya di rumah Haji Ishak. Mahu tak kekok si Ilmina tu. Dia belum pernah hidup di kampung memandangkan kedua belah atuk dan neneknya tinggal di kawasan taman perumahan. Seperti rumahnya juga.

Ilmina duduk di birai katil. Samsung Galaxy Note 3 dibeleknya. Kebanyakan mesej yang masuk sejak pagi adalah daripada rakan-rakan yang tak henti-henti mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya. Ada juga yang pelik kerana kad perkahwinan yang dipost melalui Instagram menunjukkan nama pengantin yang berbeza dengan kad yang dikirim melalui pos laju.

“ Aisya, pergilah mandi. Dah tak ada orang kat bilik air,” Ilmina berpaling ke pintu bilik. Shaheizy yang sudah lengkap berpakaian berdiri di muka pintu. Tuala biru tua tersangkut di bahunya.

“ Iyalah…”

Diletakkan handphone di atas katil. Dia membuka veil dikepala. Segala barang kemas di badan dibuka dan diletakkan di atas meja solek.

“ Nah, tuala,” Shaheizy memberikan tuala bersih kepada isterinya. Sikat di atas meja solek dicapai.

“ Terima kasih,” ucap Ilmina perlahan. Tanpa berlengah, jubah cotton dikeluarkan dari almari baju. Dia terus melangkah keluar dari bilik dan ke bilik air yang berdekatan dengan dapur.

Kini, Shaheizy pula yang duduk di birai katil. Dia mengambil Iphone 5 di atas meja sisi. 10 missed call. 3 message. Terjongket kening Shaheizy. Siapa pula yang menelefonnya?

‘Nur Najiha’! Berlapis dahi Shaheizy melihat nama yang tertera di dada telefon bimbitnya. Semua missed call adalah dari bekas tunangnya itu. Peti mesej dibuka.

‘Aliff, tolonglah angkat call Jiha. Penting sangat!’

‘Sayang, please. I really really need you. Tunggu Jiha.’

‘Sampai hati Aliff buat Jiha macam ni. tak boleh ke tunggu Jiha? Jiha cuma perlukan masa. Aliff dah buktikan pada Jiha…cinta kita selama 7 tahun ni, nothing. Terima kasih sebab buat Jiha macam ni.’

Shaheizy tersentap membaca mesej terakhir. Apakah Najiha masih sayangkan dia? Tapi, kenapa Najiha hilangkan diri dan hari ni baru gadis itu muncul? Kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience