BAB 5

Romance Completed 19230

Ilmina gelisah di dalam kereta. Dia hanya memandang pemandangan di luar tingkap kosong. Entah kenapa, ringan sahaja bibirnya menyatakan setuju akan peminangan secara tiba-tiba dari sahabat abah itu. Mungkin, hanya itu yang dapat bahagiakan kedua ibu bapanya barangkali.

Encik Hairi memandang Ilmina di tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang. Gadis itu kelihatan tenang sahaja. Namun, dia pasti dalam hati anak perempuannya itu tergambar perasaan gelisah, takut dan macam-macam lagi.

“ Mina okey?” tanya Puan Tia.

“ Okey, ummi. Lama lagi ke kita nak sampai, abah?”

“ Dah nak dekat pun. Mina relax ya. Haji Ishak dengan Hajah Salbiah tak makan orang,” gurau Encik Hairi.

Ilmina tersenyum nipis. Ada-ada sajalah abahnya ni.

“ Manalah tahu. Kot terlampau berkenan sampai nak makan Mina ni,” Ilmina turut membalas gurauan Encik Hairi.

“ Uish, tak adanya. Tak sampai hati nak makan sebab anak ummi ni comel sangat,” Ilmina tergelak kecil. Hilang sedikit segala perasaan gelisah, takut, gementar…semua tu.

“ Pandai aje ummi ni. Haji dengan Hajah tu dah tengok Mina ke?” Teringin juga dia mengetahui jika ahli keluarga bakal suami sudah melihat gambarnya atau tidak.

“ Belum lagi. Ummi ada jugak suarakan nak tunjuk gambar Mina semalam, tapi dia orang tolak. Kata mereka, biar surprise. Tengok real lagi afdal. Itulah sebabnya dia orang jemput kita ke kenduri doa selamat malam ni,” jelas Puan Tia.

Ilmina mengangguk faham. Perjalanan dari Shah Alam ke Melaka dirasakan sekejap sahaja. Mungkin dia terlalu fikirkan mengenai bakal suaminya kot. Ceh, kau. Berangan saja lebih. Jumpa si bakal suami pun belum. Ilmina tersenyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience