BAB 18

Romance Completed 19230

Dua tahun kemudian…

Ilmina meregangkan ototnya sambil menggosok kedua belah matanya. Penatnya mata dek asyik menghadap laptop. Akhirnya siap juga kerja yang bertimbun ini.

“ Sayang, your drink,” Mug berisi milo panas kini terletak di atas meja kerja.

“ Terima kasih, abang,” ucap Ilmina sambil menghadiahkan senyuman manis. Shaheizy.bersandar di sisi meja.

“ No worries. Dah siap ke?”

“ Sudah. Akhirnya, boleh jugak rest,” Shaheizy.senyum. Jari jemarinya dilarikan ke bahu Ilmina.

“ Alhamdulillah. We need our women too,” Ilmina ketawa kecil.

Entah apalah suaminya ini.

“ Apalah abang ni? Hari-hari Aisya ada depan mata abang kan,” Shaheizy. sengih.

“ Ala, nak manja sikit aje. Minum dulu air ni. Abang buat special tau. No sugar,” Disuakan mug ke mulut si isteri. Tak habis-habis dia memanjakan Ilmina. Untunglah Ilmina dapat suami seperti Shaheizy.

“ Jomlah. Aisya pulak yang layan abang ye,” Shaheizy tergelak melihat Ilmina sudah bersiap sedia untuk keluar dari bilik kerja.

“ Okey. Abang nak makan laksa kedah eh,” Demand pula suami Aisya Ilmina ni.

“ Apa pun boleh. Nabil dah bangun ke, bang?”

“ Belum. Bertuahlah anak awak nak bangun sebelum tengah hari,” Nabil, anak lelaki sulung mereka. Sudah masuk enam bulan usia anak kecil itu.

“ Ikut perangai siapalah tu?”

Ilmina mengerling Shaheizy.. Mereka beriringan ke dapur. Kebiasaannya, hujung minggu Ilmina akan masakkan makanan yang Shaheizy.inginkan. Tak kisahlah apa pun. Pernah sekali, Ilmina terpaksa mengambil masa untuk belajar dari ibu mertuanya. Shaheizy punya demand, melangit.

“ Abang rasa dia ikut perangai ayah kot. Kalau sayang nak tahu, ayah muda-muda dulu gitulah. Lepas balik menoreh pukul sepuluh lebih, terus berdengkur. Mak panggil makan tengah hari, barulah ayah bangun,” cerita Shaheizy

“ Lah, ye ke. Tak turun kat anak, straight ke cucu. Tak apalah ikut perangai tok ayah dia. Hari-hari pergi masjid,” Shaheizy mencuit hidung isterinya.

“ Ikut perangai abang, tak pergi masjid ke, sayang?”

“ Ops, abang kan anak Haji Ishak dan Hajah Salbiah. Mestilah sama pe’el. Kan?” Ilmina mengeluarkan bahan masakan dari peti ais. Shaheizy pula sibuk mengeluarkan periuk belanga. Hari minggu beginilah dia ingin membantu isterinya.

“ Pandailah sayang ni. Nanti anak perempuan, abang nak dia ikut pe’el umi dialah. Manja plus plus. Untung suami dia nanti,” Mulalah Shaheizy nak berangan beria.

“ Uish, fikir panjang nampak. Jangan dia dok buat perangai intip anak teruna orang time study sudah,” Meletus terus ketawa Shaheizy.

Tahu sangat Ilmina maksudkan dirinya. Setahun selepas berkahwin, barulah Ilmina berani memberitahu Shaheizy tentang hobinya di kampus dulu. Selalu sangat intip Shaheizy. Seminggu juga dia menahan malu terhadap Shaheizy . Shaheizy pun apa lagi, mengusik macam tak hengat dunia.

Huwaa!

“ Anak teruna abang dah panggil. Anak dara lain tahun ya,” Ilmina pantas ke baby cot di ruang tamu.

Nabil bukannya boleh ditinggal lama. Mulalah dia melalak minta ditemani. Ilmina mendukung puteranya itu. Sebijik muka Shaheizy. Anak abilah ni. Dibawa puteranya itu ke dapur. Tersenyum Ilmina melihat Shaheizy sedang mencuci ayam di sinki.

Alhamdulillah. Dia bersyukur mendapat suami yang ringan tulang seperti Shaheizy. Tidak perlu dia terkejar ke sana sini. Tambahan pula, sekarang ini Shaheizy sudah berhenti di Melaka dan kini mereka menetap di Shah Alam. Mereka juga sedang membangunkan syarikat kecil milik bersama. Masing-masing mempunyai kelayakan yang sama.

“ Anak abi dah bangun?”

Shaheizy mengucup pipi tembam Nabil yang sudah kemerahan dek menangis.

“ Abang tinggallah kerja tu. Kejap lagi Aisya buat…”

“ Alah, sikit aje ni. Aisya suapkan Nabil makan dulu. Dah lapat kot,” Ilmina sengih senget.

“ Instinct abi kot kan. Tahu aje anak lapar. Bini lapar ada instinct tak?” seloroh Ilmina. Shaheizy tergelak.

“ Ada. Nak masaklah ni. Mem sabar ye…”

“ Abang suapkan Nabillah. Biar Aisya masak. Sekejap aje,” Shaheizy menurut kata isterinya.

Diambil Nabil dari dukungan isterinya.

“ Abang pergi depan dulu,” Ilmina mengangguk. Dia mengambil bekas makanan Nabil. Laju sahaja tangannya menyiapkan makanan untuk Nabil. Tidak mahu anak lelakinya menahan lapar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience