BAB 1

Romance Completed 19230

“ Astaghfirullah! Dahtu kita nak buat apa ni, bang? Jangan cakap yang kita kena batalkan majlis ni, naya satu keluarga kita nanti bang!’’ ujar Hajah Salbiah yang duduk persis cacing kepanasan sambil mengipas-ngipas tubunya dengan selendang di kepalanya.
“ Eh awak ni. Cubalahawak bawa bertenang. Kalut macam ni, bukan boleh selesai masalah. Kita kena tanya tuan punya badan dulu. Tak jadi pun tak apa, janji anak kita tu okey,” balas Haji Ishak. Dia hanya tenang bersandar di dinding beranda.

“ Saya tak boleh bertenang selagi Shaheizy tak ada depan mata kita. Entah ke manalah dia pergi,” keluh Hajah Salbiah. Dia duduk bersila di sebelah Haji Ishak.

“ Minum dulu, mak, ayah,” Irham, anak ketiga mereka meletakkan dulang berisi air teh. Semoga boleh sejukkan sedikit hati Haji Ishak dan Hajah Salbiah.

“ Kamu dah telefon abang kamu tu, Irham?”

“ Dah, ayah. Abang Mil kata kejap lagi dia sampai,” jawab Irham. Dia turut bersusah hati melihat kedua orang tuanya itu. Irham berdiri sambil bersandar di beranda.

Entah di mana silapnya, tiba-tiba tunang abangnya menghilangkan diri. Ahli keluarga gadis itu juga tidak mengetahui di mana anak perempuan mereka. Majlis akad nikah ada seminggu sahaja lagi. Jemputan sudah dijemput dari awal lagi. Tambahan pula, keluarga Haji Ishak agak terkenal di kampung itu. Mahu bertahun juga mulut orang dok mengata.

“ Kita tunggu Shaheizy dulu. Irham pergi tengok apa dia orang buat dekat belakang tu. Kenduri doa selamat tetap akan diadakan,” ujar Haji Ishak. Pening kepalanya memikirkan hal ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience