BAB 14

Romance Completed 19230

Shaheizy melipat kaki seluar jeans hingga paras betis. Periuk belanga masih elok bertenggek di pokok pinang berdekatan dengan kolam ikan. Dia sudah biasa melakukan kerja-kerja itu. Selalunya dia yang akan membantu jika ada rumah jiran-jiran di kampung itu mengadakan kenduri kendara.

“ Nak tolong, boleh?” Ilmina tersenyum memandang suaminya yang sudah terbongkok-bongkok menggosok belakang kuali besar.

“ Tak apalah. Duduk aje kat dalam. Sini, lecah. Nanti kotor kaki…”

“ Bosanlah. Duduk kat dalam, kena halau suruh cari abang. Dekat luar ni pun kena halau jugak. Dah tu, nak pergi mana?” Shaheizy tergelak kecil. Tangannya sibuk menggosok kuali.

“ Tak payah pergi mana. Duduk aje situ,” Ilmina mengerutkan hidungnya. Dia ternampak kolam ikan. Wah, nak tengok ikan.

Ilmina berjalan perlahan ke kolam ikan. Takut jatuh pula. Tanah di situ becak kerana mentara membasuh pinggan mangkuk di situ semalam. Shaheizy mengangkat mukanya. Tercuit hatinya melihat Ilmina terkial-kial begitu. Seboleh mungkin isterinya itu mengelak becak.

“ Meh sini. Abang tolong,” Shaheizy menghulurkan tangannya. Ilmina tersengih. Dia memegang lengan sasa Shaheizy.

“ Terima kasih,” ucap Ilmina ceria. Dia melabuhkan punggung di pinggir kolam.

“ Sama-sama kasih,” balas Shaheizy. Dia kembali mencuci kuali. Ilmina memandang suaminya. Ada banyak persoalan yang berlegar di kepalanya ketika ini.

Semalam dia langsung tidak berkesempatan berbual panjang dengan suaminya. Elok saja nak buka mulut, si suami dah berdengkur halus. Terpaksalah dia menangguh apa yang sedang bermain di kepalanya.

“ Kenapa tunang abang tinggalkan abang?” Shaheizy tersentak. Kenapa mesti soalan itu yang keluar dari mulut isterinya?

“ Kenapa tanya? Dan dia dah jadi bekas tunang abang…”

“ Saja nak tahu. Setiap benda yang berlaku kan ada alasannya. Jadi, Aisya naklah tahu,” Ilmina menarik senyuman sambil mengangkat sebelah keningnya.

“ Mungkin tak ada jodoh. Dia hilangkan diri cuma penyebabnya saja,” kata Shaheizy tenang.

“ Alasan diterima. Abang dengan kak Jiha dah lama couple kan? Abang tak rasa apa-apa ke?”

Berani gila si Ilmina mengungkit cerita lama Shaheizy. Untuk masa depan fikirnya. Pada mulanya dia langsung tiada niat pun nak tahu, tapi apabila memikirkan mereka sudah berkahwin dan dia berhak untuk tahu. Manalah tahu suatu hari nanti, Najiha nak kembali pada Shaheizy.

“ Mana tahu?”

“ Hah? Oh, lupa. Kina tak ada bagitahu abang ke?” Shaheizy menggeleng.

“ Dua tahun setengah, Aisya menuntut kat Uitm dan selama itulah, mulut semua pensyarah fakulti perakaunan asyik puji aje best student dia orang ni,” Terjatuh rahang Shaheizy. Macam nak suruh saja Ilmina ulang kembali.

“ Kenal abang ke sebelum ni?” Shaheizy benar-benar terkejut. Periuk yang dipegangnya juga hampir terlepas.

“ Malam kenduri tu baru Aisya tahu yang abang ni, Alip. Itupun Kina yang bagitahu. Kalau tak, memang Aisya tak perasan pun,” Shaheizy terangguk-angguk. Aisya Ilmina rupanya junior dia ketika menuntut di Uitm Shah Alam.

“ So, tahulah semua pasal abang?”

“ Tak tahu sangatlah. Just sikit-sikit aje. Aisya kenal kak Jiha pun sebab ada kawan Aisya pinjam nota-nota dia…”

“ Nasib baik…”

“ Ada apa-apa yang Aisya patut tahu ke?” Shaheizy menggeleng laju. Ilmina mengecilkan matanya.

“ Betul. Tak ada apa-apa,” Ilmina tersenyum sungging.

“ Aisya tak kisahlah. That was your old story. Your history. Aisya pun ada kisah yang hampir sama dengan abang jugak. Tipu kalau tak sedih,” Shaheizy meninggalkan segala periuk belanga. Dia menghampiri Ilmina di kolam ikan.

“ Can I ask you something?” Ilmina hanya mengangguk. “ Nak bercinta dengan abang tak?”

Membulat mata Ilmina. Dia mimpi ke apa ni? Tapi itulah hakikatnya kisah Shaheizy dan Ilmina. Baru sahaja ingin belajar bercinta dan sesungguhnya bercinta selepas kahwin lebih indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience