BAB 13

Romance Completed 19230

“ Mak nak masak apa? Biar Aisya tolong,” Aisya menghampiri ibu mertuanya di sinki.

Sanak saudara yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing semalam. Kini tinggallah ahli keluarga Haji Ishak sahaja. Kaum lelaki di rumah itu sudah ke surau untuk solat berjemaah. Si kembar, Hanna dan Hanni pula dah dihantar balik ke asrama petang semalam. Mereka bukan cuti panjang. Liyana pula masih di bilik.

“ Nak goreng bihun aje, Aisya. Boleh tolong mak potong sayur?”

“ Boleh,” Ilmina berlalu ke meja. Sayur sayuran di dalam bakul diambil dan dibasuh terlebih dahulu sebelum dipotong. Angin pagi menyapa dari pintu dapur menyapa wajah Ilmina. Suasana di luar masih lagi gelap.

“ Aisya selesa kat sini? Rumah kami tak adalah semewah rumah Aisya,” kata Hajah Salbiah, merendah diri.

“ Janganlah cakap macam tu, mak. Kat mana pun sama aje. Aisya tak kisah,” balas Ilmina sambil mengulas senyuman.

“ Eloklah kalau Aisya selesa. Shaheizy ni memang dok berkepit dengan ayah dan mak. Ikram dengan Irham kerja kat KL. Hujung minggu aje dia orang balik,” Hajah Salbiah membasuh bihun yang sudah direndam semalaman. Biar lembut apabila hendak digoreng.

“ Mesti abang Shaheizy anak manja kan?” teka Ilmina. Hajah Salbiah ketawa kecil.

“ Memang manja pun, Aisya,” Muncul Liyana sambil mendukung Aina, anak keduanya.

“ Anak kedua memanglah manja,” Ilmina turut bersetuju. Dia pernah membaca di majalah yang mengatakan anak kedua selalunya manja.

“ Aisya balik Shah Alam bila ni?” tanya Liyana. Dia meletakkan Aina di dalam buaian elektrik.

“ Lusa kot,” Ilmina memberikan sayur yang sudah siap dipotong kepada ibu mertuanya.

“ Cepatnya. Tak nak pergi honeymoon? Rugi tau kalau pengantin baru tak berhoneymoon…”

“ Honeymoon kat rumah pun boleh. Aisya cuba ajak Shaheizy jalan-jalan Melaka. Tak pun pergi aje Singapore. Dah dekat pun,” cadang Hajah Salbiah selamba. Ilmina hanya tersenyum.

Kalau Shaheizy ajak dia pergi honeymoon, dia ikut saja. Tapi, tak pergi pun tak apa. Dia tak kisah. Hatinya masih ralat dengan perbuatan Khalil yang telah memutuskan pertunangan mereka di saat akhir. Dia pasti suaminya itu turut berasakan hal yang sama. Dan, Ilmina sendiri masih teringatkan bekas tunangnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience