BAB 16

Romance Completed 19230

“ Aisya, kita main ice skating nak?”

“ Hah? Alah, Aisya takutlah. Dulu Aisya pernah jatuh. Then, dah serik,” Shaheizy Ikmal tersenyum.

“ Tak apa. Abangkan ada. I will protect you forever and ever,” kata Shaheizy Ikmal sambil memeluk bahu Ilmina. Ilmina tersenyum malu. Gila tak malu kena peluk depan public. Tapi dia suka sebenarnya.

*****

Ilmina menggigit bibirnya. Kakinya bagai tergam di situ. Shaheizy Ikmal bergerak laju mendekati isterinya di penjuru ice skating field.

“ Jom, abang pegang. Tak jatuhlah,” pujuk Shaheizy Ikmal. Dia menggenggam tangan Ilmina yang sudah sejuk itu.

“ Aisya takutlah…”

“ Abang janji, abang pegang Aisya,” Shaheizy Ikmal mengangkat tangannya.

“ Janji?” Si suami hanya mengangguk.

Akhirnya Ilmina melangkah juga mengikut Shaheizy Ikmal. Nasib baik ketika ini orang tidak ramai. Mungkin sebab sekarang bukan musim cuti sekolah. Kalau tak memang penuh gelanggang ice skating di Sunway Pyramid ini.

“ Slow-slow, sayang,” Macam nak terguling tergolek saja kat situ. Cik abang panggil sayang woi. Ilmina menyembunyikan senyumannya. Tidak mahu Shaheizy Ikmal perasan dia suka sikap mesra lelaki itu.

Shaheizy Ikmal dan Ilmina bergerak ke tengah gelanggang. Mereka saling berhadapan. Shaheizy Ikmal tersenyum melihat gelagat isterinya yang penakut itu.

“ Aisya ni manja sangatlah,” komen Shaheizy Ikmal bersahaja. Ilmina mengangkat wajahnya yang asyik memandang kakinya saja sejak dari tadi.

“ Kenapa cakap macam tu?”

“ Dah jatuh sikit, terus mengalah. Kita hidup ni jangan selalu putus asa. Kalau kita jatuh, cepat-cepat bangun balik. Mungkin, selepas itu kita tak jatuh lagi dah,” nasihat Shaheizy Ikmal.

“ It’s not because of I’m scared, abang. It just I don’t want to remember or throwback anything about him. Ice skating was the favourite thing that we always do together,” Shaheizy Ikmal terkedu. Ilmina menolak tangan Shaheizy Ikmal yang memegang tangannya.

Dia bergerak laju berpusing mengelilingi Shaheizy Ikmal. Tergaris bulatan yang digesel Ilmina. Shaheizy Ikmal terus terpaku melihat aksi Ilmina. Ilmina berhenti betul-betul di hadapan suaminya.

“ Kenapa tak bagitahu?” tanya Shaheizy Ikmal dalam nada keras.

“ Aisya tak nak ungkit kisah lama. Dan, tak mahu abang kecil hati,” Ilmina mencapai kedua tangan suaminya.

“ Abang pun sama. Pernah juga selalu datang sini dengan dia,” akui Shaheizy Ikmal. Lebih elok jika mereka saling bersikap jujur.

“ Iya ke? Tak pernah pulak terserempak kan,” Shaheizy Ikmal tersenyum lebar. Dia memeluk pinggang Ilmina mesra.

“ Sekarang kan kita dah terserempak. I want to create our scene here. And, I just want to remember our love story only. No others,” Mereka beriringan meluncur di sekeliling gelanggang.

Alahai, pasangan baru bercinta ni. Mereka tidak tahu ada mata yang bernanah melihat kemesraan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience