BAB 7

Romance Completed 19230

Tiga buah khemah untuk majlis kenduri sambut menantu sudah berdiri teguh di halaman rumah Haji Ishak. Sengaja dipasang awal memandangkan malam itu, Haji Ishak sudah berniat untuk mengadakan kenduri doa selamat. Nasib baiklah majlis sambut menantu minggu depan tetap akan berlangsung. Kalau tidak, membazir segala barang-barang yang sudah siap dibeli.

Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Hari itu, Haji Ishak hanya bersolat jemaah bersama ahli keluarganya sahaja. Tidak ke surau seperti selalu. Dia sebenarnya menunggu kedatangan keluarga Encik Hairi. Hanya dia dan isterinya sahaja yang pernah bertemu dengan pasangan Encik Hairi dan Puan Tia.

Haji Ishak dan Hajah Salbiah langsung tidak menyangka perbualan mereka dengan seorang rakan telah membawa mereka untuk terus masuk meminang puteri Encik Hairi. Pada mulanya, rakan Haji Ishak hanya terlepas cakap mengatakan majlis perkahwinan seorang kawannya mungkin akan dibatalkan sebab terputus di tengah jalan.

Kebetulan majlis itu akan berlangsung dua hari sebelum kenduri di rumah Haji Ishak. Maknanya lagi tiga hari majlis akad nikah dijadualkan di rumah Ilmina. Kerana itulah, timbul idea itu di kepala Haji Ishak dan Hajah Salbiah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience