BAB 17

Romance Completed 19230

“ Hai,” tegur satu suara. Shaheizy Ikmal dan Ilmina yang sedang menukar kasut setelah letih bermain mendongak melihat gerangan yang menegur.

Mata mereka terpaku pada dua insan di hadapan mereka kini.

“ Happy to see you blooming, Aliff,” ujar Najiha tanpa senyuman di bibir. Shaheizy Ikmal tersentap. Gadis yang pernah dia cintai berada di depannya.

“ Love to see your shining eye, Mina,” kata Khalil pula. Ilmina terkedu dan terpaku.

Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Kenapa mereka mesti muncul di kala Shaheizy Ikmal dan Ilmina baru sahaja belajar berkasih?

Shaheizy Ikmal dan Ilmina bangun serentak.

“ Weh, chilllah. Tak payah sentap bagai,” Khalil dan Najiha melirik senyuman manis.

Pasangan suami isteri itu masih bingung. Apa ni?

Khalil menarik tangan Najiha dan diangkat. Dia menunjukkan cincin rasmi mereka.

“ Maafkan kami, Aliff, Mina…”

“ Apa maksud korang ni?” soal Shaheizy.

“ Sebenarnya… kami dah kahwin sebelum majlis korang. Kami minta maaf. Disebabkan kebodohan kami, kami sanggup lukakan hati korang berdua…”

“ Kami terpaksa. Dan secara kebetulan, awak dan Mina disatukan. Kenapa kami berkahwin, biarlah ia menjadi rahsia kami. Sekali lagi, saya minta maaf, Aliff,” Najiha betul-betul ikhlas meminta maaf.

“ Saya pun sama, Mina. Tak terniat langsung di hati nak hancurkan hidup awak. Tapi, mungkin ini bukan jodoh kita. Dan, sekarang… awak dah dapat suami yang jauh lebih baik dari saya…”

“ Abang,” Berkaca mata Ilmina ketika itu. Sungguh, dia berasa tidak selesa.

Shaheizy. menggenggam erat tangan Ilmina yang semakin sejuk. Mungkin sedang menahan marah.

“ Boleh aku pukul kau?” Khalil tercengang. Tanpa menunggu lama, sebuah tumbukan tepat mengenai perut Khalil.

“ Aliff!” jerit Najiha. Dia mendapatkan suaminya yang sudah jatuh ke lantai.

“ Ini sebab kau buat mata isteri aku lebam,” Ilmina hanya membiarkan sahaja suaminya melepaskan geram.

Rasanya Shaheizy.geram pada Najiha. Tapi, dia mana boleh pukul perempuan. Jadi, laju sahaja tangannya menumbuk perut Khalil.

“ Dan… sebab kau jugak Jiha. Mesti kau sakit hati kan tengok suami kena tumbuk,” Shaheizy.tersenyum sinis.

Najiha membantu suaminya bangun.

“ Dah puas hati kau dapat tumbuk aku? Aku masih kuat lagi untuk yang kedua…”

“ No. Kalau perkahwinan korang berdua adalah untuk menutup aib, aku berterima kasih pada kau. Kau masih lelaki sejati yang sanggup bertanggungjawab. Aku yang lemah sebab tak mampu jaga Najiha sebaiknya,” Najiha tertunduk.

“ Aisya pun nak cakap benda yang sama sebenarnya…”

“ Iya ke? Tak apa. Abang dah tolong cakapkan,” Shaheizy.mencuit hidung mancung isterinya. Sempat lagi budak berdua ni.

Khalil dan Najiha lega melihat kemesraan dan kebahagian dua insan yang pernah hadir di dalam hidup mereka. Pada mulanya, niat mereka adalah untuk merampas pasangan masing-masing. Namun, setelah melihat senyuman bahagia yang terukir di bibir keduanya… hasrat hati mereka terkubur.

“ Terima kasih jugak pada korang sebab sedarkan kita orang,” ucap Khalil. Najiha mengangguk.

“ Ini sudah ketentuan kita. Kita sepatutnya redha dengan aturan hidup yang baru ni. Mungkin ini jalan kebahagiaan kita,” ujar Shaheizy..

“ Tak ada dendam kan?”

Khalil dan Najiha senyum serentak.

“ Insha Allah, kami redha,” Lega hati Shaheizy. dan Ilmina.

Alangkah indah jika masih ada yang berfikiran sebegitu. Dendam bukanlah satu batu loncatan untuk capai kehendak kita. Tetapi, penghalang kepada kebahagiaan kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience