BAB 9

Romance Completed 19230

“ Assalamualaikum,” Suara seorang gadis memberi salam. Semua menoleh ke arah suara itu.

“ Waalaikumsalam, Kina. Meh naik,” Sakina menapak naik tangga batu di hujung beranda. Rahang Ilmina jatuh. Ada tangga batu rupanya. Buat penat saja dia panjat tangga kayu tu tadi.

“ Mana yang lain?” soal Sakina. Dia duduk bersimpuh di sebelah Irham. Liyana sudah berlalu masuk apabila terdengar suara anak-anaknya menangis.

“ Ada kat dapur. Bila sampai?” soal Hajah Salbiah.

“ Baru aje sampai. Lepas solat tadi, ibu suruh datang sini terus,” jawab Sakina sopan.

“ Ni anak saudara kami, Sakina. Anak adik hajah. Rumah dia sebelah tu saja. Kina, ni…”

Ilmina menggaru dahinya. Dalam hati dia mengira detik…

“ Aisya Ilmina!” Kan, dah terjawab. Ilmina mengukirkan sengihan.

“ Kami kenal dengan Sakina ni, haji, hajah. Dulu satu universiti dengan Mina ni. Selalu juga singgah rumah kami sebelum balik Melaka,” jelas Encik Hairi. Patutlah.

“ Jangan cakap minah ni ganti kak Jiha, mak lang, pak lang?” Haji Ishak hanya mengangguk.

“ Kau ni kecohlah, Kina. Kau sampai aje terus bising,” bidas Irham. Mana taknya, si Sakina tu boleh jerit kat telinga dia ni.

“ Sorrylah. Excited tahu tak, dapat jumpa kawan lama. Dahlah tiga tahun tak jumpa. Dah terjumpa kat sini, maunya tak excited…”

“ Panjang lagi masa kau nak beramah mesra. Nanti jadi sepupu kau jugak,” tukas Irham.

Sakina menghadiahkan jelingan maut kepada Irham. Irham pula menjelirkan lidahnya kepada Sakina dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Pantang jumpa dua orang ni, pasti bergaduh. Nasib baik si Irham tu dah bertunang. Kalau tak, Haji Ishak dah suruh kahwin agaknya budak berdua tu.

“ Kina kerja kat mana sekarang?” tanya Puan Tia, ingin tahu. Ilmina berbual perlahan dengan Hajah Salbiah. Entah apa yang dibualkan pun tak tahu.

“ Kat Muar, auntie. Dekat aje. Tapi, Kina dok rumah sewa,” beritahu Sakina ramah. Puan Tia terangguk-angguk. Dia lihat Sakina semakin manis sekarang ni. Sikap peramah dia pun masih ada.

“Shaheizy oh Shaheizy,” Shaheizy menjenguk sedikit di sebalik beranda. Siapa pula yang memanggilnya itu. Dia bangkit berdiri.

“ Erul, kenapa?”

“ Ni hah. Lampu kat bawah ni tak cukup terang. Ada lampu spare tak?”

“ Lampu spare? Abang Ik, lampu semalam tu letak kat mana?”

“ Nak pasang sekarang ke, Rul?” tanya Ikram kuat.

“ Ha’ah, bang Ik. Orang surau nak datang dah. Boleh siap-siaplah kot,” Erul bersuara dari bawah. Ikram berlalu ke dalam rumah untuk mengambil lampu spare yang diletakkan di dapur.

“ Lah, dah habis solat isya’ ke? Cepat pulak masa berlalu…”

“ Buat kat khemah tu ke, haji?” tanya Encik Hairi.

“ Ha’ah. Orang lelaki makan kat bawah,” Haji Ishak bangkit dari duduknya. Encik Hairi turut berbuat demikian. Segan pula jika duduk sahaja tanpa membantu apa yang patut.

“ Abah, nak kunci kereta,” Ilmina melangut memandang abahnya yang sudah berdiri itu.

Encik Hairi mengeluarkan kunci Totoya Harrier dan diberikan kepada Ilmina. Dia kemudiannya mengikut langkah Haji Ishak ke bawah khemah.

“ Nak pergi mana ni?”

“ Nak ambil handphone kejap, ummi. Nak ambil nombor telefon mak,” balas Ilmina perlahan. Hajah Salbiah tersenyum mendengar suara lembut itu memanggilnya mak.

“ Iyalah. Hati-hati. Gelap tu,” pesan Puan Tia. Ketika Ilmina bangun berdiri, matanya tanpa sengaja bertaut dengan mata Shaheizy yang sedang menghulurkan wayar lampu kepada Ikram di bawah.

Ilmina mengukir senyum nipis. Shaheizy turut membalasnya. Kemudian, meneruskan kembali kerjanya. Puan Tia mengikut Hajah Salbiah ke dapur. Bakal besannya itu ingin mengenalkannya dengan saudara yang lain.

“ Oi, mek,” panggil Sakina.

“ Iya. Cheq kat sini. Awatnya?”

“ Nak pergi mana?” tanya Sakina.

“ Nak ambil handphone aku kejap kat dalam kereta. Eh, jomlah teman aku,” Sakina menggeleng. Dia menjuihkan bibirnya ke arah Shaheizy. Ilmina mengerutkan hidungnya. Kemudian, menggeleng kepala.

“ Kau nak turun ikut tangga maut ni ke?”

“ Kasut aku ada kat situlah mek,” Ilmina juga teragak-agak nak turun ikut tangga kayu itu.

“ Dah, tak payah. Banyak kasut kat tangga sana tu. Turun aje ikut situ,” Sakina menarik tangan Ilmina.

Shaheizy melihat telatah dua sahabat itu dengan hujung mata. Dia terkejut sebenarnya melihat mata Ilmina yang dah bengkak sedikit itu. Walaupun mata itu terlindung sedikit dengan kaca mata yang dipakai gadis itu, itu tidak mampu menutup kesedihan Ilmina. Pasti teruk juga gadis itu menangis.

Nasib mereka berdua serupa kini. Keduanya ditinggalkan di saat majlis penyatuan masing-masing akan berlangsung. Mungkin ini dah takdir mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience