BAB 2

Romance Completed 5754

Dalam dia berusaha mencari jawapan, mak long sudah berteriak kepadanya. “Hidayati, masuk dalam kereta! Bila kami pulak yang masuk nanti kamu terus jalan. Jangan fikir apa dah! Cepat! Cepat!”

Sungguh dia keliru. Tapi, dia memang tak sempat hendak berfikir kerana wanita yang bersama mak longnya sudahpun masuk ke dalam kereta. Jadi, dia mesti masuk juga sebab dia yang akan memandu. Bukankah dia harus cepat membawa mereka pergi dari situ?

Tak apa! Bila keadaan sudah tenang nanti dia akan singgah di suatu tempat dan bertanya dari A ke Z.

“Cepat, nak! Kita mesti pergi dari sini sekarang sebelum dia orang sedar mak cik dah hilang. Pandu aje laju-laju. Nanti, kemudian, mak cik akan cerita semuanya kepada kamu.” Wanita itu mengarah. Jadi, apa pilihan yang Hidayati ada?

Pandu ajelah!

"ITU... perempuan yang kau culik tu,"

"Ya, kenapa dengan perempuan tu?" tanya Hidayati. Matanya bulat memandang wajah yang serba sempurna di hadapannya. Sungguh, lelaki ini diciptakan Allah serba lengkap. Tak ada cacat cela luaran. Kalau dia seorang yang cepat terpesona pada gaya dan penampilan, pasti, pasti lelaki ini tersenarai paling atas. Tapi... sayang sangat! Harap muka sahaja lawa. Perangai?

"You are tresspassing, lady! Yang kau culik tu, my mother! Aku datang ni nak bawak dia balik ke rumah. Now, tolong ke tepi. Move!" Iqram meninggikan suara. Melihat gaya 'buat bodoh' perempuan di hadapannya menyebabkan dia rasa macam hendak buat sesuatu. Geram ya amat! Boleh tak kalau dia tampar pipi gebu tu sikit? Tampar? Argh, kuno! Kan lebih baik kalau dicium aje?

Haip! Kenapa mengarut pulak otak aku ini? hati Iqram sudah marah-marah kepada diri sendiri.

"Hello! Siapa yang menceroboh sebenarnya ni? Ini rumah saya, bukan rumah awak, tahu? Dan satu lagi! Saya tak culik mak awak, okey! Awak dan adik-beradik bodoh awak tu yang menyebabkan dia lari dari rumah. Eleh, senang-senang aje nak salahkan orang. Salah sendiri? Simpan! Apa punya orang!" balas Hidayati. Marah betul dia dengan lelaki yang dia tidak kenal ini. Tetapi dia tahu bahawa inilah anak sulung kepada Mak Cik Hana, majikan mak long yang dilarikannya 3 hari lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience