BAB 5

Romance Completed 5754

Hidayati matikan telefon bimbitnya. Kini dia sedang bercekak pinggang. Matanya garang mencerlung.

“Orang, dalam bulan puasa ni sepatutnya jadi makin baik. Tapi, awak? Adik-adik awak? Dah jadi anak derhaka pulak.” sinisnya.

Tanpa sedar, Iqram mendekat. “Jaga sikit mulut kau tu!”

“Kenapa? Salah ke apa yang saya cakap tu?”

“Lebih baik kau diam sebab kau tak tahu apa-apa!” jerkah Iqram. Dia tak mahu berlengah lagi. Tidak mahu berkompromi! Jadi, dia tidak punya sebab untuk akur pada kehendak ibu mahupun kehendak perempuan ini. Ada yang lebih penting untuk dibuat! Jadi, ugutan atau apa pun, dia tidak akan peduli. Yang penting dia bertemu ibunya. Yang penting, segala kekusutan akan terlerai.

Iqram terus masuk ke dalam rumah. Ada benda yang perlu diketahui. Perlu dijelaskan juga! Semua itu hanya di antara dirinya dengan mummy!

Ya, mummy! Mummy saja!

MEMANG keras kepala betul anak Mak Cik Kiah ni. Tak masuk dalam otak dia yang dia tak diperlukan di sini. Menonong aje dia masuk. Hidayati tak mampu buat apa-apa. Jadi, apa lagi? Hanya mengekori daripada belakang sahajalah.

Iqram berhenti melangkah sebaik terpandang susuk ibunya yang sedang terbaring di atas sofa. Sehelai tuala diletak pada dahi. Selimut pula menutup hingga ke dada. Memang nampak jelas yang ibunya itu tidak sihat sama sekali.

Pedih hatinya melihat keadaan wanita itu. Tiba-tiba hati jadi sebak. Sungguh, dia pilu melihat keadaan itu sehingga ada air jernih bertakung di tubir mata.

“Mummy, kenapa sampai jadi macam ni? Terlantar dalam rumah asing sedangkan bilik mummy jauh lebih besar daripada sini. Jauh lebih selesa, kan?” ujarnya sambil mencangkung di atas lantai berhampiran sofa. Tangan ibunya digenggam. Semakin kuat Puan Kiah menarik keluar tangannya, semakin kuat genggamannya.

“Lepaskan tangan mummy!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience