BAB 7

Romance Completed 5754

Nafas disedut dan dihembus perlahan. Satu keluhan terlontar.

“Iqram, tak apalah. Mummy tak nak mengadu apa-apa. Nanti jadi panjang. Biarkanlah...”

Cepat sahaja Iqram menggeleng.

“Mana boleh macam tu, mummy. Mummy pun tahu kan... Allah tak reda pada kami selagi mummy tak reda. Mummy marah kami, maknanya Allah marah kami juga. Katalah, jadi apa-apa misalnya kami accident ke, mati kami dalam keadaan hina, mummy. Tak rela!”

Hidayati juih bibir. Rasa macam over actinglah pulak mamat handsome ni! Pandai sungguh dia manipulasi ibunya. Dah nampak keruh wajah Puan Hana. Nampak kesal sangat!

“Mummy sedih dengan dia orang, Iqram. Mummy tahulah yang adik-adik kamu tu lebih sayangkan daddy. Tapi, mana boleh asyik puji daddy depan mummy? Mummy ada harga diri tahu tak? Lepas tu, siap cakap pada mummy yang kalau daddy dengan mummy tak bercerai, harta mummy dapat tu tentu dah boleh agih-agih sesama mereka. Tu yang mummy tak boleh terima. Macamlah mummy ni kejam sangat rampas harta dia orang selepas kena cerai dengan daddy.”

Iqram tarik nafas dalam-dalam.

Kini dia sudah mengerti. Rajuk mummynya hanya kerana sikap adik-adik yang tidak pernah berpuas hati dengan perceraian ibubapa mereka. Adik-adik yang sering menyalahkan mummy sehingga daddy terpaksa melafaz talak. Entahlah, sukar sungguh dimengerti.

“Pergilah balik! Mummy selesa di sini.” Puan Kiah menghalau anaknya.

Iqram tersengih melihat tingkah ibunya. Adoyaii, bila orang dah tua merajuk, memang sukar betul nak pujuk, kan?

“Daddy risaukan mummy.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience