BAB 17

Romance Completed 5754

“Iya? Apa syarat kamu tu?” Teruja benar mummynya hendak tahu. Keterujaan yang menyebabkan Iqram ketawa besar.

“Saya cakap... Dia kena bagi saya anak setiap tahun selama 5 tahun.” Iqram memberitahu. Terbayang gelagat lucu Hidayati sebaik dia memberikan syarat itu semalam.

“Anak? Eei, gatal betul awak ni! Kahwin pun belum...”

“A’ ah. Tak baik tau cakap kasar-kasar dengan bakal suami.”

Bibir gadis itu muncung panjang.

“Baru aje belajar bab nikah kahwin, kan? Isteri mesti buat apa? Patuh kepada kehendak suami, kan?”

Mata bundar itu memandangnya macam nak telan. “Habis, suami buat apa? Bagi syarat macam itu ingat bagus sangat?”

“Suami akan jadi suami dan ayah yang baik. Insya-Allah, isteri akan dibantu selagi terdaya.” Iqram berjanji.

Lama Hidayati terdiam sebelum bertanya, “Betul ni?”

Iqram angguk. Laju. Senyum pada bibir Hidayati menjawab segala. Tidak perlu berkata apa-apa lagi. Janji untuk bersama akan terlaksana dengan izin-Nya.

“SAYANG! Kan abang dah pesan, sayang jangan buat apa-apa? Mari sini!”

Hidayati yang comel bergaya dengan jubah berwarna ungu lembut dan berselendang ala-ala gadis pengacara Hijabista melangkah perlahan ke arah suaminya. Suami yang menikahinya 6 bulan yang lalu. Suami yang setiap masa cuba melindunginya terutama sekarang ketika dia baru sahaja disahkan sudah berbadan dua.

“Semua benda tak bagi orang buat. Bosan tahu tak asyik tak boleh buat itu ini!” keluh Hidayati.

“Siapa cakap abang tak bagi sayang buat kerja? Ada, cuma sayang aje yang kedekut.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience