BAB 4

Romance Completed 5754

Iqram menarik nafas panjang. Dia sedar yang dia kena tukar taktik. Kalau berkasar tak jalan, dia akan memujuk. Kalau perlu beri wang kepada perempuan ini, akan dilakukannya. Asalkan dia dapat ibunya semula.

“Please! Aku nak jumpa dia.” Iqram merayu.

Hidayati angkat kening. “Bukan saya tak bagi tapi Mak Cik Kiah yang tak nak jumpa awak atau adik-adik awak.”

Iqram terus naik angin semula.

“Mengarut betul! Hei! I am her son. Yang sulung! She loves me!” jerit Iqram. Dah tak boleh nak kawal rasa marah dengan kata-kata gadis ini. Pelik betul! Mummy tak mahu jumpa aku? Ridiculous, bentak hatinya. Tiba-tiba dia mendengar telefon bimbit gadis itu berbunyi. Pantas sahaja direbut.

“Mummy!”

Di hujung tHidayati n, sepi seketika.

“Mummy, it is me, Iqram. I datang nak ajak you balik ke rumah kita, mummy. Please!”

Terbeliak bijik mata Hidayati dengar kata-kata lelaki itu. I? You? Dengan emak? Err... mummy dia? Memang kurang asam jawa betul mamat ni! Dia ingat Mak Cik Kiah tu kawan dia ke?

Telefon dihulur kepadanya. Lelaki itu memberitahu, “Mummy nak cakap dengan kau.”

Hidayati buka pembesar suara. Mahu lelaki ini dengar kata-kata mummynya.

“Hidayati, suruh Iqram balik. Mak cik tak ada apa-apa nak cakap dengan dia dan adik-adik dia lagi. Semua dah mak cik serahkan kepada peguam. Nanti, harta yang depa duk rebut tu akan jadi hak depalah. Iqram, mummy tak mahu jumpa you all. Anggap aje mummy dah mati, okey!”

“Mummy!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience