BAB 18

Romance Completed 5754

Pulak? Eeii, suami aku ni memang pandai pusing cakap dia. Hisy!

“Muka macam tu maknanya tak percaya cakap abang, kan?”

“Memanglah! Cuba cakap, apa yang abang benarkan Hidayati buat? Nak menjahit tak boleh. Nak sapu rumah, kemas rumah.. semua tak bagi. Masak aje yang boleh itupun kalau abang teringin nak makan apa-apa. Orang rasa macam dah jadi OKU tau!”

Iqram gelak besar.

“Janganlah gelak! Orang marah karang...”

“Isteri abang cuma perlu senyum pada abang aje. Nak tahu kenapa? Sebab senyum tu sedekah untuk suami.”

“Yalah! Orang senyum ajelah,” ujar Hidayati sambil cuba menahan diri agar tidak tersenyum. Tapi, masakan boleh. Untuk suami, senyumpun dapat pahala. Tak gitu?

Tubuh Hidayati didakap erat sambil bibir berbisik menyuruh isteri memandang langit yang indah.

“Pagi Syawal ni, sayang. Senyumlah untuk abang sebab senyuman sayang tu mengindahkan Aidilfitri abang, tahu tak?” pinta Iqram lembut.

Wah, hati isteri mana tak cair mendengar suami ungkapkan kata-kata indah sebegitu. Okeylah... Nak senyum satu hari ini. Demi suami kerana Aidilfitri suami jadi indah hanya dengan melihat senyumanku ini. Dan Hidayati mula melakar senyum pada bibir nan indah kerana dia tahu bahawa kini mereka menjalani kehidupan yang lebih indah dan bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience