BAB 3

Romance Completed 5754

“Cik whatever your name is, sila ke tepi. Aku nak masuk dalam, nak pujuk mak aku balik ke rumah.” Iqram menekan suara. Sengaja nak bagi perempuan cantik ini takut dengan dia. Malangnya, gadis itu sedikitpun tak berganjak. Malah tangan didepangkan menghalang pergerakannya.

“Nak masuk? Saya tak pernah benarkan lelaki masuk dalam rumah ni. Jadi, apa istimewanya awak sampai saya kena izinkan?” Hidayati masih berkeras.

“Kenapa dengan kau ni? Perempuan, jangan cabar aku! Aku datang baik-baik ni. Kalau kau duk uji tahap kesabaran aku, aku tak akan teragak-agak telefon polis dan suruh mereka datang sini tangkap kau atas dakwaan menculik. Mahu begitu?” Suara Iqram dah naik oktaf.

Hidayati ketawa besar mendengar ugutan itu.

“Culik? Awak bukak kamus dewan sekarang dan cari maksud culik tu. No! Tak payah! Biar saya saja yang beritahu. Penculikan dalamundang-undang jenayah membawa maksud mengambil seseorang tanpa kerelaan, biasanya bagi menahan tanpa kebenarantanpa menurut undang-undang yang sah. Ini mungkin dilakukan bagi tujuan wang tebusan atau langkah awal bagi jenayah lain, atau berkait dengan pertikaian penjagaan anak.

Sekarang saya nak tanya awak. Awak ada terima ugutan? Ada sesiapa minta wang tebusan? Atau mungkin ada yang dah cakap kat awak yang saya dah bunuh dia?”

“Shut up!”

“Tak adalah tu, kan? So, maknanya, emak awak bukan diculik. Dia keluar dari rumah awak tu dengan rela hati. Kan?” ujar Hidayati. Masih boleh bertenang biarpun sedang geram tengok gelagat lelaki ini. Macamlah dia sayang sangat kepada ibunya itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience