BAB 12

Romance Completed 5754

Rasa macam mengarut sahaja apa yang menimpa dirinya. Sungguh... Salah diakah menunggu mak long tempoh hari? Salah diakah apabila terpaksa men‘culik’ Puan Hana? Salahkah dia melayan wanita itu dengan baik sepanjang dia tinggal dalam rumah mak long ini?

“Jodoh kamu dah sampai, Hidayati,” kata mak long sambil tepuk-tepuk bahu anak saudaranya. Satu-satunya zuriat adiknya yang telah dipelihara sedari kecil. Anak yatim piatulah katakan! Ayahnya kemalangan sewaktu Hidayati masih di dalam kandungan. Ibunya pula meninggal sewaktu melahirkannya. Dah 27 tahun umurnya tapi tak pernah dibawa boyfriend balik ke rumah. Bila ditanya, Hidayati akan kata yang dia tak ada pak we.

Teringat pula kepada majikannya. Kata Puan Hana, sikap Hidayati yang ceria itu yang dia suka. Mak long hanya mampu mengangguk. Hidayati memang sentiasa ceria. Hanya bila dengan Iqram, perangai terus berubah. Kenapa agaknya?

“Mak long, Hidayati tak nak kahwin lagilah. Boleh tak mak long bagitahu pada Puan Kiah macam tu?” Hidayati bertanya sambil memeluk lengan ibu saudaranya.

“Tak nak kahwin atau tak nak kahwin dengan Iqram?” tanya mak long.

“Dua dua!” Laju Hidayati menjawab sambil melirik ke arah lelaki yang asyik sahaja memandangnya.

“Sebab?”

“Alasan kau tu tak diterima.” Iqram mencelah.

“Kena terimalah! Saya mahu lelaki yang soleh jadi suami saya. Bukan seorang yang macam awak ni! Orang Melayu tapi hidup macam orang putih. Cakap dengan emak bapak macam cakap dengan kawan. Isy, tak suka. Tahu tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience