BAB 10

Romance Completed 5754

Arghh... kalau ikut hati memang Hidayati hendak jerit kuat-kuat, biar pekak telinga Iqram. Tengok dia sahajapun, mood Hidayati sudah dipengaruhi aura negatif. Bagaimana kalau...

“Kau dah ada jawapannya?”

Hidayati pandang muka lelaki itu. Lama. Tapi, dia kalah bab nak lawan mata ni. Tak sanggup dia membalas renungan tajam Iqram kepadanya.

"Cakap pada mak cik, saya tak suka awak."

Iqram ketawa besar mendengar kata-kata Hidayati itu. Jawapan yang memang sudah dijangka.

"Kau ni kan, memang lucu. Macam badut, tahu tak?" kutuknya.

Hidayati berang. Dengan bercekak pinggang, dia balas. "Sebab inilah saya tak suka awak. Mulut awak tu memang tunggu masa nak ditenyeh dengan cabai burung! Cakap tak pakai otak. Ikut suka keluar, kan?"

Iqram angkat bahu.

"Mulut aku, aku punya sukalah! Ni, aku nak tanya kau. Berapa lama lagi aku kena tunggu?" soalnya. Sudahlah tadi dekat sejam dia tunggu di dalam kereta. Nasib baik mak long nampak dia duk tercegat kat luar. Dapatlah dia masuk. Nak harap perempuan ni, jenuhlah! Boleh buat selamba badak dia aje!

Hidayati juih bibir. "Saya tak suruh awak tunggu pun."

Iqram mendengus.

"Kalau aku ni saintis, aku klon dah kau ni. Tapi aku programkan perangai dia supaya tak memberontak macam kau la. Biar dia baik aje. Ikut aje cakap aku. Dan, yang penting, dia tak pandai nak ampu-ampu mummy aku tu. Tak adalah macam sekarang. Pada mummy, kau ni dah macam malaikat. Semua baik aje! Tak ada cacat cela langsung! Tu yang sampai suruh aku ambik kau buat bini tu!"

Muka Hidayati dah merah padam. Marah kerana dia seolah-olah dituduh menggunakan Puan Kiah untuk menjadi isteri lelaki yang ada di hadapannya ini. Sakitkan hati sungguh! Tak pernah terbetik pun dalam hati dia. Macamlah dia teringin sangat pada lelaki yang tak tahu nak hormatkan orang ini? Hisy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience