BAB 8

Romance Completed 5754

Umpan sudah mengena. Sebut daddy sahaja, terus sepasang mata ibunya jadi bercahaya. Hailah... Iqram berasa hairan sungguh. Bagaimana perkahwinan yang sudah berusia hampir 30 tahun itu berkecai hanya kerana fitnah sekeping gambar yang dihantar kepada mummy.

Bukanlah gambar daddy sedang berpeluk ke hapa, tapi mummy sangat-sangat terkesan melihatnya sehingga pertengkaran demi pertengkaran berlaku. Akhirnya, kerana berasa tercabar dengan sikap mummy, daddy mengambil keputusan untuk keluar dari rumah.

Mereka berpisah tapi daddy tak pernah lupa menitip khabar mummy. Malah seluruh harta telah diberikan kepada mummy kecuali kondominium yang daddy tinggal. itu sahaja jadi milik daddy.

“Daddy kamu sihat?”

Iqram angguk.

“Bulan puasa ni... kesian dia! Selalu mummy ada untuk masak apa aje yang dia nak makan. Tapi,”

Iqram menyeka air mata yang terbit.

“Jangan nangis, mummy. Mummy pun tahu yang mummy dengan daddy masih dalam iddah. Boleh rujuk semula. Itupun kalau mummy nak masakkan daddy lauk-lauk kesukaan dialah. Kalau mummy kesian pada daddy. Kalau tidak...”

Hidayati memang langsung tidak memahami. Sekejap mereka bercakap tentang anak-anak, adik-adik. Sekarang tentang daddy maddy... tentang cerai, tentang sahur. Apa ni?

Tiba-tiba Hidayati rasa telinganya kena piat. Sakit woo! Tapi nak jerit tak boleh! Sebab mak long dah tutup mulut dia dengan tapak tangannya yang lebar!

“Yang kamu ni menyibuk pasang telinga tentang hal rumah tangga keluarga Mak Cik Kiah kamu tu, pasal apa? Hah? Kamu nak jadi menantu dia ke?”

Owh... soalan maut tu mak long!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience