BAB 13

Romance Completed 5754

Iqram pelik betul dengan sikap konservatif Hidayati. Masyarakat memang beginikah? Asyik menilai orang melalui pandangan mata kasar. Apa yang tersirat, mengapa tidak pernah cuba difahami? Sempit! Otak Hidayati sempit!

“Aku tak cukup baik untuk kau? Kau ingat kau tu...”

“Saya tak cakap yang saya ni hebat, Iqram. Cuma, saya nak awak tahu yang awak sangat bertuah. Awak ada emak, ada ayah untuk awak hormati. Dia orang masih hidup, masih bernyawa! Tengok saya ni! Saya cuma ada mak long. Saya tak pernah kenal erti kasih sayang ibu dan bapa kandung. Salahkah kalau saya mahukan suami yang menunjukkan kasih sayangnya kepada dua ibu bapa dengan tutur kata yang lembut? Yang apabila telinga saya mendengar, mulut saya tak mencebik mengutuk. Salah ke?”

Iqram hilang kata. Tiba-tiba dia rasa macam kena henyak. Entah mengapa dia jadi sedih terutama ketika menatap wajah yang sudah basah dalam derai air mata itu.

“Maaflah. Saya belum bersedia untuk menerima awak.”

Iqram tarik nafas panjang. Matanya menyorot langkah Hidayati yang berlalu ke biliknya. Tidak sekali gadis itu menoleh kepadanya.

“BARU balik?”

Iqram tersentak mendengar soalan daddynya. Segera dia menghampiri lelaki berusia 55 tahun tapi masih tegap dan segak itu. Dia tunduk menyalami tangan yang dihulur.

“Kenapa daddy tak tidur lagi? Kan dah dekat pukul 3 pagi ni?” tanya Iqram sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi. Mata terarah ke dapur. “Mummy pun tak tidur lagi?”

Encik Burhan menggeleng. “Belum. Kami tunggu kamu balik.”

Iqram rasa bersalah pula. Kerana dia, ibubapanya terpaksa bersengkang mata. Tapi, kenapa pula mereka mesti menunggu dia balik? Mesti ada apa-apa ni!

“Apa khabar kawan seguru kamu hari ini?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience