BAB 15

Romance Completed 5754

Hidayati cerlung mata. Tak faham dengan ayat Iqram itu.

“Awak cakap apa ni?” tanya dia.

Iqram suruh Hidayati duduk di hadapannya. Kemudian dia keluarkan satu brosur. Dia suruh Hidayati baca.

“Al-Infitah?”

“Hmm. Kita berdua akan belajar dengan Ustaz Hakim dan Ustazah Sazila. Sejam sehari, 3 kali seminggu. Ustazah akan datang ke sini, dan ustaz akan ke kondo aku.”

“Eh, kejap! Kenapa saya terlibat sama pulak?”

“Kenapa tak boleh? Kau dah alim sangat ke?”

Kan dah kena sebijik?

“Sama-sama, kita akan dalami Fardu Ain. Kita akan perbaiki tajwid. Malah kita juga akan hadiri majlis ilmu di setiap hujung minggu. Semua ini sebagai persediaan sebelum kita kahwin.”

“Awak! Kan saya dah cakap...”

“Aku tak peduli. Aku tetap nak kau kahwin dengan aku. Kau cakap aku tak cukup syarat sebab pengetahuan agama aku cetek kan? Jadi, sekarang kau tak ada alasan lagi. Takkan kau nak menolak sedangkan kita nak buat perkara yang baik ni?”

Iqram sengaja porak-porandakan perasaan Hidayati. Sengaja mahu melihat apakah gadis ini benar-benar mahu melihat perubahan dirinya ke arah positif. Kalau mahu, alhamdulillah. Dia tidak salah memilih.

Perlahan-lahan Hidayati angkat muka. “Tapi, saya tak nak janji apa-apa dengan awak. Kalau nak mendalami ilmu agama, saya tak ada masalah.”

“That is my girl!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience