BAB 14

Romance Completed 5754

Soalan daddy menyebabkan Iqram tersengih lebar. Kawan seguru? Terbayang wajah itu. Wajah comel yang pernah satu ketika sukar tersenyum kepadanya tetapi selepas hampir tiga bulan, bunga senyum itu sudah kelihatan. Gadis itu dah kurang garang dengannya. Fuh, bukan senang! Jenuh merayu, jenuh memujuk!

“Abang tanya aje fasal budak tu, Iqram terus sengih ya?”

Iqram terkejut mendengar suara sinis ibunya mengusik.

“Ha’ah. Agaknya, budak tu dah berlembut dengan dia kut?” balas si bapa.

“Perempuan kan ibarat kerak nasi? Kena air, lembutlah. Kan, Iqram?”

Sengih lagi tapi kali ini dia terus laju mengangguk.

“Mummy syukur sangat kita ditemukan dengan Hidayati. Akhirnya, dia berjaya sedarkan kita sekeluarga tentang erti hormat sesama kita.” Puan Hana berkata.

Encik Burhan menghela nafas yang panjang. “Kita... lama sangat duduk kat luar negara. Terutama masa di Washington dulu. Dari kecik, Iqram dengan adik-adik dia duk berkawan dengan anak-anak Mr Robert, si Al dengan Joe. Anak orang putih... mak bapak pun panggil nama aje. Yang kita pulak terikut-ikut,” katanya.

“Bila kita bercerai, budak-budak ni langsung tak hormat pada Hana. Terutama Hanina dengan Hanis. Hari-hari kalau tak kelahi dengan Hana, tak boleh! Dah tu, mulut punyalah... aduh! Malu betul Hana dengan Hasnah. Tu yang Hana mintak tolong Hasnah larikan Hana tu. Si Hidayati tak tahu apa-apa pun. Tapi bila dia dengar cerita Hana, nampak sangat dia marah dengan budak-budak ni!”

Iqram ketawa. Kebenaran yang tak mampu dinafikan. Malah Hidayati terang terang mengaku tak suka pada dirinya. Sehingga dia ditolak dengan alasan bukan calon suami yang baik. Tapi, nasib baik otak Iqram geliga. Teringat pada pertemuan di malam raya...

“Nak apa?” Seperti biasa, garang aje bunyi suara Hidayati padanya.

“Aku nak kau jadi kawan seguru aku. Kita dalami ilmu agama sama-sama. Nak tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience