BAB 16

Romance Completed 5754

Iqram sengih. Tercapai sudah hajat di hati. Tidak sia-sia dia berusaha. Semakin banyak dia belajar, terasa bagaikan semakin banyak ilmu yang dia tercicir. Semakin banyak dia membaca, semakin banyak juga yang tidak diketahuinya. Benarlah, mencari dunia, hanya dunia yang ditemui. Namun, andai berusaha mencari akhirat, Allah berikan dunia dan akhirat, kedua-duanya sekali.

Kenapalah dulu dia tidak pernah terfikir tentang itu? Mujur ada Hidayati. Kehadirannya dan kata-kata yang terbit daripada bibir mungelnya itu berjaya mengejutkan Iqram daripada terus hanyut dalam keindahan sementara duniawi.

“So, anak daddy dah propose pada Hidayati?”

Serta merta Iqram tarik sengih sebelum mengangguk dengan laju.

“Alhamdulillah. Tercapai juga hajat hati mummy, ya!” kata Puan Hana.

“Hajat hati saya juga, mummy.” sahut Iqram.

Puan Kiah tersenyum. “Kata dulu tak suka? Siap cakap benci lagi!” usiknya.

Iqram tarik nafas panjang. “Kalau saya tak kenal dia, mungkin saya biar saja diri saya ni terus hanyut dalam menilai hubungan kita, mummy, daddy. Tapi, dia menyedarkan saya yang ada batas yang tak boleh saya dan adik-adik langkaui antara kita. Kerana dia, saya mencari diri saya yang hilang. Saya bersyukur sangat.” ujarnya bersama sendu yang tak terluah.

Tangan anak lelaki sulung itu dicapai dan digenggam erat oleh si ibu. “Anak mummy bukanlah jahat sangat pun. Sebenarnya semua ni Allah atur untuk temukan kamu dengan bakal isteri kamu. Jodoh dah mari.”

Encik Burhan segera mencelah. “Kali ini, ada syarat tak?”

Iqram ketawa besar mendengar soalan itu. “Amboi, daddy! Melampaulah bakal menantu daddy tu kalau dia bagi syarat lagi!”

“Mana tahu, kan?” Puan Kiah menyampuk.

“Kali ini, saya yang bagi dia syarat, mummy,” ujar Iqram. Bangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience