BAB 1

Romance Series 12360

"Tok tok tok !!"

  Bunyi ketukan yang kuat dipintu , telah mematikan perbualan antara ke dua beranak yang sedang rancak berbual didapur sederhana besar itu.

" Eh siapa yang datang tu? Nasib tak roboh rumah aku ni diketuknya, bukan main kuat lagi "

  Bebel wanita tua bernama wan salmah . Jika dibiarkan sedikit saja lagi . Nescaya rumah umpama pondok buruk ini bakal runtuh dibuatnya . Baru sahaja dia ingin bangun untuk ke membuka pintu . Anaknya bersuara .

"Takpe bu , biar nia pergi tengok siapa yang datang" Dhia dania yang ketika itu sedang membasuh tangannya disingki menyampuk . Bergegas dia meninggalkan ibunya dan ke ruang hadapan. Untuk melihat gelaran tetamu yang datang .

"Wsalam , ada apa ye?" Sopan anak gadis itu bertanya . Agak pelik juga apabila melihat kehadiran beberapa sosok lelaki datang dalam keadaan tercungap2 bersama wajah yang dia sendiri sukar untuk tafsirkan.

"Ni rumah pak hashim ke?" Tanya seorang lelaki bersongkok disitu. Umur dalam lingkungan sebaya ayahya . Pertengahan 50-an mungkin .

"Ya ni rumahnya , ada apa ye?" Tanya Dhia dania bingung

"Pakcik ada perkara nak beritahu, pakcik harap adik banyak bersabar .. kami jumpa ayah adik terjatuh didalam gaung . Di hujung simpang jalan kampung ni , tapi ..."

"Tapi apa ?" mengigil suaranya menyoal . Dhia dania sudah terasa lain macam . Nafasnya seakan berdetak kencang .

"Kami jumpe Pak hashim sudah tidak bernyawa .. Allah lebih sayangkan ayah dik .."

Sebaik mendengar kata itu nia terdengar ibunya sudah menjerit dibelakang..

"Ya allah , Abang !!" Jerit Wan Salmah . Sebak mendengarkan berita kematian itu . Suami tempatnya bergantung harapan selama ini , pergi jua tanpa sebarang pesan .

Dhia dania  yang merasa kepalanya seperti hendak pitam terjelepuk jatuh di lantai rumah papan itu.

"Ya allah ayah ,  kenapa ayah tinggalkan nia?!"Nia tanpa segan meraung di hadapan lelaki2 itu.

"Banyakkan bersabar kak, adik ..ikhlaskan arwah " sampuk lelaki tadi , setelah melihat kedua beranak itu  . Seperti sudah hilang arah meratapi kesedihan .

"Mana suami saya ?" Wan salmah bertanya sayu..

"Jenazah Pak Hashim sekarang berada di masjid kak.. Kami nak mandi dan solatkan jenazah sekali disana . " Balas lelaki itu.

"Ok terima kasih,  saya bersiap sekejap" Beritahu Wan salmah yang ingin berlalu ke dalam rumah .

Dania yang masih kaku dimuka pintu dibangunkannya . Kuat sedu sedan anak gadisnya dimuka pintu . Diredakan seketika . Sebelum dibawa masuk ke bilik untuk bersiap

Meskipun perit sebuah kenyataan yang baru dihadapi kini . Terpaksa juga dia menerima takdir yang Maha berkuasa . Siapa mereka hendak menolaknya?

***********************

Dhia Dania melihat ahli keluarga serta sahabat2 ayahnya satu persatu pulang meninggalkan tanah perkuburan islam kampung baru itu, seusai ayahnya ditanam, hanya Dhia Dania yang masih setia bersimpuh disebelah kubur ayahnya sambil membaca yassin, hari mendung tidak dihiraukan lagi. Ibunya telah pulang bersama makcik Siti jiran sebelah rumahnya. Sebentar tadi Wan salmah berkeras mahu duduk disitu bersamanya , tetapi dia menghalang dan menyuruh makcik Siti membawa ibunya pulang dahulu yang kelihatan sungguh  lemah ,sedih hatinya melihat keadaan ibunya yang baru memegang gelaran sebagai seorang balu itu .

"Ayah..kenapa tinggalkan ibu dan Nia secepat ini?" Ayah janji dengan nia , ayah nak tengok nia berjayakan? Nak tengok nia kahwin ,Nia tinggal satu sem saje ayah sebelum tamat belajar, ayah janji dengan nia, ayah nak ada dengan nia masa graduate nanti .. Ayah tipu nia ye?"

  " Nia janji ayah, nia akan jaga ibu jaga pesan ayah baik2 .. ayah tidur tenang ye jangan lupakan nia dan ibu kat sini, Nia sayang ayah , sayang sangat.."
ngogoinya. Teresak2 dia menahan tangis yang makin kuat kedengaran.

Nia meletakkan kepalanya diatas tanah yang masih merah itu, sambil tangannya memeluk pusara seolah2 sedang memeluk ayahnya.Ketika ini, tiada siapa tempatnya mengadu. Tiada bahu untuknya menumpahkan air matanya. Akhirnya Nia terkulai disisi pusara ayahnya.

***************************

     Wan salmah mundar mandir didalam rumah,seusai solat magrib dan membaca yassin . Anaknya nia masih belum pulang dari perkuburan itu, Wan salmah tahu anaknya itu terlalu bersedih, begitu juga dia..tetapi sebagai seorang islam dia perlu redha dengan takdir Allah, selesai solat barulah dia merasa tenang dan akur dengan kehendak Allah untuk Keluarganya.

"Assalamualaikum" suara orang memberi salam menyedarkan Wan Salamah dari lamunannya. Bergegas dia membuka pintu kerana tahu akan pemilik suara itu.

"Nia .. Kenapa sampai macam ni ya allah anak aku"?!" Jerit Wan Salmah apabila melihat anaknya seperti mayat hidup ketika ini, dengan kesan tanah dibaju dan tudung dipakainya, seperti orang kehilangan arah pun ada.

"Ayah ,buu..." Nia mencemik ingin menangis lagi. Segera Wan salmah memeluk anaknya erat.

"Ya sayang, ibu juga sedih.. tapi kita kena kuat. Terima takdir ni sayang.. berdosa jika terus meratap macam ni"Pesannya sambil mengusap lembut belakang satunya2 puterinya itu. Pelukan dilepaskan airmata dipipi anaknya disapu perlahan..

"Ingat pesan ibu, jangan meratap lagi dikubur ayah tahu? Ayah mesti sedih tengok nia macam ni. Biar ayah tenang disana ye sayang..sekarang ibu nak Nia mandi dan solat , nanti kita baca yassin sama2 untuk ayah ok?"ucapnya lagi..

Nia tidak berkata apa2 , dia hanya mengangguk dan berjalan lemah ke kamarnya . Wan salmah hanya memandang sayu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience