BAB 7

Romance Series 12360

Dhia dania sedang menunggu Tengku Adzmir azim dihadapan pintu masuk  Empire Holding tengah hari itu. Jam menunjukkan 12.10pm , namun kelibat bosnya itu masih tidak kelihatan.

"Ntah2 dia lupa tak? Tak pun dia saje nak kenakan aku" desisnya. Sebentar tadi dania terpaksa menelefon sahabatnya suraya bahawa dia tidak dapat makan bersama kerana arahan bosnya . Nasib kawannya itu faham , masih teringat usikkan suraya sebentar tadi.

"Amboi untunglah kau hari pertama keje bos dah terpikat, aku ni dah 2 bulan keje tak pernah lagi bos ajak lunch sekali ... Entah2 tak lama lagi makan nasi minyak la aku ni "perli suraya dicorong telefon.

"Eh kau ni kesitu pulak..bos aku memang jenis baik dengan pekerja la apa salahnya. Lagipun kau nak ke keluar dengan bos tua kau tu?"

Ketawa dania, masih teringat cerita suraya yang merungut waktu pertama kali bekerja , bosnya itu tua dan agak strict huhu nasiblah kau suraya. Lamunan dania terhenti apabila ditegur seseorang.

"Ehem .. kat sini pun you boleh termenung ye? Dah jom .. dah lewat ni"

   Sergah Tengku Adzmir selamba sambil berjalan ke pintu kereta meninggalkan dania yang terkebil2 .

    Dania hanya menuruti langkah bosnya itu di belakang. Sampai sahaja dihadapan kereta . Lelaki itu sudah membukakan pintu sebelah penumpang untuknya .

   Dania serba salah jadinya lagi2 melihat ada beberapa pasang mata melihat kearah mereka. Lama dia tercegat dihadapan pintu itu .

"Tunggu apa lagi? masuk lah"

  Dhia dania akhirnya menerobos masuk juga kedalam kereta ford mustang itu. arghh lantak lah orang nak cakap apa . Bukan aku buat benda tak elok pun dengan boss . Desisnya

----------------------------------------------
"You tinggal dengan siapa?" Tanya Tengku adzmir azim memulakan bicara apabila melihat gadis itu hanya diam memandang sekeliling. Seperti tidak sudi memandang wajahnya.

"Malu konon" sinis senyuman Tengku adzmir .Pada penglihatannya gadis itu sedang berpura2.

"Err.. dengan ibu"sepatah dania menjawab sebelum matanya melilau lagi.

"Do you know how to interract with others? When i talk with you please looking at me"tegas kedengaran suara Tengku adzmir . Tidak gemar sungguh jika berhadapan dengan orang seperti ini .

"Ba..ik bos maaf "tersedar akan kesalahannya dania hanya menunduk. Rasa janggal saat ini kerana belum pernah dia keluar berdua dengan lelaki seperti ini. Tengku adzmir yang melihat sudah menompang dagu di kedua tangannya.

"Dengan ibu je? Mana ayah you?? You anak tunggal?" Soalnya lagi . Sebenarnya dia sudah lama tahu mengenai gadis itu daripada maklumat yang diberi encik arsyad tempoh hari. Namun dia sengaja mahu mendengar sendiri dari mulut gadis itu.

"Ayah meninggal 5 bulan lepas, ya saya anak tunggal encik"balas dania sayu.

" oh i seee .. sory then"kata tengku adzmir selamba apabila makanan mereka sudah sampai. Lagaknya seperti orang tiada perasaan melihat wajah sayu dania itu.

------------------------------------------
Sampai dipejabat dania terdengar puan suzy menyakatnya.

"Wah untungla bos belanja orang tuu.. akak ni dah bertahun keje tak pernah lagi keluar lunch dengan bos"perli puan suzy sambil tersengih memandangnya.

Dhia dania hanya tersipu malu dikata begitu.Sudah agak pasti peristiwa keluar makan bersama boss akan menjadi buah mulut staff di company ini . Malas mahu berkata apa2 lalu dia terus berlalu ke biliknya. Dalam perjalanan kebilik office tubuhnya telah dilanggar seseorang

"Opss sory cik .. tak sengaja" kata zaril sambil merenung gadis dihadapannya itu. Sungguh memukau wajahnya. Selama bekerja disini belum pernah dia bertemu gadis itu.

"Pekerja baru ke?" Belum sempat dania menjawab lelaki itu bersuara lagi.

"Ye encik..saya minta diri dulu ye"balas dania sepatah malas mahu melayan lelaki yang tidak dikenali itu.

"Sombong mak aii muka je cantik"desis zaril setelah gadis itu berlalu.

---------------------------------------------

"Adz.. tadi aku terlanggar bidadari kau tau ?" Cerita zaril dengan mata bercahaya . Tengku Adzmir yang sedang leka menulis sesuatu diatas kertas memandang sahabatnya dengan dahi berkerut.

"Kau pantang nampak perempuan cantik kan? Dasar Mata keranjang "ejek tengku adzmir tergelak sinis.

"Eh betul do.. cantik gila ah mata dia.. hidung dia..fuhh perfecto!! Kalau aku dapat tu memang tak lepas beb"terkekeh dia ketawa sambil membayangkan wajah gadis tadi.

Tengku Adzmir hanya menggeleng melihat sahabatnya itu sebelum kembali menghadap kertas kerjanya.


"Perempuan tu cakap pekerja baru kat sini , tapi sombong sikit lah.. macam susah je nak tackle haih"kata zaril masih lagi leka bercerita.

Mendengarkan kata2 itu tengku adzmir mendongak memandang sahabatnya itu. "Pekerja baru? Maksud kau Dhia dania?"sampuknya .

"Taktahu la pulak nama dia, tak sempat tanya tadi..sampai hati kau kan tak kenalkan dekat aku pekerja baru kau tu "zaril pura2 merajuk

"Kau jangan macam2 ril.. kalau kau nak tahu dia lah perempuan simpanan bapak aku tu"terang tengku adzmir . Zaril terkejut mendengarnya .

"Weh serious lah?"muram wajahnya tiba2. Baru ingat nak mengurat huhu.

"Nampak aku main2 ke?"balas tengku adzmir geram.

"Hmm tak jadilah nak tackle. No wonderlah arwah bapak kau sanggup bagi harta kat dia. Jual rupa la tu kot.. nasib baik kau bagitau cepat kang terjatuh cinta mati dengan perempuan macam tu mampus aku" kutuk zaril

"Hahaha..tahu pun kau . Perempuan tu , aku akan ajar dia cukup2 sebab dah rampas harta yang sepatutnya milik aku" ucap tengku adzmir dengan penuh benci

"Btw laju kau buat kerja ek? Aku baru bagi cadangan haritu tup2 dah on" gelak zaril

"Well .. Ni Tengku Adzmir Azim lah buat kerja mesti kena laju" ucapnya penuh bangga . Akhirnya mereka berdua hanya ketawa jahat dibilik itu memikirkan agenda yang bakal mereka lakukan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience