BAB 14

Romance Series 12360

" kau pergi mana ha?! " sergahan itu bagaikan halilintar ditelinga dania . Tengku adzmir memandangnya tajam.

"Nia pergi jenguk ibu tadi " jawabnya sepatah . Dia berjalan ke katil sambil membuka selendang yang dipakainya . Cuba berlagak selamba . Biarkan Tengku adzmir  tahu . Bahawa dia juga berkecil hati dengan sikap suaminya itu .

"Kau sedar tak aku siapa?! Kau keluar tanpa izin aku . Kau fikir kau hebat?! Kalau kau mati tadi kau rasa syurga ke tempat kau?!"

Kata2 Tengku adzmir bagai menyentap jantungnya . Dipandang lelaki itu tajam . Sebelum dia tersenyum sinis , kali ni dia tidak ingin memberi muka lagi pada lelaki itu .

"Oh sekarang abang nak sedarkan nia tentang status nia !! Habistu abang sedar tak abang tu siapa?! Abang pura2 cintakan nia !! "

"Abang layan nia macam sampah !! Abang sedar tak?! Abang nak nia jadi macam apa yang abang nak tapi abang sendiri? Humban diri sendiri ke neraka!!"

Mata dania sudah merah menahan marah . Dia sangat terluka dengan layanan Tengku adzmir . Hatinya begitu pedih saat ini . Dosa sudah ditolak tepi .

"Pang!!"

Pertama kali setelah menjadi lelaki itu. Tengku Adzmir sudah berani naik tangan padanya . Pipi yang terasa pijar di sentuh perlahan . Airmata yang bergenang ditubir mata sudah lama pecah empangannya . Tidak puas ditampar Pipinya pula dicengkam kuat oleh lelaki itu .

"Hei perempuan kau dengar sini !! Sekali lagi kau cuba kurang ajar dengan aku , kau tahu la nasib kau !! Ya memang aku pura2 cintakan kau !! "

"Perempuan macam kau , memang tak layak jadi bini aku . Kau ingat aku nak sangat ke kawin dengan kau ?! Kau layak jadi pelacur aku je . Puih " .

Kutuk tengku adzmir sambil melepaskan wajah dania kasar . Pintu bilik dihempasnya kuat . Puas hatinya kini setelah agak lama menyimpan perasaan bencinya pada wanita itu.

Dhia dania terduduk dipermaidani melayani perasaannya . Airmata yang gugur tidak dihiraukan . Cinta yang diberi selama ini dibalas tuba oleh suaminya .

Kata2 tengku adzmir sebentar tadi masih terngiang2 ditelinganya  "Suaminya itu tidak cintakan dirinya? Jadi untuk apa mereka berkahwin?! Mengapa lelaki itu beria mahu melamarnya tempoh hari?! Mengapa? Mengapa? Sampai hati abang !"

Dania menangis teresak2 dipermaidani mengenangkan nasib diri. Jika dia tahu peritnya hidup selepas berkahwin dengan lelaki ini , dia sanggup bersumpah untuk tidak berkahwin selamanya . Dia silap membuat percaturan , dia silap kerana mencintai lelaki itu !!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience