BAB 2

Romance Series 12360

"Hah?! Macam mana papa boleh letak wasiat macam tu Uncle Arsyad?!"

Bentak Tengku Adzmir azim . Sungguh dia terkejut setelah mendengar wasiat yang baru sahaja dibacakan oleh peguam keluarganya iaitu Encik Arsyad .

    Syarikat Empire Holding milik papanya itu telah dibahagikan kepada dua pemilik iaitu 50% untuk Tengku Adzmir Azim manakala lagi 50% ialah milik seorang perempuan yang tidak dikenali.

"Maafkan Uncle Adz , uncle sendiri tiada jawapan untuk soalan tu . Hanya arwah adz yang mengetahuinya . Uncle hanya menjalankan tugas . " Jelas Encik arsyad lagi

Tengku adzmir sudah mula naik berang . Selama ini dia yang bersusah payah menguruskan company  bersama arwah papanya . Dan sekarang , semudah itu pula Tengku Azhar memberikan share company kepada orang lain . Yang langsung tiada pertalian darah dengan keluarganya . Wtf?!

Tengku adzmir meraup wajahnya berkali2 . Buntu dengan motif wasiat yang dibacakan oleh Encik Arsyad sebentar tadi

Tengku Maria yang hanya berdiam diri di sebelah dikerling sekilas, kelihatan suram wajah mamanya itu.

Bagi Tengku maria pula , hatinya kuat mengesyaki bahawa arwah Tengku Azhar , mempunyai perempuan simpanan dibelakangnya . Setitis airmatanya gugur memikirkan perkara itu.

---------------------------------------------

"Hoi..." sergah zaril ketika memasuki ruangan kerja lelaki yang dilihat sedang jauh termenung jauh itu . Jarang sekali dia melihat sahabat baiknya begitu.

"Mesti ada something ni"desisnya

"Kau ni apahal? Tak reti bagi salam ke masuk bilik aku?! " Marah Tengku adzmir azim. Tidak suka benar jika orang masuk kebiliknya tanpa salam atau kebenaran . Sudahlah moodnya tidak berapa elok . Haa memang kena tengking la jawabnya .

"Opss sory Adz.. aku dah bagi salam tadi , kau tu yang tak jawab..so aku masuk jelah" sengih zaril serba salah . Takut juga melihat Tengku Adzmir yang tetiba angin. Huhu tau takut...

Tengku azhmir hanya diam tidak membalas . Emosinya terganggu ketika ini . Mood bersembang memang zero

" Kau okay tak ni adz? Macam ada masalah negara je? Ceritalah kat aku , mana tau aku boleh tolong" Sambung zaril lagi . Kali ini cuba untuk mengorek rahsia sahabatnya itu.

Terdengar keluhan kasar dari mulut Tengku adzmir . Zaril yang melihat sudah mengerutkan dahi . Lain macam lagaknya .

"Hmm.. wasiat bapak aku dah dibacakan tadi " beritahunya malas. Belum sempat dia meneruskan kata2 nya lagi zaril sudah menyampuk

"Wahhh, mesti banyak harta bapak kau tinggal untuk kau kan?" Kata zaril teruja. Tengku adzmir sudah merenung tajam sahabatnya itu

"Agak2 kau lapar penumbuk aku tak?! Aku tak habis cerita lagi kau dah menyampuk ." Bentak tengku adzmir

"Hehe sory2 , okay teruskan huhu " kata zaril sambil mengaru kepala . Apalah nasib asyik kene marah je harini sobssss...

"Kau nak tau ? Hak aku dalam company ni hanya 50% dan 50% lagi milik seorang perempuan. Tapi aku taktahu siapa perempuan tu. "

"Aku rasa betina tu dah goda bapak akulah ril . Mungkin dia perempuan simpanan bapak aku. Huh dasar perempuan murah" Tuduh Tengku Adzmir melulu . Ya dia belum pasti akan tuduhan itu, namun hatinya kuat merasakan kebenaran itu .

Terkejut zaril setelah mendengar penjelasan daripada sahabatnya . Tahu lah dia kini, apa yang membuatkan sahabatnya itu tidak senang duduk.

"Eh kau pasti dengan tuduhan kau ni?"

"Pasti sangat , sebab setahu aku . Betina tu tak pernah ada apa2 pertalian dalam keluarga aku . Nama dia pun aku tak pernah dengar . Takkan lah tiba2 nak bagi separuh company ni pada betina tu ? Ewah bestnya hidup dia . Aku yang bersusah payah dia yang dapat "  Sinis Tengku adzmir

"Berat juga masalah kau ni" Sepatah Zaril menjawab . Otaknya mula ligat memikirkan sesuatu . Masing2 mula mendiamkan diri . Setelah agak lama mereka menyepi , Tiba2 zaril bersuara

"Aku ada idea " katanya bersama sebuah senyuman . Nampak jahat senyuman itu .

Tengku Adzmir mula menaikkan keningnya ala2 ziana zain apabila melihat zaril yang tersenyum dengan maksud tersirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience