BAB 4

Romance Series 12360

Tengku Adzmir azim sedang tekun meneliti kertas maklumat  yang diberikan Encik arsyad siang tadi.

Berdasarkan maklumat yang dibacanya, perempuan itu berusia 22 tahun . Baru sahaja menamatkan pengajiannya dan masih dalam mencari pekerjaan .

"Muda lagi kot...takkan papa ada skandal dengan betina ni? Tah2 betina ni kikis bapak aku tuk tanggung pelajaran dia tak? Muda2 dah rosak maruahnya hish3... "

Agak lama Tengku adzmir membelek kertas hitam putih itu . Tiba2 dia terpikir akan satu idea , Tanpa berlengah dia mencapai iphone 8 di atas meja kerja nya  .

"Hello.. Suzy? malam ni I nak you sediakan satu surat tawaran kerja atas nama Dhia Dania Binti Mohd Hashim and call dia untuk tawaran itu..Immediately !!Thanks.."

Bagaikan suatu arahan diktator yang diberikan kepada setiusahanya itu , sebelum memutuskan panggilan.

Suzy yang baru ingin menjawab kata2 bosnya itu hanya menggeleng apabila panggilan sudah dimatikan.

"Eh gila betul lah boss aku ni takde angin takde ribut.. menyusahkan orang !! macam lah tak boleh buat esok je dekat office .. hish "

Dengus wanita itu . Dia baru saja berura2 mahu tidur , namun terpaksalah dia membuka laptopnya semula setelah menerima arahan boss gila itu sebentar tadi. Nasib aku lah jadi secretary boss macam ni . Pening dibuatnya

***************************

Jam menunjukkan angka 9 setengah pagi , seperti biasa suzy akan menyemak kertas2 meeting untuk bosnya dahulu sebelum menyambung tugasan lain .

Walaupun jadual ketuanya itu agak padat , namun sebagai secretary dia harus bijak menyusun atur jadual bossnya . Jika tidak, dia juga lah yang menjadi mangsa dari kata2 makian Si singa itu .

  Ketika dia ingin bangun untuk ke pantry . Terdengar namanya diseru . Kenal sangat suara itu , suzy menjulingkan matanya keatas , sebelum menoleh kearah bosnya itu.

Jam di dimeja dikerling sekilas. "Awal pulak singa masuk office harini..biasa pukul 10 lebih baru nampak muka."kutuknya dalam hati .

"Ehem.. dgr tak soalan saya tadi?" Tengku Adzmir berdehem apabila melihat suzy yang hanya berdiri seperti patung .

"Eh...sory encik adz.. apa dia soalan encik adz ta...di? Soalnya sambil mengaru2 kepala. Risau juga jika ketahuan mengutuk .

"Saya tanya awk da buat ke apa yang saya suruh? Dah call perempuan tu ke belum?"ulangnya dengan suara yang masih dikawal walaupun agak geram dengan sikap acuh tak acuh secetarynya itu

"Oh surat dah siap Encik Adz.. call je belum.. hehe" jawab suzy

"Saya nak awak call dia sekarang . Suruh dia datang interview esok jam 11pagi.. jangan tangguh2 ." Tegas kedengaran suaranya memberi arahan sebelum berlalu ke ruangan kerja .

" Baik bos...hensem saja tak guna perangai macam singa lapar"

Kutuk suzy sambil mencebik bibir. Nasib bosnya dah masuk bilik. Kalau singa tu dengar mahunya kene pecat pekerja jenis kuat menganjing macam dia ni . Huhuhu

--------------------------------------------

Dhia Dania yang baru sahaja ingin melangkah ke dapur terus terhenti apabila telefon samsung colby miliknya berbunyi lantang.

"Siapalah call aku pagi2 ni?mesti Suraya .."tekanya sambil mencapai telefon . Berkerut keningnya melihat nombor yang tidak dikenali itu. Private number?

" Assalammualaikum..and good morning, can i speak with Miss Dhia Dania? Sopan suara itu bertanya.

"Yes, i am? Jawabnya

"Oh good.. im Suzy from Empire Holding , want to invite you to our open interview . We are looking for a new employees. So can you come tomorrow at 11am? Ucap suzy lancar

Nia sudah bersorak dalam hati. Sudah lama dia menunggu panggilan kerja alhamdullilah kalini mungkin ada rezeki untuknya. Syukur

"Oh okay miss i will come tomorrow " ucapnya riang tanpa berpikir panjang

" okay , nanti i email you tempat and surat tawaran. Thankyou miss" katanya suzy sebelum memutuskan panggilan

Saat talian sudah di matikan , Dhia dania terfikir sendiri . Cuba mengimbas semula nama2 company yang pernah dihantar resume sebelum ini . Seingatnya dia tidak pernah menghantar surat resume ke company Empire Holding .


"Ahh lantak lah company apa pun , janji da ada peluang " Desisnya bersama senyuman riang dibibir

"Yay!! Finally .."gembira tak terkata nia saat ini .Berpuluh company telah dia apply untuk bekerja namun masih belum terima panggilan lagi

"Aku kene bagitau ibu ni!! " Terus dia lari menapak keluar dari biliknya

"Ibu!! Jerit nia sambil memeluk ibunya dari belakang . Wan salmah yang sedang membasuh sayur di singki itu terkejut melihat perlakuan anaknya yang datang secara tiba2 . Nasib aku takde penyakit jantung kalau tak dah lama jalan.

"Bertuah punya budak!" Nia tak sayang ibu ke buat macam ni?!" Bebelnya sambil mencubit tangan nia yang melekap diperutnya

"Auch.. soryy ibuuu .. nia teruja sangat hehe..nia ada berita baik nak beritahu ibu ni"pujuknya sambil menongkat dagu dibahu ibunya . Sangat manja alololo

"Berita apa yang buat nia teruja sangat ni? Ada orang nak pinang kamu ke?"seloroh wan salmah .

"Hish ibu ni pinang apa boyfriend pun takde" nia mencemik . Wan salmah hanya ketawa mendengar jawapan anaknya itu "mustahil takde boyfriend cantik2 macam ni. Nak berahsia la tu dengan aku . "Desis hatinya

"Nia dapat panggilan temuduga ibu yahoo..!! Jeritnya sambil terlompat2 . Wan salmah hanya mengeleng melihat keletah anaknya itu. Jelas sangat perangai kebudak-budakkan nya

"Alhamdulilah , akhirnya ada juga rezeki nia"ucap wan salmah tersenyum pada anak gadisnya

"Hehe ibu masak apa ni, meh nia tolong" nia sudah mengambil tempat ibunya membasuh sayur tadi. Jelas tepancar kebahagiaan kedua beranak itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience