BAB 10

Romance Series 12359

"Hai sayang , busy?"ujar Tengku Adzmir ramah sambil melabuhkan punggung dimeja wanita itu . Dia sengaja datang ke bilik office dania untuk mengajak makan tengahari bersama .

Dhia dania yang ketika itu sedang menyusun failnya hanya tersenyum melihat bosnya. Sudah biasa dengan panggilan manja dari Lelaki itu. Dia tahu Tengku Azdmir seperti mempunyai perasaan terhadap dirinya.

Dania pun mula mengakui rasa aneh juga telah hadir dalam dirinya setelah hampir 2 bulan bekerja di syarikat milik lelaki itu. Sikap Tengku adzmir  yang sungguh prihatin dan baik pada dirinya  telah melahirkan rasa asing itu

"Eh takdelah encik adz ..saya tengah kemas fail je ni. " ujarnya tersengih

"Dah berapa kali i cakap jangan panggil encik , you ni degil kan" Tengku adzmir pura2 marah.

"Alaa encik malu lah saya , apa staff encik adz ckp nanti."

"Okay terpulang you lah , bila berdua dengan i jangan panggil encik dah. Jomlah dah lewat ni,  lepas lunch i nak jumpe client pulak ."ucap Tengku Azdmir yang sudah bangun ingin ke pintu. Dhia dania pula hanya mengekori dari belakang

*****************************

Malam itu tengku adzmir menemui zaril seperti biasa diclub malam yang mereka selalu kunjungi.

"So macam mane perkembangan? Perempuan tu dah jatuh cinta dekat kau ke belum?"

Soal zaril memulakan perbualan pada malam itu. Tengku adzmir tergelak mendengar soalan sahabatnya itu.

"Eh gelak pulak aku tanya serious ni .."ucapnya lagi.

"Maybe.." tengku azdmir hanya menjawab sepatah sambil bermain dengan gelas ditangannya.

"Maybe?! Kau biar betul adz .. dah 2 bulan tau kalau kau buat sambil lewa macam ni . Aku takut once perempuan tu tahu dia ada hak dalam company tu kau rasa dia nak duduk diam ke?"pesan zaril .

"Eh ni Tengku Adzmir Azim lah ! Company tu bapak aku punya . Betina jalang tu siapa?! Tah2 dah gadai body tu yang sampai papa bagi harta."tuduhnya melulu . Melenting sungguh dia mendengar kata2 zaril itu.

"Kalau macam tu better take action . Buat dia betul2 jatuh hati then ajak kawin . Lepas kawin confirm dia tanda tangan surat wasiat bapak kau tu . "

"Kalau kau suruh tanda tangan sekarang confirm dia tanak punya . Yelah dapat harta kan .So better kau buat dengan cara halus" hasut zaril lagi

"Tak perlu ajar aku apa yang patut aku buat..gadai nyawa dia sekalipun aku sanggup asal harta tu jadi milik aku sepenuhnya"


Zaril yang mendengar terkejut melihat kebencian sahabatnya sampai begitu sekali. Siapa yang tidak kenal Tengku Adzmir Azim Bin Tengku Azhar ? orang yang sangat berpengaruh di kuala Lumpur ini.

Tapi kalau sampai bab membunuh , rasanya belum lagi sampai ketahap itu . Harap2 sahabatnya itu masih mampu berfikir secara waraslah.

*****************************

Dhia dania membelek tubuhnya dicermin . Night dress merah yang dipakainya malam itu sungguh memukau dengan kilauan batu Swarovski . Dia tahu harganya juga mencecah ribuan ringgit .

Baju ini diberikan Tengku adzmir petang kelmarin . Lelaki itu memintanya untuk memakainya pada malam ini. Mula2 dia menolak pemberian itu namun apabila melihat wajah penuh pengharapan dari tengku adzmir dia jadi tidak sampai hati.

Tengku adzmir mengajaknya untuk makan malam bersama . Kata lelaki itu , kerana ada perkara yang ingin di beritahu . Dhia dania agak tertanya2 apa yang ingin lelaki itu khabarkan . Sehinggakan sanggup membeli dress semahal ini untuk dirinya.

"Amboi cantiknya tuan puteri.." lamunan dania terhenti apabila mendengar suara wan salmah memujinya. Dia tersenyum manis pada wanita itu sungguh manis sehingga terserlah lesum pipi yang dalam di kedua belah pipinya.

"Dia dah sampai ke ibu? Soal dania sambil memperkemaskan shawl dikepala.

"Belum... nia dengan encik adz ada pape ke?" Soal wan salmah ingin tahu.

"Taklah kami kawan je ibu.. lagipun dia bos nia and dia baik sangat bu.. jadi takde masalah if kami berkawan pun kan". Beritahu nia sambil tersenyum lagi.

  Tidak tahu mengapa ? apabila topik mengenai lelaki itu dibuka , hatinya jadi berbunga dan sering tersenyum sendiri. "Adakah ini cinta ?" Desis hatinya sambil tersengih dihadapan cermin. Wan salmah yang melihat tingkah anaknya itu dapat menangkap sesuatu.

"Nia suka dia?"

Soalan spontan dari ibunya itu membuatkan dia tersentak. "Er.. tak lah ibu, nia anggap dia kawan jelah , lagipun takkan lah lelaki macam tengku adzmir tu takde girlfriend kan bu? Lagipun dia ada segala-galanya , rupa dan harta semua perfect ! kalau nak banding dengan nia ni apa lah sangat"wajahnya muram tiba2.

Wan salmah memegang tangan halus anak gadisnya itu. "Nia satu-satunya anak ibu.. dan ibu tahu nia suka kan bos nia tu, sepanjang besarkan nia ibu tak pernah tengok nia happy macam ni bila berkawan dengan orang

"ibu tak kisah nia nak berkawan dengan siapa pun janji orang itu pandai jaga anak ibu ni baik2 . Ingat nia walau macam mana pun ibu selalu ada untuk nia" pesan wan salmah lembut pada anaknya.

Nia yang mendengar sudah bergenang airmata terharu mendengar kata2 ibunya. "Terima kasih ibu, nia janji takkan abaikan ibu.. nia sayang ibu sangat." Dania memeluk erat ibunya . Bunyi hon kereta mematikan perbualan dua beranak itu.

"Adz dah datang , nia keluar dulu ye ibu.."tangan wan salmah disalaminya lalu pipi tua itu dicium . "Baik2 nia.." dania sempat mendengar pesan ibunya sebelum berlalu.

*****************************

Mereka tiba di restaurant mewah italian & rooftop bar KL tepat jam
8.30 malam. Setelah selesai makan masing2 mendiamkan diri. Tengku adzmir sangat kacak malam itu dengan memakai kameja maroon casual berlengan panjang . Lengan baju di sisingkan hingga kesiku .

Sungguh cair dania melihatnya . Dia hanya menunduk bermain jari . Dia tahu Tengku adzmir hanya diam memerhatikan dirinya sedari tadi dan renungan lelaki itu membuatkan dania tidak senang duduk.

"You cantik sangat malam ni."tengku adzmir memuji gadis dihadapannya itu.Merah padam wajah dania mendengar pujian Tengku adzmir.

"Terima kasih..."dania tersenyum manis . Terpana seketika tengku adzmir melihat lesum pipit milik gadis itu.

"Sebenarnya ada something yang i nak beritahu .. i ada hajat and i harap you boleh terima ." Tengku adzmir berlagak tenang . Sungguh dia tidak rela saat ini .Namun dia terpaksa. Kotak kecil di saku dikeluarkan lalu dihulurkan diatas meja . Dihadapan gadis itu.

Dania jadi tidak keruan melihatkan kotak dihadapannya itu. "A..apa ni adz?"soalnya terketar2

"Sebenarnya i dah jatuh hati pada you since first day you kerja dekat company i . I belum pernah rasa perasaan macam ni pada mana2 perempuan pun selain you , dan i dah buat istikharah . I tahu you lah orangnya yang layak jadi isteri i "

Hebat pembohongan yang dilakukan tengku adzmir saat ini . Cukup kejam mempermainkan perasaan milik seorang wanita

"Dan malam ni i ada hajat besar nak jadikan you isteri i .. tu pun kalau you sudi"

Sambungnya lagi bersama wajah penuh pengharapan . Walhal dalam hatinya sudah mengutuk2 diri sendiri . Sumpah dia ingin muntah apabila mengucapkan kata2 itu.

Dania sungguh terkejut mendengar luahan hati dari bos nya . Sungguh kelu lidahnya saat ini. Namun hatinya juga gembira kerana tengku adzmir juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya . Jadi cintanya tidak bertepuk sebelah tangan selama ini .

"Saya hargai perasaan adz pada saya .. tapi tidak terlalu awal ke adz..saya masih muda untuk pikul tanggung-jawab sebagai seorang isteri"ucap dania bimbang.

Tangan dania dicapai lalu digenggamnya. Terkejut dania dengan tindakan spontan lelaki itu. Pertama kali lelaki itu berani menyentuhnya

"Trust me , i ikhlas nak jadikan you isteri i.. you memang muda lagi tapi i dah 26 . Mungkin dah masanya untuk i galas tanggunjawab sebagai suami pula. I ada segalanya tapi jiwa i kosong. I nak kan seorang isteri . Dan i harap orang itu you nia.. "Rayunya lagi.

"Adz .. Saya janji takkan tolak pinangan ni . Tapi boleh tak awak bagi masa untuk saya buat istikarah dan beritahu ibu ?"pintanya .

Ikutkan hati dia ingin menerima pinangan dari lelaki yang telah mula bertapak dihatinya itu. Namun apabila memikirkan wan salmah hatinya berbelah bagi.

"Okay take your time , btw pasal ibu nia nanti adz sendiri yang datang jumpa and mintak izin ok .. kita face sama2" katanya sambil mengenyitkan mata.

Gembira hatinya dapat memperdayakan betina yang dibencinya itu. Dania hanya tersenyum memandang lelaki dihadapannya .

Hati kecilnya mula berbunga lebat saat ini. Sungguh dia tidak dapat menipu diri sendiri ! Dia semakin mencintai Tengku Adzmir!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience