BAB 12

Romance Series 12359

  Majlis perkahwinan Tengku Adzmir Azim dan Dhia Dania dibuat secara kecil-kecilan dirumah banglo milik lelaki itu, sekali lihat bukanlah seperti majlis perkahwinan tetapi lebih kepada  majlis kesyukuran dan hanya dihadiri pihak keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Pada mulanya Dhia Dania merasa agak kecewa dengan keputusan yang dibuat lelaki itu kerana as a bridal dia memiliki angan2 itu sejak kecil . Dia ingin sekali merasai bagaimana rasanya menjadi raja sehari duduk diatas pelamin bersama lelaki yang dicintainya itu.

Dia juga ingin merasai enaknya menjadi permaisuri makan dimeja beradab di hari paling bersejarah dalam hidupnya. Namun Tengku Adzmir azim berkeras untuk tidak mahu berlebihan dan tidak menghebohkan tentang majlis ini.

Katanya kebahagiaan tidak perlu ditunjuk pada orang cukup kita je yang merasakannya. Dania agak berkecil hati kerana lelaki itu seakan tidak memahami kehendak dirinya. Alasan lelaki itu sungguh tak masuk akal , namun diikutkan sahaja dan keinginannya dibiarkan mati terkubur .

  Dhia Dania merasa rimas dibalik baju kurung pengantin yang dipakainya terlalu sarat dengan batu ditambah pula cuaca yang panas terik waktu ini. Tengku adzmir yang masih beramah mesra dengan tetamu itu direnungnya.

  Akhir2 ini sikap Tengku adzmir azim  sungguh pelik pada dirinya. Bagi dania , lelaki itu berubah secara drastik . Tidak seromantik dulu dan bersikap dingin dengannya .

Lelaki itu juga banyak termenung dan bersedih . Dania pernah ringan mulut bertanya jikalau lelaki itu mempunyai masalah berkaitan kerja or apa sahaja yang telah membuatnya runsing namun dia pula dimarahi .

Masih teringat , semasa upacara akad nikah berlangsung sebentar tadi . Wajah Tengku Adzmir saat itu seperti ada menyimpan sesuatu , wajahnya seperti terpaksa dan tidak bahagia . Dania perasan akan perkara itu.

Kerana tidak mahu berfikir yang bukan2 . Dia cuba positif bahawa suaminya itu hanya mempunyai masalah biasa sahaja . Dipanjatkan doa didalam hati agar pernikahan ini dirahmati allah . Semoga masalah suaminya itu selesai dan berubah menjadi Tengku Adzmir yang dikenali waktu pertama kali dulu.

"Nia.." panggilan lembut itu mematikan lamunannya. Wajah tua ibunya dipandang sebelum senyuman terukir diwajah. Tangan tua wan salmah di gamit lembut untuk  duduk disebelahnya.

"Cantiknya anak ibu harini .. ibu gembira sangat nia.."beritahu wan salmah ceria . Tubuh anaknya dipeluk erat . Entah mengapa sayu dirasakan dania saat ini. Setitis airmata menitik jua dipipi . "Nia sayang ibu.."bisiknya perlahan ditelinga wan salmah

"Nia kenapa menangis sayang? Harini hari bahagia nia tau .. ibu tanak tengok nia sedih2 .. nia sekarang dah jadi seorang isteri .. ingat nia dah ada tanggungjawab baru walau apapun yang berlaku nia mesti kuat..jangan derhaka pada suami jaga maruah adz ye nak .. "pesan wan salmah pada anaknya.

"Inshaallah bu.. nia tahu tanggungjawab nia nanti.. nia tanak susahkan ayah kat sana.. cuma nia ada permintaan , kalau boleh nia nak ibu tinggal sekali dengan kami.."

Wajah wan salmah dipandang penuh berharap . Untuk kesekian kalinya dania memujuk ibunya agar tinggal sekali dengan mereka , namun ibunya tetap berdegil . Sebelum kahwin acap kali juga dia memujuk namun ibunya tetap tidak mahu . Dania sudah mati akal untuk memujuk .

"Nia jangan risau pasal ibu ye sayang.. kalau ibu ikut nia , siapa yang nak tengokkan rumah tu? Tu je harta yang arwah ayah tinggalkan untuk kita nak .."

" Ibu tak boleh tinggalkan kenangan ibu dekat situ .  Ibu tahu jaga diri , lagipun rumah jiran dekat je . Kalau ada apa2 jiran2 ada . makcik diah pun ada untuk tengok2 ibu. Cuma... nia janganlah lupa jenguk ibu ye sayang .. sebulan sekali pun jadilah "

Sungguh dia berat hati mahu melepaskan satu2nya zuriat yang dia ada itu . Namun demi melihat kebahagiaan dania dia harus menerima , sekurang2 nya jika dia dijemput Illahi nanti . Nasib anaknya itu terbela kerana ada suami untuk menjaganya kelak.

"Nia janji jenguk ibu selalu nanti .. ibu jaga makan ye . Doakan kebahagiaan nia ibu. Ampunkan dosa2 nia selama ni" dikucup tangan wan salmah lama

"Ibu nak balik dah ke?"tegur Tengku adzmir azim yang baru muncul itu.Dhia dania yang duduk disebelah wan salmah dikerling sekilas , muram wajahnya. Namun dibiarkan sahaja tidak menegur.

"Aah adz.. nak beransur dah ni , tengah tunggu makcik diah nak ke tandas kejap katanya tadi ."balas wan salamah mesra

"Oh nak adz hantarkan ke?"Tengku Adzmir cuba berbasa-basi , walaupun dia tidak suka namun dia masih ada perasaan hormat pada orang tua.

"Eh tkpelah, ibu naik dengan makcik diah tadi , anak dia bawak kereta ."tolak wan salmah lembut . Tengku adzmir hanya mengangguk .

Beberapa saat kemudian , Diah dan anak perempuannya Siti muncul pula disitu . Selesai bersalaman mereka meminta diri untuk pulang . Wan salmah sempat berpesan sesuatu pada tengku adzmir azim

"Jaga anak ibu baik2 adz.. tegur je kalau dia buat salah , ibu serahkan tanggunjawab pada adz untuk menjaga dia.." ditepuk bahu gagah menantunya yang tinggi tegap itu .

"Inshaallah bu.." . Balas tengku adzmir sepatah . Mereka berdua menghantar pemergian wan salmah hingga ke kereta .

Selepas kereta dinaiki ibunya hilang dari pandangan . Dania berpaling ingin melihat suaminya . Namun kelibat lelaki itu sudah tiada disisi . "Sampai hati tinggal aku macam tu je " desis dania apabila melihat lelaki itu kembali melayan tetamu meninggalkan dia keseorangan disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience