BAB 17

Romance Series 12359

   Dhia Dania terpukau melihat keindahan rumah milik suaminya , rumah yang bakal mereka duduki itu. Sungguh indah pada penglihatan matanya . Seumur hidup dania , belum pernah dia melihat rumah ciptaan manusia seindah ini . Mungkin inilah yang dikatakan "Rumahku syurgaku" . Sungguh teruja dia tika ini .

"Kau tercegat apa dekat situ? Kalau taknak masuk ,  kau duduk luar ". Ujar Tengku adzmir tanpa riak apabila sedari tadi hanya memerhati Dania yang berdiri tegak sahaja dipintu masuk .

"Err ni rumah abang ke?"masih teruja ingin mengetahui .

"Habistu rumah kau ke?"sinis dia memandang dania . Dania hanya tersengeh melihat suaminya sebelum matanya kembali melilau memandang sekeliling rumah .

"Actually , ni rumah moyang aku. Disebabkan aku satu2 nya pewaris tunggal . So semua ni jadi milik aku lah . Termasuk lah company yang aku handle sekarang ."

" But aku pelik macam mana bapak aku boleh bagi half share company dekat orang lain . Kalau nak diikutkan aku je satu2nya anak tunggal Tengku azhar " .

   Cerita Tengku adzmir dengan pandangan jauh ke arah kolam renang halaman rumahnya . Ada yang pelik dalam intonansi suaranya ketika bercakap dengan dania saat ini . Lembut , tidak kasar seperti selalu

"Oh jadi sekarang abang bukan handle sorang lah company tu?" Soal dania ingin tau . Tengku adzmir yang mendengar bagaikan tersedar sesuatu . Dia sudah terlepas membuka cerita . Harap2 wanita ini tidak mengesyaki apa2 lah  . Dania dijelingnya tajam .

"Aku naik dulu kau kemas lah apa yang patut , jangan mencuri dah !! Orang kampung macam kau bukan boleh percaya !! "

   Sinisnya sambil berlalu keatas . Suara Tengku adzmir sudah berubah kasar seperti biasa . Dania mencebik bibir . Pelik dengan sikap lelaki itu .

   Lama2 dia tersenyum sendiri teringatkan sikap Tengku Adzmir , pertama kali selepas berkahwin lelaki itu bercakap lembut dengannya .

  "Semoga esok ada sinar baru untuk hubungan ni " desisnya sebelum kembali merayau melihat kawasan rumah barunya itu .

*************************************

   Selesai mengemas barang . Dania segera menyiapkan makan malam . Dia sudah bawa bekal siap2 dari rumah mertuanya kerana tahu rumah barunya masih kosong tiada bahan2 untuk memasak .


Esok dia bercadang mahu membeli barang2 basah sekaligus mahu menjenguk ibu dan sahabatnya suraya . Sudah agak lama dia tidak bertemu suraya . Hampir sebulan juga selepas berkahwin .

Tupperware berisi nasi putih dan kari kepala ikan dibukanya . Mak munah pernah memberitahu tengku adzmir memang sukakan kari kepala ikan .

Jadi tengahari tadi dia sempat memasak untuk suaminya sebelum mereka berangkat ke rumah baru itu .

  Lauk pauk dan nasi putih sudah di hidangkan diatas meja . Dania yang ingin memanggil suaminya terhenti apabila melihat kelibat tengku adzmir yang baru tiba diruang tamu itu .

"Abang .. jom makan nia dah siapkan  makanan ni .." dania cuma untuk mengambil hati suaminya semula . Walaupun dia sendiri tidak tahu apa kesalahan yang telah diperbuat . Sehinggakan lelaki itu membenci dirinya

"Kau makan lah dulu , aku ada hal ni .."

Ujar tengku adzmir sepatah sebelum berlalu keluar . Belum sempat dia berkatal lagi . Kelibat suaminya sudah hilang dari pandangan . Dia merenung lauk pauk dimeja dengan fikiran yang kosong .

Entah berapa lama lagi dia harus bersabar dengan sikap dingin suaminya itu . Terlalu bodoh kah dia ? kerana masih memberi layanan yang baik kepada lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri itu?

Salah kah jika dia ingin mempertahankan secebis rasa cinta ini walaupun suaminya itu tidak habis memalitkan derita padanya .

Setitis airmata gugur lagi . Hilang terus seleranya saat ini  . Namun dia tidak mahu membazir , perlahan dipaksa juga untuk menyuap nasi ke mulut walaupun sebutir .

  Selesai mengisi perut dania mendaki anak tangga . Dia ingin melihat isi rumah itu . Masih belum sempat dia menilik rumah barunya kerana sibuk mengemas dari siang tadi .

Sampai dibilik suaminya , dania terlihat sebuah kotak yang dipenuhi frame . Teragak2 dia masuk dan duduk bersimpuh disebelah kotak berwarna coklat tua itu .

Dibelek2 nya gamba yang ada satu persatu . Gambar tengku adzmir semasa kecil , waktu zaman remajanya dan gambar yang paling mencuit hatinya adalah gambar tengku adzmir  bersama seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan ayahnya .

Mungkin inilah ayah tengku adzmir , fikir dania . Namun lelaki didalam gambar itu kelihatan lebih muda. Faktor kekayaan mungkin .


Sesiapa pun akan nampak muda dan sempurna jika mempunyai fulus . Dania sudah mencebik . Gambar itu ditiliknya lagi . Tengku adzmir kelihatan sungguh kacak dibalik tuxedo yang dipakainya . Terpancar corporate figure .

"Hebat dimata manusia buat apa?"kutuk dania sambil mengetuk2 gambar suaminya itu.

"Kau buat apa dalam bilik aku?"

Suara garau yang menjelma diruang itu , mengejutkan dania . Spontan dia berdiri tegap menghadap tengku adzmir yang tiba2 muncul. 

Frame gambar masih kemas  ditangannya. Perlahan2 dia menyorokkan frame itu kebelakang punggungnya . Tengku adzmir yang melihat terus merampas gambar itu dari tangan dania .

Curiga apabila melihat gadis itu bagai ingin sorokkan sesuatu daripadanya . Dilihat frame itu . Tiada yang menarik pun , hanyalah gamba potret biasa antara dia dan arwah papanya .

Wajah dania dipandangnya . Gadis itu sudah mengetap bibir , bersedia apa sahaja yang akan dilakukan oleh tengku adzmir.

"Sekarang aku nak tanya kau , kau kenal siapa lelaki ni?"

Serious wajah tengku adzmir bertanya . Frame gambar dia sua-kan betul2 ke wajah dania . Dania melihat suaminya dan lelaki di frame itu silih berganti . Perlahan2 dia mengangguk . Membulat matanya memandang dania

"Oh kau kenal ? Apa hubungan kau dengan dia?" Soalnya lagi .

"Haa? Dia suami saya lah..ni abang kan?" Bicaranya polos sambil melihat frame itu lagi. Tengku adzmir sudah mendengus .

"Bukan aku !! Maksud aku lelaki ni !!"

Ditundingkan jarinya kearah figure tengku azhar didalam gambar . Suaranya makin meninggi geram dengan dania saat ini , terasa diri dipermainkan .


Frame itu dilihat Dania lagi sebelum mengelengkan kepala . Tengku adzmir sudah berang . Dia merasakan dania sedang berbohong saat ini

" hahaha kau jangan nak tipu aku lah betina !! Hei panas betul aku dengan kau ni !! Sebelum aku bertindak lagi jauh . Baik kau cepat jujur dengan aku !! Apa hubungan kau dengan lelaki ni?!" Bergema suara jantannya menengking Dania yang termangu tidak mengerti itu .

"Bee..etul nia tak pernah kenal siapa dia , kenapa abang ni ?" Sudah mengeletar suaranya ditengking begitu .

Sungguh dia tidak memahami apa yang dimaksudkan suaminya itu . Hubungan? Hubungan apa ni? Kepalanya pening memikirkan permainan Tengku Adzmir kini .

"Arghhh!! Sekali lagi aku tanya kau dania .. apa hubungan kau dengan dia?!!! Jangan sampai aku buat kau menyesal!!"

Berang Tengku adzmir  rambut Dania sudah dicengkamnya kebelakang . Wanita itu menjerit apabila rambutnya ditarik tiba2 . Terpejam matanya menahan kesakitan .

"Ss..sumpah nia tak tahu siapa dia !! Demi allah nia tak pernah kenal dia !! Tolong bang lepaskan nia sakit ya allah .." rayu dania sambil memegang rambut nya dari makin ditarik suaminya itu .

Perbuatan Tengku adzmir terhenti apabila melihat bibir wanita itu mengeletar hebat . Wajah isterinya dengan mata terpejam itu dipandang lama . Entah mengapa timbul perasan simpati dalam dirinya . Perlahan cengkaman dilepaskan .

"Kau berambus sekarang !! Aku taknak tengok muka kau!! Berambus!!"

Jarinya sudah ditunding ke arah pintu menghalau dania keluar . Dania bergegas keluar dari bilik itu tidak mahu disakiti lagi .

Dia mendengar pintu bilik suaminya dihempas kuat . Bunyi dentuman dari bilik lelaki itu jelas kedengaran . Mungkin melepaskan kemarahan pada barang pula .

Dania berlalu ke biliknya dalam keadaan kusut masai . Masih bertahan kah aku untuk hidup bersama lelaki ini? Ya allah aku sudah tidak sanggup lagi . Rintih hatinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience