BAB 11

Romance Series 12360

"Tengku adzmir azim kamu dah gila ke?!" Bergema suara tengku maria didalam rumah banglo itu memarahi anaknya. Tengku adzmir hanya mampu mendiamkan diri saat ini .

"Mama tak akan izinkan adz kawin dengan betina tu!! Kalau ye pun nak rebut balik harta papa , tak perlu sampai nak gadaikan hidup adz macam ni sekali !!"marahnya lagi.

"Maaa...adz ada plan sendiri , adz tak rasa yang adz gadaikan hidup adz , apa yang adz buat ni untuk kita ma.. untuk hak adz "

"Adz nak bagi dia rasa , apa yang mama rasa .. lagipun adz lelaki ma.. adz boleh kawin 4 kalau adz nak , mama jangan risau k .. adz tau apa yang adz buat .. " tangan tengku maria diambil lalu diusapnya. Bagi menyedapkan hati wanita itu

   Tengku maria tidak kisah jika anaknya itu ingin berkahwin . Namun perkara yang paling dia tidak dapat terima perempuan yang ingin dikahwini itu adalah skandal dari arwah suaminya .

  Hati ibu mana yang tidak risau. Tengku Maria menoleh , melihat wajah tampan anaknya itu  . Galau sungguh jiwanya saat ini . Satu2 masalah yang timbul membuatkan hidupnya tidak tenteram sejak pembacaan wasiat tempoh hari hingga la kini .

"Mama , adz janji , adz akan siasat apa hubungan perempuan tu dengan papa .  Adz takkan lepaskan dia . Adz taknak tengok mama menderita macam ni "

  Tengku Maria hanya tersenyum tawar. Sedikit sebanyak hatinya terpujuk juga dengan kata2 anaknya . Kalau itu yang anak dia mahukan terpaksa la dia turutkan . Walau ditelan mati emak , diluah mati bapak sekalipun

"Kalau macam tu cakap adz , mama takde apa nak bantah lagi.. adz pun dah besar panjang, macam mana mama larang pun kamu buat jugak .. cuma satu mama nak pesan , hal kawin bukan boleh dibuat main.. jangan menyesal kemudian hari sudah la."

  Pesan tengku maria sebelum berlalu ke biliknya . Saat ini dia mahu bersendiri . Fikirannya sarat dengan bermacam2 masalah ditambah lagi keputusan drastik anaknya itu .

   Sejak arwah suaminya meninggal hidupnya jadi tidak tenang . Tengku adzmir hanya melihat mamanya berlalu dengan wajah kaku. Dia mengeluh perlahan sebelum berbaring disofa ruang tamu itu. Cuba memejamkan mata berharap akan ada keajaiban dalam ke buntuan-nya saat ini . Semoga mimpi ngeri berkahwin dengan perempuan simpanan papanya itu tidak akan terjadi.

**************************

Melilau mata Tengku Adzmir memandang sekeliling rumah usang yang baru dikunjunginya. Dia datang kerumah itu untuk berbincang 6 mata mengenai hajatnya untuk memperisterikan dania.

Pada penglihatannya rumah itu agak daif . Sangat berbeza sungguh dengan rumahnya sekarang . "Patutlah cari jantan kaya.. dasar orang miskin ." Kutuk tengku adzmir didalam hati.

"Ada apa adz kemari ni? Nia cakap adz ada perkara nak diberitahu". Lembut suara wan salmah bertanya sambil melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan anak muda itu .

  Dania tiba bersama dulang berisi air ditangan lalu di hidangkan diatas meja setelah itu dia duduk di sebelah ibunya.  Dania tahu apa maksud kedatangan Tengku Adzmir . Agak cuak juga akan penerimaan ibunya nanti

Tengku adzmir menarik nafas dalam2 sebelum memulakan bicara. Pertama kali dalam hidupnya melakukan keputusan yang terbesar dalam hidup . Nervous !

"Sebenarnya saya datang ni ada hajat makcik.. saya harap makcik sudi mendengarkan hajat saya ni"

"Inshallah makcik sudi .. hajat apa yang kamu bawa tu?"kata Wan salmah ingin tahu . Dia mula tidak sedap hati mendengar kata2 lelaki muda itu.

Dania disebelah dikerling sekilas . Anaknya itu hanya menunduk sambil bermain dengan jari nampak gelisah semacam pada pandangannya

"Saya dah lama suka kan dania makcik , dan hajat saya ingin menjadi kan dania isteri saya  . Jadi saya datang ni nak mintak izin dan restu dari makcik". Sopan tengku adzmir mengutarakan niatnya itu.

Dania disebelah sudah berpeluh takut dimarahi ibunya . Wan salmah terkejut mendengarkan hajat bos anaknya itu. Dia cuba mengawal riak wajahnya .

"Kamu serious ke ni?" Soal wan salmah agak ragu2

"Saya betul2 serious makcik , Saya ikhlas nak menjadikan Dania halal untuk saya "

"Kalau betul niat baik adz macam tu makcik tiada halangan .. tapi biarlah makcik tanya tuan punya badan dahulu " terangnya  .

Wan salmah kemudian berpaling ke arah anak gadisnya yang sedari tadi hanya menunduk bisu itu.

"Nia macam mana..Setuju ke ? Soal wan salmah pada anaknya. Dania memandang ibunya perlahan2 lalu mengangguk . Merah padam wajahnya mengakui di hadapan Tengku adzmir sendiri

"Nia sayangkan adz? "Soal wan salmah lagi inginkan kepastian

Wajah ibunya dipandang lagi silih berganti dengan wajah tengku adzmir . Dia mengganguk lagi malu sungguh dia saat ini. Tengku adzmir yang melihat sudah tersenyum dibuat2 .

"Kalau nia pun setuju makcik hanya doakan yang terbaik . Bila nak langsungkan tu , tunang dulu ke?"soal wan salmah lagi

"Errr.. kalau boleh nak nikah terus je makcik bulan depan.. takpayah tunang2 dah .. lagipun benda baik lagi afdal dipercepatkan..". Pandai sungguh tengku adzmir berkata2 saat ini.

"Eh awalnya .. sempat ke nak buat persiapan ni?"

"Inshallah sempat.. pasal persiapan majlis saya akan siapkan semua . Makcik jangan risau " ujar tengku adzmir .

"Kalau macam tu, makcik ikutkan jelah harap kamu betul2 jaga anak makcik . Dania satu2 nya anak yang makcik ada . Jangan sakiti perasaan dia".

Lirih sungguh suara wanita tua itu berpesan. Dania disebelah sudah mengenggam tangan ibunya.

"Saya janji .. saya akan jaga dania macam jaga nyawa saya sendiri, saya iklas sayang kan dia .. "

Bijak Tengku adzmir menyusun kata2 . Rancangan-nya hampir berjaya. Kerana kedua2nya terpedaya  . Wan salmah dan dania sudah tersenyum bahagia apabila melihat kesungguhan lelaki muda itu . Walhal agenda kotor disebaliknya tiada siapa yang tahu...

**************************

"Nia dah fikir masak2 ke nak?" Wan salmah bertanya kepada anak nya setelah tengku adzmir pulang sebentar tadi.

"Inshaallah dah bu.. Nia dah buat istikharah dan nia yakin dia orangnya. Tapi kalau ibu tak izinkan nia boleh batalkan sekarang bu.. nia sanggup asal ibu happy "ujar nia sambil memegang tangan tua itu. 

"Ibu takkan halang jika ini keputusan nia  , ibu tahu nia sayangkan adz .. dari cara nia pun ibu dah tahu. Lagipun ibu dah lama tak tengok nia gembira macam ni selepas arwah ayah meninggal . Tapi tulah .. Selepas ni sunyi lah ibu"

Sayu kedengaran suara wanita tua itu. Menambah hiba dihati dania . Dania memeluk ibunya erat . Walau sejauh mana pun dia pergi ibu tetap nombor 1 dihatinya .

"Alaa tamau sedih ibuu.. nanti nia bawak ibu tinggal dengan nia sekali okay?"nia cuba memujuk ibunya. Wan salmah tersenyum melihat anaknya itu .Rambut ikal dania diusap perlahan.

"Tak sangka nak kawin dah anak ibu ni , kalau arwah ayah ada mesti dia gembira " sambungnya lagi lirih.

"Abang anak kita dah nak kawin bang..syukur "bisik hatinya. Dania memeluk ibunya erat . Hanya ibu satu2 nya harta yang dia punya . Dia berjanji takkan kecewa kan hati ibunya itu . Semoga allah memudahkan jalan hidupnya dan ibu amin. Doa nia didalam hati....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience