BAB 16

Romance Series 12360

"Bila adz nak bawak perempuan tu pindah dari sini? Mama bukan nak menghalau adz.. tapi Mama tak boleh tengok perempuan tu !! Hati mama sakit bila tengok muka dia "

" Bila semua dah selesai mama nak adz ceraikan perempuan tu walau apa pun yang jadi"

Tegas bicara Tengku Maria pada anaknya .  Sungguh dia merasa benci melihat wajah gadis itu . Apabila melihat wajah itu dia sentiasa teringat akan kecurangan suaminya .

Dan kerana itu , dia cuba mengelak dari bertemu menantu yang tidak dihadapnya itu . Tengku adzmir menghela nafasnya perlahan . Sebelum ini mamanya pernah mengutarakan perkara itu padanya . Namun dia hanya sambil lewa saja .

Bukan dia tidak mahu berpindah , dia pun sudah mempunyai rumah sendiri , tetapi dia cuma berat hati mahu meninggalkan mamanya seorang diri dirumah banglo ini

"Adz janji bawak dia jauh dari mama , adz akan settle kan semua ni secepat mungkin . Adz akan rebut semula apa yang dia dah ambil ! Cuma bagi adz sedikit masa je lagi . Adz janji mama"

"Okay , jangan lama2 . Mata mama ni sakit tengok wajah isteri kamu tu " Ujarnya sebelum berlalu meninggalkan anaknya diruang tamu .

Tengku adzmir meraup wajahnya  . Dia tahu , dia tidak boleh berlengah lagi  . Tetapi langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membawa perempuan itu berpindah dari sini .

Tengku adzmir tidak mahu mamanyaa terus sakit kerana perempuan dibencinya itu . Perasaan Tengku Maria juga perlu diambil kira .

************************************

"Hello uncle arsyad? Surat yang saya nak tu dah siap ke?"

Tengku adzmir menghubungi peguamnya Encik Arsyad untuk menyiapkan surat penyerahan harta .

Dia perlu segera menyuruh dania menandatangani surat penyerahan harta tersebut . Sekiranya perempuan itu tidak mahu , tahulah tengku adzmir untuk mengajarnya .

"Ye dah , adz boleh datang ambil dekat office uncle ."  Balas Encik arsyad kepada anak sahabatnya itu .

"Okay uncle..thanks " Talian sudah dimatikan . Dia bergegas keluar dari ruangan office nya untuk menemui uncle arsyad .

************************************

Tengku adzmir meneliti kertas hitam putih ditangan .Dah lengkap semuanya ,  tinggal suruh betina tu tandatangan je. Desisnya tersenyum sinis . Namun surat ini harus disimpan rapi dahulu sebelum mereka berpindah .

Tengku adzmir takut jika dania terjumpa surat ini , dia akan melarikan diri . Nampaknya sehingga kini dania masih belum mengetahui tentang wasiat papanya  .

Memang itu yang diinginkan oleh Tengku adzmir lagi mudah kerjanya untuk menarik balik wasiat itu . Hahahaha

***********************************

Dania yang baru sudah solat isyak sesekali menoleh kearah suaminya yang masih ralit bermain phone itu .
Sesekali suaminya tersenyum sendiri . Seperti orang dilamun cinta pun ada pada penglihatannya .

Dania mula berfikir yang bukan2 jika suaminya itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain . Namun cepat2 dia beristigfar didalam hati agar tidak berpransangka buruk .

Minggu depan mereka akan berpindah . Dania berharap jika hubungan mereka dirumah baru nanti akan pulih semula.

Dania sudah bertekad untuk menawan hati suaminya semula . Buat masa ini biarlah dia bersabar . Satu saja yang dania mahu , sebelum berpindah dia ingin sekali menemui ibunya .

Hampir 2 minggu dia tidak dapat menjenguk wan salmah . Selepas kejadian dia dimarahi suaminya gara2 tidak meminta izin . Dania sudah tidak berani untuk bertindak mengikut perasaan .

Dania perlahan2 mendekati suaminya lalu melabuhkan punggung disebelah lelaki itu . Tengku adzmir buat dania seperti tidak wujud saja . Wajah dania langsung tidak dipandangnya .

"Abang ... sebelum kita pindah , nia nak mintak izin jumpa ibu dulu boleh? Nia rindu ibu .." Suaranya seakan merayu . Lelaki itu masih diam hanya buat tidak dengar saja .

"Bang nia merayu .. nia nak jumpa ibu , sekali ni je bang " airmata cuba ditahannya apabila langsung tiada jawapan dari lelaki itu .

Perlahan2 dia ingin menyentuh tangan suaminya , cuba untuk memujuk lagi . Namun lelaki itu pantas menepis . Tengku adzmir sudah bangun mencerlung matanya memandang dania .

"Eh pantang betul-lah aku dengar perempuan merengek2 lagi2 betina macam kau ni !! Aku tak izinkan kau jumpa ibu kau , selagi urusan pindah ni belum selesai !! Kau jangan nak derhaka cakap aku!! ."

Terhenjut2 bahunya apabila diherdik begitu . Dania tidak mengerti mengapa setiap kali lelaki itu bercakap dengannya tidak pernah sikitpun tidak meninggikan suara .

Lelaki itu terlalu kasar padanya . Tahap kesabaran dania ada batasnya juga . Jika hampir setiap hari ditengking begini , sesiapa pun akan tercalar kesabarannya .

"Abang tak adil !! Salah ke nia nak jumpa dengan ibu nia!! Nia bukan pergi jumpa jantan pun!! Abang jangan ingat abang suami , abang boleh buat semua yang abang nak !! Nia pun ada hati perasaan tau bukan binatang !!"

Tangisnya sudah memenuhi ruang itu . Tengku adzmir yang melihat bukannya simpati malah makin sakit hati . Dia mengetap rahangnya meluru kearah dania yang sudah teresak2 itu .

"Kau nak lawan cakap aku sangatkan?! Okay !!"

Tanpa belas . Dia menarik rambut wanita malang itu lalu meng-humbannya ke lantai . Dania sudah meraung dilakukan sebegitu oleh suaminya  . 

Ditarik lagi rambut dania sebelum ditampar wajah itu . Cecair pekat mula mengalir di bibir mungil dania . Peritnya allah saja yang tahu .

"Sekarang kau pergi jumpa ibu kau tu!! Pergilah !! Biar dia tengok muka kau yang berdarah ni !! Kalau dia tanya senang je jawapan aku , Aku jalan kan tugas sebab kau isteri derhaka . Tak salah kan? kau ingat eh perempuan .. sekali kau melangkah keluar dari rumah ni tanpa pengetahuan aku , redha aku untuk kau takkan ada !!"

Tegas tengku adzmir berapi meninggalkan dania didalam kesakitan . Telinganya masih berdesing kerana tamparan yang cukup kuat  itu . Bibirnya sungguh pedih saat ini .

Darah yang mengalir dibiarkan sahaja . Suaminya itu betul2 tidak berhati . Berjuta penyesalan hadir saat ini kerana telah memberi cinta pada lelaki yang salah  .

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu

                                   ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience